Teks: Masayu Ahmad
Hari ini kita sudah pun memasuki Ramadhan ke 11. Alhamdulillah atas nikmat dan rahmat. Kasih sayang Allah tanpa sempadan. Ramadhan kali ini lebih bertenang-tenang. Lebih mahu imbangan kepada anak-anak.
Apa khabar kalian? Terima kasih kerana masih meluangkan masa di sini. Saya mohon kemaafan kerana tidak ada entri banyak hari.
ALhamdulillah, Ammar sepenuhnya sudah selesai untuk satu kes dan dibuka untuk kes seterusnya berkaitan Urology pula. Ketika menulis ini lagi seminggu untuk susulan bagi pembedahan sebelum ini.
Ada tiga kali pembedahan, iaitu ketika 24 jam sebelum kelahiran Ammar, kemudian pembedahan ke dua memakan masa 10 jam, pembedahan ke tiga hanyalah 5 jam.
Untuk saat ini Ammar sudah ceria dan aktif. Dilihat pada zahirnya Ammar anak yang baik dan mudah sekali dijaga. Saya membuat keputusan untuk berkongsi di sini,ia mungkin catatan untuk bacaan diri sendiri dan mahu sekali membukukan sepanjang kisah Ammar.
Saya bukanlah sebetulnya mahu ehsan, tetapi sekadar catatan kenangan untuk bacaan pada masa hadapan. Alhamdulillah.
Saya mengambil rehat lebih kurang sebulan tidak menulis dan juga menyelesaikan ebook. Sehinggalah tempoh Ammar sihat sepenuhnya. Pun begitu, senarai kerja ringkas saya selesaikan seperti biasa.
Hari ini boleh duduk bersila dan mula menaip di sini. Bulan Julai nanti sesi ke dua perbincangan dengan pakar berkaitan status buah pinggang. Buah pinggang Ammar berada pada tahap 3 dari 5 tahap. Masih banyak yang sedang saya cari bahan berkaitan buah pinggang, rasanya mahu membina satu grup khusus untuk ini bagi kes bayi yang mempunyai kes yang sama dengan Ammar.
Allah itu maha penyayang.
Paling lama menghuni wad ialah ketika Hakim kecil, iaitu 8 kali dalam tahun yang sama. Kami berpindah bilik dan katil. Sehingga penghujungnya kami berada dalam wad ekslusif hih.
Wad kecemasan itu adalah biasa bagi saya. Pernah juga jam 3 pagi kerana Hakim sesak nafas, saya pandu keseorangan membelah bukit langat. Manakala anak-anak yang lain, en.suami yang jaga.
Itulah kita wanita dan ibu, apabila melibatkan soal anak, hati mudah tersentuh.
Adik Yaya.
Perkongsian sejak beberapa hari ini kes adik Yaya didera oleh ibu tiri yang tidak punya hati dan perasaan. Apalah tergamak dilakukan kepada anak yang masih kecil itu. Hati menangis dan tersentuh. AllahuAkbar, moga dihilangkan kesakitan kamu wahai anak. Allah itu Maha Adil dan Penyayang.
No comments:
Post a Comment