Saturday, April 28, 2012

Haba panas, bunyi guruh di langit

Teks: Masayu Ahmad


Bau aroma kesum bersatu dengan patin dan tempoyak. Memang sedap, ada pula sambal ikan yang dicampur dengan mangga muda. Satu juga teh o panas. Balik dari kerja, saya ke dapur, aduhai memang menggoda. Sambil meriba Arissa, satu suap Arissa, satu suap saya pula.

Hari ini pulang dengan perasaan tenang dan hati cukup lapang. Alhamdulillah matlamat bulan ini tercapai 99 peratus. Tahniah buat diri sendiri. Dua hari lagi masuk sudah bulan Mei, makanya saya perlu menekan gear dua dan melihat pula senarai matlamat yang perlu lunas tahun ini.

Sekarang sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa 12 di Kuala Lumpur, jangan lupa singgah di Karangkraf dan dapatkan buku Jana RM Dari Rumah.

Petang tadi ketika menghala pulang saya menemu Ah Soo lagi, penuh basikalnya kiri dan kanan. Nanti juga ada kesempatan saya akan snap gambar Ah Soo.

Mukanya nampak gelap, panasnya bekerja di bawah terik matahari. Ah Soo tidak ada tempat kerja berhawa dingin. Kerjanya bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Dia tidak ada mobil yang ada penghawa dingin. Hanya basikal, dikayuh ketika turun mencari rezeki, pulang semula dengan membawa hasil bahan buangan kitar semula. Itulah dunia Ah Soo.

Bersambung...

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin