Friday, March 4, 2011

Pok Mat dan radio buruk

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Google

Setiap dua minggu saya pulang untuk menziarah ayah. Terima kasih buat puteri arora yang banyak menyumbang tenag menjaga ayah.

Saya berulang-alik, membawa kanak-kanak riang menjenguk tuk ayah mereka. Selalunya di sebuah bilik di dapur, selalu puteri Arissa dan saya, menemankan tuk ayah. Sambil bekerja, sambil berborak, bertanya khabar, meluangkan masa yang ada. Arissa setia di sisi tuk ayah, suasana petang angin pantai kadangkala bersama bernafas. Arissa kadangkala lena di sisi tuk ayah.  Celotehnya meneman suasana sunyi rumah tuk ayah. alhamdulillah kesihatan tuk ayah masih baik.


Bilik ini, membawa kembali memori lama, catatan lalu, pengalam lalu, segalanya. Dahulu ia adalah dapur kasih sayang. Di ubah suai semula menjadi sebuah bilik. Bilik ini bersama radio buruk, tuk ayah beradu di petang hari, berehat seusai pulang dari masjid. Berehat sementara menanti hari esok. Berehat bersama cucu. Berehat mendengar celoteh dj radio.

Kadangkala tuk ayah mendengar seorang diri. Itu rutin. Rutin untuk seorang warga emas, yang sudah lama ditinggalkan arwah.

Bilik ini juga, adalah dapur kasih sayang. Arwah sentiasa menyajikan makanan yang enak-enak penuh rasa kasih, melimpah rasa sayang. Walau sudah dipahat di tanah, kasih itu tetap diserap dn sentiasa subur.

Al-Fatihah buat arwah Rakiah Daud.

Ya Allah ya Tuhanku
Ampunilah ke dua dosa ibu bapa
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami ketika kami masih kecil

Limpahi rahmat dan kasih sayangmu Ya Allah
Kepada ke dua ibu bapa kami
Berkatilah usia dan perjalanan hidup mereka

Al-Fatihah.

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin