Sumber:http://lennybonifacejubilee.blogspot.com/2014/01/ulasan-kelas-asas-blog.html
Alhamdulillah.
Sekali lagi, Alhamdulillah, saya telah mencapai 44 entri. Diberikan kelapangan oleh Allah dan juga digerakkan hati saya olehNya untuk berusaha pada tugasan ini. Alhamdulillah.
Saya ingin menceritakan sedikit pengalaman di dalam kelas Asas Blog ini. Kelas yang dilakukan secara online adalah sesuatu yang memang suatu kelainan bagi saya. Saya sangat suka belajar dan paling suka sekiranya ada guru mengajar di depan saya. Namun, kelas kali ini secara online. Maka, sangat mencabar daya tahan diri kita. Bayangkan, kalau ada cikgu depan mata, kita akan buat kerja kan. Jika cikgu tiada, kita tak buat kerja rumah. Senario biasa kan. Tetapi, di kelas Asas Blog ini, kita tak bertemu dengan guru pun. Tak nampak guru pun. Jadi semuanya atas nawaitu kita, kehendak kita, keazaman kita untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
Jujur saya katakan, saya pun liat juga nak siapkan tugasan. Mana nak fikir tugasan, mana nak fikir bisnes Shaklee saya, mana nak fikir anak kecil saya, mana nak fikir kerja hakiki, mana nak kemas rumah... Banyak kan nak difikirkan? Tetapi akhirnya, setelah saya 'tune' pemikiran saya, saya akhirnya berjaya menyusun-atur agenda harian saya. Bukan senang ya. Bukan sehari dua punya kerja. Tetapi hari-hari kena 'tune' minda kita. Sekarang saya tengah 'tune' minda pulak untuk membuat jualan tinggi bagi bisnes Shaklee saya.
Benarlah kata lagu "Jika kau fikirkan kau boleh.." (tak ingat tajuk lagu). Tetapi itulah dia. Kita yang harus set-kan minda kita untuk mencapai kejayaan. Kita harus percaya kita boleh, dan harus berusaha mencapai kejayaan. Tak kira apa status kita di dunia ini.
Berbalik kepada kelas Asas Blog, saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada mentor/guru saya Nurzahwani Mohd Nor, atas segala tunjuk ajar yang diberikan. Hanya Allah dapat membalasnya. Mentor-mentor/guru-guru di Akademi Belajar dari Rumah, adalah guru-guru yang berdedikasi dan berusaha membantu golongan ibu-ibu, isteri-isteri, wanita-wanita untuk mencapai cita-cita mereka, untuk berjaya. Pokok pangkalnya adalah nawaitu dan kesungguhan pelajar untuk mencapai kejayaan.
Kelas Asas Blog ini adalah peluang yang keemasan untuk golongan surirumah untuk mencari pendapatan sampingan cuma dari ruangan selamat di rumah sendiri. Usah difikirkan ketakutan atau kerisauan anda dalam menyertai kelas online di Akademi Bekerja dari Rumah. In shaa Allah semua dapat diselesaikan dengan lancar. Berdoa banyak-banyak moga-moga Allah permudahkan usaha kita, wanita-wanita yang ingin bekerja dari rumah untuk membantu kewangan keluarga
No comments:
Post a Comment