Teks: Masayu Ahmad
Jumaat terhebat bersama susunan tugas, alhamdulillah. Kesihatan juga semakin baik. Mengapakah saya sekejap kata ok, sekejap kata tidak. Sebetulnya dalam dua bulan ini banyak hari saya tidak sihat. Tetapi macam selalu saya akan tetap tulis sihat, bertenaga, bermotivasi dan melawan semua arus deras tidak sihat dalam tubuh. Ia sekurang-kurangnya memberi peransang dalam diri agar bangun berusaha dan selesaikan tugas pada hari tersebut.
Juga, saya tidak suka apabila saya menulis saya tidak sihat, saya kurang sihat ia akan mempengaruhi momentum orang lain. Sedangkan momentum ahli pasukan yang lain juga sangat perlu untuk saya. Jika saya kurang sihat, tetapi melihat ahli pasukan laju dan bertenaga, ia adalah serapan positif buat saya. Apabila saya sudah sihat barulah saya boleh menyatakan baru pulih dari demam dan sebagainya. Ini proses biasa, apabila kadangkala kita perlu terima, sakit atau apa sahaja itu datangnya dari Allah. Tinggal lagi jangan berkeluh kesah, teruskan kehidupan seperti biasa.
Rancangnnya dalam 6 minggu ini saya berupaya luar biasa, untuk selesaikan 10 manuskrip. Ada yang sudah ditulis bersama protege, dari kelas asas blog, ada juga saya sendiri. Alhamdulillah. Saya perlu selesaikan 12 sasaran ebook/buku untuk tahun ini. Jadi dapat siap awal dikira, alhamdulillah, saya perlu kejar lagi baki untuk mencukupkan 30. ;) Itu sasaran peribadi.
No comments:
Post a Comment