Tuesday, February 8, 2011

Puteriku Arissa memang kuat


Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Hari ini ada janji temu Arissa di klinik sebagaimana biasa. Alhamdulillah beratnya semakin konsisten naik, susu badan saya juga semakin banyak. Saya adalah ibu yang tidak berjaya menyusu penuh 2 tahun untuk Hakim, Arif dan Aiman. Bukan tidak berjaya sebenarnya, tetapi tiada matlamat dan kurang informasi, juga usaha yang kurang gigih.

Seawal belum hamil anak ke empat, tekad saya mahu menyusu Arissa penuh. Ingatkan semudah yang disangka. Arissa mengalami penurunan berat badan sebanyak 1 kg, selepas 2 minggu. Maksudnya teknik penyusuan dan saya sendiri masih kurang informasi. Walaupun banyak sudah digali.

Berada di wad selama 3 minggu (NICU Ampang), banyak ilmu baru saya dapat, alhamdulillah anakanda tersayang sudah mulai mengalami kenaikan berat secara positif. Hisapannya kuat, saya yang kategori mempunyai puting tenggelam. Ada beberapa perubahan dan insiden yang begitu mengujakan dan memberi semangat kepada saya sebagai ibu.

Arissa maksudnya azam dan yang kuat, memang bersemangat. Setiap kali ayah menyua susu cap botol, memberontak tidak mahu. Sama ada dia memuntahkan semula atau menolak terus puting botol. Seronok ibu melihat. Saya siang dan malam berkepit sahaja dengan Arissa, dengan harapan ransangan terus dari saya dan si puteri akan berterusan menghasilkan susu yang banyak.

Alhamdulillah, berat konsisten naik sejak keluar wad. Banyak mahu cerita peristiwa saya cerap dan dan ingin kongsi di sini selama di NICU. Simpan dulu ya, kalau dah sempat saya akan kongsikan satu persatu.

Semoga Arissa terus mengempeng bersama saya untuk perjalanan dua tahun penyusuan ekslusif. ;D

 Terima kasih ya Allah atas segala nikmat dan rahmat, ketenangan dan rezeki yang sentiasa cukup.

Salam kasih sayang,

http://masayuahmad.com/

Monday, February 7, 2011

Super mama, serba serbi super

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Tak menang tangan dan tak bernafas rasanya, jam 3.25 baru lah rasa boleh bernafas sikit dan mula masuk ofis untuk sambung kerja. Ambil Hakim, Arissa masih tidur. Boleh boleh bernafas lega. Apa pun sudah banyak yang selesai, termasuk gunung 'everest' berjaya juga saya selesaikan awal pagi tadi.

Sungguh multi tasking, memasak sambil membasuh, menjemur, menyusu Arissa, mandikan Aiman, Arif, memasak untuk tengahari. Akhirnya semua selesai juga. Baru boleh mula kerja penulisan yang tergendala.

Selamat bekerja.

Masa rehat sudah tamat

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Masa rehat sudah habis, sudah sampai masanya untuk bekerja. Sebab cuti sudah lama, saya perlu fokus semula untuk urusan manuskrip banyak yang tertangguh, sambung menulis, menulis, menulis. Hasilkan sebanyak mungkin buku.

Fokus untuk Hakim, kerana setahun hamil, banyak saya culas lihat perkembangan Hakim. Pun, begitu dia masih dalam trek. Ibu tidak perlu risau.

Arissa, juga sentiasa bersama, menyusu, menyusu.

Tidak lupa Aiman dan Arif.

Bersambung lagi, mahu sambung menyusu Arissa. ;D

Salam kasih sayang, semoga hari ini lebih banyak urusan kerja selesai.

Sunday, February 6, 2011

Bekerja dari rumah, secara sambilan atau sepenuh masa

Teks: Masayu Ahmad

Cari peluang, selidik produk atau perkhidmatan yang ingin atau boleh menjana pendapatan dari rumah. Mulakan secara sambilan sepenuh masa. Atau buat secara sambilan untuk menjana pendapatan tambahan. Ini banyak kali saya ulang, ulang dan ulang. Selain untuk pengamatan diri sendiri, juga sebagai perkongsian di sini.

Bekerja dari rumah

Tidak semestinya anda berhenti bekerja dan terus bekerja dari rumah, tetapi banyak cara yang boleh dilakukan dengan maksudnya lebih kurang sama tetapi pemahaman atau cara yang berbeza.

Secara sambilan

Ada sesetengah individu sudah stabil dan sudah selesa dengan pekerjaan yang disandang. Sayang mahu melepaskan jawatan jika sudah selesa. Ada peluang dan ada tambahan masa, tidak salah menambah satu lagi pendapatan contohnya melakukan bisnes online.

Tiga kerja satu masa

Saya menemui dan melihat dari jauh ciri-ciri individu yang rajin, bermotivasi. Berterusan melakukan banyak kerja dalam satu masa. Bukan calang-calang, tetapi sesiapa pun boleh jika mahu. Bekerja makan gaji, hujung minggu bekerja sendiri, dan ada kerja sambilan yang lain. Cuba kalian cari individu atau rakan terdekat, lihat caranya dan pengurusan masa. Sememangnya individu begini sangat fokus dalam kerja, selain minat dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Jika mereka boleh, mengapa kita tidak boleh. Mari gali semula momentum yang hilang. ;D

Salam kasih sayang, semoga hari ini lebih berganda kesihatan, kebebasan, kekayaan, ketenangan.

Mahu bekerja dari rumah seperti saya, beli ebook ini sebagai panduan dan permulaan ;D

http://www.janawangdirumah.com/

Apa yang terkandung di dalam ebook ini ialah :-


•Bab 1: Pendahuluan & Konsep

Merupakan bahagian pendahuluan dan mengandungi pandangan dari wanita-wanita yang telah menjalankan perniagaan dan juga pekerjaan dari rumah. Juga turut menyentuh konsep=konsep bekerja di rumah serta jenis-jenis sumber kewangan apabila bekerja di rumah.

•Bab 2: Masalah Mencentus Motivasi

Sedikit pencetus motivasi, iaitu, kisah benar dan pengalaman saya sendiri yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk bertukar status dari pekerja di pejabat kepada suri rumah yang bekerja di rumah.
•Bab 3: Matlamat Bekerja Di Rumah

Antara matlamat-matlamat yang boleh anda gunakan untuk memacu semangat anda bekerja di rumah.
•Bab 4: Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah

6 sebab kukuh mengapa anda perlu bertindak sekarang dan mula bekerja dari rumah.
•Bab 5: Mengapa Gagal Untuk Sukses Bekerja Di Rumah

10 sebab mengapa ramai yang gagal untuk bekerja dari rumah. Kenalpasti faktor ini dan elakkan ia dari berlaku pada diri anda.
•Bab 6: Panduan Persediaan Sebelum Bekerja Di Rumah

9 persedian yang perlu anda ketahui sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja di pejabat dan mula bekerja di rumah.
•Bab 7: Pelan Perancangan dan Bertindak

Contoh pelan perancangan dan bertindak untuk anda bekerja dari rumah.
•Bab 8: Rahsia Kejayaan & Motivasi

13 Rahsia kejayaan untuk bekerja dari rumah.
•Bab 9: Mencari Idea Bekerja Di Rumah

7 faktor yang perlu dipertimbangkan apabila mencari idea bekerja di rumah

Untuk beli klik pada cover buku di sebelah, atau pautan link
http://www.janawangdirumah.com/


Hidup sebagaimana yang diinginkan

Pic: Google

Sama macam saya empat kanak-kanak riang, bezakanya Arissa yang baby atas dukung ;D
Teks: Masayu Ahmad


Masih lagi mencari rentak rutin baru. Nampaknya jika mahu menulis dengan laju, saya perlu menyiapkan awal pagi sebelum kanak-kanak dan bayi riang bangun. Selepas jam 11, susunan kerja penuh hingga mata lelap jam 10 malam. Saya mencari semangat untuk memulakan jadual penulisan jam 4, 5, 6 pagi. Belum berjaya lagi setakat ini. Walhal Arissa sudah mula gerakkan ibu seawal jam 4 pagi. Tak apa kita cuba lagi hingga berjaya. Sejak lahir rutin Arissa memang sudah bermula 4 pagi untuk menyusu. Tapi sebab letih ibu lena juga ;P.

Arissa kuat menyusu, tetapi badannya lambat untuk naik berat. Tak apa, ibu sabar menanti Arissa montel. Kalau ore kelate panggil ' cek mek haluh', ;D.

Jam tiga perlu ambil Hakim di tadika. Nampaknya sudah banyak peningkatan, sebabnya sudah banyak tertinggal. Hakim perlu berlari laju sebelum sekolah tahun depan. Ibu puas hati melihat perkembangan Hakim setakat ini. Setiap kali Hakim mandi, dia menyanyi atau mengulang-ulang apa yang dia belajar di sekolah.

Jadualnya tidak padat, tetapi saya pastikan Hakim cukup tidur pagi bangund dengan badan yang segar dan cergas untuk mudah fokus di sekolah. Perjalanan ke sekolah Hakim hanya 3 minit saya naik kereta. Memang dekat, cepat sampai, cepat balik. Petang sesi main badminton, main bola, main keliling rumah dengan Aiman dan Arif. Arif akan mula tadika tahun depan. Saya perlu berlari laju semula, menyelesaikan banyak tugas tertangguh dan sudah berganda kuasa tiga. Semoga dipermudahkan. Amin.

Wednesday, February 2, 2011

Intensiti multitasking

Teks: Masayu Ahmad

Salam siaran petang hari, betapa enak keropok lekor yang boleh didapati di mana sahaja. Juga kuih muih Kelatan. Keterujaan menyebabkan berat badan naik juga boleh tahan juga. Saya perlu kembali ke dunia nyata, bahawa tak usah buru-buru. Ambil masa dan nikmati seadanya.

Nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang, laksa, sebut sahaja. ;D. Memang seronok berada di negeri sendiri.

Mulititasking bermula

Banyak kerja saya tergendala dek kerana banyak perkara berlaku serentak tanpa diduga pada penghujung tahun. Jadinya saya perlu meningkatkan intensiti pecutan membuat kerja rumah, menjaga baby Arissa, juga kanak-kanak riang.;D . Ibaratnya menjaga empat anak kembar berlainan usia, perlu juga ada multitasking. Saya masih belum menemui lokasi penempatan sesuai kami sekeluarga. Jadi buat sementara waktu tinggal dulu bersama mertua. Rumah ini juga tiada orang selain mertua suami isteri. Kanak-kanak riang pencetus suasana, menemankan atuk dan mok. Dua atau seminggu sekali pulang ke kampung saya ziarah ayahanda. Itu rutin setakat ini.

Tuesday, February 1, 2011

Baru boleh bersiaran

Teks: Masayu Ahmad

Assalamualaikum w.b.t

Sungguh lama terputus hubungan rententan, saya bersalin, berpantang, berpindah. Kotak-kotak separuhnya masih lagi terusun elok tidak disentuh. Apa pun alhamdulillah akhirnya berada juga di bumi kelahiran sendiri. Masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dan mencerap seberapa banyak mungkin lokasi.

Walaupun lahirnya di sini, lebih 10 tahun berada di luar Kuala Lumpur dan Penang. Pulangnya hanya beberapa kali sahaja dalam setahun. Jadinya saya sebenarnya masih agak kekok. Insya-Allah sesi jelajah akan dilakukan secara berperingkat. Tahu dan kuasai keadaan di negeri sendiri adalah sepatutnya saya terokai.

Mohon maaf

Ada lebih kurang 5 orang sahaja lagi yang belum menerima buku seperti ummu amar, wan ani, mama yati, dua orang lagi saya perlu semak semula. Sesiapa yang rasa belum menerima buku hadiah dari saya, boleh nyatakan di sini.

Dua bulan terakhir sebelum bersalin, kesihatan merudum, bersambung pula separuh pantang di hospital. Segala urusan mengemas barang diserahkan kepada en.suami. Jadi buku-buku yang sudah dibungkus juga naik ke dalam lori ;D.

Janji tetap janji, mohon maaf sekali lagi membuat kalian tertunggu-tunggu. Semalam baru saya mendapat sambungan internet. Buat sementara waktu menggunakan broad band dahulu, sebelum berada di lokasi penempatan yang tetap.

Ok, sehingga berjumpa lagi.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin