Wednesday, January 29, 2014

Hari 4 pantang, terus berjuang

Hari ke 4 pantang, insya-Allah

Rasa lebih bertenaga dan segar, mulakan dahulu dengan air zam-zam, kurma, jus etsrak delima. Banyak mahu menulis,

Saya mulakan inspirasi pagi ini dengan perkongsian nota, sumber fb


APA YANG PERLU DIPELAJARI DARI PRINSIP NIAGA ORANG CINA?

Imbas kembali sebelum saya mula membuka perniagaan bidang logistic dan warehouse di Hong kong, Shanghai dan Guangzhou. Saya perlu berguru dengan mentor yang berjaya disana.
Walaupun banyak ilmu yang diperolehi, kita sebagai seorang muslim mempunyai etika, tanggungjawab dan perlu menilai halal dan haram, apa yang dibolehkan atau diharuskan dalam setiap urusniaga.

Saya kagum sekali dengan prinsip-prinsip niaga mereka yang :

1) Sanggup berkerja tanpa mengira waktu (tidak berkira tentang waktu)

2) Melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan bukan hangat-hangat taik ayam

3) Menerima kegagalan pertama sebagai pemberi semangat, kegagalan ke 2 dijadikan pengajaran dan kegagalan seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan

4) Menentukan matlamat sebelum melakukan sesuatu (jangka panjang)

5) Lebih menekankan budaya "siapa cepat dia dapat"

6) Mempunyai jaringan yang kuat menyokong asas perniagaan peruncitan dan amat sukar digugat kerana kemantapannya

7) Jarang mempunyai sikap untuk menjatuhkan orang lain malah sentiasa bantu membantu dan mengambil barangan dari dari rakan-rakan niaga yang lain jika barangan yang diminta oleh pelanggan tidak ada atau kehabisan stok

8) Suka kepada pembentukan persatuan dan setia mewarisinya sejak turun temurun.

9) Menganggap berniaga itu suatu seni adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarinya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.

10) Setiap peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.

Ingatlah, bagi mendapatkan ikan yang besar, kita perlu menyediakan umpan yang bermutu dan alat pancing yang baik!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin