Tuesday, April 12, 2011

Akaun aktif & akaun pasif

Teks: Masayu Ahmad


Saya tertarik dengan satu slot perbincangan pagi semalam di Malaysia Hari ini semalam, tetamu undangan iaitu Dr.Niki Shuhada Shukor membicarakan tentang konsep BUL. BUL maksudnya Belajar Urus Labur. Ia bukan mengaitkan tentang seberapa banyak wang tetapi bagaimana bijak mengurus wang.

Semakin besar periuk, semakin besar kerak. Saya belum menjelajah lanjut apa konsep yang diterangkan beliau kerana saya mendengar sepintas lalu. Anda boleh ke sini fan page beliau

http://www.facebook.com/dr.niki.shuhada.shukor?ref=ts&sk=app_4949752878#!/dr.niki.shuhada.shukor?sk=wall

Ok, berbalik kepada topik utama iaitu akaun aktif dan akaun pasif. Untuk bekerja dari rumah atau mengusahakan bisnes. Bagi mereka yang melakukannya secara sambilan, akaun bisnes boleh dijadikan sebagai akaun pasif, iaitu hanya untuk aliran modal dan keuntungan disimpan dan dilaburkan.

Manakala pekerjaan yang masih memberi pulangan secara bulanan iaitu tetap, ialah akaun aktif yang mana digunakan untuk menyara kehidupan sehari-hari dan juga perbelanjaan bulanan yang lain. Iaitu kos hidup, kediaman, pengankutan, makanan, dan lain-laian.

Sangat penting jika bermula sebagai bekerja sepenuh masa sendiri menentukan jenis akaun aktif dan akaun pasif. Jika mengharapkan satu akaun sahaja, apabila berlaku kecemasan, akan menyebabkan kewangan kurang stabil.

Berikut beberapa saranan sebelum anda bermula wahm atau soho sepenuh masa.

1. Mengenalpasti akaun aktif dan akaun pasif

2. Menyimpan sekurang-kurangnya untuk menampung 3 tahun awal (selepas berhenti kerja). Simpanan ini anda tentukan sejak anda bekerja dan meletakkan tarikh sekian-sekian untuk berhenti kerja dan memulakan wahm atau soho.

3. Membuat penyelarasan semula, contohnya, suami akan menampung akaun aktif manakala isteri akan menjana pendapatan pasif.

4. Melakukan kerja sambilan untuk menjana pendapatan aktif, manakala sepenuh masa untuk pendapatan pasif.

5. Membuat dua tabungan, satu tabungan persediaan 3 tahun kecemasan (sebelum berhenti kerja), dan satu lagi tabung modal permulaan sebelum berhenti kerja.

6. Sangat penting mendapatkan seberapa banyak informasi berkaitan pengurusan kewangan sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja dan memulakan soho secara sepenuh masa.

7. Sekiranya kewangan kembali tidak stabil, anda boleh kembali bekerja untuk menampung semula akaun aktif dan rancang semula pengurusan kewangan.

 Tidak ada istilah terlewat dalam melakukan perubahan. Bukan berapa banyak kita menjana pendapatan, tetapi bagimana cekap kita menguruskan kewangan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin