Tuesday, February 1, 2011

Baru boleh bersiaran

Teks: Masayu Ahmad

Assalamualaikum w.b.t

Sungguh lama terputus hubungan rententan, saya bersalin, berpantang, berpindah. Kotak-kotak separuhnya masih lagi terusun elok tidak disentuh. Apa pun alhamdulillah akhirnya berada juga di bumi kelahiran sendiri. Masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dan mencerap seberapa banyak mungkin lokasi.

Walaupun lahirnya di sini, lebih 10 tahun berada di luar Kuala Lumpur dan Penang. Pulangnya hanya beberapa kali sahaja dalam setahun. Jadinya saya sebenarnya masih agak kekok. Insya-Allah sesi jelajah akan dilakukan secara berperingkat. Tahu dan kuasai keadaan di negeri sendiri adalah sepatutnya saya terokai.

Mohon maaf

Ada lebih kurang 5 orang sahaja lagi yang belum menerima buku seperti ummu amar, wan ani, mama yati, dua orang lagi saya perlu semak semula. Sesiapa yang rasa belum menerima buku hadiah dari saya, boleh nyatakan di sini.

Dua bulan terakhir sebelum bersalin, kesihatan merudum, bersambung pula separuh pantang di hospital. Segala urusan mengemas barang diserahkan kepada en.suami. Jadi buku-buku yang sudah dibungkus juga naik ke dalam lori ;D.

Janji tetap janji, mohon maaf sekali lagi membuat kalian tertunggu-tunggu. Semalam baru saya mendapat sambungan internet. Buat sementara waktu menggunakan broad band dahulu, sebelum berada di lokasi penempatan yang tetap.

Ok, sehingga berjumpa lagi.

1 comment:

Normi Hj Mat Yusof said...

salam kak mas,
tahniah....dah ada baby girl ya. terima kasih buku dah terima 2 bulan lalu.dah 2kali khatam pun.sy mmg suka bc buku tuah iskandar.

selalu masuk sini cuma blur nak komen apa...hehehe.
tahniah juga dah balik ke kelate.jeles la jugak..huhuhu.

saya dah berhenti kerja.dah mula sikit2 apa yg perlu dibuat.
mula mencabar diri untuk buat sesuatu yg baru....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin