Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah wajib ini dahulu www.janawangdirumah.com
Usai Ammar masuk wad minggu lepas, bersambung pula kesihatan bapa mertua yang kurang memuaskan. Atusk sudah tidak dapat menguruskan diri sendiri. Saya selalu pasakkan dalam hati dan perasaan lakukan dengan ikhlas, kerana kita tahu hari tua kelak. Lakukan bukan kerana apa-apa. Lakukan kerana itu adalah tanggungjawab saya sebagai menantu. Jangan melihat kepada keletihan tetapi inilah anugerah Allah mahu beri berupa kelapangan dapat berbakti kepada orang tua.
Minggu ini juga kesihatan sendiri juga kurang memberangsangkan. Barangkalai saya kepenatan. Tidak selalu saya menulis di sini, tetapi sahaja mahu berkongsi. Jangan risau, saya masih ok.
Minggu depan Ammar kembali masuk wad dan insya-Allah kali ini akan berjalan sukses. Sebelum ramadhan Ammar akan sihat sepenuhnya.
Saya rehatkan diri sendiri dahulu selama seminggu. Insya-Allah akan kembali aktif semula memandangkan beberapa manuskrip perlu disiapka Jun.
Kepada Allah tempat meminta. Moga diberi kesihatan dan kelapangan fikiran.
Insya-Allah. AMin.
No comments:
Post a Comment