Tuesday, January 7, 2020

Tingkatan 1 Naufal Arif 2020

Selesai pendaftaran abe Arif semalam. Selalu dia boleh kawal emosi. Masa ibu mahu balik dan bersalam mata sudah merah. Menitik juga air jernih. Arif jarang jauh dan berenggang dengan ibu.
Balik rumah semua rasa sunyi sepi. Ibu sudah mula teringatkan anak.
Semoga dipermudahkan untuk perjuangan ilmu. Doa yang baik baik sahaja. Insya Allah.
Ibu tak ada nak pesan apa, sebab sepanjang di rumah sudah banyak pesan. Kami banyak diam. Bermain emosi. Wajah ceria Arif bertukar muram usai kami menyebut sudah mahu pulang.
Abe Hakim sempat melefon dari sekolah. Nyata, dia juga mulai rindukan teman baik dan teman gaduh. Dekat disayang jauh merindu.
Jumaat dan Sabtu sudah penuh untuk sesi ziarah anak anak.

Mendaftar masuk 7.1.2019

Genap sebulan pemergian Tok Ayah




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin