Thursday, October 1, 2009

Raya tahun ini




Pagi raya bangun sebelum azan subuh. Sebagaimana biasa ketua tukang masa aka Mak Long sudah bertungkus lumus di dapur menyiapkan nasi dagang. Kira menu utama setiap tahun.

Tahun ini anak-anak dalam mood yang sangat baik dan memberikan kerjasama. Kanak-kanak riang bangun awal bagi. Seusai solat saya memandikan Hakim dan Aiman. Memakai baju berwarna merah darah, tema untuk tahun ini. Arif sebagaimana biasa belum bangun dan bangun lambat.

Niat tertunai tahun untuk ini sembahyang raya. Dipermudahkan dengan Aiman dan Hakim yang tidak banyak kerenah. Tetapi Hakim ikut sama bersama dua orang sepupunya.

Saya bersama kakak yang sulung ke masjid awal pagi. Tidak mahu bersesak-sesak dan berada di saf belakang. Ketika sampai saf pertama sudah penuh. Jadi saf kedua paling hujung bersebelahan jemaah lelaki bertabirkan penghadang. Tempat kegemaran saya setiap kali ke masjid. Sepuluh hingga 20 minit kemudian orang mula ramai.

Takbir mula bergema dan jemaah mula ramai. Bersahutan memuji kebesaran Ilahi. Sebagaimana biasa mendengar khutbah dan menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Selepas bersalam-salaman kami menuju ke pusara bonda tercinta. Sampai di tanah perkuburan sudah ramai kelihatan.

Walaupun tidak menanyakan ayah terlebih dahulu yang mana satu kubur arwah, saya hanya berjalan dan gerak hati terus sampai ke destinasi yang cari.

Saya rasakan inilah kubur emak, masih ingat dan sangat yakin. Kami membentang tikar dan menyedekahkan yasin dan al fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Ketika sampai di rumah. Ayah bertanya, tahu ke yang mana satu kubur arwah. Yang ada pokok rhu atasnya.

Betul sangatlah tu.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin