Saya ada terbaca tentang perihal seorang jutawan yang berkongsi tentang mengenali 1000 pelanggan pertama dan ia sangat membantu dalam bisnes. Ini bermaksud berkenalan 1000 pelanggan pertama, dan menjaga hubungan khidmat pelanggan agar pelanggan ini bertukar kepada pelanggan tetap atau ulangan pembelian.
Kelangsungan bisnes dan khidmat pelanggan
Sangat penting untuk kita menjaga etika khidmat pelanggan. Bagaimana untuk menarik 1000 hingga 5000 pelanggan tetap. Ok, saya kongsi caranya berdasarkan apa yang saya lakukan sekarang dan sumber pembacaan tentang khidmat pelanggan.
5000 yang suka akan kita
Kita sendiri adalah platform terbaik sama ada orang suka atau tidak. Gunakan sepenuhnya face book sebagai cara untuk berkenalan dengan kawa baru, bakal prospek dan menjaga hubungan dengan kawan sekolah, kawan pejabat. Ok, face book cara terbaik, jangan kita tambah kawan baru (add friend) tetapi biarkan mereka yang mahu berkenalan dengan kita. Jadi secara tidak langsung kita akan mengenali 5000 pertama yang boleh berkongsi dengan kita.
Cari sasaran yang 'tepat
Bagaimana mencari sasaran tepat? Tiga cara yang masih saya kekalkan ialah melalui perkongsian di blog, facebook peribadi, fanpage. Ia sangat membantu meningkatkan pertambahan 'like' kepada 'liked'. Iaitu mereka ini yang boleh menerima apa sahaja perkongsian.
Bagiaman mana pula tidak ada blog dan tidak pandai menulis? Kalian semua sudah terbukti pandai menulis dan sudah tentu pembaca saya ini kebanyakannya adalah berpendidikan tinggi. Buat satau blog peribadi, ia adalah catatan harian, kongsikan perkara yang memberi motivasi melalui anda baca, dengar dan sebagainya. Kalian juga sekali sekala berkongsi tentang produk dan perkhidmatan. Pamerkan apa kepakaran. Dalam 100, mesti ada 20 orang yang suka. Dalam 1000, pasti ada 200 yang suka, dalam 10,000 pasti ada 2,000 yang suka. Kita fokus kepada yang suka kita, yang tidak suka, biarkan mereka.
Jangan paksa
Setiap hari dalam email ada sahaja yang mengajak untuk 'like' iklan, fanpage dan sebagainya. Jadi, saya juga begitu, akan 'like' mana-mana page yang saya suka. Akan tetapi jika kalian memang suka datang sini dan tegar membaca blog saya, sudilah menjemput saya, saya akan sokong juga kalian.
Ada juga tanpa kenal dan tidak segan silu, memberi salam dan terus sahaja, mohon 'like' dan 'share'. Sangat penting membina perhubungan terlebih dahulu, kemudiannya barulah berkongsi. Saya ambil ini sebagai pengajaran juga, kerana saya dahulu juga agak terburu-buru. Apabila rakan sudah mengenali kita dan yakin, insya-allah akan membeli dengan kita.
- Wah... terima kasih kak! :') Terharu saya. Baik, nanti saya promoRM35. Masih berpatutan dengan botol dan cara penghantaran yang sungguh selamat.
- Tapi mak saya tanya, mana akak dapat air zamzam tu? Dia macam takutsaya main beli entah air apa, hehe. Tapi saya yakin dengan akak.
- Assalamualaikum Masayu.... alhamdulillah dgn izinNya jua akhirnya buku yg dipesankan hari tu dah slamat sampai jap tadi.Trima kasih akak ucapkan.Semoga perniagaan Masayu bertambah maju dan sukses slalu.Amin.... emm...akak beli ya... bukunya.
- August 1Masayu Ahmad
- waalaikumsalam w.b.t, alhamdulillah lega hati mendengarnya, ya saya jual, moga bermanfaat buku-buku yang dibeli, terima kasih atas doa. Selamat menunaikan ibadah puasa, ;D
No comments:
Post a Comment