Wednesday, July 4, 2012

Supermak lagi dan lagi!

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih dan sayang. Hari ini Arissa demam lagi, akan tetapi ketika saya sibuk-sibuk mahu menghantar Arif dan Aiman. Melonjak-lonjak kakinya mahu pergi juga. Jadi Arissa ke PASTI juga.

Usai siap semua, terus pula menjemput tukang urut kak lah, sebelum itu satu jam badan saya diurut. Habis semua sakit-sakit badan hilang. Alhamdulillah.

Bawa balik Kak Lah ke rumah, mertua kurang sihat dua minggu kebelakangan ini, sekejap demam, ok, demam lagi, sakit belakang, sakit urat.

Ketika mereka berurut, saya gegas mengemas dan memasak untuk tengahari. Jam 12 hantar Kak Lah. Singgah sekejap tepi jalan, pisang goreng, keropok goreng dan air kelapa. Saya sudah kelaparan, sambil memandu pulang, enaknya menikmati sejuk dan segar air kelapa muda.

Sampai di rumah, mertua maklumkan Hakim pulang jalan kaki, aduhai,aduhai abang, ini kes ketiga. Rupanya dia sudah sampai seberang jalan, tetapi meneruskan perjalanan hingga jumpa tempat yang sesuai untuk melintas.

Sakit jantung sekejap.

Ok, saya tidak mahu marah-marah.

"Abang dah makan, sudah mandi?"

Saya bawa Hakim, mandikan sejukkan badan, kemudian suruh dia solat zuhur dahulu. Saya mandi dan solat. Selesai di situ, saya bawakan sepinggan nasi berlauk gulai telur itik dan udang. Suap dan suap.

Selesai semua.

"Abang jangan buat lagi, bahaya, nanti kalau hilang macam mana? Tunggu sampai Pok Sid datang."

Segigih Ah Soo

Teks: Masayu Ahmad

Sangat penat, masih ada banyak judul yang belum dikongsi, saya berehat sebentar mengambil nafas dan tenaga. Dari pagi marathon belum rehat.

cuci mata dulu lihat buku, lebih banyak stok dan lebih banyak judul. Kalian boleh maklumkan pada saya apa jenis dan judul buku yang kalian mahu.


Beli Buku Online: Anakku Soleh Anakku Cemerlang

Beli Buku Online: Anakku Soleh Anakku Cemerlang: Semenanjung, Sabah, Sarawak RM10 +RM5 (pos ekspres)

Beli Buku Online: Soleh Solehah Sejak Dalam Rahim

Beli Buku Online: Soleh Solehah Sejak Dalam Rahim: Semenanjung RM15 Sabah Sarawak RM17 +RM5 (pos ekspres)

Tuesday, July 3, 2012

Saya sudah resign, Puan Mahya Tarip

Olahan: Masayu Ahmad
Salam semua, saya mahu berkongsi di sini, insya-allah bulan depan (Ogos), saya akan jadi WAHM. Memang sudah lama merancang. Semalam bos panggil dan maklumkan bahawa syarikat tidak lagi boleh memanjangkan perkhidmatan saya sebagai kakitangan, disebabkan kesukaran mendapat projek-projek construction. 
Pada saat itu perasaan saya tidak sedih langsung, mungkin sudah ada niat untuk berhenti, cuma tunggu masa yang sesuai sahaja. Alhamdulillah, akan dapat juga pampasan. Syukur, apabila beritahu suami dan keluarga, tidak ada apa-apa bantahan. Mungkin diorang faham saya sudah nekad untuk bisnes dan jaga anak-anak sendiri. 

Analisa


Bagi kes Puan Mahya Tarip, beliau sudah bersedia terlebih dahulu sebelum melangkah sepenuhnya bekerja dari rumah. Sambil bekerja beliau mengusahakan dahulu bisnes online selepas waktu pejabat. Banyak lagi 
yang akan dikongsi.









Foto: http://www.facebook.com/RoomofClothDiaperbyMamaMahyaShoppe

Sudah lama kan saya tidak berkongsi blog pilihan, ok kali ini saya akan berkongsi lebih banyak wanita-wanita hebat yang sudah menjana pendapatan dari rumah, tidak kira yang sudah letak jawatan atau tidak.

Puan Mahys sudah memiliki ebook www.janawangdirumah.com, dua hari lepas dia mahu lagi buku Jana RM dari Rumah. Terima kasih Puan.

Kepakaran beliau ialah menjual lampin kain moden atau nama popular CD.








Apa istimewa kita berbanding pesaing?






Buku dipos setiap hari, terima kasih pembeli- pembeli buku 


singgah juga di sini




Peluang bisnes untuk ibu tunggal Selangor

Sumber:
http://alimkids.com/wp/peluang-perniagaan-buat-ibu-tunggal-selangor/






ASsalamu'alaikum,

Kami membuka peluang untuk ibu tunggal di Selangor yg berpendapatan RM1500 ke bawah yg berminat dalam bidang pendidikan kanak-kanak, untuk membuka program playgroup (pendidikan berasaskan bermain sambil belajar) di tempat mereka. Kami adalah salah seorang Mentor yg dilantik untuk program Pemperdayaan Ekonomi Ibu Tunggal (PET SOHO-S) anjuran Kerajaan Selangor. Modal akan dibiaya oleh Kerajaan Selangor untuk mereka yg terpilih.

Untuk info lanjut, boleh telefon Puan Lily 016 2955026 atau Puan Hani 0123112400. Tarikh tutup 6hb Julai 2012.



Jika berminat sila hubungi Hani Arziana Abdullah ditalian 012 311 2400 dengan segera untuk menghadiri temuduga saringan.

Terima kasih. Mohon sebarkan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin