Teks: Masayu Ahmd
Masing-masing punya bahagian, masing-masing punya tanggungjawab dan amanah. Selamat bercuti dan menikmati hari bersama keluarga. Semalam ke Besut ziarah adik beradik, hari ini mahu pulang ke rumah tok ayah.
Semalam di tv3 ada satu rancangan yang menayangkan masakan istimewa temerloh, ikan patin masak tempoyak. Aduhai terliur-liur saya. Berborak dengan mertua semasa makan malam, sedapnya kalau ada patin boleh buat masak termpoyak.
Tadi, usai saya membuka plastik yang berisi ikan yang dibeli atuk kanak-kanak riang. Wallah sungguh terharu, seekor patin segar bergolek di dalam plastik. Aduhai, terharu dan tersentuh hati. Orang tua melihatkan kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi. Malunya dengan khidmat saya yang tidak seberapa, tetapi kasih sayang mereka melimpah-limpah dengan cucu-cucu.
Arissa selalu menemankan mok dan atuk. Berborak dan berbual cara Arissa. Itulah kan dua generasi berbeza. Walau jauh usia, ia hanya didekatkan dengan nilai kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
Saya kadangkala ada juga mengadu kepenatan kepada suami. Aduhai masa menulis sekarang begitu terkejar-kejar. Tetapi selalu pula en.suami mengingatkan bahawa ini, sahaja masa yang ada untuk berkhidmat. Mungkin mereka dijemput bila-bila masa sahaja. Itulah kan, saya selalui diseru-seru syaitan, berbisik-bisik. Penatnya, letihnya. Letih kita sahaja yang kita tahu, letih kita sahaja yang kita adu. Walhal orang tua kita lagi letih dan penat melayan, membesar dan menjaga kita sewaktu kecil. Selalu juga cepat-cepat istigfar. Sudah ada peluang untuk berkhidmat, buat sahaja. Jangan mengada-ngada. Bukan mudah mencari peluang sebegini. Urusan dunia tidak akan habis sampai tutup mata. Setelah tutup mata sudah tidak ada pelung lagi untuk membuat itu dan ini. Menyesal itu dan ini.
Apabila dapat mengembirakan orang tua, rasa juga nikmatnya melihat wajah ceria mereka. Ia tidak memerlukan wang ringgit. Hanya memerlukan ruang masa dan sedikit tenaga. Semoga saya sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk menyelesaikan ini dengan redha dan penuh kasih.
Salam kasih sayang, esok pulang ke sini, saya mahu masak ikan patin masak tempoyak istimewa. Patin kasih sayang.
Saturday, April 30, 2011
Mana manisnya sebagai ibu dan isteri
Wednesday, April 27, 2011
Motivasi diri
Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google
Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, wang ringgit, ketenangan, ibu bapa, anak-anak, masa lapang, rehat yang cukup, idea yang mencurah-curah. Walaupun wang ringgit adalah berada pada kedudukan yang tinggi bagi kebanyakan kita.
Apa yang sudah saya melalut. Mari telusuri semula perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita rasa kurang bersemangat, kecewa dan sebagainya. Apakah saya ini sentiasa berada dalam keadaan bermotivasi dan tiada cabaran dalam kehidupan? Sesiapa pun tidak tahu, kerana masing-masing sudah punya laluan sendiri.
Hari ini ada satu lagi perkara yang membangkitkan rasa semangat saya untuk menulis. Walau itu adalah perkara biasa pada orang lain, tetapi satu suntikan yang melonjak-lonjak. Kembali semula aura menulis saya yang agak perlahan dua minggu ini. Dua manuskrip sedang saya pulun sekarang memerlukan sedikit kerahan usaha lagi. Mahu sedikit sahaja lagi ke garis penamat dan bermula pula manuskrip yang baru untuk Mei 2011. Mari semangat, mari, mari.
Sebetulnya tiada rezeki saya untuk Pesta Buku 2011 yang masih lagi berlangsung. Apa pun saya sedang siap sedia untuk Pesta Buku 2012, cabarannya perlu menyiapkan lebih banyak buku. Sekarang, sekarang, bukan bulan depan, tahun depan baru mahu mula.
Sebetulnya dua minggu ini anak-anak bergilir-gilir tidak sihat. Jadinya saya menyarung pakaian jururawat buat sementara waktu. Bermula Hakim, Arif, dan Aiman. Hari ini baru mula hari untuk berjuang semula di depan komputer.
Saya tidak mahu melihat apa yang mendukacitakan, sebalinya mahu melihat perkara-perkara yang menaikkan semangat sahaja:
-Hakim semakin lancar membaca
-Arissa semakin gebu dan montel
-Saya mahu menyiapkan dua lagi manuskrip untuk April 2011
Itu sahaja. Tidak mahu menoleh belakang. Jika mood merudum, saya melihat blog penulis lain yang sudah terbit buku-buku baru mereka. Saya perlu berlari lebih laju, atau sahaja konsisten dengan trek sekarang, jika banyak belukar sedikit-sedikit menebasnya, jika sudah melalui lebuhraya, teruskan perjalanan dengan kelajuan maksima yang boleh dicapai.
Salam kasih sayang penuh motivasi
Dapatkan buku Jana RM Dari Rumah di sini- http://www.http//nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/
Dapatkan juga ebook Panduan Bekerja Di Rumah Untuk Wanita di sini - http://www.janawangdirumah.com/
Layari Panduan Kesihatan & Kecantikan; http://www.masayuahmad.blogspot.com/
Sertai saya di facebook - http://www.facebook.com/#!/masayuahmaddotcom

Tuesday, April 26, 2011
Presente, Arissa terkini
Arif, Aiman, Arissa, Ibu.
Maaflah Abang Hakim masih kat sekolah, kita pose 4 beranak aje. ;P
Suka sangat kerut-kerut dahi, fikir nak siapkan buku untuk ibu, hehe ;D
Tip survival selesaikan kerja menimbun
Teks: Masayu Ahmd
Pic: Google
Kerja menimbun masa suntuk
Dalam satu minggu atau mungkin juga satu bulan yang penuh jadual kerja atau bisnes. Anda melihat senarai satu persatu dan tidak boleh menoleh ke kiri dan ke kanan. Selagi ia tidak dikerjakan memang sesak nafas dibuatnya. Perlu bertenang, dan mulai diselesaikan satu persatu. Pernahkah kalian mengalami ‘timbunan kerja’ dan perlu diselesaikan tepat masa.
Mari sama-sama baca perkongsian di bawah:
1. Lupakan sebentar untuk menyemak email dan berlamaan
Ia sememangnya satu tabiat atau rutin awal kita akan membuka email dan ingin melihat senarai yang perlu dibaca, dibalas dan diselesaikan. Cuba set masa dan lakukannya dengan pantas dengan kadar 30 minit untuk menyelesaikan email penting sahaja. Email yang tidak penting, tinggalkan sahaja sehingga anda ada luang masa untuk mengerjakannya.
2. Sasarkan senarai kerja yang realistic.
Kadangkala kita menyenaraikan begitu banyak tugas yang perlu diselesaikan setiap hari. Sekarang pilih tugas yang paling penting dan paling segera yang perlu dikerjakan. Cuba buat agihan masa untuk selesaikannya dalam satu hari tersebut. Mula fokus untuk selesaikannya. Katakanlah sudah 80 peratus menyiapkan tugas A, tetapi hanya ada lima minit sahaja lagi untuk selesaikannya. Tinggalkan ia, terus beralih kepada tugasan B dan mula fokus pada B.
Kemudian jika ada saki-baki masa berdasarkan tempoh masa yang sudah dijadualkan kembali menyemak keseluruhan tugas A, B, C, D. Begitulah seterusnya. Ini adalah cara yang sama ketika kita menjawab soalan peperiksaan, sekiranya kita ragu-ragu menyelesaikan satu-satu jawapan, teruskan menjawab soalan lain. Jangan buang masa.

Monday, April 25, 2011
Tip belajar untuk anak-anak
Teks: Masayu Ahmad
Foto: Google
Alhamdulillah masih dalam gerak kerja 2011. Sungguh masa begitu pantas bergerak. Saya membuat sasaran dua kali ganda daripada perlu dicapai untuk tahun ini. Maksudnya saya mensasarkan 10, jika lima selesai maksudnya saya masih lagi dalam trek. Tetapi jika 10 mampu diselesaikan, itu adalah bonus.
Ok, saya mahu kongsikan beberapa cara belajar untuk ibu yang sibuk seperti saya. Bekerja dan pada masa yang sama masih memantau keperluan pembelajaran anak-anak. Aplikasi dan kemudahan internet, gunakan sepenuhnya. Daripada kita membuang masa bersembang di face book, adalah lebih baik beri sahaja kemudahan itu untuk anak-anak belajar.
http://www.starfall.com/ adalah salah satu contoh. Masih banyak web pembelajaran yang menarik untuk anak-anak kecil. Mengenal huruf dan nombor seawal yang boleh. Membaca seawal yang boleh.
Tetapi kadangkala perkembangan anak-anak juga berbeza di antara satu sama lain. Apa yang penting kita sebagai ibu memberi ransangan dan dorongan. Mari kita lihat beberapa saranan berikut. Ini adalah pandangan saya, masih banyak kaedah yang boleh dipratikkan oleh ibu-ibu hebat yang lain.
1. Jika ada bilik atau ruang yang sesuai di rumah jadikan ia sebagai satu tempat yang sesuai untuk anak-anak belajar dan bermain. Gabungkan keseronokan belajar dan bermain untuk meransang minda mereka.
2. Banyakkan permainan yang membantu mempercepatkan perkembangan pembelajaran mereka. Contohnya membeli mainan seperti patung adalah kurang sesuai, tetapi membeli buku-buku bergambar dan berwarna adalah lebih bagus. Membeli patung dan aksesorinya pada pandangan saya anda sudah melatih anak dari awal agar gemarkan akan perkara yang berkait dengan kecantikan semata, juga pengaruh fesyen yang akan tumbuh sehingga membesar. Memang ya, kanak-kanak terutamanya anak perempuan gemar akan permainan seperti itu.
3. Membaca bersama mereka. Bawa anak-anak ke perpustakaan awam. Biasakan mereka dengan suasana begitu. Biar mereka sendiri memilih buku yang bagaimana yang mereka mahukan.
4. Jangan putus asa apabila anak tidak boleh membaca sebagaimana rakan sebaya. Sebetulnya saya sendiri, cukup runsing apabila Hakim masih belum membaca ketika usia lima tahun. Hakim bersekolah pada usia 4 tahun, dan ketika usia lima tahun saya berhentikan dan hanya belajar di rumah sahaja secara tidak formal bersama Arif dan Aiman.
5. Dia sudah ada asas tetapi pembacaan masih kurang lancar. Saya teruskan seperti biasa. Maksudnya Hakim sudah ada asas tetapi tiada pengukuhan. Serahkan pada pakar ;D. Selepas 4 bulan Hakim bersekolah, dia bermula pertengahan Januari, Alhamdulillah dia mendahului pelajar di kelasnya. Apabila cikgu mengatakan Hakim paling laju, saya kembali lega. Pembacaannya semakin lancar. Apa yang ingin saya sampaikan, saya juga sebagaimana ibu lain yang mahukan terbaik buat anak-anak. Tetapi jangan menekan diri dan menekan anak. Lakukan ransangan dan pelbagaikan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan di rumah. Insya-Allah ada hasilnya.
6. Begitu juga dengan latihan solat dan juga bacaan dan hafazan surah-surah lazim. Teruskan seperti biasa. Kadangkala Hakim ini sangat menduga saya. Tetapi kadang-kadang sambil bermain pun akan keluar dari mulutnya ayat-ayat hafazan untuk solat. Saya tidak boleh mudah lega. Melentur buluh perlu dari rebungnya, bukan apabila sudah menjadi buluh.
Itulah cabaran ibu bapa. Bukan sekadar akademik semata, agama juga perlu diambil perhatian. Seronoknya, di sini juga ada kelas khas solat di masjid, tetapi untuk kanak-kanak usia 7 tahun dan ke atas. Insya-Allah Hakim boleh menghadirinya untuk pengukuhan. Juga saya ada terbaca satu buku, sebaik-baiknya melatih anak lengkap solat sebelum usia 6 tahun dan 7 tahun sudah boleh melatih qiamulail. Nanti saya cari semula buku tersebut. Pada masa yang sama melatih saya sebagai ibu, untuk terus belajar untuk diri sendiri dan juga buat anak-anak yang sudah menjadi amanah.

Saturday, April 23, 2011
Sedang berlangsung dengan meriah sekarang di PWTC
Sumber: Face book Karangkraf (MIDI)
Sekarang sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011. Bermula 22 hingga 1 Mei. Banyak tawaran hadiah dan diskaun buku. Singgah di Dewan Tun Dr. Ismail beli belah buku di Mall Karangraf.
Jangan lupa dapatkan buku Jana RM Dari Rumah di rak buku umum- Terima kasih Radza (wartawan majalah NUR untuk gambar di atas.

Thursday, April 21, 2011
Dapatkan Jana RM Dari Rumah di Pesta Buku Antarabangsa 2011
Sumber: Face book Sri Diah Shaharuddin
Teks: Sri Diah Shaharuddin
21 April 2011 - Hari ini ialah hari untuk menyusun barang-barang, membawa masuk semua buku dan majalah. Menghias dewan. Saya baru sahaja balik dari Karangkraf Mall, di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC lokasi di mana Grup Buku Karangkraf dan Grup Majalah Karangkraf akan berkampung selama 10 hari sempena PBAKL 2011.
Saya kagum dengan kekuatan tenaga mereka dari bahagian stor, bahagian pengangkutan dan bahagian pentadbiran yang mempunyai banyak stamina untuk loading buku-buku dan majalah masuk ke dalam dewan. Saya katakan mereka ini bagaikan ada `tulang besi dan urat dawai'.
Mereka memproses lebih ribuan judul-judul buku dan majalah. Itu belum termasuk untuk langganan dan tawaran serta cabutan bertuah.
Dalam dewan ini terdapat lebih 150 rak bertingkat untuk buku dan majalah serta lebih 30 rak meja untuk buku kanak-kanak.
Wednesday, April 20, 2011
Pesta Buku bermula 22 April hingga 1 Mei 2011
Dapatkan buku saya di bahagian pameran buku terbitan Grup Buku Karangkraf sempena Pesta Buku Antarabangsa 2011. Tahun ini nampaknya, tiada rezeki saya untuk ke sana, namun buku saya ada di sana. Dapatkannya sempena harga menarik di pesta buku 2011.
Jangan lupa dapatkan buku di bawah ya!
Idea moden pejabat di rumah
Jadikan satu bilik atau ruang sebagai pejabat, fungsinya juga boleh dipelbagaikan, sama ada pejabat, perpustakaan, ruang aktiviti keluarga, ruang belajar anak-anak.Jadikan pilih ruang atau bilik yang boleh digayakan sebegini, agar semua ahli keluarga teruja untuk menikmati masa bersama, sambil melakukan kerja masing-masing. Contohnya ibu bekerja, anak-anak menyiapkan kerja sekolah atau sekadar membaca. Anda lebih tahu apa keutamaan dalam mewujudkan ruang sebegini. Pejabat di rumah adalah satu lagi ruang penting dalam penataan dekorasi di rumah.
Sumber di sini: http://www.roomzaar.com/

Tuesday, April 19, 2011
Abang Hakim
Teks: Masayu Ahmad
Terima kasih abang Hakim, kerana tahu akan maksud ibu. Sekarang Hakim sudah buku 7 dan satu lagi buku. Sasaran saya Julai, sudah hampir disudahkan Hakim April 2011. Alhamdulillah, kerana anak-anak ibu mudah dan suka akan suasana membaca. Arif juga teruja dengan buku-buku, begitu juga Aiman. Saya hanya melihat sahaja, apabila saya mula terpacak di depan komputer, tiga beradik ini bergelimpangan dengan buku, pensil warna. Tidak payah di suruh-suruh, ia semulajadi.
Setiap malam selesai memunggah buku-buku, Hakim dengan sendiri mengemas beg sekolah dan memasukan juga sepersalinan pakaian. Pertolongan kecil yang cukup bermakna buat saya. Walaupun ibu ada di rumah, memang tidak menang tangan juga dibuatnya. Kebiasaan ini sudah menjadi rutin, bangun mudah, mandi, solat dan ke sekolah.
Lebih kurang begini lagu Hakim, saya ingat-ingat lupa.
Pukul enam pagi
Mesti kita bangun
Terus gosok gigi
Mandi solat subuh
Cium tangan ibu
Cium tangan ayah
Cepat pergi sekolah
Jalan tepi-tepi
Jalan cepat-cepat
Terus awal pagi
Cucikan kelas
Rajin belajar
Rajin mengingat
Dengar cakap cikgu
Insya-Allah berjaya

Monday, April 18, 2011
Apa sasaran?
Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google
Bekerja di rumah bunyinya macam hebat, indah dan seronok. Bekerja sendiri, juga nampak gah. Tetapi, apa yang pasti cabarannya juga bukan calang-calang. Berani menanggung risiko atau tidak. Terdapat beberapa cara berikut untuk anda merealisasikan matlamat bekerja di rumah.
Luaskan lagi fikiran tentang bekerja di rumah, bukan sekadar untuk hobi, kebebasan. Sebaliknya jadikan wahm atau soho sebagai salah satu cabang menambah pendapatan untuk seisi keluarga. Usahakan ia bersama suami.
Ok, beberapa cara berikut adalah cara untuk mendalami dan bermula menjadikan pejabat di rumah menjadi kenyataan.
1. Lakukan secara sambilan
Sekiranya anda gusar tentang kewangan masih lagi belum stabil sekiranya berhenti kerja. Jadi lakukan ia secara sambilan. Tumpukan semasa pada hari tidak bekerja seperti di hujung minggu atau masa-masa tertentu yang anda boleh pilih sendiri untuk mula fokus jenis kerja atau bisnes untuk dilakukan di rumah.
2. Cuti tanpa gaji
Jika majikan di tempat kerja memberi peluang untuk cuti tanpa gaji, sama ada selama enam bulan atau setahun. Pilihan adalah di tangan anda dan toleransi majikan. Jadi gunakan sepenuhnya untuk bermula dan membuat apa sahaja jenis pilihan kerja atau bisnes yang sudah anda rancang selama ini. Katakanlah ia sangat bagus dan anda mampu menjana pendapatan sampingan, teruskan ia. Kembali semula bekerja seperti biasa, manakala soho anda tetap diuruskan seperti biasa. Jika anda mampu boleh mengupah pekerja tetap atau secara sambilan.
3. Menjana pendapatan sampingan
Anda suami isteri sangat sayang kerjaya yang sudah di sandang sekarang, jadi menjadikan peluang menambah pendapatan atau memiliki sendiri soho di rumah adalah satu lagi usaha yang boleh dilakukan suami isteri. Kebanyakan masa adalah berada di rumah, tidak perlu lagi kel

Saturday, April 16, 2011
Syurga saya
Teks: Masayu Ahmad
Saya mahu 'reward'kan ini untuk saya, jika saya selesaikan gerak kerja 2011 dengan sukses. Mari sama-sama lihat, untuk segarkan saya sendiri agar menyiapkan lebih banyak manuskrip untuk 2011.
Saya sudah melihat dan lalu banyak kali, tempat pembekal untuk mendapatkan peralatan sebegini. Di bawah sekadar contoh.
Ini adalah asasnya:
Rupanya nanti akan seperti contoh-contoh di bawah, ia juga perlu disesuaikan dengan keperluan kanak-kanak riang di rumah ini.

Terapi melalui menulis
Teks: Masayu Ahmad
Salam pagi Ahad, jika di Kelantan sudah bermula hari bekerja. Penuh teruja dan ceria. Insya-Allah. Untulk kalian yang berhujung minggu, selamat menikmati masa rehat bersama keluarga.
Alhamdulillah, setelah cabaran-cabaran kecil datang, hanya beberapa langkah lagi untuk sampai 'reward' kepada diri sendiri. Masih di sekitar suku tahun. Masih banyak kerja dan perkara perlu dilunaskan.
Semalam pulang menjenguk ayahanda, alhamdulillah semakin sihat dan ceria. Berborak dan berkongsi apa sahaja cerita sambil ditemani Arissa. Jika ayahanda gembira maka saya juga turut rasa bahagia. Segala toksin luaran yang menganggu ibarat seperti nyamuk petang yang mengigit. Hilang dan buang jauh-jauh apa sahaja perasaan negatif, sakit hati, kecewa. Itu saya, cepat tersentuh dan cepat melupakan. Tetapi kadangkala ada juga kedegilan, yang siapa-siapa pun tidak pernah akan faham. ;D. Itu sisi diri kita yang tidak sempurna, kita rasa kita sudah ok, tetapi di mata siapa-siapa kita tidak tahu kita masih tidak sempurna. Apa pun tetap muhasabah diri, pentingya kembali ke trek dan melihat semula apa yang sudah dan selesai dikerjakan dan apa perkara yang perlu dilunaskan. Berusaha untuk menjadi terbaik, tidak usah gusar apabila ada yang kurang senang. Itu juga adalah lumrah. Asalkan kita tahu prinsip diri dan masih bersyukur dan berada pada trek, teruskan sahaja perjalanan.
Apa pun semoga sempurna dan sentiasa berusaha menjaga kebajikan orang tua dan juga mertua. Apabila mereka ceria saya juga menumpang rasa berlapang dada. Banyak perkara yang sedang berlaku dalam peningkatan karier saya sebagai penulis. Tahun ini adalah tahun penting untuk saya menyelesaikan gerak kerja yang sudah dirancang 2008, 2009, 2010.
Tahun 2011 sangat penting.
Masayu Ahmad!
Jangan buang masa, jangan ambil mudah,
Jangan leka-leka, jangan juga memikirkan perkara yang remeh temeh,
Buang jauh-jauh segala toksin.
Teruskan, fokus,
Menulis, menulis, menulis.
Berjuang seumpama mendaki sebuah bukit demi bukit,
Mengembara sebuah gunung demi gunung,
Selesaikan pengembaraan
Dan pendakian satu demi satu.
Teruskan, teruskan.
Jangan buang masa.
Selesaikan, selesaikan
Jangan tangguh lagi.
Mari bermula
Dan terus mendaki.
17 April 2011

Wednesday, April 13, 2011
Tip SOHO- kerusi kerja
Teks: Masayu Ahmad
Jangan ambil mudah kerusi kerja. Saya sendiri masih belum mendapatkan kerusi kerja yang sesuai untuk bekerja. Sebetulknya kerusi kerja sangat penting walaupun hanya pejabat di rumah. Kerusi untuk bekerja sudah direka khusus untuk kelenturan atau menyokong tulang belakang.
Ramai yang mengambil mudah akan hal ini. Banyak masa kita gunakan untu duduk kadangkala berjam-jam lamanya.
Menggunakan kerusi meja makan sangatlah tidak sesuai. Carilah kerusi yang sesuai untuk bekerja. Ia bukan sahaja untuk menjaga kesihatan, malah juga memberi keselesaan selama mana kita bekerja dan duduk untuk menekuni komputer atau menguruskan hal-hal yang berkaitan.
Ini sesuai

Ini tidak sesuai

Tuesday, April 12, 2011
Akaun aktif & akaun pasif
Teks: Masayu Ahmad
Saya tertarik dengan satu slot perbincangan pagi semalam di Malaysia Hari ini semalam, tetamu undangan iaitu Dr.Niki Shuhada Shukor membicarakan tentang konsep BUL. BUL maksudnya Belajar Urus Labur. Ia bukan mengaitkan tentang seberapa banyak wang tetapi bagaimana bijak mengurus wang.
Semakin besar periuk, semakin besar kerak. Saya belum menjelajah lanjut apa konsep yang diterangkan beliau kerana saya mendengar sepintas lalu. Anda boleh ke sini fan page beliau
http://www.facebook.com/dr.niki.shuhada.shukor?ref=ts&sk=app_4949752878#!/dr.niki.shuhada.shukor?sk=wall
Ok, berbalik kepada topik utama iaitu akaun aktif dan akaun pasif. Untuk bekerja dari rumah atau mengusahakan bisnes. Bagi mereka yang melakukannya secara sambilan, akaun bisnes boleh dijadikan sebagai akaun pasif, iaitu hanya untuk aliran modal dan keuntungan disimpan dan dilaburkan.
Manakala pekerjaan yang masih memberi pulangan secara bulanan iaitu tetap, ialah akaun aktif yang mana digunakan untuk menyara kehidupan sehari-hari dan juga perbelanjaan bulanan yang lain. Iaitu kos hidup, kediaman, pengankutan, makanan, dan lain-laian.
Sangat penting jika bermula sebagai bekerja sepenuh masa sendiri menentukan jenis akaun aktif dan akaun pasif. Jika mengharapkan satu akaun sahaja, apabila berlaku kecemasan, akan menyebabkan kewangan kurang stabil.
Berikut beberapa saranan sebelum anda bermula wahm atau soho sepenuh masa.
1. Mengenalpasti akaun aktif dan akaun pasif
2. Menyimpan sekurang-kurangnya untuk menampung 3 tahun awal (selepas berhenti kerja). Simpanan ini anda tentukan sejak anda bekerja dan meletakkan tarikh sekian-sekian untuk berhenti kerja dan memulakan wahm atau soho.
3. Membuat penyelarasan semula, contohnya, suami akan menampung akaun aktif manakala isteri akan menjana pendapatan pasif.
4. Melakukan kerja sambilan untuk menjana pendapatan aktif, manakala sepenuh masa untuk pendapatan pasif.
5. Membuat dua tabungan, satu tabungan persediaan 3 tahun kecemasan (sebelum berhenti kerja), dan satu lagi tabung modal permulaan sebelum berhenti kerja.
6. Sangat penting mendapatkan seberapa banyak informasi berkaitan pengurusan kewangan sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja dan memulakan soho secara sepenuh masa.
7. Sekiranya kewangan kembali tidak stabil, anda boleh kembali bekerja untuk menampung semula akaun aktif dan rancang semula pengurusan kewangan.
Tidak ada istilah terlewat dalam melakukan perubahan. Bukan berapa banyak kita menjana pendapatan, tetapi bagimana cekap kita menguruskan kewangan.

Monday, April 11, 2011
Tip SOHO
Teks: Masayu Ahmad
Apa yang membezakan antara WAHM dan SOHO. Ke duanya ada persamaan dan juga perbezaa.
Jika secara umum, wahm lebih menjurus kepada wanita atau ibu yang bekerja dari rumah manakala SOHO sangat berkait rapat dengan bekerja atau mengusahakan bisnes dari rumah. SOHO juga mempunyai kaitan dengan mempunyai pejabat di rumah yang berfungsi sebagai pusat operasi yang lengkap untuk bekerja atau mengusahakan bisnes. SOHO dan WAHM juga sangat berkait rapat dengan bisnes skala kecil, atau boleh juga dikategorikan sektor industri kecil dan sederhana. Fahaman ini perlu meluas dan penerokaan tentang WAHM dan SOHO mempunyai banyak perkaitan dan juga perbezaan.

Saturday, April 9, 2011
101 idea bisnes
Teks: Masayu Ahmad
Manuskrip yang saya pernah saya nyatakan tertunggak sudah pun beberapa minggu kepada penerbit, menyambung terus beberapa lagi manuskrip. Masa turun dan naik, mencari dan mencuri. Sekejap berlari ke sana sekejap berlari ke sini. Macam lari ke serata ceruk dan 'multitasking' banyak tugas serentak. Ibaratnya cuba lakukan yang terbaik, tetapi tetap juga ada yang tertinggal. Itulah fitrah manusia yang tidak akan sempurna sampai bila-bila. Namun tetap berusaha menyumbang segala kudrat yang terbaik.
Alhamdulillah Arissa semakin mengebu-gebu. Cuma abang-abang pula secara berjemaah demam, bermula Hakim, bersambung Aiman dan terkini Arif. Insya-Allah jika tiada aral, esok rasanya Arif semakin ok. Hari ini sudah bangun, makan dan minum. Apabila anak-anak sakit, ia adalah rutin. Rutin seorang ibu terima apa sahaja yang berlaku sementara anak-anak dalam proses membesar. Tidak bersedih, tetapi sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak. Apabila anak-anak sudah sihat, maka tugas ibu kembali lancar seperti sediakala.
Ok, sebetulnya saya mahu berkongsi beberapa info tentang 101 idea bisnes dan juga tentang pejabat di rumah (SOHO). Banyak info mahu dikongsi di sini, tetapi bagi masa saya bernafas seketika sebelum meneruskan entri berkaitan. Seminggu ini memang cukup lelah dengan banyak perkara, rasanya bukan saya begini, ramai yang lebih sibuk daripada saya. Sewajarnya mahu melihat kembali 'to do list' yang terbengkalai.
Nanti saya kongsikan.
1. 101 idea bisnes.
2. Home office small office
Dua topik ini adalah kesinambungan entri-entri yang lepas. Mari kita melangkah terus, meneroka informasi dan terus gagah melangsaikan setiap tugas.

Thursday, April 7, 2011
Teman ke mana jua
Ulasan positif sebegini membuatkan satu suntikan motivasi mencanak-canak untuk saya menulis dan menghasilkan buku terbaik buat pembaca budiman. Nantikan kelak kemuculan buku baru, sekarang ini juga saya sedang membuat penyelidikan beberapa manuskrip serentak. Terima kasih buat nelcyndana-pemilik web jualan ini
Nanti saya kongsi apa produk yang dijual oleh beliau. Kalian boleh singgah dahulu ke sana.
Harga : RM15
Terbitan : Oasis Books Sdn. Bhd. (Grup Buku Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd)
Bilangan mukasurat : 236
Buku ini ditulis oleh Puan Masayu Ahmad berdasarkan kajian dan pengalaman beliau sendiri sebagai penulis sepenuh masa yang bekerja dari rumah. Buku ini beliau bahagikan kepada beberapa bahagian penting bagi mengupas secara terperinci setiap isu penting berkaitan bekerja dari rumah. Berikut adalah antara isu-isu penting yang dibincangkan oleh beliau :-
Mengapa mahu bekerja dari rumah dan apa kelebihannya
Persediaan yang perlu dari aspek kewangan, fizikal dan mental
Pilihan kerjaya dan bisnes dari rumah
Persediaan bekerja dari rumah
Pengurusan masa dan cabaran bekerja dari rumah
Motivasi untuk bisnes dan sukses
Rancangan dan pengurusan bisnes di rumah, pelan pemasaran dan pengurusan kewangan
Lebih menarik lagi, penulis juga memberi beberapa contoh situasi dan pengalaman sebenar beberapa tokoh wanita yang berjaya bekerja dari rumah. Antaranya ialah pengasas forum wanitamelayu.com . Sumber inspirasi positif.
Secara peribadi nelcy menjadikan buku ini sebagai panduan penting dalam usaha membentuk kerjaya dari rumah. Terutama sekali dari aspek pengurusan dan pembahagian masa untuk keluarga dan kerjaya. Cabaran bekerja dari rumah ternyata sama sekali berbeza dari bekerja sepenuh masa di luar. Oleh itu ia memerlukan manual tatacara kerja yang berbeza dan khusus untuknya.
Pendapat nelcy, Buku ini wajib dibaca bagi mereka yang merancang dan bercita-cita untuk menjadi seorang WAHM yang berjaya dan dengan harganya yang berpatutan, ia suatu pelaburan bijak.
* Puan Masayu Ahmad merupakan seorang penulis bebas sepenuh masa. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang kewartawanan dan penulisan serta pernah berkerja di Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.
Untuk sampai ke X, perlu selesaikan Y
Teks: Masayu Ahmad
Hidup ibarat teka silang kata, adakala jalan lurus, bengkang bengkok, semak samun, ada kala lancar membelah laluan lebuhraya. Pantas dan tuntas. Untuk sampai ke misi X, nampaknya saya perlu selesaikan Y berdasarkan situasi sekarang. Jalan utama sudah mengalami kesesakan trafik, perlu melencong melalui jalan kampung, mungkin ada sesuatu untuk saya sebelum sampai ke destinasi X.
Dihambat masa
Sekarang ini, menepis-nepis apa sahaja perkara yang melengahkan masa. Masa ibarat emas, berdetik tiap saat sangat berharga. Manuskrip demi manuskrip perlu disolek sebegitu sempurna agar hasilnya nanti ada manfaat.
Lebih kurang 3 minggu juga tidak menjengah ke sini. Kini sudah suku pertama 2011. Alhamdulillah setakat ini masih dalam trek, walaupun tugasan berstatus 'segera' seakan tidak pernah surut. Jika bersuara, segera capai aku, selesaikan aku. Saya hanya menumpukan 'to do list' yang berstatus 'segera'. sememangnya banyak tugasan menarik segenap kudrat dan masa. Ya Allah memang cepat sungguh masa bergerak pun ya, sekejap pagi, sekejap tengahari, sekejap malam. Aduh, pantas sungguh masa berlalu. Lalu saya kembali tenangkan diri, sabar, sabar, sabar selesaikan satu persatu, tulis satu persatu, capai satu persatu, kadangkala 'multitasking' dengan kelajuan maksima seupaya yang boleh dicapai.
Masih masih cuba dan terus berusaha apa sahaja tugasan yang sudah disenarai, mungkin ada yang lambat, ada yang cepat selesai. Sabar, sabar 24 jam perlu diurus dengan cemerlang.

Saturday, April 2, 2011
Wahm & Soho, mana satu pilihan?
Teks: Masayu Ahmad
Persamaan
Persamaan
- Mempunyai ruang dan pejabat khusus di rumah. Ruang ini mempunyai kelengkapan dan peralatan yang lengkap untuk membantu melancarkan urusan kerja atau bisnes.
- Kebebasan dalam melakukan hobi, minat, pengalaman ditrasnformasikan kepada pilihan kerja atau mengusahakan bisnes.
- Bebas dalam membuat keputusan, jadual kerja yang lebih flesibel.
- Ia boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa
- Ia boleh dijadikan sebagai menjana pendapatan sampingan
- Bisnes internet atau bisnes fizikal boleh sahaja diusahakan oleh individu yang berminat untuk menjana pendapatan
- Wahm menjadi pilihan suri rumah atau wanita yang bekerja dari rumah
- SOHO boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja yang berminat menjana pendapatan dari rumah
- Mempunyai perkaitan dengan bisnes berskala kecil
- Bengkel di tepi rumah, butik pakaian, butik andaman, kedai pakaian kanak-kanak adalah contoh perusahaan yang boleh dijalanan di rumah atau didirikan kedai, bengkel atau apa sahaja perusahaan yang berskala kecil.
Dapatkan Buku Jana RM Dari Rumah, mula rancang soho anda bermula sekarang ;D
Klik di sini untuk memberi:
Subscribe to:
Posts (Atom)