Tuesday, March 20, 2012

Cari terapi diri

Teks: Masayu Ahmad

Salah satu terapi yang saya suka adalah menulis. Tiada masa? Bukan tiada masa tetapi pengurusan masa. Setiap hari setiap orang sama sahaja agihan masa, tinggal lagi bijak mengagih dan menggunakan masa. Ada waktu saya cemerlang mengurus masa, pada masa tertentu saya terbabas-basa juga. Kita tidak sempurna tetapi lakukan dengan sempurna adalah usaha yang baik.

Tengahari ini saya pulang awal, bawa tiga kanak-kanak sekali, Arissa, Aiman dan Hakim. Sudah tiga malam tidur tidak tidur, Arissa terjaga dan badannya panas. Saya agak capek, nasib baik bergilir dengan en.suami. Minggu ini saya kurang produktif dari segi kerja, banyak tuntutan keluarga, rasanya 60 peratus keluarga dan 40 peratus adalah kerja.

Keluarga diutamakan kerjaya ke dua. En.suami menenangkan saya, sabar, sabar. Jadi apa-apa tindakan saya merujuk dia. Apatah awal bulan sangat sibuk ke sana ke sini, ada sedikit lagi urusan ayah sebelum berangkat ke tanah suci.

Iktibar dalam kekalutan

Ada satu ketika dalam seminggu saya sangat lelah dan penat. Makanya saya mahu menangis, ayah di tahan wad, anak kecil tidak sihat. Alhamdulillah urusan esoknya dipermudahkan Allah. Selalu didatangkan ujian-ujian kecil agar kita bersangka baik dalam apa-apa kejadian. Bertenang dan teruskan sahaja perjalanan. Lalu sahaja lopak yang becak, sungai yang deras, apabila sampai ke seberang lopak tadi sudah dibasuh air sungai. Rasa dingin dan damai.

Sudah lena
Arissa sudah lena dalam buai. Sangat berterima kasih kepada mertua selalu sahaj menyediakan menu malam dan pagi. Jika saya sempat balik kerja memang giliran saya memasak, pagi kini mertua yang ambil alih untuk sediakan sarapan. Hujung minggu adalah tugas saya, begitulah seterusnya.

Apabila malam, Arissa selalu berada di dalam pelukan mok, juga ketika saya sibuk kemas rumah, lipat pakaian atau sedang sembahyang. Allah hadiahkan saya mertua yang sangat baik. Tidak terbalas budi. Ini yang mengenangkan rasa malu saya. Tidak jika berada di rumah sendiri, saya boleh bermalas-malasan, di sini juga boleh, tetapi malu itu akan menjadi perisai. Begitu juga dalam hal-hal, ia adalah pagar diri agar berpada-pada dan jangan berlebih-lebih.

Salam kasih sayang, bersangka baik pada setiap ujian kecil, kerana ia menjadikan kita lebih sabar dan manisnya datang perkara-perkara yang tidak terduga.

Masayu Ahmad

www.janawangdirumah.com

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin