Teks: Masayu Ahmad
Lebih banyak ebook rujukan di sini ya www.akademibekerjadirumah.com/shop
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah lebih kurang sebulan jugalah gangguan untuk saya fokus menulis. Bermula Ammar masuk wad untuk susulan, kemudian kesihatan atuk yang kurang memberansangkan. Kemudian saya balik rumah ayah. Kemudian saya ambil cuti selama 2 hari untuk diri sendiri. Banyaknya kemudian.
Jadi, tarik nafas dan bercuti. Sementelah pula sudah memasuki setengah tahun. Dan bulan berikutnya adalah setengah tahun lagi untuk 2015. Sasarannya adalah buku, buku, buku. buku ;D
Terapi air
Mandi laut dan mandi ais. Alhamdulillah terapi paling mujarab. Agaknya saya keletihan terus menerus hingga lupa diri.
Selalunya setiap hari Khamis memang diperuntukkan khusus untuk berehat. Tetapi kali ini kerana ada beberapa perkara di luar kawalan bertindih. Jadi saya mengalah. Kali ini benar-benar mahu berehat.
Seminggu juga charger komputer riba ini bikin hal pula ;D Alhamdulillah hari ini bermula kembali kembara penulisan.
Rindu Ramadhan.
Berbeza kali ini sambutan Ramadhan sangat ditunggu dan dirindu. Ketenangan lebih bermukim kali ini. Entah kenapa, mungkin juga kerana faktor usia. Sejak dua menjak ini pula saya suka berkebun, suda mula kembali mengalihkan pasu dan mahu rapikan kehijauan keliling rumah.
Ramadhan juga tentunya sorotan memori kenangan bersama arwah mek ;(
Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment