Saturday, January 25, 2014

Usahakan untuk sentiasa tenang dan nyaman

Teks: Masayu Ahmad
baca naskah ini www.janawangdirumah.com

Sudah dinihari alhamdulillahm tiba-tiba mata sejak semalam tidak mahu lelap. Kali pertam berpisah dengan Arissa, adeh saya sudah mabuk rindu si jantung hati. Gelisah tak sudah, nangis ke atau tidak. Tidak pernah sebenarnya berpisah, siang dan malam, 24 jam berkepit dengan saya.

Namun sekejap cuma, saya perlukan masa begini dan fokus untuk jaga kesihatan. Tidak ada lagi nyanyian

"Ibu cuk anga, ibu cuk anga, lallalalal."
"Apo ni, apo ni, apo ni." Sibuk mengulang itu dan ini sambil tunjuk buku kulit keras miliknya.

Betulah kan hati seorang ibu, pun begitu saya sabarkan sahaja. Ruang ini diguna sepenuhnya untuk menulis dan menyiapkan manuskrip. Ada beberapa cabaran lagi untuk 2014 yang saya perlu teruskan.

Apa kesudahan kita akhirnya?
Beberapa hari ini ibu mertua kurang sihat, ia adalah refleksi diri saya untuk muhasabah. Apa yang saya perjuangka sekarang? Adakah berbaloi. Ya, sangat berbaloi melihat keuzurunan dua watak ini di depan mata, menginsafkan saya.

Ada ke nanti anak menantu sudi jaga saya? Ada ke nanti anak cucu yang sanggup jaga saya?

Teringat semula apa yang diperkatakan suami siang tadi, selepas kami pulang sambutan Maulidurrasul di tadika Aiman.

"Kata ustaz, sapa suka jaga bayi tua, bagi makan bayi tua, mandikan bayi tua, basuh berak bayi tua. Semua tak suka, ia tak sama bayi muda, semua orang suka."

Itu sebab saya kembali menginatkan apa kata arwah emak, kalau boleh mahu pergi dalam keadaan masih sihat, tanpa perlu menyusahkan anak-anak.

Tambahnya lagi, risaunya nanti siapa sanggup jaga ayah, kerana ayah garang. Tetapi alhamdulillah Allah beri kesihatan yang baik buat ayah.

Dan juga, Allah berikan masa dan tenaga yang baik untuk saya menjaga dua mertua, walaupun bukan terbaik, tetapi saya cuba jadi menantu terbaik.

Apa yang saya mahu kongsikan

Dua di atas adalah perbezaan, ketika anak masih kecil ketika mahu jaga yang terbaik, berpisah sekejap pun rindu-rinduan. Gelisah dan kalau boleh mahu bawa balik semula pada masa itu juga. Bagaimana pula dengan keadaannya perasaan yang sama kita pada dua orang tua. Adakah kita gelisah sebab rindukan mereka? Adakah kita gelisah kerana tidak tahu apa perkhabaran mereka, sudha makan, sudah tidur, sakit, penat dan sebagainya. Ya, orang tua selalunya tidak menceritakan keuzuran mereka kerana tidak mahu menyusahkan anak-anak, tetapi kita kelak juga bakal menjadi warga tua. Jadi semak semula, apa yang berlalu sekarang adakah orang tua kita kesunyian atau sakit. Keberkatan, rezeki dan kasih saynag ada pada mereka ketiak mereka masih hidup dan ketika ini rezeki luas terbentang selagi mana kita pandai menjaga kebajikan dan kasih saynag mereka.

Salam kasih sayang ;)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin