Thursday, August 25, 2011

Ramadhan akan pulang, Syawal melambai-lambai

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita, hari ini sudah hari ke 26. Terasa baru sahaja bersahur, berbuka, bersahur, berbuka, kini sudah sampai ke penghujung. Moga Ramadhan kali ini banyak memberi kita peluang untuk berubah, bukan sekadar lapar, dahaga, tetapi pengisian yang lebih bermakna.

Bagi perantau yang akan pulang ke kampung, sudah tentu tidak sabar untuk sampai ke destinasi masing-masing. Cuaca sangat molek pagi ini, petang semalam guruh dan hujan. Pagi ini cuaca segar bugar, bunyi cengkerik menyapa. Laluan utama depan rumah masih berselang seli dengan kenderaan. Agaknya petang nanti akan bersusun-susunlah kenderaan yang akan sampai. Laluan jalan utama Kuala Kra-Kota Bharu adalah jalan yang digunakan oleh perantau dari Kuala Lumpur, Utara dan beberapa laluan utama lagi.

Selalunya menjelang musim perayaan begini, jalan akan sesak dengan kenderaan. Juga ramai nanti yang akan mengambil kesempatan ini untuk mengadakan kenduri kahwin, pertunangan dan sebagainya. Raya tahun ini meriah dalam kesederhanaan. Lebih bermakna kerana masih ada orang tua untuk dirai bersama.

Keadaan mereka nampaknya semakin uzur, namun alhamdulillah masih mampu menghabiskan puasa untuk tahun ini. Semoga orang-orang disekelilingi saya, dirahmati Allah diberi keberkatan dalam kehidupan.

Saya seperti biasa, masih dalam mood mahu mengejar KPI, semangat sekarang sedang turun naik. Ketika motivasi agak merudum saya keluarkan buku-buku motivasi untuk menghangatkan kembali aura luar dan dalam agar bangkit semula. Saya suka apabila berada dalam situas terus-menerus bersemangat menyiapkan kerja.

Fokus saya kini menyiapkan penulisan, tidak mahu memikirkan hal-hal lain. Kerana saya tidak perlu lagi sibuk-sibuk berkemas beg untuk pulang ke kampung, kan sudah berada di kampung. Tidak pelu sibuk-sibuk mengemas rumah, kerana hampir selesai mengemasnya. ;D. Saya perly fokus untuk menyelesaikan dan habiskan senarai kerja sebeluma penutup 31 Disember 2011. Insya-Allah.

Bagi yang belum memiliki buku Jana Rm Dari Rumah, di tangan saya sudah kehabisan stok, tetapi boleh teruskan pembelian di Karangkraf Mall, klik di sini untuk beli

http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581

Manakala ebook panduan bekerja di rumah untuk wanita klik di sini http://www.janawangdirumah.com/

Salam kasih sayang

2 comments:

Hida Naza said...

Selamat Hari Raya kak Mas

Cik Melor said...

salam perkenalan nama ku melor. sudah lama saya mencari sesuatu yang boleh membantu saya menanggani semangat yang selalu up & down. semalam saya temui blog ini. pd pandangan saya kandungan blog ni sangat bagus krn dpt memberi bantuan kpd mereka yg bermasalah seperti saya ini. semoga admin akan diberi balasan yg baik krn usaha murni ini.
saya follow blog ini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin