Monday, April 15, 2013

Kembali kepada fitrah-tetapi usaha perlu berbaloi-tips wahm soho

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, kembali kepada rutin. Ada ramai yang bertanya kelas asas blog, tetapi yang membayar saya fikir yang sudah membuat keputusan banyak kali. Apa matlamat belajar blog

1. Penjenamaan diri dan kepakaran kalian. Jika kalian menulis kata kunci Masayu Ahmad, dan bekerja dari rumah di google, apa carian yang kalian jumpa? Cuba tulis dan lihat hasilnya. Bertahun saya praktikkan hal ini dan ternyata wahm, sahm, soho dan Masayu Ahmad sudah menjadi carian yang mudah. Alhamdulillah. Saya hanya mempraktikkan itu sahaja, dan beberapa perkara asas yang lain untuk bersaing dengan ribuan blog atau web yang terkenal. Lihat barisan sebelah kanan blog ini, kita sudah ada 16 blog sebenarnya, ada lima lagi saya belum update senarai pelajar yang sedang belajar.

2. Kak Aishah dan Fatin sedang mendahului dan ebook mereka juga bakal terbit. Ia adalah matlamat utama selain memiliki blog yang mempunyai pengisian yang baik, juga mereka akan sama menjana pendapatan aktif dan pasif.


3. Bagi pelajar yang laju, selesai ebook, akan ditumpukan pula dengan buku pertama. Insya-Allah.


4. Juga bagi protege melepasi piawaian blog yang sentiasa update dan juga dapat menyelesaikan ebook dalam jangka masa yang ditetapkan dapat menjadi pembantu kelas saya untuk kelas-kelas seterusnya. Kelas ke 2 dibantu Aishah dan kelas ke-3 dibantu Fatin.

5. Yuran akan dinaikkan dari masa ke semasa. Tinggal beberapa kekosongan lagi, mendaftar sekarang untuk tempat kalian.
Mendaftar di sini ya
http://belajarasasblog.blogspot.com/

Ini pandangan Aishah Hussein-
Protege yang bakal menerbitkan ebook 101 Idea Bisnes Makanan. Beberapa hari sudah beliau menemuramah penulis selebriti Hanalieza. Tentu ramai yang kenalkan, ini salah satu pembelajaran luar kelas. Bagi kalian dapat menimba dan mengutip banyak pengalaman dari pakar-pakar atau mereka yang sudah sukses dalam industri. Jangan bimbang ada juga temurama secara online, manakala offline pilihan bagi kalian yang mahu menyerap seberapa banyak ilmu dari mereka yang sudah sukses. ;)



Pertemuan dengan Puan Masayu Ahmad di alam maya ini adalah secara tidak sengaja.  Tetapi memang sebenarnya telah dirancang oleh Allah SWT. Ketika beliau mengumumkan tentang kelas online Asas Blog dan Penulisan, saya langsung tidak perasan mengenainya.  Sebaik sahaja saya terbaca status facebook beliau, saya terus menghubungi beliau bertanyakan berkenaan kelas tersebut.  Setelah berbincang saya bersetuju mendaftar sebagai pelajar.

Sebelum masuk ke Kelas Asas Blog dan Penulisan bersama Puan Masayu, saya memang sudah ada blog sendiri. Tetapi, blog itu hanya menjadi sawang setelah 3 tahun tidak dikemaskinikan. Bukan setakat tidak dikemaskini malah nak terus menulis pun tak ada idea, lebih-lebih lagi penyakit malas pun dah menyerang.

Sebaik sahaja saya dapat tahu Puan Masayu ada menawarkan kelas ini dengan bayaran yang berbaloi dan mampu dibayar, saya terus mendaftar sebagai pelajar. Bagi saya kelas ini memang sangat praktikal dijalankan secara online.  Semua langkah-langkah dan tugasan diberikan secara online melalui facebook.  Inilah salah satu kebaikan facebook yang patut kita terokai untuk digunakan sebagai medium penghubung sesama manusia.  Walaupun jauh tetapi dekat di hati.  Lagipun bagi ibu-ibu seperti saya ni manalah ada masa nak pergi ke kelas lepas waktu pejabat.  Balik petang dah terkejar nak ambil anak.  Hujung minggu pun nak luangkan masa dengan keluarga juga.  Pendek kata tak habis-habislah dengan keluarga.  Dah tu masa bila yang nak belajar.  Orang kata kalau tak berkorban macam mana nak maju. Jadi saya rasa ambil ajelah kelas online. Yang saya mampu korbankan hanyalah waktu malam saya.  Janji semuanya dibuat di rumah.  Malam-malam tidur lambat sikit sambil-sambil layan homework anak-anak.  Harap-harap dengan pengorbanan yang sedikit ini akan memberi peluang untuk saya maju dan menambah ilmu yang berkat di sisi Allah SWT, in shaa allah. 

Pada hari pertama saya mula kelas, saya sudah diberikan satu dokumen rujukan yang mengandungi langkah-langkah untuk membina blog.  Dan sifu saya ni memang seorang yang bersemangat tinggi.  Tugasan pertama memang sudah tertera di dalam nota tugasan.  Setiap malam, selalunya beliau akan online untuk sebarang pertanyaan dan tunjuk ajar.  Namun pada hakikatnya, beliau sebenarnya sentiasa online 24 jam. Namanya pun online, jadi sifu akan terima soalan-soalan melalui mesej di facebook dan beliau akan jawab semua soalan secepat yang mungkin.  Tetapi janganlah mengharapkan jawapan serta-merta.  Puan Masayu kita pun ada tugasan lain juga di siang hari.  Tetapi selalunya beliau akan menjawab semua pertanyaan sebaik sahaja beliau online.

Berbalik kepada kelas online, Puan Masayu selalunya akan membimbing pelajar-pelajarnya “one-to-one” secara online menggunakan kemudahan facebook “chat”.  Pada waktu malam kelas bermula dari pukul 9 sehingga 11 malam.   Waktu itulah kita jadikan ruang untuk bertanya dan meminta nasihat dan tunjuk ajar dari sifu.  Jika kita tiada apa-apa masalah, kita boleh teruskan dengan penulisan entri atau apa sahaja tugasan yang diberikan oleh sifu.  Bila belajar online ni, pelajar akan jadi lebih pro-aktif.  Tak adalah mengharapkan cikgu datang tunjukkan satu-satu baru nak buat.  Cuma baca arahan dan tugasan yang diberikan di dalam facebook dan pelajar boleh terus buat tugasan berpandukan arahan. 

Bagi saya yang tidak mempunyai asas penulisan, saya rasakan bukanlah satu tugas yang mudah untuk menulis sesuatu entri.  Lebih-lebih lagi nak tulis entri yang bertepatan dengan tajuk blog yang telah dipilih.  Bila masuk Kelas Asas Blog dan Penulisan ini, Puan Masayu bukan setakat mengajar cara untuk wujudkan blog sahaja tetapi juga akan memberi tunjuk ajar cara penulisan.  Bukanlah dibiarkan sahaja kita merapu dalam blog.  Malah sebelum wujudkan blog juga, perbincangan awal antara sifu dan pelajar akan dijalankan bagi menentukan tajuk dan konsep blog.  Setiap hari pelajar akan diberikan dua tugasan dan bila siap beliau akan semak dan sunting entri pelajar-pelajar.  Tetapi, jangan risau, tugasan semuanya bukanlah kena buat tergesa-gesa.  Sifu pun tidak akan memaksa pelajar-pelajar untuk siapkan tugasan.  Ikut pada kadar kemampuan dan masa pelajar itu sendiri.  Dan yang pentingnya beliau akan sentiasa memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang perlahan macam saya ni. Beliau juga akan buat promosi blog pelajar-pelajarnya di facebook supaya trafik blog kita meningkat.  Bila trafik bertambah laju bertambah, laju jugalah semangat pelajar untuk menulis.

Pelajar-pelajar juga akan sentiasa dibantu dengan tips yang berkaitan dengan tajuk blog masing-masing.  Jadi bila idea tersangkut, cepat-cepatlah minta bantuan sifu.  Sebagai seorang mentor yang berpengalaman dalam bidang penulisan, dia banyak sangat membantu saya dengan idea-idea dan cara menulis.
Setelah mengikuti kelas online ini, saya rasa memang cukup berbaloi mendaftar diKelas Asas Blog dan Penulisan bersama Puan Masayu.  Bukan kerana setakat ilmu menulis blog yang diperolehi tetapi juga kerana matlamat akhir kelas ini.  In shaa allah di pengakhiran kelas ini sifu akan membantu pelajar-pelajar untuk menerbitkan sebuah ebook.  Saya tak pernah impikan yang saya akan ada ebook sendiri dan rasanya tidak akan dapat melakukannya sendiri tanpa ilmu dan bimbingan dari sifu saya ini.  Saya amat menyarankan sesiapa yang ingin mencuba menulis blog dan belajar asas penulisan cepat-cepatlah mendaftar di Kelas Asas Blog dan Penulisan bersama Puan Masayu Ahmad.  Bayarannya berpatutan dengan ilmu yang bakal dipelajari dari seorang sifu yang tidak pernah kedekut ilmu.  


Daftar sekarang

RM130 sahaja





Persediaan asas bekerja dari rumah.

Baca ebook www.janawangdirumah.com untuk persediaan sebelum
manakala ebook super wahm dan super mom adalah situasi selepas bergelar wahm dan cabarannya.
                                     Klik di sini http://superwahmsupermom.blogspot.com/



Harga RM45

Kalian bayar terus untuk ebook Jana Wang Di Rumah di www.janawangdirumah.com

Baki RM25 bayar di sini ya



Ulasan/ Pandangan

Hasnita Syawal-penulis, wartawan Majalah Pa & Ma, Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd



Ulasan/ Pandangan 1
Hasnita Sawal-penulis/wartawan Majalah Pa&Ma, Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd.

Syukur Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menghabiskan membaca ebook yang penuh perkongsian ilmu ini. Bermula daripada muka surat pertama hingga terakhir saya rasa terbawa bersama dengan setiap kisah ibu-ibu yang berjaya menggalas kerjaya sebagai WAHM, SOHO dan sebagainya

Biarpun nama berbeza tetapi hakikatnya tugas adalah sama. Sejujurnya saya sendiri berasa cemburu dengan kelebihan yang dikecapi ibu-ibu bekerja dari rumah. Bahkan hakikatnya saya sendiri telah lama menyimpan hasrat tersebut, cuma masih tiada kekuatan untuk menggapainya.
Namun setelah mengetahui pengertian bekerja dari rumah, panduan, cabaran, halangan, dugaan, kemanisan dan kelebihan dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan namun ia bukan perkara yang mustahil asalkan kita tahu garis panduan yang betul seperti yang tercatat di dalam ebook ini.


Siapa kata tugas sebagai suri rumah yang bukan sahaja menguruskan rumah tangga bahkan ada yang memiliki perniagaan secara online satu tugas yang mudah? Mereka yang sudah menggalas tanggungjawab tersebut sahaja mengetahui susah senang bekerja dari rumah.
Jadi jangan pandang sebelah mata kepada wanita bergelar suri di rumah apatah lagi yang turut mempunyai kerjaya profesional seperti usahawan, penulis, penterjemah dan sebagainya lagi.
Justeru itu ebook ini amat disarankan kepada semua wanita yang bergelar ibu dan bakal ibu agar lebih berfikiran terbuka dan bercita-cita ntuk menguruskan rumah tangga dengan teratur, mengasuh sendiri anak-anak dan dalam masa yang sama tetap menyumbang kepada ekonomi negara.


Secara peribadi saya berasa isi kandungan ebook yang penuh informasi ini patut dimiliki oleh semua wanita sama ada yang bekerja di luar mahupun di rumah. Ia memberikan inspirasi, pengajaran dan garis panduan yang berguna untuk bergelar seorang WAHM.
Selari dengan perkembangan internet tanpa sempadan, saya rasa semua wanita boleh terus membuktikan kehebatan biarpun berpejabat di rumah. Dalam masa yang sama kejayaan yang dikecapi bukan sekadar di pejabat semata-mata tetapi kejayaan secara total apabila berjaya membesarkan anak-anak dengan air tangan sendiri. Itu yang lebih penting.


Bukankah seorang ibu itu guru pertama yang terbaik untuk anak-anak! Saya percaya jika anda wanita yang masih dalam dilema antara memilih kerjaya atau rumah tangga maka selepas membaca ebook ini, dengan izin Allah SWT anda dapat membuat keputusan lebih tenang dan tepat. In Shaa Allah.


Memetik kata-kata penulis, saya akui wanita patut kembali kepada fitrah sebagai pengurus rumah tangga yang hebat di rumah namun lebih berwawasan, bercita-cita tinggi dan mampu menjadi inspirasi kepada wanita lain.
Malahan senarai apa yang boleh dibuat oleh suri selepas memilih untuk berhenti bekerja dapat membantu mengurangkan stres sesetengah daripada kita dengan persoalan "apa saya nak buat lepas ni"?
Usah berlengah lagi duhai wanita, segera dapatkan ebook ini! Semoga selepas ini kita dapat mengurangkan pelbagai masalah berkaitan penjagaan anak-anak, masalah kesesakan jalan raya, masalah rumah tangga porak peranda dan seribu satu macam masalah lagi. Paling penting kita menjadi wanita yang disayangi oleh suami, anak-anak dan paling utama Allah SWT.
Ebook Super WAHM, Super Mom wajib dimiliki oleh semua wanita hebat di luar sana!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin