Monday, January 27, 2014

Naufal Ammar 27.1.2014, putera ke 4, kelahiran ke 5 alhamdulillah.;)


Alhamdulillah, bayi sudah selamat ;) kelahiran ke 5. Sejak beberapa malam akhir sudah merasakan kontraksi kecil. Tetapi ia biasa kerana posisi bayi sudah berada di bawah. Saya memang sudah sedia bila-bila masa sahaja. Sebetulnya sudah tidak sabar dan mahu selesaikan secepatnya. Kali ini jangkaan doktor bayi agak besar sekitar 3.5 hingga 3.7.

Ya, akhirnya lahir 3.6, memang kiranya paling besar berbanding abang-abang dan kakak. Hari kelahiran seawal 7 pagi saya sudah mengalami tanda, rasa ada air mengalir. Ketuban sudah pecah. Tetapi saya lakukan rutin seperti biasa, memandangkan selalunya proses fasa 1 fasa 2 kontraksi dan bukaan saya memang lambat 10 hingga 24 jam. Lain orang lain pengalaman ye tak.

Saya selesaikan dahulu menggosok pakaian seminggu anak-anak sekolah, lipat kain satu bakul. Kemas rumah dan selesaikan dahulu mana yang patut.

Sarapan pagi nasi berlauk terakhir sebelum berpantang. Kemudian sambung lagi mengemas. Air turun lagi dan lagi, kontraksi biasa-biasa sahaja. Saja sebenarnya melengah-lengahkan masa sebelum melapor diri. Jam 10 pagi barulah turun dan singgah ambil stok air zam-zam dan kurma buat bekal.

Sampai di hospital masih keadaan riang gembira sebab nanti adik sudah mahu keluar, saya sudah mahu kosongkan perut. Makan lagi apa yang mahu makan. Sekitar jam 2 kontraksi semakin kerap sekitar 5 hingga 10 minit setiap kali. Bukaan baru 3 cm jauh lagi perjalanan. Jadi tunaikan solat zohor dan doa banyak-banyak agar kali ini dipermudahkan.

Kontraksi makin kerap, ketuban juga mencurah keluar antara jam 4 hingga 8. Selang waktu ini memang keadaan saya sudah tidak boleh tidur. Bak kata misi, tu dia eh dok berbaris ke sana ke sini. Hehe, aduhai memang ya. Begitulah saya hingga jam 10 malam barulah masuk ke medan perjuangan.

Saya memang sudah sudah mahu menggunakan 'entonoks' sebagai pelega. Di sini memang saya tabik pada kalian yang sukses untuk kelahiran alami. Memandangkan saya sepanjang hari 12 jam tanpa hentri kontraksi, jadi saya gunakan ini untuk rehat dan mengumpul tenaga.

Walaupun dalam proses khayal itu minda saya memang fokus mahu keluar bayi secepat dan sebaiknya.Ada banyak kali cubaan sebenarnya. Saya dapat merasakan proses peringkat demi peringkat perjalanan gerakan itu turun dan turun. Tetapi dalam keadaan kepala ting tong itu, cubaan pertama dan ke dua, tersekat habis tenaga, seingat saya cubaan kali ke 3 lahirlah Ammar. Perjalanan agak mudah, syukur kerana suami di sisi dan juga luka adalah minima. Kerana sasaran saya tanpa perlu episiotomi perbincangan dengan doktor semasa dalam bilik bersalin. Koyakan minima dalam anggran 5 peratus sahaja, kerana saya dapat rasakan saya sihat selepas itu.

Ada sedikit 'sakit rengat', dan saya sudah bersedia dengan keadaan ini. Alhamdulillah, hari ini hari ke dua 28.1.2014. Terima kasih Allah atas anugerah ini, terima kasih Allah atas amanah ini, di usia 35, usia perkahwinan 9 tahun, lima kelahira.

Arissa tidak ada kerana sehari sebelum bersalin sudah dibawa pergi ibu saudara. Saya sudah tidak sabar untuk berurut dan bertungku. Menu semalam tentunya sudah bermula ikan bakar, kurma, air sua. Pagi ini saya akan mulakan dengan estrak jus delima untuk mempercepatkan pengecutan rahim. Alhamdulillah. Terima kasih atas doa kalian.

Dapatkan panduang lengakap 44 hari berpantang di sini ya




4 comments:

Blog Nur Balqis Qahira said...

Tahniah kak mas,dapat seorang putera lagi..

arin yaacob said...

Tahniah mas..

Unknown said...

tahniah kak ayu....giliran saya pula bulan april nnti..InsyaAllah kelahiran keempat

Maria Qiptiyah said...

Tahniah Kak Masayu...terserap rasa ketenangan akak, mengurangi rasa berdebar saya. Tak sabar menunggu ebook panduan pantang untuk persiapan awal. sekali lg tahniah kak

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin