Saturday, October 6, 2012

Berakhir sudah siri jelajah Pok Mat

Utara

Wajah ini menyimpan banyak cerita sukar diungkap. Wajah ini dibawa dua anak lelaki ke utara, mengambil angin segar. Bermula di Kedah dan jelajah sekitar utara. Jadi Mok Yu boleh berehat sebentar dari rutin, bukan berehatpun, boleh sebentar dan kebetulan banyak urusan lain. Urusan memang tidak pernah habis kan.


Hanya dengan masa yang berbaki, tidak tahu siapa pergi dahulu, moganya diberi Allah kesempatan kami, adik beradik berusaha terbaik menjaga kebajikan ayah.


Selatan
Momen ini mengingatkan saya ketika awal perkahwinan bawa arwah mek dan ayah ke putrajaya. 


Selesai sudah perkahwinan Puteri Arora yang mana ayah suka akan air tangannya, hampir sama dengan arwah mek. Jelajah temerloh sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur. Hari ini akan kembali ke ke Kelantan.

Alhamdulillah sudah berminggu ayahanda mengambil angin segar, hari ini akan kembali. Jadi Masayu Ahmad sila jemput pok mat jam sebelas, nanti lupa pula.



Friday, October 5, 2012

8 sebab seronoknya memegang status wahm,sahm, soho

Teks: Masayu Ahmad


Apa seronoknya bekerja dari rumah. Saya senaraikan 8 kegembiraan berikut.

1. Saya masih tidak terikat dengan siapa-siapa. Hanya terikat dengan majikan sebenar, yang membenarkan saya dilahirkan di muka bumi. Jadi walau di rumah atau di luar rumah saya masih ada aturan dengan majikan yang sebenar. Tetapi saya tidak terikat dengan manusia yang mengarah itu dan ini. Saya masih boleh melakukan apa sahaja agar tidak melanggar aturan dan sudah ada peraturan buat isteri dan wanita bekerja. Sama ada di dalam rumah mahupun luar rumah. Buat pilihan yang mengembirakan 'Majikan sebenar' bukannya mengembirakan 'manusia'.

2. Saa masih boleh mengawal dan urus masa dengan kadar semasa sibuk, kurang sibuk atau semasa super sibuk. Apabila super sibuk dengan urusan kerja, keluarga, orang tua dan anak-anak, ambil masa untuk fokus bertenang, mula susun rutin dan lakukan dengan hati lapang.

3. Raih pendapatan dengan cara kita mahukan. Berapa banyak peluang yag ada di muka bumi ini untuk mencari rezeki. Malaysia adalah negara yang banyak sumber, cari peluang tersebut ia ada di mana-mana, asalkan kita rajin berusaha dan tidak putus asa. Hanya orang malas sahaja yang mencipta alasan, sama-sama berubah dan tentukan pilihan yang kita mahukan.

4. Bila-bila masa sahaja saya boleh ubahsai soho saya. Ketika rajin menggebu menulis, saya boleh fokus menulis, ketika kanak-kanak riang mahukan perhatian, saya ubahsuai semula mengikut keperluan iaitu saya dan anak-anak masih boleh bersama dalam suasana yang kami sukai.

5. Kita yang tentukan pilihan bukan orang lain. Ketika membuat keputusan berhenti kerja, saya mengikut kata hati dan naluri, sudah tentulah ia adalah hasil usaha selama ini yang mula fokus untuk bekerja dari rumah.

6. Tinggalkan kebiasaan ramai orang. Saya tidak suka kesesakan lalu lintas, kesesakan ketika membeli belah di pasaraya. Saya sukakan suasana yang lengang, dan jalanraya yang tenang. Ubah dan pilih cara ini. Juga seronoknya membawa anak-anak bermain di taman permainan ketika tidak ramai orang.

7. Boleh merasai ketenangan di kampung dan bercuti pada bila-bila masa. Betapa ramai orang yang sangat sukar mendapat cuti ketika anak sakit. Betapa ramai orang hanya tunggu hujung tahun semata-mata mahu bercuti, sedangkan kita boleh pilih dan ubah cara biasa itu. Lakukan perkara-perkara biasa dengan sentuhan luar biasa. Walau bercuti masih boleh membuat kerja atau rutin harian.

8. Pilih yang terbaik untuk kehidupan. Hiduo hanya sekali, jangan rugi dengan melakukan perkara yang meningkatkan tekanan kehidupan. Anak-anak juga membesar sekali sahaja, jadi masanya untuk merai semasa proses mereka membesar.

Salam kasih sayang, sesiapa yang belum lagi membuat persediaan bekerja dari rumah. Boleh mulakan hari ini.

www.janawangdirumah.com

Buku wajib baca untuk usahawan di rumah

Beli di sini

yang ini


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=438128519543094&set=a.429807340375212.91437.325713544117926&type=3&theater

Tuesday, October 2, 2012

Stamina untuk ibu super-tips wahm, sahm, soho

Teks: Masayu Ahmad



Hari ini sudah 3 hb 10 2012. Laju masa berlalu, alhamdulillah juga atas rezeki hari ini. Semoga saya lebih baik dari semalam. Sudah lama Hakim berjimba-jimba, lagi dua minggu ada peperiksaan akhir tahun. Sibuk punya sibuk, tak sempat nak melihat perkembangan Hakim. Jadi dua minggu ini saya bekerja dari rumah sehingga jam 1 tengahari, usai Hakim pulang akan bawa bersama saya untuk keluar urusan lain.

Boleh pantau, sebab dah lama berseronok, Hakim perlu buat latih tubi untuk persediaan peperiksaan. Anak bujang ini tak berapa rajin kalau buat kerja sekolah. Kalau saya bagi pun, dia sengaja buat jawapan yang salah. Jadi saya tidak mahu paksa, bak kata ayahnya baru darjah 1. Pun begitu, tidaklah saya mahu Hakim berseronok sepanjang masa, bukan nombor 1 menjadi buruan, tetapi saya mahu terap perlu berusaha dalam apa juga perkara, yang penting perlu usaha. Selepas berusaha baru kita bersuka ria.

Kurma badam bagus untuk ibu sibuk seperti saya


Kurma Badam (2 kotak)
RM20 X 2= RM40
Semenanjung Pos RM7 skynet
Sabah Sarawak RM15

Saturday, September 29, 2012

Siapa berusaha, dia dapat hasil

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang, Hakim, Arif dan Aiman semua sudah meninggalkan rumah termasuk en.suami. Tinggalkan Arissa masih nyenyak tidur. Ibu? Ibu perlu marathon jemur kain, kemas rumah. Dua hari cuti, banyaklah juga perlu kemas, tambah pula kalau kanak-kanak riang adalah lelaki berada di rumah, aduhai, aduhai.

Sudah hampir selesai September, dan tinggal lagi tiga bulan terakhir untuk tahun 2012. Alhamdulillah untuk tahun ini saya masih mengikuti trek jadual apa yang saya mahu. Juga sudah merealisasikan kedai buku online idaman yang sudah ditulis matlamat sejak penghujung 2008, maknanya selepas 3 tahun ia berjaya juga.

Untuk pembeli tegar dan pelanggan setia, Insya-Allah kami sedang menyiapkan shopping cart yang lebih selesa dan sistem yang lebih teratur untuk memudahkan kalian. Akan diselesaikan dan boleh digunakan bulan hadapan atau paling lambat sebelum akhir tahun ini.

Rancang, tulis bertindak

Hanya tiga asas sahaja untuk raih matlamat. Analisa semula apa yang kita lakukans sepanjang tahun, dan sudah tentu ia adalah perancangan awal tahun lalu. Ok, menjelang berakhirnya 3 bulan lagi, bagi yang belum ada apa-apa matlamat, tidak terlambat untuk memperbaharui semula. Tidak salah untuk memperbaharui matlmat, yang salah adalah tiada tindakan dan usaha.

Perbaharui semula tidak semestinya hanya perlu tunggu awal tahun setiap tahun, ia bergantung kepada kita sendiri.

Fokus dan fokus
Sangat penting perlu fokus, jika kalian mahu bekerja dari rumah dan memulakan usaha sendiri, blog ini adalah tempatnya. Kerana apa, kerana saya berkongsi pengalaman saya dan ibu-ibu yang lain. Jika ia boleh diterima, manfaatkanlah ia, semoga kalian juga mempunyai trek dan halatuju untuk mengambil memilih untuk bekerja atas dasar tidak mahu terikat dan mencari kebebasan dengan usaha sendiri.







Thursday, September 27, 2012

Tips suri muslimah-wahm, sahm, soho


Teks: Masayu Ahmad

Salah satu cara mudah untuk memberikan khasiat yang baik kepada anak-anak ketika sibuk, saya memberi makan kurma badam. Pagi hari adalah waktu paling sibuk dengan pelbagai tugas serentak. Sebelum pergi sekolah akan capai satu bekas yang berisi kurma badam. Dah berminggu saya lupa nak tambah, selalunya masuk dalam kereta terus sahaja Aiman, Arif, Arissa makan. Aiman dan Arif masih tak suka badam, sayalah yang habiskan.

Jadi hari ini, perlu ingatkan diri sendiri agar beli lagi kurma badam, stok yang habis itu.

Air zam-zam

Air zam-zam juga banyak khasiatnya, bagi yang selalu baca di blog Puan Lina Karim, tentu tahu tentang anak-anaknya yang hafaz quran sejak usia kanak-kanak lagi. Antara perkongsian menarik dari beliau.

Air zam-zam sangat baik untuk bayi. Puan Lina Karim, ibu kepada Darwish dan Darwisya yang berjaya menghafal juzuk 'amma sejak berumur 3 tahun, memberikan air zam-zam kepada anak-anaknya sebagai minuman harian.
Menurut kajian, sekiranya air zam-zam dicampur dengan air biasa, molekul air biasa akan bertukar menjadi molekul air zam-zam. Oleh itu, untuk menjimatkan air zam-zam, kota boleh campur air-zam-zam dengan air biasa.

Oh, saya juga baru tahu akan hal ini. Insya-Allah selepas ini perlu istiqamah amalkan yang ini.

Boleh beli di sini

 http://www.facebook.com/photo.php?fbid=359859207424106&set=a.359859194090774.85277.344503088959718&type=3&theater









Tuesday, September 25, 2012

Pakcik pengayuh beca si tua gigih

Teks, foto: Masayu ahmad

Rutin pagi sekarang, saya bertemu seorang lagi lelaki tua, cacat tanpa tangan sebelah. Gigih di waktu pagi, ketika kenderaan menderu di jalanan. Dia gigih meggerakkan tenaga yang ada, mengayuh beca tua. Bukan sekali, tetapi sudah banyak kali ketika saya menghala mula keluar atas urusan pagi, saya akan ternampak pacik tua ini.

Bukan kecacatan yang saya lihat, tetapi gigihnya berusaha. Gigihnya menggunakan peluang yang ada meraih rezeki. Saya sangat malu, malu jika saya malas dan tidak mahu berusaha, pak cik ini dengan serba kekurangan diri masih mengeluarkan tenaga seupaya berusaha untuk meraih rezeki di bumi Allah. Saya yang masih muda, kudrat masih kuat sangat jauh jika dibandingkan dengan dia. Dia menjadi insipirasi saya setiap pagi. Mungkin jika pak cik itu ada kepakaran lain yang membolehkan dia berehat di usia emas, dia akan pilih Akan tetapi pada hemat saya, dia hanya ada kepakaran itu dan kepakaran mengayuh beca itulah digunakan sebaiknya.

Jika petang, saya akan menemui Ah Soo pula, ada beberapa tulisan saya sebelum ini bercerita tentang Ah Soo, setiap pagi mengayuh basikal yang kosong. Menjelang petang kadangkala di bawah terik mentari menolak basikal tua membawa banyak barangan kitar semula, kertas, plastik, dari tong sampah sekitar jalan besar.

Kita akan ditanya kelak, usia yang dihabiskan, tenaga yang digunakan, ilmu yang disebarkan. Salam kasih sayang semoga saya dan kalian sentiasa bersyukur dan suka berusaha.


Monday, September 24, 2012

Tips sihat untuk ibu sibuk-wahm, sahm, soho

Teks: Masayu Ahmad

Kekal cergas bertenaga buat wahm atau usahawan yang sibuk
Alhamdulillah untuk hari ini, cergas, cergas dan cergas untuk banyak tugas.

1. Sarapan berat dan sihat

Untuk pagi selalunya saya terus ambil berat, selalu minum susu kambing dan nasi. Berat ambil nasi tapi tak apa tengahari dah tak ambil, biasanya dalam terkejar-kejar tu saya makan kurma badam. Buat alas sementara sibuk dengan tugasan.

2. Rancang dan urus

Bekerja sendiri, tiga kali ganda sibuk, setiap masa bergerak sangat penting, dan banyak urusan penting perlu diselesaikan terutama awal pagi. Jadual bekerja biasanya sudah dibuat seminggu, dan lakukan rutin yang sama setiap hari dan ia sangat memudahkan.

3. Minta bantuan suami.

Sebabnya tidak ada pembantu rumah, dengan anak kecil 4 orang, warga emas tiga orang, jadi saya perlu dan sangat memerlukan toleransi suami. Sesi pagi kini suami yang uruskan anak-anak sekolah. Hakim disiapkan sepenuhnya oleh ayah mereka. Sesudah saya mandikan Arif dan Aiman, dua beradik ini juga dihantar ayah. Tinggal sahaja Arissa masih boleh menyusu sambil saya menyempurnakan tugasan jam 7.30 hingga 10.00. Sangat penting libatkan suami dalam perbincangan dan dari awal maklumkan tugasan kita. Bekerja dari rumah bunyinya nampak indah, ia tidak indah jika tidak bijak merancang urusan rumahtangga dan bisnes serentak. Jadi rancang dan urus dengan baik dan masukkan sekali suami dalam apa-apa urusan. Jadi dia akan lebih memahami dan turut sama membantu.

4.Toleransi keluarga untuk kurangkan stress
Maklumkan dari awal kita bekerja, tetapi boleh bawa kerja dari rumah. Di sinilah ramai yang ambil kesempatan tugas kita. Jadi kita sendiri yang perlu bijak menangani situasi ini. Apabila ipar duai berkumpul, ambil kesempatan bercerita kerja kita yang baru. Jangan terus bagitahu sudah berhenti kerja, dari masa ke semasa bercerita, tetapi jangan cerita keseluruhan. Jangan berkongsi ketika bersembang ramai-ramai, tetapi ketika berdua-duan. Contohnya ketika ipar A pulang bercuti sambil memasak sambil bersembang dan masukkan situais kerja kita. Ipar B pula pulang hujung minggu. Bagi yang sukar memahami jangan terus berkongsi, tengok masa, kesesuaian dan penerimaan. Alhamdulillah saya sendiri mempunyai keluarga dan ipar duai yang sudah faham situasi kerja dari rumah. Tetapi mertua masih tidak tahu, kerana saya fikir wanita surirumah tradisional sukar sedikit untuk faham dan terima situasi ini.

Buku wajib baca untuk wahm, sahm, soho yang baru nak bermula


                                                   Klik untuk beli-http://www.facebook.com/photo.php?fbid=430917396930873&set=a.430835156939097.91614.325713544117926&type=3&theater





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin