Teks: Masayu Ahmad
Dalam kehidupan kita melalui tempoh yang tidka sama setiap orang, apa yang sama ialah kita menerima pelbagai dugaan dan cabaran kehidupan. Allah memberikan nikmat, rezeki, bahagia, jalan perjuangan yang berbeza mengikut kemampuan umatnya.
Hidup ini terlalu singkat untuk bersedih dan berduka nestapa, sebaliknya renung diri apa yang masih kurang dan berbaki untuk kita usahakan. Islam itu sendiri sudah pun mempunyai garis panduan yang jelas dalam apa jua perkara yang kita usahakan. Tinggalkan lagi kita mencari dan mengikut apa yang sudah digariskan.
Ogos 2008
Perjalanan yang sungguh bereerti, ia titik mula saya berhenti kerja dan menerobos satu peluang dan usaha sendiri. Sudah tentu restu Allah dan suami. Permulaan adalah bermula 2005 hingga 2007. 2005 secara rasmi diijabkabul, penghujung tahun saya menerima kelahiran sulung. Seperti entri pertama saya di blog ini, faktor anak adalah antara keutamaan saya untuk kembali ke rumah.
Sejak kahwin juga saya berselang tahun bersalin ;), tiga anak 2005 hingga 2008. Ketika usia Aiman 6 bulan saya meletakkan jawatan.
Juga pernah berganti pembantu rumah, Indonesia, Malaysia dan teakhir Thailand.
Tahun ini juga tamparan hebat buat saya, arwah kembali ke rahmatullah. Ia peristiwa besar yang menguatkan lagi semangat untuk pulang berhijrah ke negeri sendiri.
2009-2010
Sepanjang tahun ini, kehidupan indah disulami dengan anak-anak kecil yang sedang membesar. Juga bertarung untuk memperkukuhkan kerja dari rumah.
2010-2011
Antara kenangan manis sepanjang 2011, adalah menyambut kelahiran puteri pertama, hijrah ke Kelantan dan bermula fasa baru bekerja dari rumah.
Juga amanah baru menjaga tiga warga emas.
2011-2012
Ini tahun-tahun manis berada di Kelantan, suka duka dan catatan banyak saya palitkan di blog ini.
2012-2013
Dan masa begitu pantas bergerak, antara paling melekat ialah bermulanya secara rasmi Akademi Bekerja Di Rumah. Tahun 2013 juga banyak mendapat liputan media, Utusan, Harian Metro, Mingguan Wanita dan juga Majalah Nur.
2013
Saya masih mendaki, dan 6 minggu dari sekarang masih pulun sakan, bersedia mental dan fizikal, selain fokus saya menyiapkan 12 buku/ebook dan menuju sasaran 30. Insya-Allah
No comments:
Post a Comment