Friday, March 11, 2011

Secawan kopi panas, senaskah manuskrip

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google




Masih dalam mood menulis, menyunting, menyemak. Alhamdulillah atas ilham dan idea yang tidak pernah putus. Berdamping pula dengan suasana sejuk. Rintik hujan yang masih melekat segar di dedaun pisang. Segar dan sangat cantik dipandang. Di hadapan saya adalah tingkap, ia menghala ke pemandangan hijau pokok-pokok. Apabila waktu dinihari angi segar datang menyapa, tambahan pula cuaca sekarang hampir setiap hari hujan turun. Saya gemar suasana begini, begitu mendatangkan semangat untuk bekerja.

Sungguh cantik pemandangan pagi hari. Cantik lagi dengan suasana sedap selepas hujan. Suasana sejuk dan memberi satu momentum untuk terus laju menulis. Apatah lagi selepas beberapa jam menekuni manuskrip, saya menikmati secawan kopi panas. Sebetulnya sudah lama tidak minum kopi. Dahulu saya adalah peminum kopi tegar, sekarang sudah lama tinggalkan. Sesekali menghirup kopi panas, berteman suasana begini, memang satu aura tenaga datang menjengah.
Semalam Aiman mengikut ibu saudara yang berada di Besut. Aiman ke sana beberapa hari. Saya sebenarnya tidak mahu melepaskan. Pada awal Aiman tidak mahu, saat akhir mengiyakan pula ajakan cik munie. Sebetulnya saya boleh ambil kesempatan untuk fokus menulis. Bukan menghalang Aiman, kadang-kala beri peluang untuk menikmati kehidupan keluarga. Sesekali ia satu proses pembelajaran secara tidak sedar. Saya waktu kecil dahulu, pernah juga tidur di rumah ibu saudara atau di rumah bapa saudara. Akan ada cara dan mengetahui kehidupan orang lain dan ia juga satu pengalaman menyeronokkan untuk diterap pada anak-anak. Apalah Aiman sedang buat sekarang. Harap semuanya ok.

Ok, selamat berhujung minggu, selamat bercuti-cuti sekolah. Saya mahu menyudahkan kerja. Tahun yang penting dengan deretan tugas yang setia menanti.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/
http://www.masayuahmad.blogspot.com/
http://www.janawangdirumah.com/
http://www.majalahniaga.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin