Teks: Masayu Ahmad
Tips pilih sayur untuk surirumah
Suri bekerjaya mahupun surirumah sepenuh masa, mahu
atau tidak perlu juga memasak untuk keluarga. Salah satu menu yang perlu ada
adalah masakan berasaskan sayuran atau pilihan ulaman, untuk memastikan ada
menu sihat dalam diet sihat sekeluarga.
Sangat penting untuk memilih sayur yang segar, murah
dan berkhasiat. Terdapat beberapa pilihan buat suri untuk memastikan bajet
dapur tetap terjaga pada masa yang sama sayuran dan ulamat tetap dapat
disediakan.
1. Bagi
yang tinggal di pinggir bandar atau pekan, boleh mengamalkan membeli di
pasar-pasar biasa atau pasar biasa. Pilihan di sini sudah tentunya
makcik-makcik atau orang kampung yang berjualan dengan tanaman sendiri. Bukan
sekadar dapat dengan harga murak malah tanaman juga ditanam secara organic,
iaitu bebas dari semburan racun perosak.
2. Pilih
ulaman seperti petai, iaitu jenis pokok ini yang sememangnya ditanam dikampung.
Petai boleh dipelbagaikan citarasa seperti petai yang dimasukkan didalam udang
masak pedas, atau masak bersam ikan bilis sambal. Juga boleh dimakan begitu
sahaja, bersama hidangan nasi.
3. Pilih
untuk menanam sendiri. Jika ada tanah di belakang dapur, boleh memilih tanaman
yang mudah seperti bendi, kacang botol (apetah namanyaa, ulam raja, daun selum.
Ini adalah beberapa jenis sayuran atau ulaman yang mudah dijaga dan boleh
dijadikan hidangan sihat harian.
4. Juga
kebanyakan sayur kini tidak lagi bebas dibeli begitu sahaja, ia juga berkait
rapat dengan baja yang disalahguna sumbernya, yang menyebabkan orang Islam
sudah merasakan tidak selamat untuk membeli sayur segar di pasaraya. Jadi tiga
pilihan di atas adalah salah satu cara untuk memastikan mendapatkan bekalan
sayur segar, murah dan selamat untuk dimakan.
1 comment:
salam kenal follower baru blog ini=)
selalu beli sayur dekat pasar tani fama je..kat pasaraya kureeng berminat..
=)
Post a Comment