Saturday, May 30, 2015

Sudah tidak sabar mahu berhenti kerja

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah atas kasih sayang Allah, terima kasih kerana masih setia berkunjung ke sini. Minggu ini saya sambung marathon menyiapkan 3 manuskrip paling di bawah. Doakan agar dipermudahkan penulisan. Insya-Allah.

Minggu selepas berakhir anak-anak peperiksaan, dan menanti minggu bercuti, seterusnya kita bakal memasuki pertengahan tahun.

Hari ini fokus saya menyelesaikan 20 artikel untuk majalah Mingguan Wanita, sudah hantar 5 berbaki 15.

Kemudian sambung marathon untuk ebook bina kedai online. Dan selesaikan dua manuskrip untuk penerbit iaitu mula bisnes tanpa modal dan juga perkemaskan manuskrip Yeay!Mama sudah resign. Saya perlu menekuni 3 yang ini sebelum saya bergerak tiga lagi iaitu Mula Bisnes Homestay, Pandua Beli Belah Rantau Panjang dan Mula Bisnes Jahitan.


Siri mula bisnes di atas segalanya untuk rujukan lengkap bagi kalian suri yang mahu bekerja dari rumah. Saya tampilkan kisah-kisah usahawna yang sudah sukses. Dan ada dua manuskrip yang saya tidak sabar untuk selesai. Saya bergerak mengikut jadual masa setahun lebih awal dan saya yakin dan mahu selesaikan sebelum November 2015. Semoga ALlah merestui masa dan melapangkan masa yang bermanfaat. Insya-ALlah.


Bagi kalian yang mahu bersama saya sebagai rakan niaga ABDR atau Pengurus Online boleh mendaftar bila-bila masa. Sudah ramai yang sudah pandai menjana pendapatan harian Rm100, alhamdulillah.

Semoga Allah memberkati kita semua dan cita cita muslimah masuk syurga tanpa hisab. Insya-Allah.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin