Tuesday, March 1, 2011

Kita memang tidak sempurna

Teks: Masayu Ahmad

Setiap kali pulang ke rumah ayah, saya buntu mahu masak apa. Jika mahu tahu ayah berselera atau tidak, jika makan nasi bertambah, maksudnya itu kena dengan selera. Kadangkala menu adalah simple sudah menarik perhatian, tetapi jika tidak kena selera, ia tidak sebagaimana dibayangkan.

Ia adalah hasil air tangan. Air tangan ibu semestinya tidak sama dengan air tangan anak. Air tangan saya semestinya tidak sama dengan air tangan arwah. Tetapi setakat ini puteri arora paling pandai memasak. Air tanganya kalau tidak sama 100 dengan air tangan arwah, sekurang-kurangnya ia sudah menghampiri sama.

Saya? Inilah kelemahan saya, masih cuba dan cuba. Kadangkala bertambah kadangkala tidak.

Beberapa minggu sudah saya ada terbaca satu artikel tentang penjagaan warga emas. Banyak yang menarik perhatian tentang artikel itu. Jika nanti ada masa, saya akan kongsikan buat ingata bersama.

Juga saya terkedu dengan satu kata-kata menarik oleh seorang remaja di wall face book.

" Semasa kecil kita selalu bercita-cita mahu jadi doktor, jurutera, pakar itu, pakar ini. Tetapi berapa orang di antara kita bercita-cita mahu menjaga kebajikan dan kembali menjaga orang tua."
Ia seolah-olah tidak ada dalam senarai. Ia dilihat mudah, tetapi ramai yang mengabaikannya. Sama-sama kita fikirkan dengan mata hati.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin