Cipta rutin yang menyeronokkan, Jana RM Dari Rumah muka surat 121Mari kita gerakkan kembali rutin bekerja. Ada yang menggangap bekerja dari rumah cepat bosan, tiada kawan dan nanti terperuk seperti katak di bawah tempurung. Jadi di sini kita perlu kreatif bagaimana untuk memaksimakan masa yang ada untuk menghasilkan ouput yang cemerlang. Tidaklah anda bekerja atau mengusahakan bisnes.
Pada minggu pertama memulakan usaha bekerja dari rumah, anda begitu bersemangat dan gembira dengan perubahan baru. Namun selepas beberapa bulan anda kembali rindu dengan rutin bekerja di luar rumah (perkejaan sebelum ini).
Bulan khusus
Bulan puasa adalah satu bulan yang memberi peluang kepada suri yang bekerja di rumah untuk lebih dapat bekerja lebih masa. Gunakan masa awal di waktu pagi iaitu bangun jam 4 pagi sebagai satu disiplin untuk konsisten pada bulan-bulan seterusnya. Inilah masanya untuk melatih diri untuk bekerja tanpa gangguan. Pada masa ini anak-anak masih nyenyak tidur. Beberapa pilihan berikut masih boleh digunakan.
- Hadkan masa memasak untuk sahur 30 minit, pilih menu mudah, panaskan lauk, masak nasi, goreng atau kukus ikan.
-Pilih senarai kerja utama yang mahu diselesaikan sebelum subu jam 4,5.6
- Masa ini adalah masa yang begitu produktif untuk bekerja, fokus dan tanpa gangguan
- Anda boleh gunakan masa ini untuk bekerja sebelum hari raya menjelang
-Biasakan menyiapkan kerja rumah seperti, mengemas, menguruskan pakaian kotor pada malam hari, kerana badan sudah bertenanga. Siang hari boleh fokus menyiapkan kerja yang mudah.
http://www.janawangdirumah.com/
No comments:
Post a Comment