Sunday, March 13, 2011

Saya sudah bosan bekerja di pejabat

  • Saya sudah bosan bekerja di pejabat.
  • Saya mahu luangkan lebih banyak masa untuk bersama keluarga.
  • Saya mahu bekerja dari rumah
  • Saya mahu pendapatan sampingan sambil menjaga anak-anak
  • Saya suri rumah tiada pekerjaan

  • Saya wanita bekerja tetapi mahu menambah pendapatan

Pernahkah kita terfikir? Mengapa kita boleh membesar dengan baik dan menjadi seorang yang berjaya pada hari ini?

Ia adalah kerana, DIBESARKAN SENDIRI oleh IBU!

Tidak dapat dinafikan, jasa Ibu yang telah banyak membentuk peribadi kita hari ini. Masihkah ingat, ibu membuat sarapan pagi untuk ke sekolah, menyiapkan bekalan makanan, membasuh pakaian, memasak dan menyediakan makanan tengahari sewaktu  pulang dari sekolah, mendidik anda dan melakukan segala-galanya untuk anda.

Ibu dapat melakukan semua itu, kerana, beliau adalah suri rumah sepenuh masa! Sesungguhnya, amatlah besar jasa dan sumbangan seorang suri rumah di dalam menjaga urusan rumahtangga dan keluarga yang bahagia dan anak-anak yang berjaya.

Tidak dinafikan zaman sudah berubah, jika dulu, hanya si bapa/suami yang bekerja, sudah cukup untuk menampung perbelanjaan seisi keluarga. Tetapi kini, untuk menampung perbelanjaan isi rumah, si suami dan isteri (kedua-duanya) perlu bekerja.

Tetapi, bagi saya! Ia sebenarnya tidak banyak berubah, zaman dulu pun, ramai ibu yang bekerja. Apa yang sedikit berbeza, mereka bekerja dari rumah. Antara pekerjaan yang mereka lakukan di rumah adalah seperti mengambil upah menjahit, membuat kuih, menganyam tikar dan sebagainya. Pekerjaan ini, serba sedikit dapat membantu ekonomi keluarga.

 Tetapi, apabila zaman berubah, ia sudah tidak relevan dan tidak mencukupi..

  MASALAH ZAMAN INDUSTRI..

 Zaman industri, membawa paradigma moden yang meninggalkan kesan sampingan yang agak buruk. Ibu-ibu yang bekerja di rumah di katakan ketinggalan zaman dan tidak maju. Golongan isteri atau wanita, disarankan untuk turut bekerja di luar (kilang/pejabat) seperti mana golongan lelaki bekerja untuk membolehkan mereka memperolehi pendapatan yang lebih baik untuk membina hidup yang lebih selesa.


 Walaupun trend ini nampak bagus dan membantu meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga. Namun, dari aspek yang lain, ia memberikan kesan sampingan yang sukar disedari. Akibat daripada trend ini, institusi keluarga serba-sedikit mula terancam dan terabai. Masa bersama (quality time) di antara ibu dengan anak-anak menjadi semakin kurang.
Tiada lagi ciuman ibu di pipi sewaktu pergi ke sekolah, tiada lagi masakan dan air tangan ibu apabila pulang dari sekolah di tengahari, tiada lagi si ibu yang menemani si anak bermain di taman di waktu petang, dan tiada lagi si ibu yang memberi tunjuk ajar dan membantu anak-anak membuat kerja sekolah di waktu malam.

Anak-anak dibiarkan keseorangan dan perlu berdikari, kerana ibu-bapa sibuk bekerja di luar rumah. Lebih parah lagi, tugas yang seharusnya digalas oleh seorang ibu itu, diberikan pula kepada pihak lain , iaitu.... orang gaji / pembantu rumah, yang sudah pastinya, memberikan "kesan" yang lain.


Trend ini sebenarnya memberikan kesan buruk untuk masa yang panjang, akibat dan kesannya, kita boleh lihat pada hari ini. Masalah gejala sosial anak-anak semakin menjadi-jadi. Semuanya berpunca daripada kurangnya masa berkualiti yang diluangkan oleh ibu-bapa untuk mengawasi, mendidik, berinteraksi dan juga memberikan kasih-sayang kepada anak-anak mereka.

Anak-anak, merasakan ibu-bapa sudah tidak mempedulikan mereka dan semakin hari semakin semkin hanyut dengan kesibukan mengejar material dan urusan di luar.

Tidak hairanlah jika ibu bapa tidak tahu apa perkembangan anak-anak sendiri. Seringkali ramai ibu bapa memuji dan mengatakan:

“Anak saya baik dan mendengar kata.”

“Anak saya tidak melakukan perkara tidak senonoh diluar.”

“Anak saya sopan apabila berada di rumah malah kelakuan terjaga.”

Ramai berpandangan hidup mereka selesa, gembira kerana ibu dan bapa bekerja keras untuk menikmati kemewahan dan keselesaan kehidupan.

Namun seringkali, sentiasa sahaja menghadapi masalah yang sama, tidak cukup wang, masih juga tinggal rumah yang sama sejak 30 tahun lalu.

Peredaran masa, anak-anak semakin membesar dan mula mencari haluan masing-masing. Kembali kepada putaran yang asal, mengabaikan ibu bapa pula sebagaimana yang telah dilakukan ibu bapa kepada anak-anak.

SEDARLAH HAKIKAT INI..

Jika anda adalah seorang ibu dan juga wanita yang bekerja di luar rumah, saya pasti anda menyedari tentang hakikat ini. Anda sedar, waktu anda untuk bersama anak-anak terlalu singkat. Seboleh mungkin, jiwa dan naluri anda meronta-ronta ingin tinggal di rumah dan meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak.

Melihat setiap detik saat-saat mereka membesar, mendidik dan juga memberikan mereka kasih-sayang sepenuhnya. Tetapi, situasi dan kedudukan kewangan semasa, memaksa anda untuk melenyapkan sahaja impian anda itu.

ZAMAN TEKNOLOGI MEMBERI HARAPAN BARU..

Kini, kita berada di zaman teknologi. Ianya memberikan satu nafas baru kepada golongan-golongan ibu untuk tinggal di rumah dan menjana pendapatan seperti mana yang dilakukan oleh ibu-ibu kita pada zaman dahulu.

Pada zaman dulu, memang tidak dinafikan, berapa sangatlah pendapatan yang boleh diperolehi dengan mengambil upah menjahit baju? Membuat kuih? Ataupun menganyam tikar? Pendapatannya terbatas disebabkan pasarannya yang kecil, iaitu, pelanggannya hanyalah dari sekitar-sekitar orang di kampung sahaja.

Tetapi kini, teknologi internet, menjadikan aktiviti tersebut kembali relevan dan beranjak kepada satu tahap yang baru. Tempahan baju dan tempahan kuih kini tidak lagi hanya tertakluk kepada pasaran setempat sekitar kampung sahaja, tetapi ianya mampu menjangkau ke luar daerah, negeri mahupun negara.

Aktiviti menjana pendapatan di rumah juga kini lebih banyak, jika dulu, golongan ibu lebih terkenal dengan aktiviti "mengambil upah jahit", tetapi kini, aktiviti lebih moden seperti khidmat pembantu maya (virtual assistant), tempahan sulaman, tempahan kuih & kek, kraftangan, percetakan, penulisan, jual beli saham dan bermacam-macam lagi aktiviti yang menguntungkan, boleh dilakukan oleh golongan ibu dengan hanya duduk di rumah.

Ianya bukan sahaja dapat membantu meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga, malah, institusi keluarga juga menjadi lebih terjamin dan kukuh.


MASA UNTUK ANDA MEMBUAT PILIHAN..

Jangan berkata "Saya tidak punya pilihan!"

Berikan peluang kepada diri anda! "Pilihan", sentiasa ada. Cuma anda yang perlu menentukan sama ada anda "mahu" atau "tidak" menerima pilihan itu.

Waktu ini, sudah ramai yang menyedari tentang kelebihan "bekerja di rumah", ramai yang telah mengorak langkah dan menjadikan impian mereka suatu realiti. Dijangkakan, trend ibu bekerja di rumah ini akan terus meningkat dan menjadi satu trend pada masa hadapan.

 Usah terkejut, suatu hari nanti, golongan-golongan ibu yang lain akan terkejut jika mereka mendengar, anda masih lagi bekerja di pejabat!

 Mungkin dialognya... "Hah? Anak dah 3 tapi masih bekerja di pejabat?"

 Dimasa hadapan, dialog ini mungkin akan mengambarkan anda adalah seorang yang ketinggalan zaman, tidak bertanggungjawap kepada keluarga dan juga seorang yang tidak kukuh kewangannya dan sentiasa hidup dalam kemurungan kerana masih "terpaksa" bekerja di pejabat.

 Bagaimana? Jangan sampai pada tahap itu, barulah anda terhegeh-hegeh hendak bertindak..

 BINA TAPAK ANDA SEKARANG

 Mahu atau tidak, anda perlu bina tapak/asas anda dari sekarang. Anda perlu merancang untuk hidup bebas, menghabiskan lebih banyak masa di rumah bersama keluarga serta mempunyai pendapatan yang kukuh walaupun hanya duduk di rumah.

  
Ia bukanlah sesuatu yang mustahil, ramai yang telah melakukannya dan saya juga telah melakukannya.

 "Perancangan untuk bekerja di rumah memang telah saya lakukan sewaktu sebelum berumahtangga lagi. Alhamdulillah, pilihan itu sangat tepat, saya kini sangat gembira membesarkan anak-anak dan dalam waktu yang sama, mempunyai punca pendapatan yang lumayan dengan hanya berniaga dari rumah.”

Siti Noorhafezah Maarop

www.MyPermataHati.com


Saturday, March 12, 2011

Iklan di majalahniaga.com

Teks: Masayu Ahmad


Banner di atas adalah iklan yang sudah disiarkan bermula hari ini 12.3.2011, di http://www.majalahniaga.com/ iaitu sebuah laman web yang banyak berkongsi informasi tentang keusahawan.

Tentang Majalah Niaga


Majalah Niaga merupakan salah satu projek Flarebiz Network Sdn. Bhd. (922120-D) yang diberi nafas baru. Sebelum ini Majalah Niaga dikenali dengan Majalah IM yang telah beroperasi semenjak tahun 2008 lagi.

Majalah Niaga ditubuhkan bagi menjadi sumber informasi utama bagi para usahawan. Khasnya untuk sesiapa yang berminat untuk membina empayar perniagaan sama ada perniagaan online mahupun offline.

Matlamat kami adalah menjadi medium perkongsian ilmu berkaitan dunia keusahawanan dari para usahawan kepada masyarakat. Dengan wujudnya Majalah Niaga, pihak kami berusaha untuk memberikan artikel-artikel keusahawanan yang berkualiti, serta menghimpunkan barisan-barisan usahawan yang telah berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing bagi berkongsi ilmu.

Selain itu, pihak kami juga akan menghasilkan e-majalah yang boleh dimuat turun secara percuma setiap 3 bulan sekali bagi menepati nama ‘majalah’ itu sendiri. Setiap edisi akan disertakan dengan temubual eksklusif bersama usahawan yang berjaya.

Layari http://www.majalahniaga.com/. Sertai dan dapatka tip dan panduan kesusahawan yang ditulis oleh ramai penulis berkaliber juga usahawan yang sudah sukses. Jadikan ia sebagai rujukan suri sekelian.


Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/
http://www.masayuahmad.blogspot.com/
http://www.janawangdirumah.com/
http://www.majalahniaga.com/

Friday, March 11, 2011

Secawan kopi panas, senaskah manuskrip

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google




Masih dalam mood menulis, menyunting, menyemak. Alhamdulillah atas ilham dan idea yang tidak pernah putus. Berdamping pula dengan suasana sejuk. Rintik hujan yang masih melekat segar di dedaun pisang. Segar dan sangat cantik dipandang. Di hadapan saya adalah tingkap, ia menghala ke pemandangan hijau pokok-pokok. Apabila waktu dinihari angi segar datang menyapa, tambahan pula cuaca sekarang hampir setiap hari hujan turun. Saya gemar suasana begini, begitu mendatangkan semangat untuk bekerja.

Sungguh cantik pemandangan pagi hari. Cantik lagi dengan suasana sedap selepas hujan. Suasana sejuk dan memberi satu momentum untuk terus laju menulis. Apatah lagi selepas beberapa jam menekuni manuskrip, saya menikmati secawan kopi panas. Sebetulnya sudah lama tidak minum kopi. Dahulu saya adalah peminum kopi tegar, sekarang sudah lama tinggalkan. Sesekali menghirup kopi panas, berteman suasana begini, memang satu aura tenaga datang menjengah.
Semalam Aiman mengikut ibu saudara yang berada di Besut. Aiman ke sana beberapa hari. Saya sebenarnya tidak mahu melepaskan. Pada awal Aiman tidak mahu, saat akhir mengiyakan pula ajakan cik munie. Sebetulnya saya boleh ambil kesempatan untuk fokus menulis. Bukan menghalang Aiman, kadang-kala beri peluang untuk menikmati kehidupan keluarga. Sesekali ia satu proses pembelajaran secara tidak sedar. Saya waktu kecil dahulu, pernah juga tidur di rumah ibu saudara atau di rumah bapa saudara. Akan ada cara dan mengetahui kehidupan orang lain dan ia juga satu pengalaman menyeronokkan untuk diterap pada anak-anak. Apalah Aiman sedang buat sekarang. Harap semuanya ok.

Ok, selamat berhujung minggu, selamat bercuti-cuti sekolah. Saya mahu menyudahkan kerja. Tahun yang penting dengan deretan tugas yang setia menanti.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/
http://www.masayuahmad.blogspot.com/
http://www.janawangdirumah.com/
http://www.majalahniaga.com/

Jangan borak kosong saat orang lain buat untung

Oleh: Sri Diah Shaharuddin (Pengurus Besar Editorial Grup Buku Karangkraf)

3/11/2011 7:35:26 AM
Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/sh/kolumnis/content.asp?ID=95


Bukan setakat buku, pakaian, barangan hiasan rumah atau keperluan kecantikan, sekarang ini jika hendak membeli tepung goreng ayam ataupun serbuk keju juga boleh dibeli menerusi dalam talian (online). Asalkan ada akaun, klik sahaja dan segeralah membuat pemindahan wang. Selang sehari barang yang dipesan sudah sampai depan mata. Mudahnya!


Baru-baru ini saya memesan sehelai kain tudung. Sebelum itu saya memesan sejenis peralatan dapur. Apabila bayaran telah dilakukan, kedua-duanya tiba tepat seperti yang dijanjikan. Ketepatan janji ini, membuatkan saya mahu memesan barangan lain pula minggu hadapan. Ya, sambal bilis!

Tulisan ini lebih menjurus kepada wanita yang tidak bekerja. Oleh kerana beberapa keadaan, ramai wanita terpaksa berhenti kerja walaupun ada yang mempunyai kelulusan tinggi. Tidak dinafikan jika mereka keluar bekerja, mereka semestinya boleh mendapat pendapatan hingga enam angka.
Ya, bekerjalah dari rumah, cari pendapatan sendiri. Walaupun ramai yang mendapat duit daripada suami, namun meraih pendapatan sendiri lebih memuaskan perasaan. Mendapat duit hasil usaha sendiri tidak sama dengan mendapat duit pemberian orang lain.

Hendak buat kerja apa? Anda boleh menulis, menghasilkan buku. Boleh juga membuat kerja-kerja menaip, di samping menjaga anak, boleh menghasilkan kusyen dan langsir dan dijual dalam talian. Boleh juga membuat kerja terjemahan. Setidaknya, buatlah kraf tangan mudah dan cantik. Jual karipap dingin beku dan kerepek juga boleh mendatangkan hasil.

Blog adalah medium terbaik. Setiap posting akan diarkib, tidak hilang segala info. Cubalah klik sahaja di laman carian tentang apa sahaja kerja dari rumah, akan muncul berderet-deret info dan link. Pergi sahaja ke link berkenaan dan lihatlah bagaimana mereka menghasilkan pendapatan sampingan.

Dalam masa sama, mestilah rajin updated blog. Beri profil dengan lengkap, nyatakan jenis bisnes dengan tepat. Ketahuilah ciri-ciri lain dan etika lain untuk menjadikan blog kita kerap dikunjungi dan selalu mendapat respons daripada pembaca.

Kemahiran menghasilkan gambar menarik dan menulis dengan ciri-ciri seorang penjual yang hebat mesti dipelajari juga. Jika perlu, masukkan video, mesti interaktif. Itu semua ada kaedahnya. Ada banyak maklumat dan buku di pasaran yang boleh membimbing anda ke arah ini.

Jika tidak berhati-hati, berbisnes dalam talian ini juga memudahkan anda ditipu, namun jadilah seorang yang cerdik sebelum anda ditipu. Pemasarannya ada corak dan keunikan tersendiri. Menarik orang datang ke laman kita juga ada caranya. Berniaga perlahan-lahan asal konsisten. Jangan fikir untung sekejap sebalik-nya berniagalah supaya dapat mengutip untung berpanjangan. Setiap minggu ada wang masuk, setiap bulan pula wang itu digandakan hinggakan pendapatan anda mencapai lebih enam angka. Jangan lupa, jutawan online kita juga bermula dengan sedikit demi sedikit.

Itu semua akan anda dapat menerusi pengalaman hari demi hari di samping menambah kenalan dalam kalangan mereka yang sama berbisnes dalam talian juga. Berkongsilah informasi. Berkomunikasilah dengan jujur dan pelajari segala panduan berkaitan.

Walaupun kini Facebook mendapat pujian dan menjadi kegemaran ramai, namun ciri-ciri laman sosialnya tidak memungkinkan anda berniaga dengan serius. Melainkan anda menjadikan Facebook sebagai alat mencari rakan niaga dan mempromosi produk.

Namun segala urusan jual beli dilakukan di blog. Kumpul seberapa banyak kenalan di Facebook, kemudian tariklah mereka ke blog anda.

Pesanan penting saya ialah jaga etika – jangan spam! Ini menyalahi prinsip, melainkan rakan itu amat akrab dengan anda dan tahu tentang bisnes masing-masing. Sebenarnya cara menulis di status juga ada strateginya. Ciri-ciri memuji diri sendiri atau merendahkan jenama atau produk orang lain adalah satu kesilapan besar.

Sekarang saya sedang membaca buku berjudul Jana RM Dari Rumah tulisan Masayu Ahmad terbitan Grup Buku Karangkraf. Buku ini bagus untuk dijadikan panduan berniaga dalam talian.

Thursday, March 10, 2011

Aduhai sudah enam tahun 10.3.2005

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah sudah enam tahun, sebetulnya tidak merai pun. Saya sendiri selalu terlupa tarikh kahwin. Jenis yang tak kisah sangat. Sehingga Yanie, buat ucapan di wall face book. Aiseh baru teringat saya kahwin pun bulan 3. Pergi cek tengok tarikh, alahai beza sehari, rupanya semalam sudah genap 6 tahun. Mana taknya, saya kan asyik termengandung selang tahun, hehe.

Apapun tetap bersyukur dengan segala rezeki yang ada, ia lebih dari cukup, tetapi tetap perlu berusaha untuk keluar dari 'zon selesa'.

Terima kasih Ya Allah.

Naufal Hakim 29.11.2005

Naufal Arif 4.1.2007
Naufal Aiman 4.2.2008

7.12.2010

Rupanya Arissa ibu tak amik gambar banyak sangat. Teruk betul ibu. Ok nanti kita share gambar terbaru yang dah semakin berisi.

 

Tuesday, March 8, 2011

Hujan rahmat di pagi hari

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google



Hujan pagi lagi. Lebat bermula dinihari. Setiap kali bangun untuk menyusukan Arissa, kedengaran hujan turun menderu-deru. Memang sedap cuaca begini. Menarik selimut atau terus bingkas bangun. Masih banyak kerja belum selesai. Kadang-kadang sampai termimpi-mimpi. Menyambung semula menyusu, alih-alih saya berada di sebuah negara Arab. Sedang berlaku adegan tembak menenmbak.

Pengganas bersembunyi di balik bukit, ada ruang di balik lubang-lubang besar. Seorang pengganas, datang mahu menembak. Ditembah Hakim. Saya berkata dalam bahasa Arab.(tiba-tiba boleh bercakap bahasa Arab)

Setelah diterjemah ;D


"Jangan, jangan, dia budak lagi."

Saya mendapatkan Hakim dan mencabut anak panah. Oh, Hakim selamat lagi. Tiba-tiba terasa panas di belakang.

Tangan saya meraba badan Hakim menyondol-nyondol mencari haba panas waktu hujan lebat. Ada air suam-suam terasa tempias pada saya.

Bertuah punya Hakim, terkencing dek kerana kesejukan.

Ibu sudah sedar, terus bangkit. Orang Arab sudah hilang. Menjelma Arissa, terkuak-kuak mengekek ketawa. Ketawakan ibu yang berminpi sampai ke negara Arab. ;P

Monday, March 7, 2011

Hujan pagi

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google
 Catatan: 8 mac 2011

Menjengah ke tingkap, melihat rintik segar butir halus sejuk turun bersemarak di awal pagi. Memang segar. Aroma sejuk menangkap persekitaran. Alhamdulilah, rasa sungguh nyaman. Hari ini satu hari lagi melangkah gagah, melunaskan amanah.

Alhamdulillah atas pinjaman nyawa untuk satu hari lagi. Beberaa hari sudah cuaca agak panas. Hari ini sudah turun hujan rahmat.

Cuaca molek begini memang sedap menikmati secawan teh panas.




Harapna cuaca mendung begini kekal untuk beberapa hari. Kalau setiap hari susah juga sebabnya nanti banyak pula kain di ampaian tidak kering. Saya ingin berterima kasih kepada pembeli-pembeli ebook http://www.janawangdirumah.com/
 Juala agak konsisten setiap bulan. Semoga ebook itu bermanfaat.

Manuskrip di tangan saya ini hanya ada dua bab sahaja lagi untuk saya sudahkan. Memang lama sungguh menyolek manuskrip ini, Harapnya buah tangan kali ini juga dapat diterima pembaca. Saya akan lebih laju menulis dan lebih agresif membuat promosi dan pemasaran selepas ini. Menunggu sedikit masa Arissa membesar.

Untuk pesta buku bulan depan di dalam hati memang meronta-ronta mahu pergi. Apakan tiadak ia seumpama pesta hari raya setahun sekali buat penulis. Banyak perkara mahu dibuat apabila ke sana, bukan sekadar melihat buku sendiri, mahu berjumpa teman penulis yang lain, menyelongkar dan mencari lebih banyak buku untuk koleksi penyelidikan dan bacaan. Jika ada rezeki insya-allah sampai ke sana. Saya tidak sanggup berjauhan dengan Arissa buat sementara waktu. Saya tidak mahu memikirkannya lagi. Biar masa sahaja menentukan. Mungkin ada jalan penyelesaiannya kelak.

Buku yang ditulis kali ini, memang ditujukan buat semua wanita. Bekerja, suri rumah, bekerja di rumah, wanita bisnes atau sesiapa sahaja. Sangat molek dijadikan bacaan untuk pengisian pengalaman. Saya cuba meletakkan santuhan hati ke pena, agar ia dapat diterima pembaca,

Idea lebih segar apabila saya menulis dan menyunting pada waktu pagi. Cuaca mendung dan sejuk juga sangat membantu kelancaran menulis. Moganya kalian dapat menerima buku-buku yang seterusnya ya. Bukan buku tetapi buku-buku. Selepas selesai yang ini, sudah menanti ia adalah berada dalam senarai jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Sepanjang masa saya menulis, saya masih cuba dan berusaha meningkatkan intensiti penulisan. Selagi ia tidak diterbitkan selagi itu saya tetap berusaha dan berjuang menjadikan ia kenyataan. Insya-Allah

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/
http://www.masayuahmad.blogspot.com/
http://www.janawangdirumah.com/

Sunday, March 6, 2011

Abang Aiman memang suka 'bekerja'

Teks: Masayu Ahmad

Aiman yang semakin montel sesekali banyak mengundang cemas ibu. Dia pernah mengangkat Arissa dari buaian dan letak di atas tilam.

Aduh Aiman. Mengucap banyak ibu dibuatnya. Alhamdulillah tidak ada apa-apa.

Nasib si kecil sentiasa dilindungi malaikat. Pun begitu ibu perlu lebih berhati-hati.

Jika ibu sibuk bekerja di dapur, di bilik dan di depan komputer. Aiman pun tak menang tangan juga bekerja. Habis segala kota-kotak dibuka dan diselongkar. Satu persatu barang-barang dikeluarkan.

Semalam Aiman sambung lagi 'bekerja'. Dia memanjat naik ke atas almari. Jatuh frame gambar abang Hakim. Bunyi 'krak' kaca terhempas. Sah! Sudah pecah. Aduhai, sayang anak ibu, Aiman.

Pipinya semakin gebu sekarang. Beratnya juga semakin bertambah. Jika Arissa tidur, ibu ambil Aiman dukung dan peluk. Sedap badan dia buat peluk.

Aiman memang geram. Geram pada Arissa. Sejak Arissa lahir, terbahagi sudah banyak masa ibu untuk Arissa.

Memang Aiman geram. Kadang-kadang Aiman ambil kesempatan cubit pipi adik. Geram, geram.

Masa Arissa mahu menyusu. Masa itu lah Aiman sibuk.

"Ibu nak susu,"

"Ibu Aiman nak air."

"Ibu, Aiman nak yak."

Ibu Aiman nak itu. Aiman nak ini. Kalau ibu tetap juga sibuk, Aiman mula 'bekerja' dan 'bekerja', Akhirnya ibu datang kembali kepada Aiman. heheh ;D

Pagi yang gelap kini sudah terang

Karya: Masayu Ahmad
Pic: Google

Pagi yang gelap kini sudah terang.

Si kecil menguis-nguis. Liuk ke kiri liuk ke kanan. Tangan mencapah kiri dan kanan. Badan terhenjut-henjut.

Eh, mana ibu. Dah sejuk ni. Mana haba ibu. Sejuk, sejuk, sejuk. Aduh, sudah ke bawah. Jauh sudah dari peluk ibu. Jarak sudah dari sisi haba ibu.

Uwa, uwa, uwa (ibu, ibu, ibu)

Uwa, uwa, uwa...

Suka, suka. Ibu sudah bangun. Peluk, peluk. Cium, cium.

Uwa, uwa, uwa (dahaga, dahaga, dahaga)

Uwa, uwa, uwa (cepat ibu, saya dahaga)

Ada aliran suam-suam sudah melalui anak tekak. Ah, nikmat sekejap. Ibu peluk erat-erat. Mata sudah pejam rapat-rapat. Nikmatnya susu ibu. Ia tiada tandingan. Hmmm, sedapnya. Sambil meneguk nikmatnya warna jernih putih, mata mengerling ibu.

Dalam hati.

Ibu, Arissa mahu lama-lama

Lama-lama ya, belum puas lagi, mahu lagi dan lagi.

Saturday, March 5, 2011

Luar biasa pertolongan NYA

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Google



Alhamdulillah atas nikmat rezeki hari ini. Namun tetap perlu berusaha dengan lebih gigih dan ikhlas bekerja. Juga semoga kesihatan saya juga sentiasa tahap mantap, agar masih dapat menjaga tiga orang tua yang masih memerlukan khidmat.

Apa saya mahu kongsi ya. Rasanya tiada rezeki yang paling berharga selain merasai ketenangan luar biasa, anak-anak sihat dan dapat menyumbang walau secubit kudrat. Pun begitu saya tidak boleh leka. Harus bekerja dengan lebih kuat.

Selalu rezeki yang datang dari arah yang tidak disangka-sangka. Betapa pengasih Allah, lagi maha penyayang, yang tidak putus menyalurkan rezeki. Betapa banyak hutang kerana menumpang di bumi, betapa kurangnya amal kerana sikitnya berterima kasih kepada tuan punya hak. Harapnya saya tidak pernah leka, selalu memandang ke bawah, hanya menumpang sementara badan masih bernafas.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/
http://www.naufalsayang.blogspot.com/
http://www.masayuahmad.blogspot.com/
http://www.janawangdirumah.com/

Friday, March 4, 2011

Limau ais untuk cuaca panas

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Dua minggu sudah buat satu juga teh ais, minggu ini tengok apa yang ada di dapur, ada ketulan ais, ada sirap, ada limau, eh kena ada gula juga. Maka bergabunglah ke semuanya menjadi santapan minuman kanak-kanak riang, satu juga sirap limau ais. Cuaca boleh tahan panas sekarang, tambah pula kanak-kanak ini sangat aktif. Jadi mahu atau tidak kena buat juga. Gelas bertukar gelas, minum, tambah, minum tambah. Masa kita kecik-kecik dulu pun sama juga kan. Nak-nak kalau dapat teh ais kaw-kaw, milo ais pekat, uih tak tengok kiri kanan. Kalau boleh mahu gelas besar.

Nak-nak sebab ada kedai makan sebelah rumah sahaja. Bancuh le sendiri, mahu yang macam mana, teh ais pekat kuasa dua pun boleh. Layan pula tengah panas. Memang sejuk sahaja, apabila ia mengalir lalu anak tekak.;D

Biar anak-anak merasai seronoknya zaman kanak-kanak, biar ia menjadi memori sepanjang hayat. Kerana kita juga dahulu pernah merasai kehidupan kanak-kanak. Walau hidup di kampung, cara sederhana, tidak ada KFC, tidak ada pizza, kita tetap suka nasi berlauk emak yang buat, tetap suka teh o panas emak yang bancuh.

Jadi sebagai emak, ciptalah seberapa banyak keindahan zaman kanak-kanak buat anak kita. Ia akan kekal diingat walau kita sudah dimamah usia dan sudah berpindah alam kelak.

Salam kasih sayang







Pok Mat dan radio buruk

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Google

Setiap dua minggu saya pulang untuk menziarah ayah. Terima kasih buat puteri arora yang banyak menyumbang tenag menjaga ayah.

Saya berulang-alik, membawa kanak-kanak riang menjenguk tuk ayah mereka. Selalunya di sebuah bilik di dapur, selalu puteri Arissa dan saya, menemankan tuk ayah. Sambil bekerja, sambil berborak, bertanya khabar, meluangkan masa yang ada. Arissa setia di sisi tuk ayah, suasana petang angin pantai kadangkala bersama bernafas. Arissa kadangkala lena di sisi tuk ayah.  Celotehnya meneman suasana sunyi rumah tuk ayah. alhamdulillah kesihatan tuk ayah masih baik.


Bilik ini, membawa kembali memori lama, catatan lalu, pengalam lalu, segalanya. Dahulu ia adalah dapur kasih sayang. Di ubah suai semula menjadi sebuah bilik. Bilik ini bersama radio buruk, tuk ayah beradu di petang hari, berehat seusai pulang dari masjid. Berehat sementara menanti hari esok. Berehat bersama cucu. Berehat mendengar celoteh dj radio.

Kadangkala tuk ayah mendengar seorang diri. Itu rutin. Rutin untuk seorang warga emas, yang sudah lama ditinggalkan arwah.

Bilik ini juga, adalah dapur kasih sayang. Arwah sentiasa menyajikan makanan yang enak-enak penuh rasa kasih, melimpah rasa sayang. Walau sudah dipahat di tanah, kasih itu tetap diserap dn sentiasa subur.

Al-Fatihah buat arwah Rakiah Daud.

Ya Allah ya Tuhanku
Ampunilah ke dua dosa ibu bapa
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami ketika kami masih kecil

Limpahi rahmat dan kasih sayangmu Ya Allah
Kepada ke dua ibu bapa kami
Berkatilah usia dan perjalanan hidup mereka

Al-Fatihah.

selawat beramai-ramai


Teks: Masayu Ahmad
Foto;Google

Di sini, di Kelantan masih meriah sambutan maulidurrasul, kenduri sederhan, makan gulai kawah, selawat beramai-ramai. Sambil berselawat, setiap orang akan mengmabil senggengam bunga rampai dan mencium-cium sambil terus berselawat.

Thursday, March 3, 2011

Kreativiti perkembangan anak-anak

Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.facebook.com/Mybbhousedotcom?sk=wall

Kanak-kanak lebih cenderung belajar sambil bermain. Belajar dengan keseronokan adalah lebih mencerap berbanding, fokus belajar tanpa apa-apa persekitaran sokongan yang menarik. Persekitaran, warna, alat pembelajaran adalah salah satu strategi untuk menarik minat belajar.

Ada beberapa ruang yang boleh dicipta untuk anak-anak di rumah. Barulah mereka tidak akan mengekor sahaja ibu, meminta itu dan ini.

Ruang bermain dan belajar

Ruang bermain sahaja

Ruang membaca

Tuesday, March 1, 2011

Kita memang tidak sempurna

Teks: Masayu Ahmad

Setiap kali pulang ke rumah ayah, saya buntu mahu masak apa. Jika mahu tahu ayah berselera atau tidak, jika makan nasi bertambah, maksudnya itu kena dengan selera. Kadangkala menu adalah simple sudah menarik perhatian, tetapi jika tidak kena selera, ia tidak sebagaimana dibayangkan.

Ia adalah hasil air tangan. Air tangan ibu semestinya tidak sama dengan air tangan anak. Air tangan saya semestinya tidak sama dengan air tangan arwah. Tetapi setakat ini puteri arora paling pandai memasak. Air tanganya kalau tidak sama 100 dengan air tangan arwah, sekurang-kurangnya ia sudah menghampiri sama.

Saya? Inilah kelemahan saya, masih cuba dan cuba. Kadangkala bertambah kadangkala tidak.

Beberapa minggu sudah saya ada terbaca satu artikel tentang penjagaan warga emas. Banyak yang menarik perhatian tentang artikel itu. Jika nanti ada masa, saya akan kongsikan buat ingata bersama.

Juga saya terkedu dengan satu kata-kata menarik oleh seorang remaja di wall face book.

" Semasa kecil kita selalu bercita-cita mahu jadi doktor, jurutera, pakar itu, pakar ini. Tetapi berapa orang di antara kita bercita-cita mahu menjaga kebajikan dan kembali menjaga orang tua."
Ia seolah-olah tidak ada dalam senarai. Ia dilihat mudah, tetapi ramai yang mengabaikannya. Sama-sama kita fikirkan dengan mata hati.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin