Monday, March 7, 2011

Hujan pagi

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google
 Catatan: 8 mac 2011

Menjengah ke tingkap, melihat rintik segar butir halus sejuk turun bersemarak di awal pagi. Memang segar. Aroma sejuk menangkap persekitaran. Alhamdulilah, rasa sungguh nyaman. Hari ini satu hari lagi melangkah gagah, melunaskan amanah.

Alhamdulillah atas pinjaman nyawa untuk satu hari lagi. Beberaa hari sudah cuaca agak panas. Hari ini sudah turun hujan rahmat.

Cuaca molek begini memang sedap menikmati secawan teh panas.




Harapna cuaca mendung begini kekal untuk beberapa hari. Kalau setiap hari susah juga sebabnya nanti banyak pula kain di ampaian tidak kering. Saya ingin berterima kasih kepada pembeli-pembeli ebook http://www.janawangdirumah.com/
 Juala agak konsisten setiap bulan. Semoga ebook itu bermanfaat.

Manuskrip di tangan saya ini hanya ada dua bab sahaja lagi untuk saya sudahkan. Memang lama sungguh menyolek manuskrip ini, Harapnya buah tangan kali ini juga dapat diterima pembaca. Saya akan lebih laju menulis dan lebih agresif membuat promosi dan pemasaran selepas ini. Menunggu sedikit masa Arissa membesar.

Untuk pesta buku bulan depan di dalam hati memang meronta-ronta mahu pergi. Apakan tiadak ia seumpama pesta hari raya setahun sekali buat penulis. Banyak perkara mahu dibuat apabila ke sana, bukan sekadar melihat buku sendiri, mahu berjumpa teman penulis yang lain, menyelongkar dan mencari lebih banyak buku untuk koleksi penyelidikan dan bacaan. Jika ada rezeki insya-allah sampai ke sana. Saya tidak sanggup berjauhan dengan Arissa buat sementara waktu. Saya tidak mahu memikirkannya lagi. Biar masa sahaja menentukan. Mungkin ada jalan penyelesaiannya kelak.

Buku yang ditulis kali ini, memang ditujukan buat semua wanita. Bekerja, suri rumah, bekerja di rumah, wanita bisnes atau sesiapa sahaja. Sangat molek dijadikan bacaan untuk pengisian pengalaman. Saya cuba meletakkan santuhan hati ke pena, agar ia dapat diterima pembaca,

Idea lebih segar apabila saya menulis dan menyunting pada waktu pagi. Cuaca mendung dan sejuk juga sangat membantu kelancaran menulis. Moganya kalian dapat menerima buku-buku yang seterusnya ya. Bukan buku tetapi buku-buku. Selepas selesai yang ini, sudah menanti ia adalah berada dalam senarai jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Sepanjang masa saya menulis, saya masih cuba dan berusaha meningkatkan intensiti penulisan. Selagi ia tidak diterbitkan selagi itu saya tetap berusaha dan berjuang menjadikan ia kenyataan. Insya-Allah

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/
http://www.masayuahmad.blogspot.com/
http://www.janawangdirumah.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin