Sunday, October 18, 2009

Kembali ke trek



Teks: Masayu Ahmad
Foto: Cik google

Setiap minggu jamuan rumah terbuka begitu memenatkan badan. Bukan sahaja sehingga malam,hidangan pelbagai juadah menyebabkan badan menjadi lesu. Mungkin perlu kembali kepada trek yang asal iaitu jaga pemakanan dan kesihatan. Begitu lama berehat, saya perlu kembali ke trek.

Masih banyak bahan dan buku-buku yang tidak disentuh. Minggu ini tidak mahu keman-mana lagi. Cukuplah sudah masa untuk menziarah. Ada banyak perkara yang masih perlu diselesaikan.

Saya perlu kembali dengan mood menelaah dan memulakan semula kajian yang sudah ditinggalkan hampir setiap minggu dalam bulan Syawal. Manakala Sabtu dan Ahad memenuhi undangan dan juga pelbagai aktiviti bersama anak-anak.

Dua hari lepas untuk sarapan saya menyediakan bihun goreng lada hitam dan hari ini dan semalam nasi goreng kampung. Untuk rumah terbuka saya sediakan sup tulang, nasi goreng kampung, sate kajang (yang ini ditempah) dan bihun sup. Untuk pemanis, kek coklat kukus dan agar-agar merah (orang Kelantan suka agar-agar ini. Untuk teman-teman blogger jangan kecil hati, kerana saya belum bersedia untuk bertemu. Insya-Allah jika ada kelapangan kelak kita akan bersua.

Memandangkan sudah dua tahun membuat jamuan, saya sudah mendapat rentak. Jika tahun lepas, majlis bermula tenggahari hingga malam. Saya tidak menetapkan jam berapa bermula, sudahnya tetamu sudah sampai jam 12 tengahari. Tuan rumah sudah kelam kabut kerana belum mandi dan menukar pakaian.

Jadinya untuk tahun ini saya membuat dua sesi, 2 hingga 6 dan 8 hingga 10 malam. Agihan ini memudahkan saya, kerana sempat berehat selepas penat memasak. Mujur juga biras dan ipar sangat membantu. Jadinya saya sempat melayan tetamu yang datang. Mohon maaf jika ada terkurang layanan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin