Friday, March 4, 2011

Limau ais untuk cuaca panas

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Dua minggu sudah buat satu juga teh ais, minggu ini tengok apa yang ada di dapur, ada ketulan ais, ada sirap, ada limau, eh kena ada gula juga. Maka bergabunglah ke semuanya menjadi santapan minuman kanak-kanak riang, satu juga sirap limau ais. Cuaca boleh tahan panas sekarang, tambah pula kanak-kanak ini sangat aktif. Jadi mahu atau tidak kena buat juga. Gelas bertukar gelas, minum, tambah, minum tambah. Masa kita kecik-kecik dulu pun sama juga kan. Nak-nak kalau dapat teh ais kaw-kaw, milo ais pekat, uih tak tengok kiri kanan. Kalau boleh mahu gelas besar.

Nak-nak sebab ada kedai makan sebelah rumah sahaja. Bancuh le sendiri, mahu yang macam mana, teh ais pekat kuasa dua pun boleh. Layan pula tengah panas. Memang sejuk sahaja, apabila ia mengalir lalu anak tekak.;D

Biar anak-anak merasai seronoknya zaman kanak-kanak, biar ia menjadi memori sepanjang hayat. Kerana kita juga dahulu pernah merasai kehidupan kanak-kanak. Walau hidup di kampung, cara sederhana, tidak ada KFC, tidak ada pizza, kita tetap suka nasi berlauk emak yang buat, tetap suka teh o panas emak yang bancuh.

Jadi sebagai emak, ciptalah seberapa banyak keindahan zaman kanak-kanak buat anak kita. Ia akan kekal diingat walau kita sudah dimamah usia dan sudah berpindah alam kelak.

Salam kasih sayang







3 comments:

Zaila Mohamad said...

zaila kalu kelik kg memang akan minum air batu sebab xtahan dengan cuaca yg panas padohal bila duduk di Shah Alam ni, xdok pon minum minuman berais!!

cuba buat ais lemon tea pula, pasti bertambah2 juga;)

maya amir said...

takleh tahan dgn ais..mesti batuk..tapi ari ni panas giler, mmg terpaksa gak minum ais.. esok mulalaa batuk balik..adehhh

Masayu Ahmad said...

zaila

cuaca kt kelantan sekarang baru nak panas,, tpi tak adalah panas sangt,, boleh tahan lagi

sunquick sebotol hok kecik tu, 4 hari je..hari2 bancuh oren tuk budak2

maya

itulah, saya ni memang pantang ais,, tp sesekali layan juga kalau tak tahan tgk....pantang nampak ;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin