Sunday, September 23, 2012

Periksa Baki Bank Masa


Sumber buku: Teknik terhebat bereskan kerja

Bayangkan yang kita mempunyai akaun bank yang dikreditkan RM86,400 pada setiap pagi. Setiap malam pula pihak bank akan mengambil semula walau berapa pun baki yang gagal dibelanjakan sepanjang hari itu. Tiada yang dapat dibawa ke hadapan ataupun dipindahkan. Apa yang kita akan lakukan? Sudah pasti saya akan cuba gunakan setiap sen yang ada, begitu juga pembaca.

Kita memang mempunyau sebuah akaun bank di 'Bank Masa'. Setiap pagi, 86,400 saat dikreditkan ke akaun kita. Setiap malam, walau berapa pun bahagian yang gagal dilaburkan bagi tujuan yang baik akan diambil oleh bank.

Sekiranya kita gagal menggunakan deposit harian, yang rugi adalah kita. Tiada jalan berpatah balik. Kita perlu gunakan deposit ini dengan berhemah supaya beroleh daripadanya kejayaan bisnes, kesihatan dan kebahagian yang melimpah ruah. Gunakannya bagi menyelesaikan banyak perkara.

Masa berjalan dan kita perlu manfaatkan setiap saat yang kita ada. Nilai masa boleh diukur dalm unit berikut:

-Nilai setahun. Bagi mengenal nilai setahun, tanya pelajar yang gagal mendapat gred yang baik.

-Nilai sebulan. Tanya ibu yang melahirkan anak pra matang.

-Nilai seminggu. Tanya orang yang menyunting akhbar mingguan.

"Masa depan adalah sesuatu yang setiap orang dapat mencapainya pada kadar enam puluh minit sejam, apa sahaja yang dia lakukan, walau siapa pun dia." C.S. Lewis, penulis Inggeris.

"Engkau sungguh-sungguh cintakan kehidupan? Oleh itu, jangan bazirkan masa, kerana hidup ini berharga." Benjamin Franklin (1706-1790), Bapa Pengasas USA.

Beli di sini klik di bawah
Semenanjung RM14
Sabah Sarawak RM16
+RM5 pos ekspres

RM40+rehal RM10+pos skynetRM10= RM60

Klik di sini ya 


Saturday, September 22, 2012

Usir stress apabila bersama anak kecil-tips wahm, sahm, soho

Teks: Masayu Ahmad


Banyak kali apabila berada dalam kumpulan ibu-ibu yang mahu mencari peluang bekerja dari rumah ini adalah keluhan dan perkongsian mereka.

-Bagaimana persediaan bekerja dari rumah bersama anak-anak kecil usia lingkingan 2 bulan hingga 10 tahun?

-Bagaimana bahagi masa antara bekerja dan jaga anak?

-Bagaiman urus pelanggan dan pada masa yang sama anak-anak minta perhatian?

Strategi satu, jangan sesekali buat!

1. Ketika pelanggan meminta harga, anda mengatakan nanti dulu mahu menyusu anak. Tidak semua pelanggan memahami situasi sebenar kalian berada di rumah. Hanya mereka yang bekerja dari rumah sahaja yang faham situasi ini. Untuk mengekalkan urusniaga dan khidmat pelangga, tukar ayat, ok puan saya akan segera maklumkan harga, atau ok puan saya akan hubungi segera. Atau tidak menjawab terus jawapan tersebut, dan lima minit kemudian jawab semula dengan keadaan baik. Fokus kepada jawapan atau pertanyaan pelanggan bukannya masalah 'semasa bersam anak-anak'

"Puan anak saya nak berak, kejap ya..";P

Strategi dua, rai anak-anak, sangat perlu!

2. Jangan stress apabila anak-anak pandai dan mengambil kesempatan. Kembali kepada niat asal untuk bekerja dari rumah. Disebabkan ralit bekerja kalian lupa pula tanggungjawab sebenar berada di rumah. Mula rasa stress apabila kerja banyak dan anak-anak mula merengek, menangis, lapar dan sebagainya.

Sediakan satu ruang untuk anak-anak bermain dan belajar, apabila anda bekerja di ruang anda dan anak-anak ada juga ruang untuk mereka. Lama-kelamaan mereka faham ibu mereka sedang bekerja dan mereka juga asyik dengan ruang mereka. Susun dan pilih masa bekerja ketika waktu yang lapang awal pagi sebelum anak bangun dan ketika anak tidur dan sebagainya. Kita yang pilih dan tentukan masa dan jenis kesesuain agihan masa yang yang fleksibel.




Wednesday, September 19, 2012

Jadi hebat dengan tiru teknik hebat yang diyorkan pakar


Hari dah nak hujan, saya dah gegas nak ambil budak comel ini. ;)

Kita hanya menjadi hebat sekiranya mengamalkan teknik terhebat yang disyorkan pakar. Jadilah yang terhebat. Hidup terlalu singkat bagi perkara yang biasa-biasa sahaja.

Antara teknik terhebat bereskan kerja adalah

1. Tiru cara yang betul, ulang dan buat penambahbaikan.

2. Dapatkan arahan yang jelas dan terperinci

3. Lakukan kerja dengan betul dari mula

4. Berani menolak kerja mustahil bagi disiapkan.

5. Jangan buat semua kerja, agihkan kepada orang lain.


Monday, September 17, 2012

Hujan, segar bugar

Jendela kamar soho saya, suka pandnagan sekeliling warna hijau alam, lagi bugar masa hujan petang.

Hujan segar bugar, petang begini, memang syok kalau ada teh o panas, dan juga keropok lekor dan pisang goreng. Memang ada pun, menghala pulang tadi terus beli dan sampai rumah masak air. Kejap lagi mahu pecut ambil anak-anak dan boleh jamu sekali kanak-kanak riang.

Oh, kembali menyiakan entri ini. Selepas kembali marathon memasak untuk menu malam dan sarapan pagi esok. Alhamdulillah baru boleh melepaskan penat seketika.

Rasa seronok kerana momentum baru sudah datang kembali. Melihat banyak sudah manuskrip yang terbengkalai, ada perlu ditambah, disunting, disiapkan, baru nak mula. Alahai, alahai, tetapi disebabkan ini jiwa saya dan terapi paling seronok. Makanya dalam suasana hujan seperti ini sangatlah indah sekali.

Minggu ini saya baru nak pulang ke rumah ayah, ada pula pertolongan Allah. Ayah ke penang, memang ya pun dalam minggu ini agak kritikal juga masa saya. Lari sana sini, sampai lupa nak telefon ayah, tetapi nampak status kakandan yang balik ke rumah ayah, jadi saya boleh lengah-lengah sekejap.

Ditambah pula rumah ini ramai dan juga mertua tidak sihat, jadi perlulah jadi 'mak cik kantin tegar'. Moganya saya lebih beringat mahu menelefon ayah ;)



Sunday, September 16, 2012

Tips pilih sayur untuk surirumah


Teks: Masayu Ahmad

Tips pilih sayur untuk surirumah
Suri bekerjaya mahupun surirumah sepenuh masa, mahu atau tidak perlu juga memasak untuk keluarga. Salah satu menu yang perlu ada adalah masakan berasaskan sayuran atau pilihan ulaman, untuk memastikan ada menu sihat dalam diet sihat sekeluarga.
Sangat penting untuk memilih sayur yang segar, murah dan berkhasiat. Terdapat beberapa pilihan buat suri untuk memastikan bajet dapur tetap terjaga pada masa yang sama sayuran dan ulamat tetap dapat disediakan.
1.      Bagi yang tinggal di pinggir bandar atau pekan, boleh mengamalkan membeli di pasar-pasar biasa atau pasar biasa. Pilihan di sini sudah tentunya makcik-makcik atau orang kampung yang berjualan dengan tanaman sendiri. Bukan sekadar dapat dengan harga murak malah tanaman juga ditanam secara organic, iaitu bebas dari semburan racun perosak.
2.      Pilih ulaman seperti petai, iaitu jenis pokok ini yang sememangnya ditanam dikampung. Petai boleh dipelbagaikan citarasa seperti petai yang dimasukkan didalam udang masak pedas, atau masak bersam ikan bilis sambal. Juga boleh dimakan begitu sahaja, bersama hidangan nasi.
3.      Pilih untuk menanam sendiri. Jika ada tanah di belakang dapur, boleh memilih tanaman yang mudah seperti bendi, kacang botol (apetah namanyaa, ulam raja, daun selum. Ini adalah beberapa jenis sayuran atau ulaman yang mudah dijaga dan boleh dijadikan hidangan sihat harian.
4.      Juga kebanyakan sayur kini tidak lagi bebas dibeli begitu sahaja, ia juga berkait rapat dengan baja yang disalahguna sumbernya, yang menyebabkan orang Islam sudah merasakan tidak selamat untuk membeli sayur segar di pasaraya. Jadi tiga pilihan di atas adalah salah satu cara untuk memastikan mendapatkan bekalan sayur segar, murah dan selamat untuk dimakan.

Friday, September 14, 2012

Sabtu yang padat, seimbangkan masa-tips wahm, sahm, soho

Teks: Masayu Ahmad

Sementara tugasan lain berjalan seperti biasa, anak-anak tidak dilupa. Hakim sudah mula jemu ditinggalkan, jadi hari ini saya bawa bersama Hakim dan Arif. Tambahan pula hari minggu dan saya perlu fokus pula kepada manuskrip.

Tips wahm atau usahawan sepenuh masa yang sibuk.

1. Gunakan peluang atau kemudahan yang banyak disekililing. Salah satunya perpustakaan desa. Gunakan kemudahan ini, anak-anak pun suka boleh lasak pada masa yang sama masih bersama buku-buku.

2. Kebetulan pula hari ini ada aktiviti, jadi mudah lagi kerja saya.

Hakim dah bawa kerja sekolah, akan tetapi tak mahu dbuatnya



Thursday, September 13, 2012

Mak cik kantin super

Teks: Masayu Ahmad

Petang Khamis biasanya saya akan pulang awal, jam 3 sudah menapak pulang. Semalam singgah di kedai keropok dan beli keropok lekor dan keropok kering. Balik awal masak awal, kemas rumah awal. Siap juga melibat dua bakul pakaian. Semua sudah siap, barulah menjemput Arissa.

Biasanya juga hari Khamis perasaan agak sedikit lapang, walaupun berkerja sendiri, kesibukan masih berganda. Tetapi saya sudah tetapkan waktu sekian-sekian.

Pagi ini ada satu keluarga pulang, jadi keahlian di dalam rumah juga bertambah. Jadi pagi-pagi sudah bergelar 'mak cik kantin super' masak nasi goreng ikan masin. Saya tambahkan juga udang

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin