Teks: Masayu Ahmad
Alhamdulillah, Ramadhan kali ini sungguh istimewa kerana menyambut berdua bersama anakanda Ammar bersama pesakit-pesakit cilik yang lain.
Ammar sudah memasuki hari ke 6 masih berpuasa. Kesihatan makin stabil. Harapan ini moga esok atau luas kita sudah boleh keluar wad dan pulang untuk bersama merai Ramadhan dengan kakak dan abang Hakim, Arif dan Aiman.
Ibu tersa sangat rindu pula.
Minda seolah kembali membuat tayangan kisah lama. Ketika menyambut 1 Hijrah dan tahu baru di wad bersama kakak Arissa. Tika tu juga pengalaman hampir sama iaitu menghabiskan masa berpantang di ICU.
Alhamdulillah, ibu tidak pernah melihatkan ini sebagai dugaan. Namun ia kenangan manis dalam catatan perjalanan membesarkan anakanda ibu sekalian.
Juga teringat bagaimana selepas berhenti kerja lantara pada tahun 2007 abang Hakim berterusan masuk wad. Sepanjang tahun itu lebih kurang 8 kali keluar masuk wad.
Itu sebab sekiranya anak sakit, ibu seolah merasakan keadaan ini sudah sebati dan bersedia untuk menjalani rutin di hospital.
Ujian kasih sayang
Ibu selalu melihatkan ini kasih sayang yang diberi Tuhan. Alhamdulillah ibu masih mampu untuk menggalas. Ia masih berada dalam kemampuan, insya-ALlah.
Anakanda Ammar masih lena, apabila bangun mulutnya muncung kerana merajuk. Sangat mahu makan, tetapi perlu akur bahawa Ammar masih perlu berpuasa. Bersabarlah sayang hanya beberapa hari sahaja lagi.
Jika sebelum ini ibu malas mahu berkongsi kepada umum, kali ini merasakan lebih terbuka untuk bercerita di sini.
Sekurangnya nanti boleh baca kembali kisah anakanda Ammar. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment