Friday, February 24, 2012

Cipta masa berkualiti bersama anak-anak.

Teks: www.masayuahmad.com



Sejak Januarai lalu, jadual kerja agak penuh juga setiap hari, hanya malam dan hari Sabtu sahaja saya bersama kanak-kanak riang.

Kebiasaannya dengan pelbagai aksi minta perhatian, anak-anak di bawah umur memanglah begitu. Tinggal lagi kita sebagai ibu perlu banyak sabar dan kreatif cipta aktiviti untuk memenuhi hari mereka. Juga saya kadangkala seperti kalian juga, ibu muda yang masih mempunyai anak-anak yang masih aktif dan perlukan banyak perhatian dan kasih sayang.

Sabtu kali ini, saya membawa kanak-kanak riang balik ke rumah ayah. Kali ini agak mencabar juga kerana en.suami perlu bekerja. Jam 10 pagi bertolak, jam 12 tengahari baru sampai. Biasanya hanya 40 minit sahaja.

Oleh kerana saya ada urusan di pusat bandar, aduhai tidak dijangka oleh saya hujung minggu begini trafik sangat sesak. Arissa sekejap-sekejap menangis, jadi saya berhenti sebentar menyusu, agak ok, sambung pula perjalanan. Aiman dan Arif pula dahaga, sambil itu hulurkan air. Bunyi lapar juga kedengaran, jadi ada makanan yang sudah dibawa snek coklat dan roti.

Akhirnya sampai juga di rumah ayahanda. Petang ini mahu membawa mereka ke tepi pantai atau taman permainan. Biarkan mereka main, malam nanti cepatlah 'pengsan' agar ibu boleh selesaikan urusan pakaian pula untuk seminggu.

Salam kasih sayang

Lakukan persediaan bekerja di rumah dari sekarang. Saya sudah punya masa fleksibel memasuki tahun ke-4.
www.janawangdirumah.com.

Dapatkan tips bekerja dari rumah, dari masa ke semasa, sertai saya!

                                                  http://www.janawangdirumah.com/
Baca perkongsian pengalaman dan permulaan saya bekerja dari rumah. Kisah ini adalah titik tolak kepada saya membuat keputusan Ogos 2008. Klik pautan di atas dan dapatkan artikel percuma tentang tips dan persediaan bekerja dari rumah.

Sentiasa bersedia & lakukan terbaik-tips suri super

Teks: www.masayuahmad.com
                                                                            google

Saya ada terbaca satu artikel yang menarik ketika pencarian bahan di internet, saya lupa untuk menyimpan url blog tersebut. Antara tips pagi hari yang dikongsi ialah selalu menjadikan rutin mengemas, memasak serentak.
Maksudnya menjadikan rutin berpagi-pagi mengemas rumah, dapur, kosongkan singki, menjemur pakaian dan segala urusan rumah tangga diselesaikan awal pagi.

Terapi pagi

Jadi apabila rumah sudah berkeadaan bersih, ruang tamu kemas, dapur kemas, ruang memasak bersih, ini memberi satu terapi untuk menikmati sarapan pagi dengan enak dengan fikiran yang tenang.

Disiplin setiap hari
Acapkali kita membaca dan mendengar lakukan yang terbaik dan sentiasa bersedia. Maksudnya sentiasa memastikan rumah berada dalam keadaan bersih. Ia memang sukar kerana kita berdepan dengan banyak tugas serentak.

Namun sebenarnya, apabila tetamu yang datang tanpa diundang tiba-tiba menjengah depan pintu. Amat malu jika rumah berkeadaan selerak, tetapi hati rasa teruja menyambut tetamu jika rumah kekal berada dalam keadaan kemas. Kita juga tidak kelam kabut mencapai itu dan ini dan sudah tentu tidak mahu memberi pandangan yang tidak elok pada mata tetamu.

Jadi, sentiasa bersedia menampilkan rumah sentiasa terjaga banyak memberi terapi kepada suri rumah selain manfaat berlakunya kedatangan tetamu secara tiba-tiba. Manfaat lain sudah tentu semua ahli keluarga rasa seronok dan sudi melekat di rumah.

Senaman

Urus rumah tangga juga membantu kita membakar kalori. Apakan tidak dari satu ruang ke satu ruang, kadangkala apabila sudah selesai semuanya baju habis lencun kerana peluh. Ini juga satu pergerakan yang sihat kerana kita sedang membakar kalori ketika melakukan kerja rumah.

Wednesday, February 22, 2012

Pertandingan mewarna bersama Unit Kids@Prima, Grup Buku Karangkraf

Sumber:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=291484257573740&set=a.192235917498575.50899.192193807502786&type=1&theater


Kepada sesiapa yang baru mengenali Unit Kids@Prima, kami akan mengadakan Peraduan Mewarna untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun.

Bagaimana anak-anak anda hendak sertainya? Mudah sahaja! Berikut adalah cara-caranya:





1) Muat turun gambar yang diberikan. Kemudian, cetak gambar ini dalam kertas bersaiz A4.
2) Warnakan gambar berkenaan mengikut kreativiti anak-anak anda. Tambahkan sedikit pemandangan di belakang subjek utama.
3) Seterusnya, isikan nama, alamat dan maklumat lain yang diperlukan.
4) Hantarkan kepada kami ke alamat berikut:

Peraduan Mewarna - Unit Kids@Prima Buku Prima
Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd
Lot 2, Jalan Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

5) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Februari 2012.
6) Pemenang akan diumumkan seminggu selepas tarikh tutup penyertaan.
7) Hasil kerja pemenang akan disiarkan di dalam FB Buku Prima.
8) Keputusan pengadil adalah muktamad.

Tips ransang anak untuk bersarapan dan bawa bekal

Teks; www.masayuahmad.com




                                                          Gambar sumber Google.


Apa itu bento? Baca perkongsian di sini http://roszaliza.blogspot.com/2012/02/apa-itu-bento.html.

Saya juga baru berkenalan dengan cara ini dan ia sangat bagus untuk menyediakan bekal untuk anak-anak. Masalahnya sekarang ialah tidak punya masa yang cukup waktu pagi. Ok, itu terpulang kepada kita memilih jenis makanan dan mula bereksperimen. Saya mahu cuba. Jika tidak setiap hari mungkin boleh mulakan dengan 1 hari dalam seminggu ada bento.

Tuesday, February 21, 2012

Surat dari abang Hakim

Teks: www.masayuahmad.com

Abang Hakim antara subjek kegemaran adalah matematik. Berilah buku latihan matematik, sekejap sahaja siap dan boleh fokus dengan baik. Tetapi tidak untuk bahasa, namun terima kasih abang Hakim kerana sudah lancar membaca BM dan BI, juga hafazan semakin baik.

Antara perkara yang perlu ibu ambil tahu dan ambil perhatian lebih ialah tulisannya yang tidak cantik. Tetapi ibu bangga sebab abang Hakim usahakan juga untuk tunjuk pada ibu tulisan abang semakin cantik. Terima kasih ibu ucapkan.

Hasil pujukan dan latihan, tulisan abang Hakim bertambah kemas berbanding dahulu.

Kegemarannya memang suka matematik, suka beli macam-macam di koperasi dan setiap hari bawa balik benda baru. Jadi sekarang, ingatan setiap hari agar abang Hakim tidak lagi beli barang-barang di koperasi.

Semalam abang ada beritahu ibu bahawa abang sudah jumpa pusat sumber, di situ ada banyak buku. Abang cakap mahu pinjam buku banyak-banyak. Hati ibu sudah gumbira mendengarnya.

                         Ibu juga sayang abang dan adik-adik. Nanti ibu beli kenali dunia pula.

Mudahkan rutin seminggu-tip suri super

Teks: www.masayuahmad.com


Kalian boleh fikir dan gambarkan apa yang terbayang dalam fikiran saya sekarang. Baik, mari kita selongkar satu persatu. Gambar di atas bukan masalah tetapi rutin yang akan membawa masalah kita kita tidak urus dengan baik. Memang benar, setiap hari pakaian selerak, pakaian kotor hasil kutipan semua ahli isi rumah untuk penggunaan sehari, iaitu dari pagi sampai malam.

Rutin urus pakaian memang tidak habis dan tidak akan habis. Tinggal sahaja lagi kita perlu cari jalan atau cara kreatif untuk urus. Apabila pulang ke rumah tidak ada pakaian kotor dalam bakul, atau awal pagi semua pakaian tersidai cantik di halaman ia adalah satu terapi untuk saya. Sudah tentu kalian juga, tambah lagi suri rumah sepenuh masa.

Ok, saya sedang merancang untuk lebih fleksibel untuk urus hal ini dan mula fokus cari penyelesainnay berdikit-dikit. Mari saya keluarkan idea tersebut dan berkongsi dengan kalian.

Urus rutin seminggu untuk anak-anak
Labelkan Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis

Setiap pagi apa yang perlu saya siapkan keperluan anak-anak awal pagi. Sudah tentu semuanya ada satu beg pakaian untuk 4 kanak-kanak. Jadi pecahannya seperti berikut.

1. 3 uniform sekolah bergosok 2 pakaian sukan-ini sudah siap digantung untuk seminggu.

2. Uniform pagi untuk Aiman dan Arif

3. Pakaian anak-anak transit. Untuk Hakim, Arif, Aiman dan Arissa. Semua ini dalam satu beg.
Untuk selesaikan rutin ini bagi seminggu- saya perlukan agihkan dalam kotak almari seperti di atas. Iaitu agihan untuk hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu & Khamis.
Jadi pada malam hari hanya ambil sahaja keperluan untuk satu hari dan masukkan dalam beg pada malam atau paginya. Mudah bukan.

Ini juga salah satu impian saya, ia adalah sebuah bilik terapi bukan lagi sebuah bilik yang penuh bosan yang perlu dihadap setiap hari. Ia menjadikan saya bersemangat dan rasa seronok untuk urus pakaian. Sudah tentu kalian juga.






Sunday, February 19, 2012

Fasa ke 2, bekerja dari rumah

Teks: masayuahmad.com


Dalam fasa pertama bekerja dari rumah, saya fokus dengan rutin menulis dan salah satu usaha ialah memberi panduan asas bekerja dari rumah. Segala-galanya tentang mencari peluang bekerja atau mengusahakan bisnes dari rumah. Anda boleh mendapatkan informasi yang terkumpul ini dalam buku Jana RM Dari Rumah dan ebook bekerja di rumah untuk wanita iaitu www.janawangdirumah.com.

Untuk fasa ke dua sudah bermula  yang mana saya memulakan kedai buku online, http://www.facebook.com/pages/Kedai-Buku-Online/325713544117926?sk=wall yang mana akan menjual buku-buku saya dan juga ebook. Ini juga dalam proses untuk saya tambah buku-buku dan ebook yang lain.

Pada masa yang sama masih menyunting  ebook panduan membuka butik online dan offline, ini asas kepada kalian yang ingin membuka butik.
Dalam fasa ke dua ini juga saya menawarkan perkhidmataan periklanan khusus untuk pemilik bisnes skala kecil.



Who are we?
Xpresszoom is Malaysia’s first and only online directory for micro businesses and small enterprises. Established in 2008, xpresszoom.com is fully owned by Matrix Biznetwork Sdn. Bhd., a Malaysian company headquartered in Kota Bharu, Kelantan.
Our online directory provides business information and details, videos, photo galleries, promotions & deals, and map directions. As a compliment to business listings, xpresszoom also provides a public platform for job boards, classified listings, event announcements, and business opportunities via our affiliate system -BDM (Business Development Manager) System.
Our Mission & Vision
We are here to offer leverage and to promote growth to micro businesses and small enterprises alike. We provide an integrated solution and a competitive edge to these businesses in the online stratosphere, while encouraging entrepreneurship amongst individuals with our innovative affiliate partnerships.
Today, we are working towards a communal platform that will be seen as the leading online directory in a borderless world.



















Contohnya di pautan ini http://www.xpresszoom.com/businesses/clothing-accessories- kerja ini adalah sangat fleksibel untuk saya. Jadi bagi kalian yang sudah mempunyai bisnes ingin mendapatkan pakej iklan ini boleh emailkan pada saya masayu@xpresszoom.com.

Dalam fasa ke dua ini saya sedang dan berusaha sehingga akhir tahun ini, untuk memberi peluang kepada kalian bersama saya. Saya akan memberi bimbingan secara online untuk menambah pendapatan. Ya, menambah pendapatan sebagaimana saya. Kerjanya fleksibel dan apa yang penting peluang menambah pendapatan khusus untuk suri rumah dan wanita yang ingin memiliki SOHO sendiri sebagaimana saya.

Jadi bersedia dan baca dahulu panduan asas bekerja di rumah. Jika dengan izin Allah harapnya saya sudah bersedia untuk membimbing kalian pada 2013 dan lebih ramai wanita boleh menjana pendapatan dengan masa yang lebih fleksibel. Insya-Allah.

Syukurnya Allah telah memberi peluang dan platform ini kepada saya dan saya ingin sekali berkongsi rezeki ini bersama kalian, suri-suri terpilih yang ingin mengutamakan keluarga dan pada masa yang sama ingin menambah pendapatan keluarga.

Salam kasihs sayang

Masayu Ahmad

Saturday, February 18, 2012

Urus masa untuk WAHM & SOHO



Sumber: Buku Jana RM Dari Rumah, muka surat 108, 109


Langkah 1: Tetapkan tujuan untuk urus masa 24 jam

Tetapkan tujuan penggunaan masa harian, masa berkualiti, urusan selesai dan anda berpuas hati. Walaupun masa anda lebih fleksibel berbanding mereka yang bekerja di luar rumah, namun menetapkan tujuan penggunaan masa adalah salah satu cara penyelemat agar masa tidak dibazirkan tanpa tujuan.

Setiap jam diperuntukkan untuk menyelesaikan tugas yang sudah disenaraikan. Ini boleh menjadi kayu ukur prestasi anda pada hari tersebut dan pencapaian boleh dilihat berdasarkan ukuran pendapatan dan perkembangan bisnes.

Langkah 2: Urus masa fleksibel

Selepas mengenal pasti senarai tugasan di rumah dan bagaiman mengendalikan jadual masa 24, anda boleh tentukan waktu yang sesuai untuk setiap jam. Maksudnya mempunyai masa yang lebih fleksibel walaupun anda sibuk. Terutama ketika masa-masa kecemasan seperti keluarga sakit, mengurus hal peribadi dan menerima kunjungan tetamu.

Anda tidak boleh menolak situasi ini, tetapi anda perlu mengandakan bekerja pada masa rehat untuk menggantikan semula masa produktif anda yang sudah diisi dengan situasi kecemasan.


Thursday, February 16, 2012

Salam pagi Jumaat 17 Februari 2012

Teks:www.masayuahmad.com


Alhamdulillah masih lagi diberi ruang untuk berkhidmat, menambah amal dan memperbaiki diri. Sebaiknya saya hari ini lebih baik dari semalam,

Semalam petang Khamis bertungkus lumus mengerjakan timbunan kain baju, mengemas rumah, mengemas dapur. Semua selesai jam 9 malam, saya mandi kali ke dua solat Isyak dan kami anak beranak bertolak ke rumah tok ayah aka ayah saya.

Pagi ini saya rutin seperti biasa, kalau ke rumah ayah saya bercuti memasak ;D. Menyambung rutin kerja, dan rasanya mahu masa yang lebih berkualiti dengan anak-anak.

Semalam semasa mahu tidur ada dua topik yang saya ingin tulis:

1. Susun rutin mudah urus pakaian anak-anak untuk seminggu.

2. Sedia sarapan mudah dan sihat untuk anak-anak

Saya tulis di sini sebagai ingatan saya.

Wednesday, February 15, 2012

Jana RM Dari Rumah

Kursus Borong di China


Buat julung-julung kalinya Kursus Borong Dari China akan diadakan di PERAK. Tempah tempat anda sekarang kerana tempat TERHAD. Cukup Kuota kami takkan buka lagi.. Sila hubungi Nombor yang tertera didalam Banner.

Kursus ini perlu dihadiri oleh semua mereka yang ingin mengembangkan perniaggaanya. Berhenti dari beli dari orang tengah.... Beli terus dari Pemborong di China. Ketahuilah hampir 90% barang di Malaysia adalah keluaran China. Dengan memborong dari China Anda boleh dapat harga yang murah dan boleh mark-up sehingga 100%-200% dari harga asal!



ssalammualaikum, Hanabil Biz Online Centre buat julung-julung kalinya akan mengadakan "Kursus Borong Dari China" di Ipoh, PERAK pada 18/3/2012 bermula pukul 8.30pg - 5.30ptg. Berikut ialah maklumat program:

Penceramah: Muhammad Nizar Jamaludin (Usahawan dan Penulis Buku "Panduan Memborong Dari China")

Tempah tempat anda sekarang ..tempat adalah TERHAD.Pendaftaran sehingga 10 MAC 2012 SAHAJA,Sila Hubungi 05-2412753, emailkan penyertaan anda ke admin@hanabilbiz.com @ sms ke 016-4110557 untuk maklumat lanjut.

Monday, February 13, 2012

Selamat pagi Malaysia

Teks:www.masayuahmad.com

                                           http://www.facebook.com/CutiCutiKelantan

Salam kasih sayang, hari ini rutin sebagaimana biasa, bangun seperti biasa awal pagi, urus Hakim ke sekolah, dukung Aiman dan mandikan, bangunkan Arif mandikan. Saya agak keletihan pagi ini, pun begitu nasib baik dibantu mertua dan en.suami.

Semalam saya sudah siap masakkan gulai ayam Kelantan. Dinihari tadi sudah bau masakan panas dari dapur. Mertua sudah siap masakkan nasi, masak lauk, jerang air. Arissa disuapkan mok pagi ini.

Apa tidak dua hari yang lepas, saya di wad kecemasan membawa si kecil Arissa, patutnya ditahan, tetapi dr, beri pilihan boleh pulang tetapi pastikan diberi ubat. Alhamdulillah sudah selesai disitu. Hari ini Arissa sudah bangun dengan riang. Semalam juga separuh hari menguruskan urusan ayahanda. Sudah hampir selesai, saya juga lega.

Pagi ini agaknya saya keletihan, akan hadiahkan diri sendiri urutan tradisional sentuhan kak lah.

Salam kasih sayang, kitalah wanita yang penuh semangat, walau apa cabarannya tetapi dilakukan dengan hati ikhlas.

Rutin super mama

Teks; www.masayuahmad.com


Mudahnya wanita versi siber kerana banyak sumber untuk mencerap ilmu, banyak kumpulan maya yang boleh meluah dan bersembang, banyak sumber motivasi untuk mengisi jika mental fizikal merudum. Bukan sekadar saya, malah wanita dulu-dulu seperti ibu kita, mertua dan nenek. Persamaannya mereka mempunyai rutin seperti kita perbezaannya kita lebih banyak kemudahan berbanding mereka.

Saya masih teringat kata-kata arwah mek.

"Senang wanita bekerja sekarang, tidak lemas dengan kerja rumah yang tak pernah habis. Berbanding mek, satu hari, seminggu itulah rutinya perlu berada di rumah."

Ada benarnya perkongsian arwah mek, apakan tidak jika di rumah rasanya bagai tidak menang tangan, memang urusna rumah tangga tidak pernah habis.

Juga ada benarnya kita mempunyai banyak kemudahan seperti peralatan bantu rumah tangga seperti mesin basuh, pengering pakaian dan sebagainya.

Juga mudahnya kita kerana mempunyai banyak jaringan sosial, yang mana membantu ibu-ibu berkenalan, meluah perasaan, mendapat sokongan emosi dan juga dapat bertukar idea dan ilmu.

Saturday, February 11, 2012

Ilmu suri rumah tidak akan habis sampai bila-bila

Pic: Google
Teks: Masayu Ahmad

Apabila bergelar suri rumah, ramai yang mempunyai persepsi mudah. Kerja suri rumah goyang kaki, jaga anak, jaga suami, urus rumah tangga. Mudah, tidak sesukar wanita yang bekerjaya. Siapa kata mudah? Memang sukar sebenarnya, banyak perkara yang perlu dipelajari bukan sekadar melipat kain baju, mengemop lantai dan menidurkan anak.

Perkembangan ilmu dan kemudahan internet adalah salah satu cara dan peluang yang perlu direbut suri rumah.

Awal perkahwinan

Antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian ialah mula belajar memasak, mengemas rumah dan mengurus rumahtangga. Banyak perkara kini boleh dipelajari dapat diperolehi daripada internet. Bukannya membuang masa dengan melayan face book semata.

Ramai suri yang berkongsi ilmu dan idea memasak. Bukan sekadar cara malah ada juga berkongsi sama tentang resipi masakan. Jika mahu lagi hadir mana-mana kursus dan bengkel masakan yang kini mudah didapati.Tinggal sahaja lagi malas atau rajin sahaja.

Ilmu kehamilan

Bermula sudah tentang penjelajahan penjagaan kehamilan, ilmu untuk menjaga dan mendidik anak-anak.
Bermula alam rahim, banyak perkara yang perlu dipelajari dan dicerap sebagai mungkin.

Apabila anak dilahirkan kelak mahu corak macam mana, versi barat atau versi timur. Mahu anak-anak hafaz al-quran atau lebih kepada kebendaan. Semua terpulang kepada peranan ibu bapa mahukan anak-anak yang bagaimana? Warna coklat, hijau, putih bersih atau apa sahaja corak.

Ilmu pendidikan

Pendidikan awal kini bukan sahaja penting malah salah satu cara persediaan awal agar anak-anak mampu berkembang dan menghadapi cabaran mendatang yang semakin sukar. Kini ibu bapa bukan sekadar menghantar, bayar dan melihat sahaja anak-anak di pusat penjagaan, tetapi perlu ambil serius pendidikan awal kanak-kanak. Bukan memberi tekanan. Tetapi pemantauan sepatutnya perkembangan anak-anak sesuai dengan usia mereka. Anak-anak tidak akan sama hobi, kesukaan, kecenderungan, kekurangan, kelebihan. Tetapi selagi bernama ibu bapa, sudah tentu tahu lebih awal mahukan anak-anak bersedia dengan masa depan mereka yang lebih baik.

Apa idealnya sebagai suri rumah

Bagi suri rumah yang sekadar suri rumah, dan tidak perlu berfikir lagi menjana pendapatan. Gunakan sebaiknya waktu yang ada untuk pengisian yang bermakna. Tidak ramai yang berpeluang menjadi suri rumah tanpa perlu lagi berfikir menjana pendapatan untuk membantu keluarga.

Tetapi kadangkala saya lihat ada juga suri rumah yang mengeluh, boringnya hidup sekadar urus rumah tangga, anak-anak. Kepenatan yang tidak penat habis. Ya, memang penat. Tetapi sekiranya ikhlas semuanya sudah ada ganjaran yang akan diberikan majikan kita. Tiada tandingannya dengan ganjaran kewangan di dunia. Walaupun tanpa wang, apalah sangat yang boleh dibuat. Tetapi akur, kadangkala betapa bertuahnya wanita yang hanya bergelar suri rumah, sudah tentu banyak pengisian yang boleh dilakukan untuk bergelar suri rumah hebat.

Hebat di mata suami, anak-anak, ahli keluarga dan masyarakat. Alangkah bertuahnya anak-anak, pulang ke sekolah, hidangan masakan ibu sudah tersedia. Belum tentu lagi anak-anak yang ditinggalkan pengasuh saban hari dapat merasai nikmatnya masakan ibu. Jika ibu pulang kerja mahu memasak, bolehlah merasa. Tetapi selalunya masakan campak-campak sahaja. Manakan tidak mahu mengurus kain baju, anak-anak, kemas rumah juga kadangkala tidak sempat.

Alangkah seronoknya suami, apabila pulang anak-anak sudah bersih dan harum. Makanan malam sudah tersedia. Jika isteri bekerja jika sempat masak jika tidak beli atau makan di luar sahaja. Jika sekadar mempunyai anak seorang mungkin, kepenatan tidak seberapa berbanding mempunyai ramai anak, kepenatannya sememangnya berganda.

Apa yang seronok sebagai suri rumah?

Memang seronok. Bukan tidak boleh bersosial, malah jika pandai banyak aktiviti yang boleh dihadiri. Bukan sekadar mengurus rumah tangga. Suri rumah boleh saja menghadiri majlis-majlis ilmu, membuat kerja amal, malah banyak cara agar masa di isi sebaiknya. Betapa bertuahnya wanita bergelar suri rumah.

Friday, February 10, 2012

Tiga persediaan sebelum bermula bekerja dari rumah

Teks: Masayu Ahmad


Terdapat banyak persediaan sebelum memutuskan untuk bekerja dari rumah, namun di bawah ini saya senaraikan tiga perkara penting yang perlu diambil perhatian.

Bekerja  atau bisnes

Memilih sama ada mahu mengusahakan bisnes iaitu menjual produk atau perkhidmatan. Jika bekerja contohnya seperti saya memilih sebagai penulis sepenuh masa. Kriteria pemilihan kerja atau bisnes sangat berkait rapat dengan pendidikan, pengalaman, rangkaian dan minat. Pilihlah berdasarkan keutamaan yang memberi pulangan menguntungkan dar segi kewangan, kepuasan dan minat. Ini mendorong kalian untuk kekal fokus dan tidak mudah patah semangat.

Pengurusan masa

Sangat penting mempunyai kalender pengurusan masa yang tepat dalam perancangan kerja atau bisnes. Ini memastikan kalian mempunyai arah tuju yang jelas. Juga mempunyai rangka kerja berdasarkan tempoh waktu yang sesuai. Bekerja tanpa arah tuju membuatkan kalian hilang panduan dan tuju arah yang sebenar.

101 idea bisnes

Ramai yang mengatakan, tiada idea, tidak tahu membuat apa, tidak pandai memilih produk yang sesuai. Sedangkan begitu banyak idea bisnes yang boleh dimulakan dari rumah secara kecil-kecilan. Terdapat beberapa cara, selain mendapatkan capaian kata laluan idea bisnes di aplikasi google, boleh juga mendapatka idea dari buku-buku bisnes yang sudah banyak terdapat di pasaran. Juga melihat blog teman-teman yang sudah pun berniaga secara kecil-kecilan.

Lima keistimewaan wanita bekerja dari rumah

Teks: Masayu Ahmad

1. Ruang pejabat citarasa sendiri. Anda boleh sahaja memilih ruang mana yang anda gemar, lebih besar daripada pejabat anda dahulu, dengan kelengkapan peralatan yang anda mahukan.


2. Tiada gangguan rakan sekerja. Anda boleh sahaja memberi fokus kepada kerja anda tanpa perlu memberi peluang orang lain menggangu anda. Anda boleh sahaja tidak perlu mengaktifkan diri di laman sosial (face book) atau menyatakan tidak mengaktifkan telefon tangan anda.

3. Boleh melakukan aktiviti riadah pada masa-masa yang anda gemari, contohnya pada awal pagi atau pada waktu petang. Kerana ketika wanita lain sibuk ke pejabat anda boleh sahaja berlari-lari di kawasan taman memulakan aktiviti senaman.

4. Anda sentiasa berada di persekitaran keluarga, ketika anak-anak gembira, sedih dan sakit anda sentiasa ada di sisi.

5. Boleh menemani anak-anak makan hampir setiap masa, bermula sarapan, tengahari, minum petang dan makan malam. Nilai masa dengan aktiviti keluarga yang tinggi.

Nota: Dalam beberapa hari ini, saya dapati blog saya mengalami beberapa gangguan. Sekiranya blog ini hilang, tahulah anda mahu cari saya di mana, carilah di laman sosial (facebook). Situasi blog hilang amat kerap berlaku.

Thursday, February 9, 2012

Konsep SOHO-kongsi pengalaman

Teks: www.masayuahmad.com

Dua hari yang lepas antara pelanggan terbaru saya adalah Dr.Arif iaitu pemilik Klinik Ehsan yang lokasinya di sebelah jalan besar Ketereh.

Pada awal permulaan operasi klinik Dr. Arif menjadikan kediaman adalah bersebelah dengan kliniknya. Iaitu Ada pintu sebelah yang menuju ke tingkat atas kediaman. Kini kediaman itu tidak lagi dihuni dan telah diubahsuai menjadi Rumah Tetamu Ehsan.

Dibawah adalah klinik, di atas kediaman asal yang diubahsuai menjadi rumah tamu.
Bagi yang mempunyai bilangan keluarga yang ramai, rombongan perkahwinan, pertunangan, rumah tamu ini sangat sesuai, memandangkan ia sangat murah dan berpatutan. Lokasi adalah di bandar Ketereh. Jadi banyak pilihan untuk mendapatkan makanan tempatan, kuih-muih dan tidak jauh menuju ke pusat bandar Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh.

Bisnes yang pertama dan kembangkan bisnes yang kedua

Berdasarkan pengalaman karier Dr. Arif ini, beliau menjadikan kediaman dan klinik adalah asas SOHO. Kita maklum kadangakala operasi klinik memerlukan tempoh jam yang panjang. Kediaman dan tempat kerja pada satu lokasi menjimatkan masa dan sudah tentunya kos-kos yang lain.

Bisnes ke dua- rumah tetamu mengambil alih selepas sudah ada perkembangan, atau mahu membuat pilihan kediaman lain. Jadi kediaman yang asal boleh pula dikembangkan kepada pendapatan yang ke dua iaitu sebagai rumah tamu.

Promosi, promosi, promosi sepanjang tahun ;D

Teks: www.masayuahmad.com

Salam kasih sayang, hari ini sudah Khamis bersamaan 9 Januari 2012. Alhamdulillah minggu ini berjalan dengan lancar. Hampir setiap hari pagi dan petang ada temujanji. Maksudnya ramai yang sudah menggunakan perkhidmatan dari saya. Di bawah saya kongsikan bajet hotel dan homestay pilihan.




Sunday, February 5, 2012

Tips SOHO, WAHM

Teks: www.masayuahmad.com
Mulakan persediaan bekerja di rumah www.janawangdirumah.com

Salam pagi Isnin bersamaan 6 Februari 2012. Sungguh cepat masa berlalu minggu pertama untuk Februari sudah pun habis. Di sesetengah negeri, ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti panjang. Saya tidak ke mana-mana, hari Sabtu anak-anak tidak sihat iaitu Aiman dan Arif.

Jam 5 petang hari Sabtu saya bawa Arif ke Hospital USM Kubang Kerian, seharian Arif muntah dan muntah. Badan sudah lesu, sudah tiada tenaga. Jam 8 malam barulah dimasukkan air.
Ketika menantikan Arif, saya perlu juga mengawal Hakim. Kali ini bawa bersama juga buku latihan dan sebatang pen. Hakim memang suka diberi upah, saya bagi RM1, kemas pula tulisannya. Ish, ish, saya tambah lagi 20 sen, maka laju pula Hakim menyiapkan kerja. Sambil itu memantau Arif yang masih lemah.

Kemudian jam 1 pagi saya pulang ke rumah mengambil barang-barang keperluan. Pada masa yang sama untuk menghantar Hakim pulang. Jam 3 pagi Arif ditolak ke wad peadetrik. Jam 5 pagi masih memberi maklumat kepada doktor yang bertugas. Jam 6 pagi kepala saya sudah pusiang. Saya gagahkan dulu untul solat. Usai solat ada sedikit kesegaran.

Usai ke wad, ada penjaja menjual pelbagai jenis sarapan. Saya beli nasi berlauk ayam goreng untuk Arif dan nasi daging goreng untuk saya. Usai sarapan Arif lelap. Itulah anak ibu sudah mahu makan dan sudah minum, jika sebelum itu lebih 12 jam dia tidak makan dan minum. Hanya minum dan dikeluarkan semula. Arif nyenyak tidur, saya berbisik, ibu balik sekejap, nanti ayah sampai. Arif mengangguk-angguk.

Kasihan Arisa. Sampai sahaja di rumah, Arif menyusu sambil memejamkan mata, tanda nikmatnya dapat meneguk susu ibu. Arissa memang penyabar, tidak menangis dan merengek. Diteguk dan diteguk. Kemudian saya keluar semula jam 2 petang kerana ada temujanji dengan pelanggan. Kali ini saya bawak Aiman bersama. Aiman banyak beri kerjasama, usai siap mengambil gambar kedai kek. Saya pulang ke rumah. Memasak nasi dan kemudian mengemas rumah. Usai Asar pecut semula ke hospital. Arif sudah boleh pulang. Hati sudah lega. Aiman masih dibawa.

Jam 9 malam kami bergerak pulang. Aiman, Arif, Ibu dan Ayah berhenti tepi  jalan pekena teh tarik dan roti jalan. Itulah hujung minggu dan cuti kami. Hari ini semua sudah sihat dan pergi sekolah. Ibu hari ini memulakan tugas seperti biasa.

Iklan


                                               Sumber:http://www.xpresszoom.com/bekamhajirazali-2

Friday, February 3, 2012

35 Lagi IDEA HEBAT Untuk Pemasaran Luar Biasa

35) Berkawan dengan selebriti radio atau TV: Cari jalan untuk rapatkan diri dengan selebriti radio atau tv. Mereka adalah manusia biasa yang sukakan penghargaan. Kirimkan mereka hadiah yang luar biasa yang membuatkan mereka akan menyebut nama anda apabila mereka bersiaran. 
34) Tukar mesej telefon anda : Sekiranya ada orang yang menelefon telefon pejabat atau telefon bimbit anda selepas waktu pejabat, ianya mungkin merupakan peluang anda untuk memasarkan kepada mereka. Tukar mesej panggilan telefon anda daripada "Maaf, kami sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan anda!", tukarkan kepada "Maaf, kami amat sibuk melayan pelanggan kami sepanjang hari dan kami agak keletihan. Tinggalkan nama dan nombor telefon anda, kami pasti akan memanggil anda semula pada pukul 9.05 pagi nanti!" 33) Wujudkan sistem memperkenalkan kawan: Sekiranya pembekal atau pelanggan gembira untuk berurusan dengan anda, anda boleh memberikan mereka penghargaan contohnya voucher RM50 untuk setiap pelanggan baru yang diperkenalkan.

32) Lancarkan kempen untuk membuat sesuatu perubahan: Apakah perkara yang membuat orang ramai tidak gembira atau tidak berpuashati? Anda boleh menjadi penganjur kepada sesuatu kempen kesedaran di kawasan anda, contohnya, kempen menentang aedes. Sekiranya perniagaan anda memang secara terus dapat menyelesaikan masalah ini, ia adalah lebih baik.

31) Menawarkan perundingan atau memberikan ucapan: Cari kumpulan sasaran yang dikehendaki dan sertai mereka, tawarkan kepakaran anda dengan memberikan perundingan atau ucapan secara percuma. Ia akan mula membina anda untuk menonjol sebagai pakar dalam bidang tersebut.

30) Berpakaian menarik mengikut tema pakaian tertentu : Ia hampir sama dengan idea sebelum ini, tetapi ini adalah berpakaian mengikut tema pada hari-hari tertentu dalam seminggu. Ini akan membuatkan pelanggan tertarik dengan keceriaan kedai atau pejabat anda.

29) Berkenalan dengan hampir sesiapa sahaja: Mereka yang bijak membuat pemasaran adalah mereka yang bukan berkenalan dengan orang lain untuk menjual tetapi berkenalan untuk mengenali orang lain, ketahui apa yang mereka lakukan. Pendek cerita, berkawan dan timbulkan minat untuk mengenali orang lain. Suka atau tidak, mereka pasti akan mula bertanya tentang apa yang anda lakukan. "Terpaksalah" anda kongsikan tentang perniagaan anda.

28) Menulis Ebook percuma: Ya, tuliskan ebook atau artikel dan berikan secara percuma di laman web anda atau melalui emel. Ia akan membina kredibliti anda.

27) Menaikkan Harga : Kadang-kadang, strategi menurunkan harga bukanlah cara paling baik untuk menarik pelanggan tetapi menaikkan harga pun boleh menarik pelanggan kepada anda. Anda mungkin akan kehilangan pelanggan yang "low-end" tetapi anda akan mendapat pelanggan yang lebih tinggi kualitinya.

26) Mulakan e-newsletter: Gunakan format newsletter yang mudah untuk sentiasa "stay connected" dengan pelanggan-pelanggan atau prospek anda. Ingat, rahsia pemasaran adalah bagaimana anda sentiasa mengingatkan mereka tentang "kewujudan" anda!

25) Ubah cara bagaimana telefon anda dijawab : Berikan staf anda kebebasan untuk mencuba menjawab telefon dengan stail yang berbeza tetapi bersemangat. Sekiranya kita menjawab panggilan telefon dengan senyuman dan ceria, pelanggan anda pasti dapat merasakan keceriaan tersebut, begitulah sebaliknya.

24) Gunakan krew promosi: Anda boleh mendapatkan krew "part-time" atau sambilan yang boleh membantu anda membuat promosi serta memberikan informasi perniagaan anda kepada orang ramai. Pastikan mereka memakai t-shirt yang mempunyai logo perniagaan dan kempen pemasaran anda. Pastikan mereka ceria apabila menyertai kempen ini.

23) Mempromosikan produk atau perkhidmatan anda secara bersilang (Cross Promotions) : Apakah produk atau perkhidmatan lain yang pelanggan anda mungkin perlukan? Setelah mereka membeli daripada anda, biasanya mereka gembira untuk tahu apakah produk lain yang anda boleh tawarkan.

22) Menjual hadiah/voucher penghargaan : Ramai pelanggan gemar untuk membeli hadiah atau voucher untuk dijadikan hadiah kepada orang lain. Contohnya jika anda ke kedai buku Borders, mereka ada menjual voucher hadiah di kaunter tunai mereka untuk anda hadiahkan kepada orang lain.

21) Buat sesuatu di luar jangkaan : Apa perasaan anda jika kedai kek di tempat anda mengirimkan SMS kepada anda dan meminta anda untuk datang ke kedainya untuk mengambil hadiah istimewa atau memberikan anda diskaun kepada anda untuk hari itu sahaja, tanpa sebarang sebab. Hanya sebagai tanda penghargaan. Pasti anda akan rasa gembira. Itulah yang anda boleh lakukan kepada pelanggan anda. Anda boleh dapatkan sistem sms dan kredit percuma di www.ETSI.com.my, ia adalah sangat efektif.

20) Mengeluarkan Press Release : Salah satu perkara yang penting untuk anda lakukan adalah untuk menghantar press release kepada media. Press release dengan kisah yang menarik akan memberikan anda pendedahan percuma di akhbar atau majalah. Ini akan meningkatkan reputasi anda serta meningkatkan jualan anda.

19) Sertai mana-mana organisasi yang boleh menyokong perniagaan anda: Libatkan diri dengan mana-mana persatuan, kelab, dewan perniagaan atau koperasi yang dapat memberikan anda kelebihan untuk mengembangkan jaringan perniagaan anda serta meningkatkan perniagaan anda.

18) Menjual apabila anda mengeluarkan inbois: Sekiranya anda berurusan dengan pelanggan korporat atau syarikat kecil dan sederhana, biasanya yang melihat dokumen inbois tersebut adalah orang penting di syarikat tersebut. Buat satu cop getah yang berbunyi "Terima kasih kerana berurusan dengan kami, semoga kami mendapat bayaran yang pantas!" dan copkan di atas inbois tersebut.

17) Membuat katalog produk : Salah satu cara paling klasik untuk memberikan pelanggan informasi tentang senarai produk atau perkhidmatan anda. Untuk mengurangkan kos, adalah lebih elok produk tersebut disenaraikan di laman web anda dan ianya boleh dicetak daripada situ. Anda juga boleh menggunakan digital printing yang kosnya adalah lebih rendah daripada percetakan biasa.

16) Kempen Mengutip Sampah : Atau kempen bersihkan rumah kebajikan serta kempen menderma untuk tabung anak yatim. Pastikan anda terlibat secara aktif di dalam kempen yang melibatkan masyarakat setempat. Pastikan juga yang anda menaja Tshirt yang mempunyai logo syarikat anda serta membuat press release untuk mengumumkan kempen tersebut.

15) Gunakan kajian kes : Sama seperti testimonial pelanggan, kajian kes akan menunjukkan anda sebagai pakar dan pengalaman pelanggan yang gembira dengan anda
.
14) Menggunakan kaedah pemasaran yang menyeronokkan : Pasang spotlight di atas bangunan majlis perbandaran yang menunjukkan logo perniagaan anda atau berikan belon yang mempunyai loga perniagaan anda kepada kanak-kanak, ia adalah cara pemasaran yang mudah tetapi berkesan.

13) Menulis kepada akhbar tempatan : Akhbar tempatan biasanya memerlukan banyak berita tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Biasakan membeli akhbar tempatan serta menulis kepada editor mereka mengenai mana-mana isu yang anda boleh sumbangkan cadangan atau kepakaran.

12) Fokus untuk meningkatkan prestasi staf anda : Gunakan pihak ketiga untuk menguji dan menilai staf anda bagi memastikan yang mereka sentiasa menjaga reputasi syarikat serta memberikan yang terbaik kepada pelanggan anda.

11) Lakukan sesuatu yang orang lain tidak lakukan atau tidak dapat lakukan: Analisa pesaing anda dan perhatikan apa yang pelanggan anda perlukan tetapi tiada siapa yang berikan kepada mereka. Ia mungkin agak sukar tetapi berbaloi untuk dilakukan kerana ia akan membuatkan anda unik.

10) Pergi bercuti : Sekiranya anda bekerja 18 jam sehari, 7 hari seminggu tiap-tiap minggu bertahun-tahun lamanya, anda pasti akan ketandusan tenaga dan idea baru untuk memperbaiki perniagaan dan membuat strategi pemasaran baru. Apabila anda bercuti, anda mempunyai masa untuk melihat perniagaan anda dari perspektif yang berbeza dan biasanya anda akan mendapat lebih banyak idea untuk memperbaikinya.

9) Lancarkan publisiti tergempar : Buat sesuatu yang dapat menarik media dan orang ramai kepada anda atau perniagaan anda. Kalau boleh pastikan yang ianya ada kaitan dengan jenama anda atau perniagaan anda.

8) Gunakan forum di internet : Sekiranya anda ingin menambah database pelanggan yang datang ke laman web anda, luangkan masa 1 jam seminggu untuk menjawab emel atau soalan di forum yang ada kaitan dengan anda atau perniagaan anda.

7) Tips percuma di Facebook atau mana-mana sosial media di internet : Bersedia untuk memberikan tipspercuma yang membantu orang lain tentang topik atau perkara yang ada kaitan dengan kepakaran anda. Ini membina reputasi anda dan mempromosikan perniagaan anda.

6) SMS pelanggan anda : Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan sms 1 hari sebelum harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat harijadi kepada serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem SMS yang bagus seperti di www.ETSI.com.my dapat membantu anda untuk memprogramkan sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar sms dengan lebih efektif.

5) Tingkatkan imej anda, perniagaan atau kedai anda : Pelanggan suka berurusan dengan mereka yang sentiasa nampak baru, segar, terkini dan ceria.

4) Sokong Badan Kebajikan : Tuliskan di kad perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda menyokong badan kebajikan mana serta sediakan tabung derma untuk pelanggan anda juga dapat membantu bersama-sama anda. Pelanggan suka ahli perniagaan yang pemurah.

3) Tulis dan kongsikan profil atau kisah anda : Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih berjaya. Ia memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang berjaya. Anda mungkin lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana.

2) Emel : Mengirimkan emel kepada pelanggan anda dan memberikan panduan, tips atau memberikan perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu berita daripada anda.
1) Sentiasa tersenyum dan teruja : Ya, ini adalah penting kerana pelanggan suka berurusan dengan mereka yang memberikan mereka tenaga positif. Pastikan anda juga boleh buat pelanggan tersenyum dan teruja selepas berjumpa dengan anda atau berurusan dengan anda. Mereka akan ingat dan kongsikan dengan orang lain secara percuma!
Saya harap anda berpuashati dengan perkongsian 50 Tips Marketing Power kerana saya amat seronok berkongsi pengalaman dan apa yang pernah saya pelajari dengan anda semua. Saya juga amat-amat berharap yang anda dapat mempraktikkan tips-tips ini dengan baik untuk kekayaan & kejayaan perniagaan anda!

Demi Kekayaan & Kejayaan Anda,
Dr. Azizan Osman 
Mentor Kekayaan & Kejayaan
p.s: Jika anda masih belum berdaftar untuk menyertai Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman - Seminar Marketing Power, anda boleh membuat pendaftaran di http://marketingpower.com.mydengan kadar SEGERA!


Iklan



Wednesday, February 1, 2012

Gagal mengimbangi tuntutan kerja dan rumah tangga

Sumber: Buku Jana RM Dari Rumah, muka surat 133

Mempunyai jadual kerja yang fleksibel, tetapi kadangkal anda seolah-olah tidak mampu mendisplinkan diri menyiapkan kerja tepat pada masanya. Setelah menetapkan jam kerja, anda sudah merancang untuk menyiapkannya tepat pada masa. Tetapi kekangan awal anak-anak kecil mula mengambil kesempatan meminta perhatian.

Contohnya awal pagi adalah waktu paling produktif untuk bekerja, tetapi gangguan anak kecil kadangkala membuatkan anda terpaksa membatalkan dahulu untuk menelefon prospek pelanggan.

Suara si kecil boleh mengurangkan kredibiliti sebagai seorang usahawan yang profesional. Contohnya berurusan dengan pelanggan melalui telefon, suasana masih belum terkawal. Kedengaran suara si kecil menangis dan anak-anak meminta perhatian. Sudah tentu ini memberi gambaran yang kurang baik pendengaran bakal pelanggan atau majikan.

Baca lagi seterusnya dalam buku Jana RM Dari Rumah.

Dapatkan di sini: http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin