Thursday, April 26, 2012

Pagi yang segar udara yang nyaman


Jam sekarang sudah 8.17 pagi, selesai sudah empat rutin pagi ini memasak sarapan, mengemas dapur, menyapu dan menguruskan Arissa. Arissa sudah bangun pagi, mandi, sarapan dan sekarang sudah dibuai oleh mok.

Sarapan hari ini saya masak gulai kuning kelate ikan tenggiri, ditambah timun dan lada besar. Makan bersama nasi panas. Satu teko air teh o panas. Sekarang boleh mengadap sebentar menyiapkan pc ini. Lantai juga sudah disapu. Nanti mahu sambung melipat tiga bakul besar pakaian minggu ini.

Minggu ini saya tidak balik ke rumah ayahanda, kerana kakak yang tinggal di rantau panjang sudah pulang. Esok puteri Arora juga akan balik. Jadi ia memenuhi jadual, dan tidak membiarkan ayah kesunyian.

Beruntung anak ramai

Untuk juga beranak ramai kerana ada giliran, dan ia memudahkan sebenarnya. Orang ini lakukan itu dan orang ini lakukan itu. Ia bersambung-sambung. 

Walaupun kita pernah mendengar ' ibu bapa boleh menjaga anak sembilan orang, anak-anak belum tentu boleh menjaga ibu bapa'.

Jadi di tangan kita untuk menentukan pilihan yang mana. Adakah kita anak yang hanya dijaga dan dibesarkan oleh ibu bapa atau anak yang tidak mahu dan sengaja tingga berjauhan dengan ibu bapa. Tinggal berjauhan tidak mengapa, asalkan ada strategi mengurus ibu bapa walau kita tidak bersama mereka.

Keberkatan kehidupan

Terus terang saya katakan, sejak berada di sini, niat awal mahu menguruskan mereka, Allah selalu memudahkan urusan saya. Bohong, jika saya mudah dan dipermudahkan selalu. Sebelum dipermudahkan saya juga seperti kalian melalui cabaran kehidupan.

Namun ia seumpama perahu yang dioleng ombak, sebelum selamat sampai ke destinasi ada ombak besar, ombak kecil, tangkapan besar, tangkapan kecil, hujan, ribut. Tetapi redah sahaja dengan usaha, doa dan tawakkal.

Akhirnya dapat juga mudik di muara. 

Salam kasih sayang

Apa pun yang kita lakukan hari ini, pasang ini memberi manfaat kepada diri dan orang lain. Utamakan dan dahulukan ibu bapa, pasti ada barakah dalam kehidupan.

Jangan lupa dapatkan  panduan bekerja dari rumah www.janawangdirumah.com


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin