Friday, June 12, 2015

Alunan hidup

Teks: Masayu Ahmad
Baca panduan asas di sini www.janawangdirumah.com

Lebih banyak rujukan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop

Lama kan saya tidak menulis panjang di sini. Malam ini ada sedikit kesempatan selepas sebulan yang penuh. Alhamdulillah Ammar sudah lena. Malam ini kembali berada di wad. Ammar dijangkan akan menjalani pembedahan Ahad ini. Saya mohon doa kalian agar dipermudahkan untuk Ammar.

Malam ini bacaan untuk darah putih 18, doktor menyatakan mahu 11. Insya-Allah hanya yang baik-baik sahaja buat Ammar.

Marathon 20 artikel

Saya mengambil kesempatan luang masa untuk menyelesaikan 20 lagi artikel untuk 4 bulan terbitan. Jadi ia memudahkan editorial. Ini adalah biasa terutama menulis untuk majalah yang terbitannya adalah setiap minggu.

Dulu ketika masih berada dalam pasukan Mingguan Wanita, kami akan mula menyelesaikan bahan lebih awal untuk 4 bulan ke hadapan. Iaitu menyelesaikan terus terbitan yang akan keluar pada bulan puasa, raya dan selepas raya. Ini memudahkan kami bercuti dan berhari raya dengan lapang dada.

Ketika belum lagi puasa, ketupat digantung dan suasana raya mula menyimbah dalam ofis. Sambil menaip kadangkala berkumandang lagu raya. Puasa pun belum tapi kami perlu menyelesaikan bahan penulisan yang perlu berbau puasa dan raya.

Biasanya saya ketika itu menjaga bahagian cerpen, saya akan menghubungi penulis kesukaan agar menghantar cerita yang sekian-sekian. Antara penulia kesukaan adalah Nurassyi, tidak tahu adakah beliau masih menulis.

Juga biasanya sebulan puasa itu sudah banyak undangan berbuka puasa sana, sini sinun. Hotel sana sini dan sini. Kami sebenarnya tidak kemaruk sangat kerana mahu berbuka di rumah sahaja. Siapa yang mahu pergi pergilah kadangkala kad-kad jemputan itu tidak ada siapa pun yang sudi, hehe penangannya sebab setiap hari pun makan di hotel kan, jadi ia sudah jadi perkara biasa bagi wartawan. Makan di rumah menu ringkas lagi sedap.

Ramadhan yang dirindui

Ramadhan kali ini lebih tenang lebih dinantikan. Mungkin juga faktor usia. Ramadhan juga ingatan kembali kepada memori ketika kecil. Juga kerinduan mula bermukim akan arwah mek.

Melihat keuzuran ayahanda membuatkan saya rasakan masih ada banyak kekurangan dalam menjaga kebajikan ayah. Mohon agar Allah perkenankan masih diberi kesempatan untuk memberi yang terbaik kita ayah masih ada, insya-Allah.

Kita semua akan tua dan bakal menjadi warga tua. Melepaskan jawatan beberapa tahun yang lain dengan pendapatan yang sudah stabil, tidak pernah timbul soal kekecewaan.

Saya menikmati hari ini perjalanan hari mendatang untuk mengisi ilmu dan amalan untuk hari penutup.

Membaca kisah kiamat dan juga hari kebangkitan membuat diri ini amat kerdil. Berbaki usia yang ada saya mahu memanfaatkan seberapa banyak ilmu agar lebih ramai suri kembali kepada fitrah.

Kita memang sudah tidak banyak masa. Usahakan untuk menutup lompang yang ada, dan doakan agar kita mati dengan ketenangan. Buat yang terbaik dan tinggalkan semalam dengan penuh iktibar jadikan hari ini ladang akhirat yang berterusan. Insya-Allah.

Tinggal beberapa impian sahaja lagi yang mahu saya capai. Insya-Allah segalanya dengan izin Allah. Saya hanya berusaha, doa dan bertawakkal. Selagi mana saya  layak maka saya terima apa sahaja yang diberikan Allah atas segala hajat dan impian. Cepat atau lambat tidak penting, yang penting saya usaha dan tidak pernah putus asa .

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin