Saturday, February 11, 2012

Ilmu suri rumah tidak akan habis sampai bila-bila

Pic: Google
Teks: Masayu Ahmad

Apabila bergelar suri rumah, ramai yang mempunyai persepsi mudah. Kerja suri rumah goyang kaki, jaga anak, jaga suami, urus rumah tangga. Mudah, tidak sesukar wanita yang bekerjaya. Siapa kata mudah? Memang sukar sebenarnya, banyak perkara yang perlu dipelajari bukan sekadar melipat kain baju, mengemop lantai dan menidurkan anak.

Perkembangan ilmu dan kemudahan internet adalah salah satu cara dan peluang yang perlu direbut suri rumah.

Awal perkahwinan

Antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian ialah mula belajar memasak, mengemas rumah dan mengurus rumahtangga. Banyak perkara kini boleh dipelajari dapat diperolehi daripada internet. Bukannya membuang masa dengan melayan face book semata.

Ramai suri yang berkongsi ilmu dan idea memasak. Bukan sekadar cara malah ada juga berkongsi sama tentang resipi masakan. Jika mahu lagi hadir mana-mana kursus dan bengkel masakan yang kini mudah didapati.Tinggal sahaja lagi malas atau rajin sahaja.

Ilmu kehamilan

Bermula sudah tentang penjelajahan penjagaan kehamilan, ilmu untuk menjaga dan mendidik anak-anak.
Bermula alam rahim, banyak perkara yang perlu dipelajari dan dicerap sebagai mungkin.

Apabila anak dilahirkan kelak mahu corak macam mana, versi barat atau versi timur. Mahu anak-anak hafaz al-quran atau lebih kepada kebendaan. Semua terpulang kepada peranan ibu bapa mahukan anak-anak yang bagaimana? Warna coklat, hijau, putih bersih atau apa sahaja corak.

Ilmu pendidikan

Pendidikan awal kini bukan sahaja penting malah salah satu cara persediaan awal agar anak-anak mampu berkembang dan menghadapi cabaran mendatang yang semakin sukar. Kini ibu bapa bukan sekadar menghantar, bayar dan melihat sahaja anak-anak di pusat penjagaan, tetapi perlu ambil serius pendidikan awal kanak-kanak. Bukan memberi tekanan. Tetapi pemantauan sepatutnya perkembangan anak-anak sesuai dengan usia mereka. Anak-anak tidak akan sama hobi, kesukaan, kecenderungan, kekurangan, kelebihan. Tetapi selagi bernama ibu bapa, sudah tentu tahu lebih awal mahukan anak-anak bersedia dengan masa depan mereka yang lebih baik.

Apa idealnya sebagai suri rumah

Bagi suri rumah yang sekadar suri rumah, dan tidak perlu berfikir lagi menjana pendapatan. Gunakan sebaiknya waktu yang ada untuk pengisian yang bermakna. Tidak ramai yang berpeluang menjadi suri rumah tanpa perlu lagi berfikir menjana pendapatan untuk membantu keluarga.

Tetapi kadangkala saya lihat ada juga suri rumah yang mengeluh, boringnya hidup sekadar urus rumah tangga, anak-anak. Kepenatan yang tidak penat habis. Ya, memang penat. Tetapi sekiranya ikhlas semuanya sudah ada ganjaran yang akan diberikan majikan kita. Tiada tandingannya dengan ganjaran kewangan di dunia. Walaupun tanpa wang, apalah sangat yang boleh dibuat. Tetapi akur, kadangkala betapa bertuahnya wanita yang hanya bergelar suri rumah, sudah tentu banyak pengisian yang boleh dilakukan untuk bergelar suri rumah hebat.

Hebat di mata suami, anak-anak, ahli keluarga dan masyarakat. Alangkah bertuahnya anak-anak, pulang ke sekolah, hidangan masakan ibu sudah tersedia. Belum tentu lagi anak-anak yang ditinggalkan pengasuh saban hari dapat merasai nikmatnya masakan ibu. Jika ibu pulang kerja mahu memasak, bolehlah merasa. Tetapi selalunya masakan campak-campak sahaja. Manakan tidak mahu mengurus kain baju, anak-anak, kemas rumah juga kadangkala tidak sempat.

Alangkah seronoknya suami, apabila pulang anak-anak sudah bersih dan harum. Makanan malam sudah tersedia. Jika isteri bekerja jika sempat masak jika tidak beli atau makan di luar sahaja. Jika sekadar mempunyai anak seorang mungkin, kepenatan tidak seberapa berbanding mempunyai ramai anak, kepenatannya sememangnya berganda.

Apa yang seronok sebagai suri rumah?

Memang seronok. Bukan tidak boleh bersosial, malah jika pandai banyak aktiviti yang boleh dihadiri. Bukan sekadar mengurus rumah tangga. Suri rumah boleh saja menghadiri majlis-majlis ilmu, membuat kerja amal, malah banyak cara agar masa di isi sebaiknya. Betapa bertuahnya wanita bergelar suri rumah.

3 comments:

Ammi Sara said...

saya setuju puaan, saya adalah seorang suri rumah bergraduan. suami dan saya setuju utk saya tidak berkerja dan menguruskan anak2 sendiri..Alhamdulillah saya bahagia..suami hari-hari balik tgahri makan :). anak2 saya direct breastfeeding tak perlu botol, anak yg kedua saya ajar sendiri di rumah sebelum akan masuk tadika thn depan. kadang2 ada juga boringnya tp saya ada rakan2 maya (blogging dan fb), ada juga saya sertai program2 mengenai penyusuan susu ibu dan berkawan dgn ibu2 kawan sekolah anak saya.
Insyaallah jika kita ikhlas Allah jua membalasnya :)

Masayu Ahmad said...

Ammi sara

Salam perkenalan, alhamdulillah tidak semua yang dapat menikmati anugerah sebagai suri rumah

sangat setuju dengan program penyusuan susu ibu dan pendidikan awal anak2 ;D

kakyong said...

memang bahagia bila jd SAHM tanpa perlu dibebani dgn masalah kewangan...

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin