Sunday, March 6, 2011

Pagi yang gelap kini sudah terang

Karya: Masayu Ahmad
Pic: Google

Pagi yang gelap kini sudah terang.

Si kecil menguis-nguis. Liuk ke kiri liuk ke kanan. Tangan mencapah kiri dan kanan. Badan terhenjut-henjut.

Eh, mana ibu. Dah sejuk ni. Mana haba ibu. Sejuk, sejuk, sejuk. Aduh, sudah ke bawah. Jauh sudah dari peluk ibu. Jarak sudah dari sisi haba ibu.

Uwa, uwa, uwa (ibu, ibu, ibu)

Uwa, uwa, uwa...

Suka, suka. Ibu sudah bangun. Peluk, peluk. Cium, cium.

Uwa, uwa, uwa (dahaga, dahaga, dahaga)

Uwa, uwa, uwa (cepat ibu, saya dahaga)

Ada aliran suam-suam sudah melalui anak tekak. Ah, nikmat sekejap. Ibu peluk erat-erat. Mata sudah pejam rapat-rapat. Nikmatnya susu ibu. Ia tiada tandingan. Hmmm, sedapnya. Sambil meneguk nikmatnya warna jernih putih, mata mengerling ibu.

Dalam hati.

Ibu, Arissa mahu lama-lama

Lama-lama ya, belum puas lagi, mahu lagi dan lagi.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin