Di atas adalah salah satu spa yang mana pemiliknya baru berusia 24 tahun. Saya ada juga berjumpa pemilik restoran suami isteri yang berusia 24. Mereka kalangan ini adalah mendapat sepenuh sokongan daripada ibu bapa atau keluarga yang sudah mempunyai bisnes.
Famili bisnes
Bayangkan kita yang sudah memulakan bisnes dari sekarang, tinggal lagi boleh diteruskan oleh anak-anak.
Ia mungkin akan menjadi warisan, empayar atau apa sahaja yang boleh diteruskan oleh anak-anak.
Pilihan bisnes skala kecil
Sewaktu menemuramah En. Zulkifli pemilik Danga Inn, iaitu pengusaha penginapan bajet yang berkonsepkan rumah tetamu di atas air. Atau dengan kata lain En.Zul membina sebuah rumah tamu yang mempunyai panorama di tepi sungai. Pemandangannya sangat cantik, jika di tengok dari luaran ia adalah biasa-biasa sahaja.
Sebaik sahaja saya melangkah masuk, aduhai sangat terpukau dengan bilik yang menghadap terus ke air.
Antara perkongsian menarik en.zul, danga inn ini dibuka sejak lima tahun lalu. Ketika anak-anak sedang membesar dia mengambil keputusan untuk kembali ke Kelantan. Membina rumah penginapan. Katanya, kini anak-anak sudah besar jadi rumah penginapan ini dibuat bersambung dengan penginapan keluarganya. Jika anak-anak sudah berkahwin kelak, boleh jadikan rumah tetamu ini khusus untuk ahli keluarga, jadi pada masa-masa yang lain ia boleh menjana pendapatan sampingan.
Rumah tamu boleh dijadikan pendapatan pasif bagi jangka masa panjang, pun begitu ia perlu dipromosi secara berterusan. Bagi kalian yang ingin menginap di sini, nanti saya masukkan nombor untuk menghubungi en.zul.
Bilik di atas hanya RM120, sangat murah dan lokasi ini hanya lima hingga tujuh minit ke Pantai Irama Banchok.
No comments:
Post a Comment