Teks: Masayu Ahmad
Assalamulaikum w.b.t salam hujung minggu buat teman-teman sekalian
Hari ini adalah hari berehat sedunia. Buat diri sendiri yang hampir kehabisan tenaga yang perlu re-charge semula. Hari ini saya bercuti daripada melakukan sebarang kerja rumah. Sangatlah bersenang lenang dari pagi sampai ke petang. Terima kasih buat en.suami yang membantu saya dengan penuh jiwa raga mengambil alih tugasan. Mungkin kerana kepenatan sepanjang minggu, itulah penangannya.
Selepas zuhur kami keluar untuk makan tengahari dan membeli belah barangan dapur. Anak-anak sangat seronok dibawa keluar. Sebelum tiba di rumah rancangannya mahu membawa mereka ke taman permainan, tetapi terpaksa dibatalkan. Saya sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di petang hari.
Aiman terlena dalam pelukan manakala Arif sudah terlentok kepalanya di belakang. Hakim masih cerah cuaca (mata masih buntang). Kami hanya pulang ke rumah. Selepas kekenyangan dan menghirup udara luar, saya kembali bertenaga. Idea mula mencurah-curah. Terus sahaja menghadap komputer menyiapkan tugasan yang masih dalam senarai panjang. Sangat mujarab tidur dan rehat yang cukup. Saya tidak memasak apa-apa menu hari ini. Dapur juga turut bercuti. Sebabnya malam sebelumnya setiap hari hidangan istimewa.
Mabuk fesbuk
Nampaknya semakin ramai yang mabuk fesbuk. Sudah ramai kawan lama dan baru dapat dijejaki. Tetapi kadangkala membuatkan kerja terbenkalai kalau dah terlalu ralit (asyik). Apapun kemajuan teknologi ada kebaikan dan keburukan, tinggal sahaja kita pandai-pandainya menggunakan dengan cara terbaik (macam mak nenek membebel pula).
Apapun yang anda lakukan hari ini, selamat berhujung minggu. Esok sahajalah saya mahu masak menu istimewa untuk keluarga.
Salam sukses dari meja WAHM
www.masayu-ahmad.com
www.masayuahmad.blogspot.com
Pra promosi: Akan menemui anda!
1. Ebook Panduan Bekerja di rumah untuk SOHO, SAHM & WAHM (www.janawangdirumah.com)
2. Ebook Idea Bisnes Kesihatan & Kecantikan (www.tipcantiksihat.com)
Saturday, October 31, 2009
Hari berehat sedunia
Friday, October 30, 2009
Salam Jumaat, hujung minggu bermula lagi
Teks & foto: Masayu Ahmad
Isnin-Jumaat, Sabtu dan Ahad bertandang lagi. Begitu pantas masa bergerak, seolah-olah sangat mencemburui. Tugasan padat masih dalam senarai panjang dalam minggu ini. Saya perlukan motivasi agar segar, moga-moga saya dapat menyiapkan kerja sebagaimana yang dijadualkan.
Minggu ini agak tidak sibuk di waktu pagi, kerena Hakim tidak benarkan ke sekolah kerana baru pulih dari demam dan asmanya. Asmanya hanyalah dua hari sahaja, hari yang lain hanya demam biasa-biasa sahaja. Diikuti Arif dan Aiman, berjangkit selsema dan demam. Imuniti mereka kembali kebah, saya memberikan madu dan minum air kosong. Kanak-kanak riang ini kembali aktif.
Cumanya apabila semua tidak sihat, semuanya mahukan perhatian lebih. Bermula Hakim, Arif dan berakhir Aiman. Arif dan Aiman jarang sekali demam sebenarnya. Biasalah kanak-kanak perlu demam sekali sekala.
Kalau si bongsu tidak sihat, jawabnya tidak boleh berbuat apa-apa. Kerja rumah saya perlu selesaikan sebelum mereka bangun. Aiman sangat marah jika dia tengah cergas saya sibuk dengan kerja mengadap komputer. Akan datanglah si kecik yang perkasa ini menepuk-nepuk paha. Tidak puas hati mahu didukung. Banyak akal Aiman, dia tidak mahu ditampu dengan tangan kiri sebaliknya mahu didokong dengan tangan kanan.
Apabila kepalanya direbahkan dibahu, dia hanya mahu saya mendodoikannya sahaja, tidak boleh bertukar tangan. Jika saya mula menggerakan jari mahu menaip, dia akan bagi isyarat. Tak boleh! Sambil kepala diangkat dan merenung saya. Kemudian kepalanya kembali lentok di bahu.
Kebiasaanya selepas menyuap kanak-kanak riang ini makan tengahari agak mudah untuk saya menyambung kerja. Kerana mereka sudah kekenyangan dan hanya menonton sahaja siaran kartun. Tetapi ketika masih cergas, perlu minta kebenaran dulu, kalau tak melalaklah semuanya.
Ibu: Ibu nak buat kerja boleh?
(Selalunya saya akan bertanya mahu naik ke atas untuk menyambung buat kerja)
Hakim: Tak boleh. Sini. (Sambil tangan menepuk-nepuk sofa di sebelah)
Arif: Tak oleh (pelat telornya)
Aiman: Oleh (lagi pelat, tapi maksudnya Tidak!)
Kalau tak pun jika mood mereka baik.
Hakim: Ibu pergilah kerja. Naik atas sambung kerja. Hakim jaga adik nahh.
(Ini ketika isyarat sudah puas hati ibu melayan mereka bertiga)
Ibu: Ok (Barulah boleh bergerak dengan lega)
Rutin pagi menghantar Hakim, Aiman dan Arif akan ikut bersama. Selepas bersarapan bersama ayah mereka, Aiman dan Arif bermain basikal di laman. Kemudian akan bersambung dengan aktiviti mewarna. Aiman akan kembali sambung tidur, selepas mandi dan harum. Tinggal sahaja Arif selepas penat melukis akan turun ke bawah membuat aktiviti sendiri. Hakim akan pulang jam tiga petang. Petang hari jika saya kelapangan dan rajin, mereka bertiga akan dibawa ke taman permainan. Sudah lama tidak merajinkan diri.

Wednesday, October 28, 2009
Surirumah Jutawan!
Teks: Masayu Ahmad
Foto: http://goatmilk.files.wordpress.com
Semua orang celik mata apabila menyebut jutawan. Jutawan di sini mempunyai makna yang berbeza. Suri rumah jutawan bukan kebendaan yang menjadi buruannya. Ada matlamat lain yang diburunya.
Jutawan masa
Surirumah yang bijak menguruskan masa, tidak akan merasa tekanan dalam kesibukan harian. Ianya seolah rutin yang perlu dinikmati. Tiada istilah terburu-buru. Dia hanya perlu melakukannya secara konsisten dan menyiapkan kerja satu persatu. Setiap kerja tertib tidak penuh bernafsu. Melainkan jika surirumah tersebut mempunyai impian melebihi keupayaannya. Jutawan palsu biasanya hatinya sentiasa diburu nafasu, ingin dilimpahi emas permata dan harta, walhal itu semua tidak akan dibawa bersama.
Jutawan ilmu
Surirumah jutawan yang asli kaya dengan ilmu dan amal. Pendekata setiap hari adalah hari yang lebih baik daripada semalam. Sentiasa muhabasah akan kelemahan dan sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Tidak hanya ilmu untuk kemodenan untuk persiapan diri dan keluarga malah ilmu agama sebagai benteng penyelamat apabila menutup mata.
Jutawan ketenangan
Ketenangan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Rumah tersergam besar, kereta mewah berderet-deret belum tentu memberi makna hati pemiliknya tenang. Senyum lebar tetapi jiwa kacau. Surirumah jutawan yang asli, biasanya hatinya sentiasa tenang walau ketika gembira atau berduka. Setiap apa yang datang tidak menjadi mudarat baginya, kerana dia tahu sesuatu yang berlaku akan datang bersama hikmah dari NYA.
Salam sukses dari meja WAHM
www.masayu-ahmad.com (Panduan Kesihatan & Kecantikan)
www.janawangdirumah.com (Panduan SAHM, WAHM, SOHO, nantikan kelahirannya!)
Tuesday, October 27, 2009
Anda mahu jadi SAHM, WAHM atau SOHO, tetapi tiada idea untuk memulakannya.
Teks: Masayu Ahmad
Foto: www.zarinbahrin.blogspot.com
Apapun matlamat anda ianya perlu selaras dengan tindakan yang akan dilakukan. Meletakkan matlamat mahu berada di rumah terdapat beberapa cabaran yang perlu dikupas. Ianya memudahkan anda sebelum secara rasmi bergelar SAHM, WAHM atau SOHO.
Panduan berikut mungkin boleh membantu
Tiada idea, tidak tahu mula dari mana
Bukan salah anda sekiranya anda masih lagi rasa gusar dan ragu-ragu untuk berhenti kerja dan memulakan kerja dari rumah. Ramai yang berhenti kerja dan berjaya menjana pendapatan. Namun masih ada juga wanita yang sudah berada di rumah tidak tahu menggunakan peluang yang ada untuk menjana pendapatan. Ianya pengisian bersama anak-anak dan tidak terisi dengan perkar-perkara lain yang boleh mengujakan.
Strateginya,
Mula menetapkan bilakah anda bermula untuk berada di rumah dan menjana pendapatan. Cari seberapa banyak yang mungkin surirumah yang telah berjaya melakukannya sebagai satu motivasi kepada anda.
Pilih rakan-rakan daripada bidang yang sama, maksud di sini mempunyai kecenderungan, hobi dan minat yang sama. Ianya boleh saja ditemui dalam forum-forum internet, bengkel-bengkel dan kursus. Mulakan secara sambilan dan terus konsisten sehingga anda berhenti kerja kelak.
Mula menyimpan wang sebagai persediaan untuk anda berhenti kerja kelak. Mulakan mengisi setiap hari minggu anda dengan menghadiri kursus-kursu secara percuma dan berbayar. Contohnya, kursus pengurusan kewangan secara percuma, atau hadiri kursus-kursus kemahiran yang boleh meningkatkan lagi kemahiran yang ada.
Caption pic: Beliau pernah mengusahakan 'Smart Reader Kids' miliknya sendiri.
Contohnya Zarin Bahrin juga seorang wanita yang dulu berstatus bekerjaya dan sudahpun mempunyai pendapatan yang stabil dan sukses. Baru juga mengorak langkah untuk bersara awal. Berada di rumah bersama anak comelnya, Hasya. Tentu anda sahaja mahu mengorak langkah seperti beliau, berada di rumah dan masih menjana wang dengan melakukan apa yang diminati.
Beliau telah menghadiri kursus untuk meningkat kemahiran dalam membuat kek. Dalam pada masa yang sama beliau juga sudah menerima tempahan. Zarin juga sudah menerima tempahan selepas membuat periklanan di mudah.com.
Ini adalah salah satu contoh inisiatif yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran, meluaskan jaringan dan melakukan pemasaran secara online. Lawati Zarin di sini sekiranya anda mempunyai minat yang sama dengan beliau http://zarinbahrin.blogspot.com
Nota: Saya sekarang sedang menelaah dan membedah siasat buku ini. Akan saya lontarkan idea-idea yang lebih menarik untuk manfaat bersama.
I'm a Work-At-Home Mommy--You Can Be Too!: A Guide for Moms Who Want to Work.
By Teresa Ann Lyons
Salam sukses dari meja WAHM
www.masayu-ahmad.com (Panduan Kesihatan & Kecantikan)
www.janawangdirumah.com (Panduan untuk SAHM, WAHM & SOHO)
(Akan muncul bila-bila masa dari sekarang!)
Monday, October 26, 2009
Idea bekerja dari rumah
Teks: Masayu Ahmad
Anda masih buntu dan tiada idea untuk memulakan apa-apa aktiviti yang boleh menambah pendapatan dari rumah. Selain carian maklumat melalui ebook dan internet, kita boleh mendapatkan idea bisnes dan motivasi melalui pembacaan. Beberapa pilihan buku ini mungkin boleh membantu anda yang ketandusan idea dan punca.
Pilihan 1
Pilihan 2
Pilihan 3
Boleh didapati di http://www.bookcafe.com.my

Sunday, October 25, 2009
Hakim, Arif & Aiman usia 1 tahun
Teks & Foto: Masayu Ahmad
Alhamdulillah hari ini, Hakim sudah 90 peratus pulih sepenuhnya. Tetap hari ini saya bagi cuti, tidak perlu ke sekolah. Biar Hakim rehat sepenuhnya.
Aiman di usia 1 tahun
Sungguh cepat masa berlalu. Biasanya jika anak sudah usia setahun, ada lagi dalam perut yang bersedia untuk keluar. Bertuah Aiman dapat berstatus bongsu agak lama.
Arif 1 Tahun
Arif ketika kecil gebu dan putih melepak. Badannya agak besar jika dibandingkan dengan usia. Kanak-kanaknya seusianya sekarang badan sama besar dengan Aiman, tetapi sebenarnya sama umur dengan Arif. Umur Arif seusia dengan tempoh kami berpindah ke rumah baru. Selepas pantang, saya tinggal di Hulu Langat rumah sendiri.
Hakim 1 Tahun
Abang Long yang periang, peramah dan lasak. Tidak boleh duduk diam kalau tidak menyakat adik-adik. Gambar ini diambil ketika saya bawa Hakim bersiar-siar di taman permainan dekat sahaja dengan rumah.

Saturday, October 24, 2009
Jam 1 pagi hingga 5 pagi di wad kecemasan 251009
Teks: Masayu Ahmad
Petang Sabtu selepas pulang dari melawat biras di Klang kami bertolak pulang selepas maghrib. Hakim masih lagi kelihatan cergas dan aktif. Tetapi sudah ada batuk-batuk kecil kedengaran.
Singgah sebentar mengisi perut, tomyam, udang tepung dan telur dadar. Hakim masih berselera makan. Hakim sudah ada bunyi-bunyi yang kurang menyenangkan.
Sampai di rumah, agaknya semua keletihan Hakim terus tidur. Jam 1 pagi sudah bunyi batuk. Kedengaran seperti kong…kong…kong. Dadanya berombak sempit.
Kami sudah bingkas bangun, mencari pelega (inhaler) penghidap asma. Masih tidak berkesan. Muntah mengeluarkan cair kahak tidak henti-henti. Naluri saya tidak puas hati, mahu segera ke hospital.
Sudah lama sebenarnya Hakim tidak diserang Asma. Hampir setahun, sejak saya berada di rumah.
Mulanya takut juga mahu memandu jam 1 pagi. Kereta masih ada lalu lalang. Maklumlah laluan Bukit Langat malam-malam begini. Selepas itu saya bertekad semula mahu bawa Hakim, sebelum itu suruh en.suami pergi. Kemudiannya berubah keputusan. Rupanya jalan masih meriah, malam minggu puncak Bukit Langat ( Look Out Point), laluan pintas dari Ampang ke Hulu Langat Sungai Congkat masih penuh dengan muda-mudi yang menikmati pemandangan di puncak bukit.
Bukan tidak biasa sebenarnya, bawa anak-anak pergi wad kecemasan malam-malam buta. Pernah juga bawa dalam hujan renyai-renyai bawa si kecil Aiman. Masa tu Hakim sudah ada di hospital. En. Suami temankan Hakim di hospital. Saya pulang melihat si kecil di rumah. Bertukar giliran. Disebabkan saya berada seminggu di Hospital, Aiman demam rindu, sampaikan kena tahan wad. Nasib baik satu bilik, katil sebelah-menyebelah.
Ok. Kita sambung cerita malam tadi. Kami tiba di wad kecemasan. Pembantu perubatan, tanpa banyak soal terus membawa Hakim mendapatkan nebulizer. Di situ sudah ada seorang nenek juga kepenatan kerana semput.
Kali ini agak mudah, Hakim sudah besar hanya memakai sahaja corong sebagaimana pernah dipakainya. Selepas 20 minit sudah nampak lega. Bagi lagi nebulizer untuk kali ke-dua.
Seorang doktor perempuan datang memeriksa. Memberitahu, nampak gaya Hakim kena tahan wad. Naluri saya, tidak perlu tahan wad masih boleh diberi rawatan di rumah. Memang betul selepas x-ray, doktor beri ubat.
Biasanya saya sudah boleh mengagak dari awal sama ada Hakim akan kena tahan wad atau tidak. Sudah banyak kali situasi masuk wad, jadi jangkaann saya memang betul. Naluri ibu, mungkin.
Alasan lain dalam kepala ketika itu, siapa pula nak menjaga dua orang lagi kanak-kanak riang di rumah. Jadinya selepas selesai, Hakim nampak sudah lega dan boleh berborak-borak. Matanya kembali bunting (celik), melihat panorama jalan raya. Orang sakit yang segar-bugar bila keluar bersiar-siar. Kami tiba di rumah jam 5 pagi.

Friday, October 23, 2009
Salam pagi sabtu, menu bihun goreng untuk hari ini
Teks: Masayu Ahmad
Foto: www.randonneurs.bc.ca/rocky/scenery.html
Salam pagi Sabtu untuk teman-teman sekalian. Apa aktiviti teman-teman untuk hari ini. Saya seperti biasa, pagi menyiapkan sarapan untuk anak-anak dan en.suami. Bangun tadi teringin lagi mahu makan nasi kerabu. Tapi tak jadilah pula, terus ke dapur masak apa yang ada.
Masih lagi ada bihun, ayam dan telur. Jadinya menu ringkas sahaja, menu bihun goreng singapura. Tetapi saya gemar menamakan bihun lada hitam. Tengahari atau petang nanti akan keluar untuk menziarah biras yang baru sahaja bersalin anak ke empat. Sudah dua pasang. Kali ini lelaki.
Saya masih kempunan anak perempuan. Belum masa dan rezeki. Kalau melihat pakaian anak-anak perempuan, alahai tergiur saya. Simpanlah dahulu hasrat tersebut mungkin dua atau tiga tahun lagi. Aiman belum puas berstatus bongsu.
Saya masih dalam mood kerajinan untuk menyiapkan tugasan. Perjalanan diteruskan walaupun banyak perhentian. Tidak akan sudah sehinggalah mata tertutup kejap.
Beberapa minggu selepas cuti raya sangat rindukan nasi kerabu mak cik. Gerainya lambat dibuka. Nasi kerabu yang ditambah daging goreng kunyit. Itulah kalau anak jati Kelantan, menu pagi pun berat-berat. Kalau dah berat saya tak ambil nasilah untuk tengahari. Hanya masak untuk anak-anak sahaja.
Selalunya apabila siap masak, saya akan bertanya anak-anak.
Ibu: Mahu ibu suap atau makan sendiri?
Arif & Hakim: Ibu suap.
Maka mengelilinglah kanak-kanak riang ini, mahu makan sambil disuap. Kadang-kadang lokasinya depa tv, atau di meja makan. Ada masanya juga mereka makan sendiri. Saya hanya memantai sahaja. Aiman sekarang pun sudah boleh makan sendiri. Sangatlah agah (berasa pandai), mahu suap sendiri guna sudu dan garpu.
Salam hujung minggu dari meja WAHM.
Apa yang anda lakukan, pilihlah untuk utamakan keluarga dan diri sendiri.

Thursday, October 22, 2009
Idea deko pejabat di rumah
Teks: Masayu Ahmad
Foto: interiordecorationides.blogspot.com
Selalunya kita mengambil kira dekorasi untuk rumah iaitu bahagian dapur, ruang tamu, ruang makan da ruang keluarga. Bagi mereka yang merancang atau ingin bekerja dari rumah dekorasi untuk tempat bekerja adalah perlu untuk memberi keselesaan. Bukan sahaja anda ghairah setiap kali bangun untuk bekerja, malah ianya membuatkan anda asyik bekerja kerana ruang tesebut, cantik, kemas dan selesa. Padanan perabot dan juga warna perlu diambil kira. Peralatan sokongan yang ada juga perlu disusun kemas untuk memudahkan anda semasa bekerja.
Pilihan 1
Pilihan 2
Pilihan 3
Pilihan 4

Tuisyen di rumah untuk SOHO
Teks: Masayu Ahmad
Bagi yang berminat untuk menjadi pendidik, tidak semestinya menjadi guru sebagai matlamat akhir. Anda tergolong daripada kalangan terpelajar, jadi jangan sia-siakan ilmu yang ada. Bisnes tuisyen adalah salah satu cara untuk menjana wang dari rumah.
Pilihan anda hanyalah melakukan secara sambilan atau sepenuh masa. Sebagai permulaan hanya boleh melakukan secara sambilan. Jika mahu serius dan sudah banyak pengalaman dan jaringan maka boleh dikembangkan lagi untuk sepenuh masa. Jika sudah mempunyai modal maka boleh buat perancangan untuk membuka pusat tuisyen milik sendiri.
Dalam carian saya, saya menemui satu laman web yang cukup menarik untuk dikongsi iaitu http://masteryus.com.
Pemiliknya ialah Yusnizam Yusof graduan Universiti Malaya yang sudah berpengalaman dalam bidang tuisyen sejak 2000. Apa yang menarik beliau tidak pernah makan gaji dan menjadikan bidang tuisyen sebagai pilihan sumber menjana pendapatan sepenuh masa.
Bukan sahaja mahir dalam bidang ini, beliau juga mengadakan seminartuisyen.com
untuk memberi pendedahan kepada mereka yang mahu terlibat dalam bidang ini.
WANITA DILARANG BEKERJA, MELAINKAN ...
Saya bersiar-siar di blog Kak Chik (www.keluargakusayang.blogspot.com) sangat tertarik dengan artikel ini untuk panduan kita bersama
Artikel ini ditulis oleh Ustaz Zahazan di www.zahazan.net
Jumaat, 09 Oktober 2009 10:45
Apakah hukum bekerja bagi seseorang perempuan? Sekiranya ia dibenarkan, tolong jelaskan adab lain yang perlu diamalkan bukan saja oleh wanita, tetapi seorang lelaki Muslim kepada wanita yang bukan muhrimnya.
Hamba Allah, Putrajaya
Hukum bekerja bagi seseorang perempuan adalah harus. Berkaitan dengan perkara ini, Sayyid Qutb membuat satu ulasan yang menarik berkaitan dengan peristiwa pertemuan Nabi Musa a.s dengan dua orang anak perempuan hamba yang salih di Madyan. Sesetengah pandangan mengatakan ia adalah Nabi Syuib a.s.
Firman Allah dalam ayat ke 23 surah al-Qasas :
Kata Sayyid Qutb, syarat pertama membenarkan wanita bekerja apabila keadaan ekonomi menuntutnya. Pada waktu itu, dia terpaksa keluar untuk memenuhi tuntutan mencari rezki. Ini dapat kita lihat pada frasa ayah kami sudah terlalu tua.
Perkara yang kedua ialah jangan ada percampuran bebas yang berlaku antara lelaki dan perempuan. Perkara ini dapat kita lihat menerusi gambaran ayat "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing”
Syarat yang ketiga pula ialah kewajipannya memelihara diri & kehormatan. Ini disebut jelas dalam ayat “Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu..” Seseorang wanita yang bekerja wajib menjaga maruah diri agar jangan menjadi wanita murahan mudah bergelak ketawa dengan lelaki-lelaki lain yang merupakan rakan sepejabat. Malah dia dengan mudah menawarkan diri keluar bersama berdua-duaan untuk makan tengahari dan sebagainya.
Ringkasnya, seseorang wanita yang beriman hendaklah memelihara dirinya dari menjadi alat hiburan yang mengasyikkan lelaki-lelaki liar. Allah s.w.t mengajar kaum muslimah agar menjaga diri seperti firmanNya dalam ayat 31 ke surah an-Nur:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Merujuk soalan yang kedua pula, lazimnya masyarakat Melayu menggunakan perkataan muhrim yang merujuk kepada golongan yang haram dikahwini. Sebenarnya perkataan yang tepat adalah mahram. Muhrim adalah bermaksud dalam bahasa Arab sebagai orang yang berihram. Ajnabi pula adalah seseorang lelaki yang asing, yang bukan mahram contohnya jiran, rakan sepejabat dan lain-lain. Ajnabiyyah pula adalah seseorang perempuan yang bukan mahram bagi seseorang lelaki contohnya pembantu rumah wanita, pekerja di pejabat dan lain-lain.
Intipati larangan Islam kepada kedua golongan lelaki dan perempuan adalah jangan berdua-duaan dalam satu suasana yang boleh mengundang curiga kepada pihak lain. Dalam banyak hadis yang sahih contohnya seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar Nabi menjelaskan, tidak akan berdua-duaan seorang lelaki dengan perempuan melainkan syaitan akan jadi yang ketiga.
Selain itu seseorang lelaki juga diharamkan bermusafir bersama seseorang wanita bukan mahram melainkan jika ada lelaki yang merupakan mahram wanita itu. Seorang lelaki juga diharamkan menceritakan urusan peribadinya atau masalah peribadinya kepada seseorang wanita ajnabiyyah (begitu juga sebaliknya).
Imam Nawawi menjelaskan dalam kitab al-Majmuk, maslahat atau kebaikan yang terdapat dalam pemeliharaan hubungan ini adalah demi kepentingan nasab dan keturunan.
Apabila kita melihat masyarakat barat sebagai contohnya yang amat fleksibel dalam hubungan tersebut hingga menatijahkan lebih 80% kelahiran adalah dari pasangan yang tidak dapat dikenal pasti.
Amat benar kata-kata ulama Islam, contohnya Ibnul Qayyim apabila beliau berkata, pensyariatan undang-undang dalam Islam ini semuanya merupakan keadilan dan kebaikan secara mutlak. Justeru menegakkannya menyebabkan kehidupan menjadi teratur dan selamat dari persengketaan.Wallahu a'lam

Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya.
Dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?" Mereka menjawab: "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya". Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".
Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:" Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami". Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: "Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu ".
Kata Sayyid Qutb, syarat pertama membenarkan wanita bekerja apabila keadaan ekonomi menuntutnya. Pada waktu itu, dia terpaksa keluar untuk memenuhi tuntutan mencari rezki. Ini dapat kita lihat pada frasa ayah kami sudah terlalu tua.
Perkara yang kedua ialah jangan ada percampuran bebas yang berlaku antara lelaki dan perempuan. Perkara ini dapat kita lihat menerusi gambaran ayat "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing”
Syarat yang ketiga pula ialah kewajipannya memelihara diri & kehormatan. Ini disebut jelas dalam ayat “Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu..” Seseorang wanita yang bekerja wajib menjaga maruah diri agar jangan menjadi wanita murahan mudah bergelak ketawa dengan lelaki-lelaki lain yang merupakan rakan sepejabat. Malah dia dengan mudah menawarkan diri keluar bersama berdua-duaan untuk makan tengahari dan sebagainya.
Ringkasnya, seseorang wanita yang beriman hendaklah memelihara dirinya dari menjadi alat hiburan yang mengasyikkan lelaki-lelaki liar. Allah s.w.t mengajar kaum muslimah agar menjaga diri seperti firmanNya dalam ayat 31 ke surah an-Nur:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Merujuk soalan yang kedua pula, lazimnya masyarakat Melayu menggunakan perkataan muhrim yang merujuk kepada golongan yang haram dikahwini. Sebenarnya perkataan yang tepat adalah mahram. Muhrim adalah bermaksud dalam bahasa Arab sebagai orang yang berihram. Ajnabi pula adalah seseorang lelaki yang asing, yang bukan mahram contohnya jiran, rakan sepejabat dan lain-lain. Ajnabiyyah pula adalah seseorang perempuan yang bukan mahram bagi seseorang lelaki contohnya pembantu rumah wanita, pekerja di pejabat dan lain-lain.
Intipati larangan Islam kepada kedua golongan lelaki dan perempuan adalah jangan berdua-duaan dalam satu suasana yang boleh mengundang curiga kepada pihak lain. Dalam banyak hadis yang sahih contohnya seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar Nabi menjelaskan, tidak akan berdua-duaan seorang lelaki dengan perempuan melainkan syaitan akan jadi yang ketiga.
Selain itu seseorang lelaki juga diharamkan bermusafir bersama seseorang wanita bukan mahram melainkan jika ada lelaki yang merupakan mahram wanita itu. Seorang lelaki juga diharamkan menceritakan urusan peribadinya atau masalah peribadinya kepada seseorang wanita ajnabiyyah (begitu juga sebaliknya).
Imam Nawawi menjelaskan dalam kitab al-Majmuk, maslahat atau kebaikan yang terdapat dalam pemeliharaan hubungan ini adalah demi kepentingan nasab dan keturunan.
Apabila kita melihat masyarakat barat sebagai contohnya yang amat fleksibel dalam hubungan tersebut hingga menatijahkan lebih 80% kelahiran adalah dari pasangan yang tidak dapat dikenal pasti.
Amat benar kata-kata ulama Islam, contohnya Ibnul Qayyim apabila beliau berkata, pensyariatan undang-undang dalam Islam ini semuanya merupakan keadilan dan kebaikan secara mutlak. Justeru menegakkannya menyebabkan kehidupan menjadi teratur dan selamat dari persengketaan.Wallahu a'lam
Wednesday, October 21, 2009
Apa yang anda perjuangkan melalui blog
Teks & Foto: Masayu Ahmad
Jangan tersilap pada pandang pertama, ada benar dan ada betulnya. Kadangkala apabila kita menerjah dari satu blog banyak ilmu baru dan juga perkara baru. Satu blog yang saya baca cukup memberi nafas dalam setiap tulisan atau catatan di blog. Ini juga buat peringatan untuk diri sendiri.
Catatan negatif mahupun positif mempunyai impak tersendiri. Kadangkala kita mahu bercerita, tetapi kita tidak sedar apa yang diceritakan kadangkala seolah-olah berbangga pada diri sendiri, juga terlepas dengan bergosip sesama sendiri. Jika di pejabat kita terjebak dalam gosip pejabat, jika berblog kita terlibat juga dalam hal yang sama tanpa kita sendiri. Jika kita tidak ada keserasiaan janganlah pula menyebarkan hal-hal yang kurang wajar. Berhemah dalam penulisan sudah tentunya berupaya mengasuh dalaman dan ianya akan tersingkap keluar.
Penulisan kadangkala akan menjadi cerminan diri. Ianya ibarat kanak-kanak yang digambarkan seperti kain putih. Jika hitam warnanya, maka hitam lah jadinya.
Jika putih maka bersihlah dalaman dan memancar keluar pesona diri. Jika penulisan banyak yang negatif ianya juga seolah-olah turut mengambarkan diri penulis. Mungkin saya silap, tetapi kadangkala ada benarnya.
Emosi wanita kadangkala terbawa-bawa di dalam penulisan. Alam maya juga membawakan saya banyak teman baru tanpa perlu bersemuka. Pencarian nilai diri yang sama. Pembawaan juga kadangkala ada persamaan.
Cukup setakat itu. Mengapa pula saya bangkitkan soal ini. Rasa terkesima sekejap dengan catatan Hamba Allah yang begitu membuatkan saya tersentak. Nampaknya saya tidak keseorangan dalam pandangan ini. Cukuplah sekadar bahawa kadangkala dalam pelbagai isu yang timbul kita mempunyai penilaian dan perspektif yang cukup berbeza.
Apa yang jelas cukup ramai yang mempunyai pandangan seperti saya. Saya fikir hanya saya berpandangan demikian. Penulis blog tersebut sangat telus dalam mengemukakan pandangan secara pro dan kontra. Negatif dan positif. Dalam setiap perkara juga kita perlu berhati-hati dalam melontarkan pandangan, saya mengambil iktibar jika perkara tersebut ada pengajaran. Sebaiknya berdiam diri sahaja sekiranya tidak sama dengan pendirian. Dunia ini bulat. Pusing-pusing ke situ juga perginya.
Dalam setahun jagung berblog dan mula aktif sejak awal tahun yang lalu, salam ukhwah saya hulurkan kepada pengunjung blog ini. Setiap catatan di sini adalah perkongsian dan mahu mengenali lebih ramai kenalan di alam maya.
Juga terima kasih kepada pengunjung yang sudi menghantar email, pembaca senyap yang malu-malu meninggalkan komen (jika ada) dan juga rakan-rakan lama yang kini kembali saya jejaki. Saya juga sangat menghargai setiap komen yang diberikan. Ianya cukup memberi semangat untuk terus menulis, berkongsi dan memberi inspirasi. Insya-Allah saya juga berusaha ingin menjadikan pilihan bekerja di rumah atau Pengurus rumah tangga adalah satu perjuangan seorang wanita dalam mengimbangi tuntutan dunia dan akhirat. Moga di sini ketenangan sentiasa bermukim di sana jua kita kekal abadi.
Salam sukses dari meja WAHM
www.masayu-ahmad.com
www.masayuahmad.blogspot.com
Monday, October 19, 2009
Hadiah sempena ulangtahun 30 tahun
Teks: Masayu Ahmad
Foto: Cik Google
Saya semakin menghampiri kematian. Meniti usia yang bertambah setahun lagi dan setiap langkah harapnya akan diiringi pengalaman yang semakin mematangkan diri. Dalam tempoh usia begini sudah banyak saya diberi kurniaan. Seorang suami yang penyayang lagi memahami. Tiga putera yang semakin lasak dan sentiasa menggembirakan hati. Inilah hadiah paling bermakna dalam sisi kehidupan saya.
Melangkah satu tapak lagi, saya perlu mengubah peralihan kepada seorang isteri yang lebih baik, ibu yang sempurna, seorang anak yang berjasa dan muslimah yang memberikan manfaat melalui ilmu dan amalnya.
Segala perubahan bukan sahaja perlu dilakukan sekadar setiap kali tahun baru atau pada waktu-waktu tertentu, tetapi saya perlu banyakkan muhasabah diri akan kelemahan yang ada.
Menjelang 20.10.2009 adalah tarikh kelahiran saya berkongsi tarikh dengan adik yang bongsu, bulan berikutnya adalah ulang tahun kelahiran Hakim (29.11.2005), bulan berikutnya En. Suami (12.12.1974), bulan berikutnya pula Aiman (4.1.2008) dan seterusnya Arif (4.2.2007). Jadinya setiap bulan ada catatan bersejarah untuk keluarga kecil kami.
Sebenarnya saya bukanlah seorang yang beriya-iya sangat dalam meraikan apa-apa ulang tahun. Bukan budaya keluarga kami,mungkin juga kami ni orang kampung sejati. Pengaruh ini pun sebab, kawan-kawan dan suasana sekeliling. Kalau harijadi anak-anak pun saya tak beriya sangat, cukup ada kek dan lilin, sekadar mengembirakan hati anak-anak. Tidaklah ada majlis besar-besar. Kalau ada pun cukup sekadar majlis kesyukuran beserta majlis tahlil. Cukup sekadar ambil tahu sahaja, namun ucapan daripada teman-teman rapat sudah cukup membuatkan diri dihargai dan diingati. Terima kasih buat teman-teman yang sudi mengingatinya.
Saya semakin hampir dengan mencapai sasaran, maka saya perlu berjalan dan terus menikmati warna-warni kehidupan. Selain mensyukuri dengan limpahan rezeki, kesihatan dan masa lapang serta kehidupan sekarang ini. Mudah-mudahan usia, rezeki dan kehidupan yang diberkati ini menjadikan saya seorang muslimah yang lebih berhemah dan bertakwa. Insya-Allah.
Sunday, October 18, 2009
Cabaran bekerja sendiri
Teks: Masayu Ahmad
Foto: Cik google
Artikel ini adalah panduan untuk mereka yang bekerja sendiri WAHM atau SOHO. Sekiranya anda sebelum ini berstatus wanita yang berkarier, bekerja makan gaji, panduan ini mungkin membantu.
Kekalkan status bekerja makan gaji
Makan gaji di sini masih bekerja dan tetapi makan gaji dengan diri sendiri. Apa sahaja kerja yang anda jalankan anda perlu professional dan fokus. Profesional di sini bermaksud anda tidak main-main dan mempunya aturan sendiri. Tidak boleh sesuka hati mengambil wang syarikat. Perlu ada perancangan kewangan, operasi, keuntungan, perbelanjaan dan sebagainya.
Apa yang uniknya ialah adanya kebebasan dalam membuat pilihan dan membuat keputusan. Itulah kelebihan orang makan gaji dengan diri sendiri. Tidak perlu ada tekanan daripada mana-mana pihak dalam segala keputusan dan tindakan.
Sokongan dan kritikan memantapkan motivasi
Anda masih perlukan sokongan, kritikan dan pandangan. Tetapi ianya sama sekali tidak akan mematahkan semangat sebalik anda perlu mengambil pandangan yang bernas untuk anda lakukan perubahan. Kritikan yang tidak munasabah dan menyakitkan hati, biarkan sahaja seumpama mencurah air ke daun keladi. Sebaliknya sekiranya kritikan membantu dalam perubahan, anda perlu menganalisa kritikan daripada sudut positif.
Kekalkan momentum motivasi
Ada masa motivasi akan kekal menegak dan adakalanya akan merudum. Jika motivasi anda mula tenggelam timbul cari kelainan dengan berehat, membaca buku motivasi, melakukan hobi dan lakukan percutian yang mendamai.
Setelah segalanya pulih teruskan berusaha dan lebih kuat berusaha untuk memastikan kejayaan akan tetap menjadi milik anda.
Kembali ke trek
Teks: Masayu Ahmad
Foto: Cik google
Setiap minggu jamuan rumah terbuka begitu memenatkan badan. Bukan sahaja sehingga malam,hidangan pelbagai juadah menyebabkan badan menjadi lesu. Mungkin perlu kembali kepada trek yang asal iaitu jaga pemakanan dan kesihatan. Begitu lama berehat, saya perlu kembali ke trek.
Masih banyak bahan dan buku-buku yang tidak disentuh. Minggu ini tidak mahu keman-mana lagi. Cukuplah sudah masa untuk menziarah. Ada banyak perkara yang masih perlu diselesaikan.
Saya perlu kembali dengan mood menelaah dan memulakan semula kajian yang sudah ditinggalkan hampir setiap minggu dalam bulan Syawal. Manakala Sabtu dan Ahad memenuhi undangan dan juga pelbagai aktiviti bersama anak-anak.
Dua hari lepas untuk sarapan saya menyediakan bihun goreng lada hitam dan hari ini dan semalam nasi goreng kampung. Untuk rumah terbuka saya sediakan sup tulang, nasi goreng kampung, sate kajang (yang ini ditempah) dan bihun sup. Untuk pemanis, kek coklat kukus dan agar-agar merah (orang Kelantan suka agar-agar ini. Untuk teman-teman blogger jangan kecil hati, kerana saya belum bersedia untuk bertemu. Insya-Allah jika ada kelapangan kelak kita akan bersua.
Memandangkan sudah dua tahun membuat jamuan, saya sudah mendapat rentak. Jika tahun lepas, majlis bermula tenggahari hingga malam. Saya tidak menetapkan jam berapa bermula, sudahnya tetamu sudah sampai jam 12 tengahari. Tuan rumah sudah kelam kabut kerana belum mandi dan menukar pakaian.
Jadinya untuk tahun ini saya membuat dua sesi, 2 hingga 6 dan 8 hingga 10 malam. Agihan ini memudahkan saya, kerana sempat berehat selepas penat memasak. Mujur juga biras dan ipar sangat membantu. Jadinya saya sempat melayan tetamu yang datang. Mohon maaf jika ada terkurang layanan.
Thursday, October 15, 2009
Menu petang ini, roti putih cicah bubur kacang
Teks: Masayu Ahmad
Foto: Cik google
Misi kuah kacang belum berjaya lagi. Rasa malas pula mahu membuatnya. Sudahnya kacang yang sudah digoreng masih disimpan elok di dalam bekas. Saya perlu mencari yang sesuai untuk membuatnya.
Memandangkan masih ada kacang hijau dan durian, maka saya perlu mengejakan resipi yang sepatutnya. Bubur kacang. Boleh dimakan petang hingga malam. Anak-anak dan bapak anak-anak memang suka. Tinggal lagi mahu membeli santan sahaja. Kacang sudah direndam, tinggal lagi gerakkan usaha sahaja untuk menyudahkannya.

Matlamat dan sasaran 2010, bergelar WAHM, SAHM atau SOHO?
Tidak perlu menunggu pada malam terakhir penghujung Disember untuk memulakan azam baru. Anda boleh melakukannya setiap masa dan bila-bila masa sahaja. Antara azam yang anda mahu dan inginkan ialah untuk bergelar SAHM, WAHM atau SOHO. Semuanya terpulang kepada anda.
Panduan berikut mungkin boleh membantu.
Matlamat anda
1. Jana pendapatan sendiri
2. Bekerja dari rumah
3. Percutian keluarga tahunan
4. Rumah sendiri
5. Kereta idaman
6. Zero hutang
7. Haji & umrah
Perancangan & strategi
1. Hobi sebagai pendapatan sampingan
2. Bekerja sambilan
3. Internet sebagai alternatif
4. Mendaftar syarikat enteprise
5. Pemasaran secara online atau offline, atau kedua-duanya sekali
Sistem sokongan yang membantu
1. Sokongan suami atau isteri
2. Mula mencari mentor dalam bidang yang diminati
3. Pengurusan rumah tangga & anak-anak yang sesuai
Asah kemahiran & tingkatkan ilmu
1. Sertai bengkel dan kursus percuma
2. Sertai kursus berbayar
3. Sering mengikuti kisah-kisah kejayaaan mereka yang sudah sukses
4. Cari ruang dan peluang
5. Cari teman-teman yang sealiran dengan anda
6. Cari mentor yang sanggup mendorong anda
7. Pilih untuk kekal momentum motivasi diri
8. Buang senarai sikap negatif dan ubah kepada positif
Mulakan sekarang!
1. Ambil kertas dan pen
2. Tulis matlamat anda
3. Tuli perancangan anda tidak semestinya seperti di atas
4. Tulis apa yang sudah ada yang boleh membantu untuk anda bergerak mencapai matlamat
5. Bila anda akan mula.
6. Tulis apa sahaja yang boleh membantu anda mengejar matlamat.
Salam sukses dari saya. Salam inspirasi dari meja WAHM.
Tuesday, October 13, 2009
Hobi kepada pendapatan
Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.dynamicmetromoms.com
Saya akan kongsikan 6 wanita yang mempunyai cara tersendiri dalam melakukan hobi sebagai sumber pendapatan sampingan.
Kategori wanita berkerjaya
Kisah 1
Kakitangan kerajaan, hanya melakukan secara sambilan dan suka-suka. Ianya menjana pendapatan yang lumayan. Mengadakan bengkel dan berkongsi ilmu yang dimiliki.
Kisah 2
Seorang jurutera di syarikat swasta. Melakukan bisnes online secara suka-suka. Juga menjana pendapatan. Tetapi wanita ini masih mahu meneruskan karier dan pada masa yang sama bisnesnya begitu mendapat sambutan.
Kisah 3
Wanita yang melakukan jualan tudung bawal online. Juga melakukannya sekadar sambilan sahaja. Namun bisnes nya juga mendapat sambutan kerana strategi yang digunakan.
Wanita berstatus surirumah sepenuh masa
Kisah 4
Suri rumah sepenuh masa yang hanya menjual karipap frozen sebagai hasil sampingan untuk memenuhi ruang kosong dengan status surirumah.
Kisah 5
Wanita ini berniaga pakaian dan juga barangan lain di rumahnya. Ianya boleh diibaratkan sebagai butik di rumah. Tidak mahir dalam soal pemasaran internet. Boleh dikategorikan sebagai bisnes offline atau secara konvensional sahaja.
Kisah 6
Menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga, pada masa yang sama mula membuka peluang meraih pendapatan daripada masalah wanita bekerjaya. Menyediakan perkhidmatan mengasuh anak-anak dan transit. Ini juga contoh wanita yang belum terdedah dalam kemudahan internet. Kaedah ini juga boleh dikembangkan dengan meningkat kemahiran dan ilmu dengan mengambil kursus-kursus yang pendidikan awal kanak-kanak.
Ini adalah wanita-wanita yang saya kenali dan berada di lingkungan saya. Bagaimana pula dengan anda? Sudah tentunya anda juga mempunyai teman-teman yang sudahpun menjana pendapatan hanya di rumah atau dengan melakukan secara sambilan sahaja. Ini adalah kisah benar dan bukan cerita rekaan. Saya akan kongsikan berkenaan operasi mereka satu persatu, sebagai panduan dan persediaan untuk anda bekerja di rumah.

Indahnya bergelar suri rumah, Tuhan maha Pemurah dan Pengasih
Teks: Masayu Ahmad
Foto: Cik Google
Saya dapat merasakan ramai yang berkeinginan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, menjaga anak-anak dan menguruskan rumahtangga. Menunggu kepulangan suami pulang kerja dan menyediakan hidangan malam.
Waktu pagi menguruskan anak-anak ke sekolah tanpa perlu kelam kabut mengejar punch card dan mengejar masa agar tidak terperangkap dalam trafik.
Pada pandangan saya inilah dilema yang dihadapi ramai wanita yang bekerjaya di luar sana yang inginkan perubahan dalam hidup mereka.
Daripada pendengaran dan pemerhatian saya terdapat beberapa suasana dan status iaitu
bergelar :
-surirumah
- wanita bekerjaya
-dan wanita yang bekerja di rumah atau dari rumah.
Saya sudah merasai pengalaman untuk semua status wanita di atas. Apa yang paling seronok adalah bergelar surirumah dan masih bergelar wanita berkarier yang hanya di rumah. Pening ayat ini agaknya. Ok. Saya akan perjelaskan dengan lebih mudah.
Indahnya bergelar suri rumah kerana mampu menguruskan anak-anak sendiri. Menghantar mereka ke tadika dan membantu menyiapkan kerja sekolah. Seronoknya masih mampu melakukan perkara yang kita gemari dan pada masa yang sama masih mampu menjana pendapatan.
Perjalanan bermula
Sebelum saya bertekad untuk berhenti kerja dan memulakan dengan usaha sendiri dan hanya berada di rumah. Ada yang menentang, ada yang faham, ada yang pelik dan ada juga yang tidak faham
Mereka yang menentang saya anggap sebagai golongan yang tidak faham apa itu konsep bekerja dari rumah. Mereka tidak tahu dan tidak pernah didedahkan dengan perkara tersebut. Alasan yang boleh saya berikan agar mereka tidak pening kepala, lebih kepada mahu menjaga anak-anak dan menjadi suri rumah.
Bagi yang memahami adalah mudah untuk membicarakannya. Mereka ini boleh digolongkan kepada mereka yang sudah terdedah dengan dunia internet dan juga sudah faham dengan situasi atau trend hari ini walau di mana sahaja berada kita masih mampu menjana pendapatan. Ini adalah kenyataan bukan omongan atau angan-angan Mat Jenin.
Bagi mereka yang berasa pelik, bukanlah satu perkara yang sukar untuk saya terangkan. Mudahkan dan fahamkan mereka. Jika sukar saya iyakan sahaja apa sahaja yang tergambar di fikiran mereka. Usah pening kepala untuk sibuk-sibuk menerangkan dan ia memudahkan saya sendiri.
Golongan tidak faham tetapi berpura-pura faham. Sebenarnya mereka tidak faham apa sebenarnya saya lakukan di rumah. Ada yang masih berfikiran sudah berada tahap gaji yang stabil tetapi tiba-tiba mahu berhenti kerja. Penat sahaja belajar tinggi dan hanya mahu berada di rumah.
Saya suka akan pilihan saya dan merasa tenang dengan keadaan ini.
Saya mensasarkan untuk berada di rumah sebelum Hakim memulakan persekolahan darjah 1. Jadinya saya perlu bergerak pantas untuk berada dan mencapai matlamat tersebut. Dalam perbincangan saya dan en.suami, kami memerlukan banyak pengorbanan dan ianya memerlukan komitmen.
Mungkin panduan saya ini dapat membantu anda diluar sana untuk berhenti dan berada di rumah. Menjaga anak dan masih menjana pendapatan.
Tentukan tujuan dalam kehidupan
Saya tidak pernah sekali mahu menjadi jutawan atau kaya raya. Cukup sekadar tidak mempunyai hutang piutang dan mampu hidup sederhana dengan keluarga. Namun jika ianya rezeki, saya menerima sahaja asalkan hati saya tidak riak dan berlebih-lebihan.
Ada sekali dalam satu seminar yang saya hadiri bersama suami. Pergi sekadar mahu mengambil ilmu sahaja. Orang yang memberi syarahan (talk) dalam dewan bertanya siapa yang datang di sini yang mahu jadi jutawan. Saya dan suami hanya tergelak-gelak dan juga beberapa peserta seminar yang lain. Saya tidak mengangkat tangan, tetapi suami mengangkat tangan.
Jurucakap itu berkata. Wah di sini sudah ada beberapa orang jutawan (termasuk saya kerana tidak mengankat tangan). Kerana orang yang mengangkat tangan mahu jadi jutawan, yang tidak mengangkat tangan sudahpun jutawan, kerana tidak perlu lagi mengangkat tangan.
Kami membayangkan kehidupan yang lebih sederhana dan mula membuat perancangan kewangan dan perbelanjaan bulanan. Dua sumber gaji kini menjadi satu gaji. Saya sama sekali tidak meletakkan syak atau curiga dengan rezeki Allah, kadangkala ada juga pemikiran bahawa bolehkah saya meneruskan kehidupan dengan lebih sederhana.
Saya adalah wanita yang boros dan tidak pandai dan tidak bijak dalam menguruskan kewangan. Kerana ini jalan yang saya pilih dan saya perlu akur.
Permulaan
Kami berkira-kira mahu menjual kereta utama dan hanya menggunakan kereta yang kecil sahaja. Daripada menggunakan dua kereta jadinya mahu satu kereta sahaja kerana mahu mengurangkan perbelanjaan.
Suami pernah bergurau dengan nada yang serius. Tak payah pakai kereta besar, guna sahaja viva (kepunyaan saya) untuk balik kampung. Saya berfikir alamak, bagaimana mahu mengangkut segala mak nenek barang-barang. Sudahlah sempit anak-anak pula semuanya lasak.
Saya tidak ada duit kopi dan tidak boleh boros-boros. Hakim tidak perlu ke sekolah kerana saya boleh mengajarnya di rumah.
Alhamdulillah
Saya meletakkan100 peratus akan melakukan perubahan untuk kebaikan dan matlamat kami pada masa hadapan.
Allah itu maha Adil maha Pemurah lagi maha Berkuasa. Selagi kita meminta tanpa berserah bulat-bulat, Dia tidak akan menganiaya hambanya.
Saya anggap ini satu perjalanan kehidupan suami isteri yang cukup manis. Apa yang kami rancangkan selepas saya berhenti kerja semuanya tidak berlaku. Malah lebih banyak perkara positif yang berlaku.
Alhamdulillah jika sudah menjadi rezeki kami, Allah yang maha pemurah masih lagi memberikannya sebagai hak kami anak-beranak. Kami tidak jadi menjual kereta masih berupaya setakat ini mengekalnya, saya masih ada duit kopi, Hakim masih meneruskan persekolahan dan segala-galanya masih sama seperti dulu.
Perubahan positif, saya sudah tidak boros dan sudah makin mahir untuk melakukan perbelanjaan berhemah. Disebabkan en.suami menguruskan pembelian barangan dapur jadinya ianya lebih efisien.
Ada sekali saya ke pasaraya mahu membeli belah kononnya, saya mati kutu kerana tidak tahu membeli apa. Itulah penangan disiplin dan perubahan yang cuba saya lakukan sehingga tulisan ini (latihan lebih kurang 11 bulan).
Hakim masih meneruskan persekolahan. Setiap pagi sambil bersiar-siar bersama Arif dan Aiman saya membawa mereka bersama menghantar Hakim ke sekolah. Kami menyanyi dan berborak sama-sama. Keakraban saya dan anak-anak semakin rapat, tidak seperti keadaan sebelum saya ada pembantu rumah.
Tahun ini tahun kedua kami mengadakan rumah terbuka. Alhamdulillah masih ada rezeki untuk berkongsi rasa kesyukuran. Saya sangat senang hati memasak dan menjamu rakan taulan dengan hasil air tangan sendiri. Lebih kuranng 250 tetamu hadir, pada siangnya saya cukup bertenaga untuk memasak dan pada malam hari terus pengsan kerana penangan keletihan. Mohon maaf kerana ada teman-teman yang belum sempat saya jemput. Insya-Allah tahun depan masih ada, jika ada rezeki dan panjang umur.
Pada tengah malam ketika saya sibuk di dapur, saya menerima perkhabaran yang membuatkan hati saya cukup gembira. Insya-Allah jika ianya sudah sampai waktu akan saya kabarkan di sini. Apa yang ingin saya sampaikan rezeki berada di mana-mana, hanya kita sahaja perlu bertindak dan berusaha.
Memilih untuk berada di rumah dan mampu menjana pendapatan adalah bukan perkara angan-angan kosong, ia boleh menjadi kenyataan. Dan saya menerima satu lagi berita gembira dan sangat bersyukur pada petangnya dari en.suami.
Apa juga perkhabarannya bukanlah perkara utama yang mahu ceritakan. Tetapi apa ingin saya kongsikan apa sahaja perkara yang menjadi matlamat dan pilihan dalam kehidupan kita perlu mulakan dan bertindak dari sekarang. Diibaratkan, usah menunggu bulan jatuh keriba barulah anda mahu bertindak.
Mulakan dan usahakan dari sekarang. Pilihan kehidupan adalah di tangan kita. Salam sukses dan salam sayang buat semua pembaca blog ini. (Sangat panjang entri malam ini)
Friday, October 2, 2009
Salam hujung minggu, perjuangan diteruskan
Teks: Masayu Ahmad
Foto: Cik google
Hari ini hujung minggu bertandang lagi, Syawal sudah menjejaki dua minggu. Sungguh pantas masa berlalu. Apa yang pasti hari ini ramai yang akan mengadakan rumah terbuka.
Sejak dua hari lepas saya berjangkit demam dengan Aiman si kecik. Hari ini rasa bertenaga semula. Syukur, Alhamdulillah. Aiman sebagaimana biasa selepas balik kampung menempuh perjalanan jauh, badannya tidak boleh agaknya dengan keadaan tersebut. Walaupun tidak sihat masih aktif sekali sekala. Tetapi hanya mahu berpeluk sahaja di sisi ibu. Nasib baik sekejap sahaja.
Semalam Hakim, saya tidak benarkan ke sekolah, memandangkan ada batuk-batuk kecil. Hakim penghidap asma yang tegar juga, jadi pantuan perlu diberi perhatian. Nampaknya hari ini sudah semakin ok. Mudah-mudah semuanya cepat sembuh sepenuhnya.
Hari ini, perjuangan diteruskan. Selepas beberapa cabaran dan dugaan kecil, saya merasakan itu hanyalah tempoh masa untuk saya berehat sekejap ketika bulan puasa. Selepas puasa semuanya sudah kembali ok. Malah komputer sudah dibaiki oleh adik yang bongsu dengan jaya.Apalagi yang nak diucapkan selain rasa gembira, kerana banyak bahan yang terselamat. Jika awal puasa saya banyak kehilangan buku-buku kesayangan. Jika computer ini tidak dapat diselamatkan, memang akan menangis air matalah saya. Kerana banyak bahan kajian yang ada tersimpan di sini. Sebagai peringatan saya perlu membuat back up. Jika berlaku sekali lagi tidaklah saya berputih mata.
Tinggal lagi suku tahun, apa jua matlamat anda, matlamat saya masih lagi belum tercapai. Saya masih meneruskan perjuangan dan perjalanan. Hari ini awal pagi, rasa motivasi diri masih bersemangat dan kuat. Inysaallah, saya suka sentiasa bermotivasi dan terus kekal begitu.

Thursday, October 1, 2009
Raya tahun ini
Pagi raya bangun sebelum azan subuh. Sebagaimana biasa ketua tukang masa aka Mak Long sudah bertungkus lumus di dapur menyiapkan nasi dagang. Kira menu utama setiap tahun.
Tahun ini anak-anak dalam mood yang sangat baik dan memberikan kerjasama. Kanak-kanak riang bangun awal bagi. Seusai solat saya memandikan Hakim dan Aiman. Memakai baju berwarna merah darah, tema untuk tahun ini. Arif sebagaimana biasa belum bangun dan bangun lambat.
Niat tertunai tahun untuk ini sembahyang raya. Dipermudahkan dengan Aiman dan Hakim yang tidak banyak kerenah. Tetapi Hakim ikut sama bersama dua orang sepupunya.
Saya bersama kakak yang sulung ke masjid awal pagi. Tidak mahu bersesak-sesak dan berada di saf belakang. Ketika sampai saf pertama sudah penuh. Jadi saf kedua paling hujung bersebelahan jemaah lelaki bertabirkan penghadang. Tempat kegemaran saya setiap kali ke masjid. Sepuluh hingga 20 minit kemudian orang mula ramai.
Takbir mula bergema dan jemaah mula ramai. Bersahutan memuji kebesaran Ilahi. Sebagaimana biasa mendengar khutbah dan menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Selepas bersalam-salaman kami menuju ke pusara bonda tercinta. Sampai di tanah perkuburan sudah ramai kelihatan.
Walaupun tidak menanyakan ayah terlebih dahulu yang mana satu kubur arwah, saya hanya berjalan dan gerak hati terus sampai ke destinasi yang cari.
Saya rasakan inilah kubur emak, masih ingat dan sangat yakin. Kami membentang tikar dan menyedekahkan yasin dan al fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Ketika sampai di rumah. Ayah bertanya, tahu ke yang mana satu kubur arwah. Yang ada pokok rhu atasnya.
Betul sangatlah tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)