Saturday, December 31, 2011

Trek baru 2012



Sudah menjelma 2012 yang membawa perubahan besar dalam rutin harian saya. Abang Hakim sudah darjah 1, dan dia akan dihantar ke sekolah oleh en.suami. Manakala saya akan uruskan Arif, Aiman dan Arissa. Arif dan Aiman akan ke pasti, saya berpuas hati dengan rutin harian mereka. Arif dan Aiman akan berlajar dalam sesi dan sistem pembelajaran yang sama. Hakim pulang jam 1 akan terus dihantar ke tempat Aiman dan Arif. Jam tiga hingga lima mereka akan berterusan solat zuhur, amali solat, fadhu ain dan belajar mengaji. Jam lima ibu jemput.

Bermula jam 8 pagi hingga 9 saya akan cuba menyiapkan rutin menulis sekurang-kurangnya 10 muka surat setiap hari. Dan selepas itu menyelesaikan tugasan menyiakan iklan untuk pelanggan, sama ada ada temu janji, atau sesi mengambil gambar atau video. Saya akan selesaikan ke semuanya sebelum 4.30 petang. Setengah jam akan memecut menjemput semua anak-anak. Malam hanyalah bersama anak-anak, cuba untuk meluangkan sebaiknya masa berkualiti bersama mereka dan meningkatkan kualiti setipa detik jam yang berlalu. Semoga tahun memberi saya mencapai keberkatan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Amin, amin, amin. Selamat tahun baru 2012 dan salam kasih sayang.

Monday, December 26, 2011

Orang luar membina empayar bisnes di sini

Teksl; www.masayuahmad.com

Semakin saya meneroka dan menyelidik semakin saya terpolong dan otak ligat semula berfikir. Betapa kerja kuat orang-orang seperti Kemboja, Pakistan, Turki yang datang ke sini sehelai sepinggan, kemudiannya membuka empayar bisnes, bergelar jutawan, mempunyai kilang.

Jika kecil-kecil dahulu kita lihat orang-orang kemboja membawa pakaian yang dibungkus dan diikat, diangkut dari rumah ke rumah. Lelaki pakistan sama ada naik basikal atau motorsikal membawa kain dan karpet dan sebagainya. Kini mereka pemilik bisnes, saudagar pelbagai produk, memiliki premis atau butik yang lokasi mahal dan strategik. Bertahun, berbelas atau mungkin berpuluh tahun, hasil penat lelah mereka, sehingga ada gedung karpet, kilang tudung dan sebagainya. Strategi bijak mereka, berkahwin dengan wanita atau lelaki tempatan. Meneruskan generasi dan empayar bisnes. Allahuakbar, mana orang-orang kita, yang kebanyakannya adalah pembeli tegar dan mudah tergoda dengan jualan rambang mata.

Aduhai, mari kita ubah semula keadaan ini. Biarkan bersusah-susah dahulu, dan memastikan anak-anak kita mewarisi walau sekadar bisnes yang beroperasi dari rumah dan menjana pendapatan dengan pelbagai cara. Buka mata sekarang, bukan masa lagi untuk tidur, rehat, rehat dan rehat. Bangkit-bangkit dan berusaha bangsaku. Salam kasih sayang.

Thursday, December 22, 2011

Salam kasih sayang Jumaat yang tenang.

Teks: www.masayuahmad.com

Salam kasih sayang, Jumaat yang tenang. Pagi ini sudah siap menyediakan mee goreng basa dan teh o panas. Saya perlu keluar sebentar kerana ada urusan luar. Kain sudah berlipat, dan fikiran untuk Jumaat, Sabtu & Ahad saya perlu memasuki trek menyelesaikan manuskrip yang perlu dihantar 31 Disember 2011. Chaiyok! Chaiyok! Semalam sudah mendapat tidur lena dan rehat yang cukup. Jadi masanya meneruskan kembara penulisan. Doakan saya diberikan kesihatan maksima. ;D

Saya kongsikan dahulu, serunding mak cik Zaliha yang sedap dan asli.

Wednesday, December 21, 2011

Serunding Zaliha, hanya dari Kota Bharu


Ini kesimpulan awal tentang Cik Siti Wan Kembang

Teks: www.masayuahmad.com

                                                                 Bazar Tok Guru

Alhamdulillah saya semakin serasi dengan rutin baru, anak-anak juga berselang seli dihantar ke taska untuk memberi keserasian kepada mereka. Arissa menolak susu yang diberi dalam botol, dia hanya tunggu saya balik baru minum susu. Jadi Arissa makan dan minum air masak sahaja. Sekiranya ada urusan di luar saya akan memberikan Arissa susu sepuasnya. Pada malam hari juga sepanjang masa mengempeng sahaja dengan saya. Alhamdulillah dia lebih selesa dengan hanya susu saya sahaja, mengeleng-ngeleng dan menolak terus jika disuakan susu lain. Saya perlu menyimpan stok untuk cik mek. Jika ada urusan luar saya pastikan, masanya singkat dan bersegera pulang untuk mendapatkan Arissa.

Selesai juga persiapan sekolah Hakim, tinggal sahaja lagi pendaftaran ke tadika PASTI untuk Arif dan Aiman. Setiap hari dan jika kelapangan saya selalu berkongsi bahawa mulai Januari depan, mereka akan mula belajar dan juga siang hari terus belajar quran. Maksudnya pengisian hari mereka akan penuh, Hakim selepas pulang sekolah akan transit dan belajar mengaji, begitu juga Arif dan Aiman. Apabila pulang ke rumah semua hanya boleh berehat dan meluangkan masa bersama saya dan en.suami sahaja.

Saya cuba meningkatkan kapasiti diri menyelesaikan tugas sehingga jam 4 petang, dan selepas itu cuba untuk memberi tumpuan kepada anak-anak pula. Intensiti pembahagian tugas ini sangat perlu, kerana saya menulis, menyediakan khidmat periklanan dan juga akan datang jual buku secara online. Agihan tugas ini sudah saya kongsikan dalam satu manuskrip saya supermama ideal yang mana sudah berada di tangan editor untuk penilaian kali ke dua selepas saya membuat rombakan besar-besaran. Supermama ideal perkongsian realiti sebenar tentang ibu bekerjaya,suri rumah tangga sepenuh masa, usahawan atau apa sahaja status wanita sibuk yang perlu bijak dalam agihan tugas kerjaya, rumah tangga dan juga imbangan masa. Segalanya ada dalam manuskrip ini. Doakan perjalanan manuskrip ini dipermudahkan akan cepat diterbitkan.

Ebook terbaru masih juga dalam proses penyuntingan 90 peratus, yang mana ebook langkah demi langkah membuka butik online dan offline, saya kongsikan realiti dan juga perkongsian pemilik butik. Doakan saya segera selesai penyuntingan ebook ini dan serahkan kepada pihak penerbit untuk proses seterusnya.

Juga tugasan terbaru yang mencuri masa saya untuk menyiakan 30 kisah Islami untuk kanak-kanak dengan kadar segera. Mohon saya diberi kekuatan untuk melunaskan tanggungjawab yang sudah diberikan. Juga penyelidikan tentang homestay yang mana banyak saya kongsikan di blog www.cuti-cutikelate.blogspot. Ini juga sedang dikumpulkan info dan panduannya.

Kembali kepada tajuk asal tentang negeri Cik Siti Wan Kembang, selepas dua minggu menjalankan kutipan data dan maklumat secara agresif, sukacita saya menyatakan kejakunan saya tentang rakyat negeri ini. Pembangunan yang berselindung dan saya kira rata-ratanya mempunyai bisnes sendiri dan gigih berusaha. Di ceruk kampung tersergam rumah-rumah banglo dan juga jutawan senyap yang memang low profile. Rakyat negeri ini memang diam-diam berisi. Diam-diam gigih berusaha, mempunyai bisnes, dan juga kilang.

Jika di Bukit Bintang ada pavilion, di Kelantan juga akan ada Pavilion Tunjung yang sudah mula pecah tanah. Segalanya sudah ada di sini, juga keunikan makanan dan tradisinya. Inilah membuatkan saya mula menerima hakikat pembangunan di sini dan juga kos sara hidup yang masih rendah. Alhamdulillah atas nikmat tuhan untuk saya menumpang di negeri bertuah ini. Alhamdulillah.

Friday, December 16, 2011

Ambil nafas

Teks; www.masayuahmad.com


Alhamdulillah minda dan fizikal saya sudah bersedia dan dapat menerima perubahan jadual padat bermula bulan ini. Seawal jam 4 atau 4.30 sudah bangkit dan saya akan mula berehat jam 9 malam. Awalnya tidur? Masakan tidak rutin bermula awal pagi dan saya sangat perlu menghadiahkan kepada badan tidur dan rehat dan cukup. Setakat ini segalanya masih terurus dengan bantuan en.suami.

2011 semakin hampir meninggalkan kita dan 2012 sudah mula melambai-lambai. Seperti biasa saya gemar berkongsi dengan kalian apa yang sudah dan belum tercapai. Alhamdulillah sekarang ini, jalan-jalan sudah terbuka luas buat saya untuk mendekati dan menawan puncak. Bukan puncak sebagai keutamaan, tetapi bagaimana mengutip penglaman, onak duri dan ia sangat bererti apabila kita tiba di garisan tamat. Alhamdulillah, trek saya untuk 2011 sudah hampir tamat dan saya kira, trek baru 2012 saya sudah mulakan lebih awal sebulan. Dan sekarang sedang berada dalam momentum yang konsisten. Harapnya saya dapat bertahan dengan momentum baru ini dengan tidak buru-buru terjun sungai, atau sangat lama berehat di tepi jalan.

Salam kasih sayang
www.janawangdirumah.com

Wednesday, December 14, 2011

Daya usaha luar biasa

Teks: www.masayuahmad.com

Semenjak saya mengumpul maklumat bisnes skala kecil, banyak perkara yang membuat saya teruja dan juga menyatakan kesasihan yang selama ini bermain di minda. Negeri Cik Siti Wan Kembang, rakyatnya berdikari dan wanitanya suka berniaga. Ini bukan omongan kosong, ia antara pengisian awal penjelajahan pencarian maklumat saya.

Juga, ramai warga asing yang pandai mengambil peluang, menjadi usahawan berjaya di sini. Bukan sekadar berniaga biasa, tetapi mempunyai kilang. Aduhai saya sungguh terpana, mereka datang sehelai pinggang, kemudiannya mungkin sudah bergelar jutawan. Saya memandang ia dari sisi positif, mereka membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Sisi positif yang lain, kita perlu bersaing dan belajar bahawa, perlu berusaha luar biasa seperti mereka. Mereka datang sehelsai sepinggan boleh berjaya, masakan pula kita yang mempunyai pelbagai kemudahan malas pula berusaha. Orang luar yang membuka kedai, orang tempatan yang membeli belah. Kita tukar semula, orang tempatan membuka kedai orang luar datang melancong dan menabur limpahan wang dalam sektor pelancongan.

Suka saya nyatakan kebanyakan pengusaha bisnes kecil ini berdikari dan berusaha dalam mengembangkan bisnes mereka. Inilah yang uniknya di negeri ini. Ini bukan omong kosong, saya begitu terkesan dengan keadaan ini. Mereka berdikari atas titik peluh sendiri, dan mereka tegar berusaha kerana rezeki adalah daripada Allah s.w.t. Limpahan kenikmatan ini boleh dirasai dengan suasana tenang dan masing-masing melunaskan usaha atas tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Inilah antara kesimpulan awal saya. Masih banyak lagi perkongsian menarik, sudah tentu saya akan bukukan kelak. Ia boleh dijadikan rujukan khusus kepada pengusaha bisnes skala kecil. Doakan agar saya diberi kesihatan yang baik agar pencarian maklumat ini mampu dimanfaatkan kepada kalian, pembaca setia blog ini.

Salam kasih sayang.

Friday, December 9, 2011

Hari yang penuh tenaga

Teks: www.masayuahmad.com

Salam pagi Sabtu bersamaan 10 Disember 2011, sudah lama saya tidak berkongsi catatan harian. Pagi ini bermula jam 4.30 saya sudah bangun melunaskan beberapa kerja dan urusan sambila ditemani Arissa. Juga pagi ini selesai nasi goreng kasih sayang untuk ahli keluarga. Urus pakaian kini sudah diambil tugas suami, memandangkan ada pertambahan tugas yang agak besar juga yang memerlukan saya mengambil ruang masa yang banyak dalam tempoh 24 jam. Jadi saya hanya tukang lipat sahaja. Terima kasih en.suami yang begitu memahami. Sangat banyak membantu saya melunaskan kerja rumah. Apakan tidak saya perlu menguruskan satu keluarga, tiga dewasan dan empat kanak-kanak riang, mengemas rumah dan menguruskan hal-hal lain. Juga keprihatinan mertua yang melihat saya begitu sibuk, jadi memasak kini bergilir. Waktu pagi saya akan berpagi-pagi memasak untuk sarapan dan tengahari. Ini juga sekarang bergilir-gilir. Rasa sangat ringan bebanan yang dipikul, alhamdulillah atas kurniaan Allah yang memberikan saya ahli keluarga yang ringan tulang dan memahami.

Lagi seronok majikan yang begitu fleksibel, ada saya cerita tentang tugasan baru saya menyediakan perkhidmatan periklanan untuk bisnes kecil. Kerja boleh di mana sahaja, hantar tugasan pada bila-bila masa, dan juga kemudahan internet dan lap top secara percuma. Ini juga rezeki sebenarnya buat saya yang datang tanpa disangka-sangka. Juga salah satunya teknik berfikir dalam minda secara separuh sedar, sejak beberapa tahun sudah, ini sudah menjadi satu kenyataan. Ia bukan semudah A, B, C yang kalian bayangkan. Saya juga bertarung dalam pelbagai dugaan dan cabaran kehidupan sebelum impian saya ini menjadi kenyataan. Apa yang penting sekarang minda separuh sedar saya sudah sudah terbayang-bayang studio SOHO idaman saya. Sudah tentu saya akan berkongsi dengan kalian tentang impian saya yang satu ini sejak beberapa tahun sudah. Doakan segala apa yang saya citakan dan usahakan ini menjadi kenyataan. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Kesukaran dan kesabaran itulah yang menjadikan puncak kejayaan itu nikmat yang tiada nilai. Ia sangat bermakna, semakin tinggi puncak didaki, semakit kuat semangat untuk meneruskan perjalanan.

Salam perjuangan, dalam apa sahaja yang kita usahakan, pintalah kepada majikan kita yang sebenar. Gabungkan ia dengan usaha, doa dan tawakkal dan semoga perjuangan mendapat keberkatan di duna dan akhirat. Marikan kita berjuang untuk hari dengan dengan melakukan yang terbaik dalam segala perkara.

Jadual padat bermula Disember 2011

Teks: www.masayuahmad.com

Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang 2011, alhamdulillah semakin banyak pahit manis ditempuh, semakin mematangkan diri dalam melalui asam garam kehidupan.

Bermula Disember selain menulis saya menambah tugasan baru iaitu, menyediakan perkhidmatan periklanan untuk bisnes skala kecil. Saya sebenarnya ada menerima email dan pertanyaan untuk tugasan sebegini sejak tahun lalu.

Kebetulan pula ada peluang saya untuk membuka satu lagi cabang pendapatan dari rumah, jadi ia adalah masa yang sesuai untuk saya. Tugas baru ini juga sebenarnya dua dalam satu, kerana saya sedang mengumpul seberapa banyak kisah sukses bisnes skala kecil. Iklan bisnes kecil akan disiarkan di sebuah directory online, yang mana ia dalam fasa ke dua pengukuhan dan kini sudah mencapai 800 pelanggan. Alhamdulillah setakat ini penerimaa yang positif daripada mereka yang menggunakan perkhidmatan saya. Alhamdulillah.
Juga tentang fasa ke dua kaedah pemasaran menggunakan internet. Ia akan disiarkan di sini ya, saya berikan contoh:

http://www.xpresszoom.com/d-rose-batik-and-textiles-6
Juga, jika tahun ini diizinkan Tuhan, akan tercapailah hasrat untuk memiliki studio, atau bilik SOHO yang saya idam-idamkan sejak beberapa tahun sudah. Doakan impian itu terlaksana. Insya-Allah saya sedang berusaha dengan gigih ke arah impian tersebut.

Juga anak-anak akan mula ke sekolah, Hakim akan darjah 1, Arif dan Aiman akan ke PASTI, Arissa sekiranya saya ada tugasan di luar akan berada di pusat jagaan, iaitu tadika tempat Hakim dahulu. Semoga apa yang dirancang mendapat izin dan keberkatan daripada Allah s.w.t.

Terima kasih juga atas sokongan kalian, pembaca tetap blog ini. Pada saya kalian adalah sumber inspirasi yang menjadilan saya sentiasa berusaha dan melakukan yang terbaik.Insya-Allah.

Salam kasih sayang, dapatkan ebook panduan bekerja dari rumah www.janawangdirumah.com dan  nantikan ebook dan buah tangan terbaru daripada saya. Bila? Kita nantikan sahaja nanti.

Wednesday, December 7, 2011

Jika ke Kelantan, dodol dan serunding jangan dilupa

Teks: www.masayuahmad.com

Pasar Siti Khadijah antara tarikan pengunjung ke Kelantan, saya kongsikan dahulu gambar di bawah sebelum bercerita.

Untuk menjejaki dodol, serunding, keropok, budu sila ke link di bawah:

http://cuti-cutikelate.blogspot.com/#!/2011/12/keropok-serunding-dan-dodol-pilihan.html

Tuesday, December 6, 2011

Malaysia's Online Book Rental Store, http://www.qreazant.com/

Bagi anda yang gemarkan buku, gilakan buku, tidur buku, pautan di bawah adalah destinasi pilihan. Nanti saya kongsikan apa yang menarik di laman web di atas. Tentunya sangat sesuai bagi penggemar buku. Sila singgah di sana ya!

                                                                http://www.qreazant.com/

Monday, December 5, 2011

Kisah nasi kerabu

Teks: www.masayuahmad.com
Sila ke sini untuk entri selanjutnya:

http://cuti-cutikelate.blogspot.com/#!/2011/12/nasi-kerabu-menu-tersohor.html

30 penyertaan sahaja

Saya ada menerima maklumbalas dan pertanyaan untuk pengiklanan dan juga ulasan artikel bisnes.

Saya membuka tawaran kepada 30 peserta sahaja untuk promosi berikut:

Hanya RM300 sahaja
Diskaun 10 %- tamat 31 Disember 2011
12 bulan 

Bisnes/ Promosi
Akan disiarkan di directory online-http://www.xpresszoom.com/
 With more than 200,000 unique page views each month, we’re able to guarantee the best value for your advertising dollar in comparison to mainstream or traditional advertising.

Terbuka kepada semua bisnes skala kecil, butik online, soho, pembekal, pemborong, dll.

Pakej untuk bisnes
1. Promosi berterusan sepanjang tahun melalui jaringan sosial di Facebook, Twitter, Linked in dsb
2. Disiarkan butiran bisnes alamat, nombor telefon, fax, alamat laman web, keterangan bisnes, logo syarikat, 10 gambar,

Percuma
1.1 video youtube
2. peta google- Bakal pelanggan dari dalam dan luar negara boleh menjejaki bisnes anda

Keistimewaan lain
1. Ulasan bisnes di blog
2. Temuramah bisnes dan akan dimasukkan di dalam salah satu ebook dan buku saya, antara pengusaha bisnes yang pernah disiarkan di dalam buku saya ialah Zubaidah, Ely Suhaili, Wan Anie, Kak Chik. Saya sedang mengumpulkan pengalaman bisnes skala kecil untuk salah satu buku saya.

Contoh testimoni: Umie Sate
2010- 100,000 sate (musim raya)
2011- 400,000 sate (musim raya)

http://www.xpresszoom.com/ummi-satay-3

Hubungi saya untuk maklumat lanjut: masayu2010@gmail.com

Sunday, December 4, 2011

Uniknya Kelantan

Teks: www.masayuahmad.com


Assalamualaikum w.b.t salam kasih sayang, alhamdulillah salam maal hijrah 1433, dan tinggal lagi tiga minggu untuk kita menjengah tahun baru 2012. Alhamdulillah catatan diari 2011, boleh diambil iktibar untuk kembara 2012.

Saya sudah sedia untuk warna warni 2012, bagaimana pula anda? Untuk tahun baru saya akan berkongsi satu lagi panduan, iaitu tentang uniknya Kelanta. Iaitu panduan bagaimana anda mahu mencari tempat penginapan, tempat beli belah, kuih muih tradisional Kelantan, bukan sekadar di Kota Bharu, tetapi di semua tanah jajahan di Kelantan. Ia adalah suatu yang mengujakan saya dan sudah tentunya kalian untuk cuti-cuti di Kelantan.

Juga, bagi bakal surirumah yang ingin menjana pendapatan secara sambilan, ada sesuatu untuk kalian yang sedang saya usahakan.

Perkembangan buku dan ebook, tahun ini kpi adalah satu ebook dan satu buku, manuskrip buku sudah diserahkan kepada penerbit dan ebook dalam proses suntingan akhir.

Selamat datang tahun baru yang memberikan satu semangat baru buat saya dan keluarga. Insya-Allah saya sebarkan aura yang sama untuk kalian, pembaca setia masayuahmad.com, masayuahmad.blogspot dan juga naufalsayang.blogspot.com.

Salam kasih sayang, jom bersama saya melangkah gagah menyambut kedatangan tahun baru Islam dan juga Masihi.

Bagi yang belum mendapatkan panduan asas bekerja dari rumah terus dapatkan ebook panduan bekerja dari rumah tidak kira jika kalian mahu menjana pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Dapatkan ebook ini www.janawangdirumah.com.

Sunday, November 20, 2011

Apa cerita?

Teks: www.masayuahmad.com

Jam sudah ke angka sepuluh malam, hujan sudah menderu-deru menyimbah tanah. Terasa aura sejuk sudah menyelubungi. Bulan sudah menginjak ke hujung tahun, bagi kami di Pantai Timur musim tengkujuh sudah tiba. Kain-kain di jemuran sukar untuk kering. Jika hujan berlarutan dua tiga hari, makanya kain mula menimbun. Apabila satu hari matahari menyerlahkan diri, maka surirumah lah orang paling sibuk. Ulang alik menjemur pakaian, agar satu hari yang panas dimanfaatkan sepenuhnya.

Lama saya tidak bicara di sini, apabila melihat laporan trafik di email, angka yang datang ke sini paling mencecah juga ratusan pelawat. Rasa kurang senang pula melihat blog kaku tanpa entri baru. Terima kasih yang sentiasa sudi menjengah di sini. Saya di sini alhamdulillah hampir selesai menyudahkan sebuah buku dan sebuah ebook.

Esok sudah mahu menghantar manuskrip yang saya rendam, karang dan gigih menyusun semula. Manuskrip buku sudah 98% dan ebook juga 98%, hanya sedikit lagi sentuhan sebelum hanyat ke penerbit.

Bulan depan, 7.12 Arissa genap sudah 1 tahun, 20.10 yang lepas juga genap saya 32 tahun. Jika umur saya sampai 60 tahun, hanya berbaki tidak sampai 30 hayat. Itupun jika masih panjang usia, sedangkan ilmu dan amal masih compang camping sana sini.

Ada matlamat yang sudah tercapai, ada juga beberapa yang masih belum. Saya panjangkan ia ke 2012, namun masa yang berbaki akan saya saya kerjakan juga dengan gigih. Sebagai isteri, ibu dan anak, pekerja (kepada Allah dan bekerja sendiri), banyaknya yang menuntut kiri dan kanan. Saya perlu perbetulkan semula niat, walaupun kadang kala bisikan halus suka menerjah cuping telinga. Apabila kepenatan mula berganda, cepat-cepat saya istigfar dan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Namapun manusia, tidak lari dari sebarang kekurangan. Mahu anak perempuan, Allah bagi, comel, sihat dan tidak meragam pula, bersyukurlah saya. Mahu pulang ke kampung halaman, Allah izinkan jua, maka gunakan lah nikmat masa bersama tiga warga emas ini, sebaiknya, Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.

Terpejam mata sebentar melihat jadual tahun hadapan yang agak padat dan semakin padat. Juga saya menambah 1 amanah baru, untuk mempercepatkan saya sampai ke destinasi Y. Doakan agar saya sukses. Hakim sudah lena tidur, Arif dan Aiman masih bermain-main di belakang. Arissa sudah nyenyak dalam buai didodoikan mok.

Selamat datang 2012 yang penuh harapan, semoga saya dapat sempurnakan tugasan 2011, dengan berbaki tidak lebih dua bulan lagi.
Terima kasih pembeli ebook www.janawangdirumah.com, bagi yang mahu buat persediaan bekerja dari rumah tidak kira sepenuh masa, atau sambilan bolehlah mendapatkan ebook ini. Insya-Allah ebook ke dua adalah kesinambungan untuk informasi bekerja dari rumah seterusnya.

Salam kasih sayang

Thursday, November 10, 2011

musim hujan sudah bermula

Teks: www.masayuahmad.com

Musim hujan sudah bermula sejak beberapa minggu sudah. Tetapi pada Hari Raya Aidil Adha, cuaca sangat elok, hingga ke hari ini. Jadi kain di jemuran sudah banyak yang kering.


Alhamdulillah kemeriahan AidilAdha di sini seperti biasa, ia masih meriah walau semakin kurang taringnya. Pada raya pertama, usai solat raya Hakim dan Arif berbonceng motorsikal bersama en.suami ke tempat korban.

Sangat seronok dua beradik ini dapat melihat suasana atau acara mengorbankan lembu, juga dapat bermain tepi air tali air, yang sungguh segar lintah yang meliuk-liuk di dalam air. Tetapi apa Hakim kisah, seronok dapat lihat lembu, seronok bermain dan selepas pulang ke rumah usai mandi, dua-duanya tertidur keletihan.

Saya, usai solat subuh, ketang ketung di dapur menyiapkan menu nasi ayam. Semalam sudah siap beldo santan atau agar-agar santan. Sudah kering idea mahu buat apa dan pada masa yang sama sudah bercampur 'mood malas memasak' hehe, bertuah punya menantu.

Petang usai sudah menyiapkan dan membersihkan daging korban, berkemas-kemas untuk balik ke rumah tok ayah. Disebabkan hujan lebat, kami bertolak lambat. Sudah magrib dan malam sudah menjelma barulah sampai ke pintu rumah.

Esoknya saya menyiapkan sup tulang lembut, daging goreng kunyit. Dalam minggu ini dalam peti ais masih banyak stok daging. Inilah seronoknya berada di Kelantan. Teringat tahun lepas, saya sungguh kempunan kerana meraikan di Kuala Lumpur, secebis daging pun tidak merasa. Kerana terlalu mahu makan, jadi beli sahaja di tepi jalan.

Friday, October 14, 2011

Datang dan pergi

Kanak-kanak riang pembakar semangat ibu

Salam kasih sayang buat pembaca budiman, lama sungguh saya tidak mengemas kini blog, yang ini dan juga yang satu lagi. Alhamdullillah atas segala nikmat dan rezeki. Saya masih di sini, berjuang melunaskan manuskrip ini. Saya cuba mendaki dan mendaki, jika ada yang tersekat, saya ambil nafas sekejap. Manuskrip ini agak lebam juga saya kerjakan. Ambil masa yang agak lama juga. Saya buat rombakan yang besar juga. Moganya ia akan siap pada bulan ini juga, walau apa cara sekalipun.

Saya ingin memetik sati artikel peransang daripada buku Berfikir Gaya Trump tulisan Nazri Kadir

Kegagalan adalah pelajaran

Pada satu ketika, dua orang pembantu Thomas Edison datang menghampiri beliau dan berkata dengan nada kecewa,"Kami baru sahaja gagal dalam uji kami yang ke 700. Kami telah gagal."

Thomas Edison memandang mereka dan sambil tersenyum berkata,"Tidak sahabat-sahabatku. Kamu belum gagal."

Mereka berdua kehairanan dan bertanya kenapa. Jawab Thomas Edison, "Sebenarnya, kita telah berjaya kerana kita lebih mengetahui mengenai perkara ini lebih daripada sesiapa pun di dunia ketika ini."

Lebih pentingnya kita semakin hampir kepada jawapannya kerana kita tahu 700 perkara yang tidak harus kita lakukan. Ia bukan kerana satu kegagalan tetapi adalah satu pelajaran.

Ini adalah cara Thomas Edison melihat kegagalan. Walaupun beliau tidak menghabiskan persekolahannya tetapi setiap yang dilaluinya dianggap sebagai satu pelajaran.

Thursday, October 6, 2011

Tips supermak di pagi cuti ;D

Tipa supermak di pagi cuti


Alhamdulillah hampir selesai semua, bermula pecutan jam 7, saya sudah masak nasi dan sambal ikan bilisi. Siap! Ia sarapan mudah. Disebabkan semalam sudah kemas meja dan sinki juga kosong, jadi mudah saya untuk mengejar yang lain, lipat kain dua bakul, siap!

Arissa sudah merengek-rengek, jadi susukan dulu. Kemudian sambung menyapu rumah. Ambil Arissa dan mandikan, sudah harum wangi. Terima kasih en.suami keran sudah menyuapkan Arissa. Saya pecut jemur dua cadar dan kemudian masukkan timbunan pakaian dewasan yang sudah dikumpul dalam mesin basuh, siap! Masanya saya menikmati sarapan pagi. Alhamdulillah.

Terima kasih mertua kerana hari ini saya tak perlu ke pasar pagi. Mertua nampak sudah semakin sihat, Alhamdulillah. Jadinya saya tak perlu lagi ke pasar pagi hari Jumaat. Saatnya saya kembali ke meja kerja mahu mengumpul bahan untuk ebook. Terima kasih ma.

Panduan menjaga ibu bapa yang uzur

Apabila kita mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah, sudah tentu untuk menjaga keluarga terutama anak-anak yang masih kecil dan sedang membesar. Satu lagi tanggungjawab kadangkala ramai antara kita tidak ambil peduli, ibu bapa juga antara keutamaan yang perlu diambil perhatian.

Saya terkesima sekejap dalam perbualan dua beranak. Ibu adalah ibu tunggal, manakala anaknya sudah bersuami dan mempunyai dua orang anak.

Kata si ibu.

“Kalau aku dah tua nanti, hantar sahaja ke rumah orang tua,” dia berpesan pada anaknya.

“ Alahai ma, takkan sampai hati nak hantar ma ke sana, saya akan jaga ma.”
1. Selalunya ibu atau ayah tidak akan berpesan siapa yang patut jaga mereka. Maka anak-anak pandai-pandailah berbincang bagaimana caranya untuk menjaga orang tua sebaik-baiknya.

2. Ibu bapa tiak akan sesekali membuat permintaan. Jarang sekali ibu bapa yang membuat permintaan mahu tinggal di sini, dengan siapa, makan apa. Mereka suda berusia, sudah banyak pengalaman dan sudah banyak asam garam kehidupan. Jadi, untuk kita yang sudah dewasa yang punya akal fikiran sangat perlu untuk faham situasi dan kehendak mereka. Walaupun mereka tidak menyatakan, tetapi pandai-pandai untuk menepati apa yang dikendaki.

Lebih banyak tips selepas ini;D

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Wednesday, October 5, 2011

Tambah pendapatan pasif melalui affiliate

Saya akan lebih banyak menghasilkan ebook, sekarang sedang pulun dua lagi ebook. Sudah semestinya akan diterbitkan di www.klikjer.com. Bagaimana saya boleh membantu kalian menambah pendapatan secara pasif. Jadi daftar sahaja di www.klikjer.com, pendaftaran adalah percuma sahaja.

 Lima sebab mengapa anda perlu menyertai program affiliate ini:
  1. Affiliate Berpusat!

    Kami menggunakan konsep sistem affiliate berpusat. Bermaksud, anda hanya perlu mendaftar sekali sahaja, kemudian, anda boleh promosikan berpuluh-puluh produk yang berkualiti. Tiada perlu lagi untuk mendaftar berulang-ulangkali setiap kali anda ingin mempromosikan sesuatu produk sebagai affiliate.
  2. Komisyen Sehingga 40% Dari Hasil Jualan

    Setiap jualan yang terhasil dari link affiliate anda, komisyen sehingga 40% akan diberikan kepada anda.
  3. Pendaftaran Keahlian Percuma!

    Tiada sebarang yuran dikenakan, malahan, anda juga tidak diwajibkan untuk membeli semua produk yang ingin anda promosikan.
  4. Alat Pemasaran Disediakan!

    Setiap produk disertakan juga dengan bahan-bahan promosi yang menarikseperti banner, teks iklan dan sebagainya.
  5. Tiada Had Minimum Untuk Bayaran Keluar!

    Ya! Tiada had minimum untuk membolehkan anda menerima komisyen anda. Komisyen anda akan dikreditkan terus ke akaun anda secara automatik pada setiap bulan. Pastikan maklumat perbankan anda adalah tepat!

    Jadi, apa tunggu lagi, daftarlah sekarang.
    http://www.klikjer.com/affiliate.html

Salam ceria hari Khamis

Teks: www.masayuahmad.com

Salam ceria pagi Khamis. Pagi ni sarapan nasi goreng kampung merah. Apa yang merah? Merahnya kerana guna cili kering. Mudah sahaja kerana bawang kisar sudah ada dalam peti ais. Jadi masak nasi, panas minyak, masuk bahan kisar, ikan bilis, masukkan nasi putih, kemudian sayur. Hidangan bersama teh o panas.

Suasana pagi tetap nyaman seperti biasa, usai menyiapkan sarapan, bersegera menyidai pakaian di ampaian. Macam biasa juga saya ditemani keliling pokok-pokok menghijau. Sekarang sudah musim buah, manggis sudah banyak yang masak ranum, tetapi rambutan  belum masak, hanya nampak putik buah yang mula bergayut sana sini.

Selesai menyidai kain, saya seperti biasa bersarapan sambil menyuapkan Arissa. Anak dara ini memang bangun pagi menyusu, kemudian dimandikan. Sekarang Arissa sudah wangi, ada di belakang ibu, menyatakan.

"Baa, baa, baa, baaa," membebel seorang diri-maksudnya buatlah ibu kerja, Arissa sudah kenyang sekarang mahu bermain.

Anak dara sudah menangis, nanti saya sambung lagi, ada entri motivasi pagi ini. Saya mahu berundur sekejap ;D

Salam kasih sayang
www.janawangdirumah.com

Tenggelam timbul

Teks: www.masayuahmad.com

Assalamualaikum w.b.t

Cuaca agak mendung petang ini, jam sekarang 4.15, berkumandang azan menandakan sudah masuk solat Asar.
Sudah lama juga tidak bersiaran di sini Memencilkan diri buat seketika, bertarung menyelesaikan tugasan, juga rutin harian yang tidak jemu-jemu datang bertandang.
Terima kasih pembaca budiman yang sudi datang bertandang. Banyak betul yang saya mahu kongsikan. Apapun doakan apa yang sedang saya usahakan sukses.
Lagi lebih kurang 12 minggu akan menjengah tahun 2012. Hakim mula bersekolah. Nampaknya saya perlu terus laju mengejar masa. Motivasi agak mendatar tetapi kemahuan untuk melihat apa yang sudah saya rancang sentiasa mengebu-gebu. Setiap kali motivasi agak merudum saya kembali menyelak halaman-halaman yang tertera artikel yang mampu membangkitkan semangat.
Di dalam loyang masih berbaki separuh kuih bingka kukus yang saya masak pagi tadi. Hari pertama buat, jemaah kanak-kanak riang sekejap sahaja kuih itu lenyap. Selang hari saya buat lagi, dan selang dua hari iaitu hari ini saya buat lagi. Nampaknya sudah kurang mendapat sambutan, hanya Arif sahaja yang masih enak menikmati kuih ibu. Mungkin sudah bosan agaknya, Hakim dan Aiman sudah jemu. Nampaknya perlu masak kuih lain, kek coklat kukus atau kek pisang kukus. Anak-anak pun mudah jemu kalau disua perkara yang sama, inikan pula saya. Perlukan suasana baru yang lebih segar untuk memulihkan kembali momentum. Ada satu manuskrip di tangan  yang agak lama saya peram, ia perlu ubah suai semula, sudah separuh iaitu kini sudah 10 bab, saya perlu bertahan dengan separuh lagi untuk menyerahkan kembali kepada editor.

Salam kasih sayang
www.janawangdirumah.com

Tuesday, September 20, 2011

Mitos tentang berkerja dari rumah

Teks: http://www.masayuahmad.com/


Perlu ada modal baru boleh mula bisnes

- Ramai yang mengambil andaian, kalau ada modal bersumberkan pinjaman barulah boleh mula bisnes. Modal pinjaman ada risiko sekiranya bisnes anda gagal dan anda menanggung hutang selain perlu bertarung untuk memastikan bisnes terus bertahan

- Jalan paling selamat menggunakan modal minima bersumberkan simpanan sendiri

- Cara lain dengan membeli emas dan jadikan ia sebagai salah satu sumber modal, maksudnya anda berhutang pada diri sendiri. Contohnya anda membuat simpanan RM1000 sebulan selama 10 bulan dan beli emas bernilai RM10,000. Emas tersebut boleh digadai untuk mendapatkan berada nilai modal yang ingin digunalam dan anda boleh mendapatkannya semula selepas hutang selesai. Emas dapat modal juga dapat. Ini contoh mudah kebanyakan usahawan wanita Kelantan mempraktikkannya.

Kerja sendiri fleksibel dan lebih masa rehat

- Pada tiga tahun pertama anda tidak boleh ambil mudah dan menggunakan sesuka kemuduhan masa fleksibel.

- Sebaliknya jadikan ia sebagai tahun-tahun awal kerja keras agar usaha sukses untuk memastikan bisnes berkembang

Perlu berhenti kerja dahulu baru boleh tumpu bisnes

- Ramai yang mempunyai persepsi tidak boleh menguruskan kerja dalam dua perkara. Jadi mengambil keputusan meletakkan jawatan dan mahu menumpukan sepenuh masa kepada kerja sendiri atau bisnes.

- Jalan paling selamat ialah lakukan secara sambilan terlebih dahulu, sudah ada pulangan hasil barulah meletak jawatan.

Redup dan mendung

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Alhamdulillah cuaca hari ini sangat tenang, redup dan dan nyaman. Semalam hujan, jadi masih ada titis air hujan yang melekat di daun dan pokok-pokok. Berpagi-pagi mengejutkan Hakim solat subuh, selepas itu terus ke dapur menjerang air dan goreng bihun. Iutu menu untuk hari ini.

Waktu yang paling saya suka menulis ialah sekitar jam 6, 7, 8 pagi dan juga pada petang hari 5,6,7. Ia adalah masa yang santai, pagi hari kerana anak-anak masih nyenyak kecuali Hakim dan Arissa, petang hari selepas selesai semua urusan rumah tangga barulah boleh melihat jadual kerja semula.

Sekarang ini saya bertarung dengan masa, bertarung untuk menyelesaikan susunan tugas. Juga cabarannya menyediakan menu utama tiga kali sehari tanpa gagal. Sudah tidak ada giliran kerana mertua sudah tidak boleh bergerak aktif sangat atas keuzurannya. Saya dengan penuh tanggungjawab perlu melakukannya.

Tip penjagaan warga emas
- Selalu bertanya khabar sekiranya anda berada jauh dari ke dua orang tua
-Berusaha dan merancang apa yang boleh dilakukan untuk menjaga kebajikan semasa mereka sudah tidak mampu dari segi kudrat
- Sekiranya mempunyai bajet lebih boleh mengupah pembantu khusus untuk menjaga orang tua dan pada masa yang sama anda boleh memantau
- Jika tinggal bersama, peka apa jenis sakit yang dialami, penyakit moden sekarang seperti buah pinggang, kencing manis, sakit lutut dan sebagainya
- Kenalpasti jenis masakan yang disukai, bukannya memasak mengikut selera anda
-Peka dan tahu apa yang diperlukan mereka, kebanyakkan meraka sunyi, suasana ceria anak-anak kecil membantu mengisi kesunyian datuk dan nenek

Saya sudah bekerja dari rumah, kalian bila lagi, buat persediaan dari sekarang http://www.janawangdirumah.com/.

Salam kasih sayang

Monday, September 19, 2011

Warga emas sunyi, adakah ibu bapa kita salah seorang daripada mereka?

Teks: www.masayuahmad.com

Salam kasih sayang, lama sudah saya tidak berkongsi apa-apa panduan kali ini. Ketika sebulan Ramadhan Allah telah memberi kelapangan masa untuk saya. Usai Ramadhan saya bertarung untuk menggunakan masa sebaiknya. Ada beberapa urus rumah tangga yang perlu saya selesaikan sebelum mengimbangi dengan kerja-kerja penulisan.

Ada entri sebelum ada beberapa perkara yang perlu anda tangani jika bekerja dari rumah, antaranya ialah urus rumah tangga, urus anak-anak, dan urus karier atau bisnes. Ok satu lagi perkara yang jarang saya kongsikan ialah bagaiman mengurus warga emas. Sangat penting apabila kita bekerja dari rumah, menjaga kebajikan orang tua adalah satu lagi isu penting yang perlu diambil perhatian.

Sudah tentu kalian ada terbaca di berita harian baru-baru ini, tentang berikut:

Sindrom ‘Empty Nest’ sedih berjauhan daripada anak meningkat

KUALA LUMPUR: Kira-kira 23 peratus atau 538,000 daripada 2.4 juta warga emas di negara ini mengalami sindrom ‘Empty Nest’ iaitu rasa kesunyian dan sedih akibat tinggal bersendirian di kawasan luar bandar dan berjauhan daripada anak-anak.
Perak mencatatkan jumlah kes sedemikian yang paling tinggi membabitkan 68,437 orang, diikuti Johor 68,087 dan Sarawak 62,804.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Anjli Doshi-Gandhi, berkata peningkatan kes sindrom ‘Empty Nest’ perlu diberi perhatian kerana ia juga dikenal pasti punca kepada masalah mental dan tekanan yang kebiasaannya melanda warga emas wanita.

“Sindrom ini terjadi apabila anak-anak berhijrah ke tempat yang lebih membangun sama ada untuk mencari pekerjaan selari dengan kepesatan ekonomi, melanjutkan pelajaran ataupun sudah berkahwin.

“Justeru, ibu bapa rasa kekosongan, rasa seperti tidak diperlukan sehingga mendorong mereka mengalami kesan sampingan seperti kemurungan dengan kajian menunjukkan 41.2 peratus daripada mereka mengalami gangguan kepada kesihatan fizikal dan mental,” katanya kepada Berita Harian.

Dr Anjli berkata, penemuan itu adalah berdasarkan hasil Kajian Penduduk Keluarga Malaysia (KPKM) kali ke-4 oleh LPPKN serta dipadankan dengan hasil Banci Penduduk dan Perumahan 2010.
Kajian itu membabitkan 18,875 rumah dengan menemubual 11,401 penghuni, termasuk 1,081 warga emas.

Bagi membendung sindrom ini, katanya, LPPKN menganjurkan pelbagai program nilai kekeluargaan di bawah Dasar Keluarga Negara (DKN) dan Pelan Tindakan DKN yang diluluskan kerajaan Disember tahun lalu.

“Ia termasuk dengan menambah Pusat Anjung Interaksi Rekreasi Intervensi dan Sokongan (AIRIS) sebagai tempat kaunseling, terapi dan sokongan psikososial kepada keluarga dan komuniti setempat di Bertam, Pulau Pinang, tahun ini,” katanya.

Pusat AIRIS pertama dibina di Selayang, Selangor dan Seremban 2, Negeri Sembilan bagi keluarga dan warga emas menghabiskan masa mereka dengan menyertai pelbagai program komuniti yang disediakan di situ.

“Melalui program itu, kita mengajar warga emas cara hidup yang aktif, amalkan pemikiran positif, memenuhi masa mereka dengan aktiviti kemasyarakatan, bercampur dengan jiran tetangga dan banyakkan beribadah.

“Kita juga memberi kaunseling kepada mereka bahawa kitaran hidup seperti ini di mana ibu bapa warga emas ditinggalkan sendiri kerana anak mempunyai kehidupan masing-masing adalah perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan dan harus bersedia untuk menghadapinya,“ katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan anak-anak supaya tidak lepas tangan mengenai sindrom itu dengan turut memainkan peranan meluangkan masa untuk ibu bapa supaya mereka rasa lebih dihargai.

“Anak-anak seharusnya mengambil peluang dan masa selagi ibu bapa mereka masih hidup dengan menjaga ataupun pulang ke kampung untuk meluangkan masa bersama mereka,” katanya.

Kajian itu juga mendapati kira-kira 55 peratus daripada warga emas terbabit menyatakan rasa tidak kisah jika ditempatkan ke Pusat Jagaan Orang Tua untuk mengisi masa lapang mereka.

Friday, September 16, 2011

Alhamdulillah,

Teks: http://www.masayuahmad.com/


Assalamualaikum w.b.t, terima kasih wan ani kerana bertanya khabar, lama sungguh saya menyepi, sejak beberapa hari sebelum syawal sehinggalah ke hari ini. barulah dapat bersua di sini.
 Syawal kali saya kali pertama saya beraya belah mertua dengan semua ipar duai ada di sini.

Kemeriahan terasa dan betapa gembiranya mertua dengan kehadiran anak cucu. Malam syawal mertua sudah kurang sihat dan pagi syawal tidak dapat ke masjid, hanya berada di rumah sahaja. Kesihatannya kurang mengizinkan sehingga hari ini.

Kebetulan pula talian internet terputus disebabkan 'gigih' kanak-kanak riang menggunakan komputer sehingga tercabut dan talian internet saya 'sudah tiada hayat'. Dengan kata lain 'saya rehatkan sebentar talian internet', selain menumpukan kepada urusan rumahtangga dan tanggungjawab sekarang dan juga saya menumpukan menyelesaikan beberapa manuskrip. Ada satu manuskrip memerlukan saya memberi tumpuan dan membuat sedikit rombakan.

Saya perlu bersabar dengan keadaan sekarang, dan bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan. Pelbagai jalan diberikan agar saya berusaha, dan saya perlu bijak menggunakan masa yang ada. Selain kudrat yang ada ini untuk memberi yang terbaik buat mertua.

Terima kasih kepada pembeli ebook http://www.janawangdirumah.com/, juga pembeli buku Jana RM Dari Rumah, alhamdulillah saya sudah mula menuai hasil berdikit-dikit. Terima kasih sekali lagi. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberi bakat dalam penulisan dan ia memberi satu loncatan saya berada di rumah dan dapat membantu keperluan orang tua yang semakin uzur.

Seminggu sudah cukup meragut hati dan perasaan, jadi sementara nyawa dikandung badan, semoga Allah makbulkan segala doa dan usaha. Banyak yang inin dikongsikan, mungkin saya saya akan jarang bersiaran apabila 'tugas saya selesai' saya akan kembali ke sini.

Juga akan mencuba talian internet yang lebih laju dan berkuasa kuda, saya perlu berlari dan berpindah ke satu lagi fasa. Fasa ke dua saya bekerja dari rumah. Hanya sedikit sahaja lagi, juga Disember 2011 sudah tidak lama lagi akan mejengah, saya sedang memecut dengan kelajuan selaju yang boleh. Pada masa yang sama, banyak persinggahan kiri dan kanan yang memerlukan saya berhenti seketika, menarik nafas dan melunaskan beberapa perkara.

Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke sini, saya juga tidak sabar untuk mengumumkan apa perkembangan seterusnya.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan akan pulang, Syawal melambai-lambai

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita, hari ini sudah hari ke 26. Terasa baru sahaja bersahur, berbuka, bersahur, berbuka, kini sudah sampai ke penghujung. Moga Ramadhan kali ini banyak memberi kita peluang untuk berubah, bukan sekadar lapar, dahaga, tetapi pengisian yang lebih bermakna.

Bagi perantau yang akan pulang ke kampung, sudah tentu tidak sabar untuk sampai ke destinasi masing-masing. Cuaca sangat molek pagi ini, petang semalam guruh dan hujan. Pagi ini cuaca segar bugar, bunyi cengkerik menyapa. Laluan utama depan rumah masih berselang seli dengan kenderaan. Agaknya petang nanti akan bersusun-susunlah kenderaan yang akan sampai. Laluan jalan utama Kuala Kra-Kota Bharu adalah jalan yang digunakan oleh perantau dari Kuala Lumpur, Utara dan beberapa laluan utama lagi.

Selalunya menjelang musim perayaan begini, jalan akan sesak dengan kenderaan. Juga ramai nanti yang akan mengambil kesempatan ini untuk mengadakan kenduri kahwin, pertunangan dan sebagainya. Raya tahun ini meriah dalam kesederhanaan. Lebih bermakna kerana masih ada orang tua untuk dirai bersama.

Keadaan mereka nampaknya semakin uzur, namun alhamdulillah masih mampu menghabiskan puasa untuk tahun ini. Semoga orang-orang disekelilingi saya, dirahmati Allah diberi keberkatan dalam kehidupan.

Saya seperti biasa, masih dalam mood mahu mengejar KPI, semangat sekarang sedang turun naik. Ketika motivasi agak merudum saya keluarkan buku-buku motivasi untuk menghangatkan kembali aura luar dan dalam agar bangkit semula. Saya suka apabila berada dalam situas terus-menerus bersemangat menyiapkan kerja.

Fokus saya kini menyiapkan penulisan, tidak mahu memikirkan hal-hal lain. Kerana saya tidak perlu lagi sibuk-sibuk berkemas beg untuk pulang ke kampung, kan sudah berada di kampung. Tidak pelu sibuk-sibuk mengemas rumah, kerana hampir selesai mengemasnya. ;D. Saya perly fokus untuk menyelesaikan dan habiskan senarai kerja sebeluma penutup 31 Disember 2011. Insya-Allah.

Bagi yang belum memiliki buku Jana Rm Dari Rumah, di tangan saya sudah kehabisan stok, tetapi boleh teruskan pembelian di Karangkraf Mall, klik di sini untuk beli

http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581

Manakala ebook panduan bekerja di rumah untuk wanita klik di sini http://www.janawangdirumah.com/

Salam kasih sayang

Tuesday, August 23, 2011

Semangat, semangat, di mana kau semangat?

Teks; http://www.masayuahmad.com/

Semangat baru


Agak lama juga saya memandang sepi dengan susunan tugas ‘penulisan’ ada manuskrip yang perlu dicantik dan disolek semula. Ada beberapa manuskrip yang perlu disiapkan, juga beberapa manuskrip di tangan editor, juga beberapa bungkusan buku yang perlu dibungkus dan dipos.

Ada buku Jana RM Dari Rumah yang dihantar hari ini esok sampai, terkejut saya, walhal buku itu dihantar ke alamat di Melaka. Ada yang mengambil masa, dua hari, tiga hari, lima hari. Bergantung kepada lokasi alamat pembeli. Saya mengucapkan terima kasih kepada yang sudi membeli terus dari saya. Stok sudah habis di tangan saya, jika kalian mahu beli buku Jana RM Dari Rumah terus membuat pembelian melalui Karangkraf Mall dan juga pautan dan saluran yang saya sertakan di atas.

Masa saya berbaki 4 bulan 4 hari untuk menyelesaikan manuskrip dan KPI saya untuk tahun 2011. Adakah saya sempat, apa pun Masayu Ahmad mahu tarik nafas dan bersedia untuk memasuki trek semula. Biar perlahan namun konsisten. Mana buku tak nampak-nampak? Insya-Allah perlu sabar, saya perlu menyiapkan suntingan manuskrip sebagaimana diarahkan editor. Baca, ulang, baca, ulang, sunting, sunting, sunting sampai puas hati.

Beberapa manuskrip yang sedang ditulis saya perlu kerjakan. Dua minggu ini ‘mood saya melayang jauh’, saya bagi sahaja anak-anak menggunakan komputer kerja. Kalau ibu dah mula terpacak di depan komputer makanya mereka tidak boleh lagi berjimba-jimba seperti sekarang. Saya alihkan kepada melayan si comel Arissa yang kini sudah lapan bulan menyudahkan aktiviti lain. Juga mengemas rumah mertua, saya seakan sudah jadi tuan rumah pula. Perlu kemaskan bilik-bilik, sementara ipar duai yang akan pulang. Projek X saya masih keutamaan, kalau tidak hujung tahun ini, mungkin awal tahun depan, saya masih mengemas kini perancangan sedia ada. Insya-Allah.

Saya kini sedang menyiapkan juga buku panduan yang berkait kesihatan dan kecantikan. Nantikan ya, ia adalah ebook, yang akan diterbitkan www.klikjer.com. Saya suka menerbitkan ebook di sini. Apabila melihat wang masuk terus ke akaun, ia adalah satu terapi dan semangat. Tidak dapat tidak wang adalah salah satu sumber motivasi yang berkesan. Kalian setuju atau tidak? Sudah tentu perlu setuju. Walaupun sumber motivasi yang lain juga perlu ditingkatkan setiap hari seperti amalan keagamaan, kisah inspirasi kejayaan, carilah sumber inspirasi yang boleh member momentum kepada diri.

Raya tahun 2011

Raya tahun ini saya mahu berserdahan sahaja, tetapi sudah berjanji dengan kakak ipar mahu buat ketupat. Ketupat kelantan rasanya lemak dan manis, kerana adunan santan, gula. Jika mahu sedap lagi masukkan serunding daging.

Raya tahun ini saya tidak seperti selalu, perlu bersipa beg besar kerana balik kampung. Tidak lagi perlu menempuhi jalan raya berbelas-belas jam. Memilih mahu beraya di mana. Kini ulang alik sahaja rumah ayah dan rumah mertua.

Pada kesempatan ini saya mahu titipkan ribuan terima kasih kepada pembaca budiman yang tidak jemu berkunjung ke sini. Kadangkala kalian meninggalkan komen, tetapi saya pula tidak sempat membalasnya. Namun saya saya sangat menghargai setiap mesej yang ditinggalkan di sini. Terima kasih sekali lagi. Juga pembaca senyap yang malu-malu meninggalkan jejak. Terima kasih juga buat pembeli ebook http://www.janawangdirumah.com/ , terima kasih kerana jualan ebook ini konsisten setiap bulan. Insya-Allah saya akan membuat penambah baikan terhadap ebook seterusnya juga ebook dan buku sedia ada.

Berhati-hati pulang ke kampung dan maaf zahir batin dari saya, andai kata ada penulisan saya yang secara sedar atau tidak mengundang rasa tidak puas hati.

Salam kasih sayang

Bagi yang belum mendapatkan panduan bekerja di rumah untuk wanita sila dapatkannya di sini http://www.janawangdirumah.com/ . Ebook ini bukan sekadar panduan, malah disertakan testimoni iaitu mereka yang sudah sukses bekerja dari rumah, secara sambilan dan juga sepenuh masa. Juga ada senarai contoh bisnes disertakan.



Monday, August 15, 2011

Bisnes kanak-kanak

Teks: http://www.masayuahmad.com/


Saya cukup seronok apabila setiap hari apabila balik dari tadika, Hakim akan buka kedai. Kedai buku, kedai runcit dan kedai makan.

Habis semua buku disusun-susun dan di mula menjual. Ada juga situasi, diselongkar satu kotak yang ada segala bekas memasak dan periuk dibuka dan katanya Hakim dan buka kedai makan. Diambilnya kuih di dapur dan diletakkan di dalam pinggan. Cekodok, jik tidak silap saya. Bagi memberi semangat kepada Hakim, mertua dengan 'sportingnya' pergi makan di kedai Hakim, makan cekodok. Meja bulat berwarna biru iaitu meja belajar dijadikan meja makan. Diatur tiga biji kerusi keliling meja.

Ia mengimbas kembali kenangan saya masa kecik-kecik. Rutinya saya dengan basikal berpagi-pagi menghantar donut, karipap dan kuih beke (bingka). Petang hari pula sebelum menjelang magrib sekali lagi saya pusing keliling kampung kedai mok doh bulat, kedai mok cik mek (tepi sungai), kedai mok doh tok mok nik (tepi pantai).

Juga karipap diletakkan di kantin sekolah. Jika ada beberapa ketul tidak habis saya akan sedekahkan kepada rakan-rakan yang pulang bersama saya.

Begitu juga ketika naik ke tingkatan dua, saya bawa nasi berlauk, nasi kerabu, bihun goreng yang dijual dikedai arwah emak. Itu kiriman rakan-rakan sekelas. Penuh beg saya dengan sarapan yang dikirim. Jual beli saya berterusan sehingga tingkatan lima.


Ketika di tingkatan enam atas, masih meneruskan berjualan gula-gula, lima biji dua puluh sen yang dibungkus dalam plastik kecil. Diketip dengan stapler. Saya juga menyertai persatuan usahawan sekolah. Kebanyakan ahli adalah teman baik, kami berjualan burger dan air. Nilai keusahawan, persahabatan inilah yang menceriakan kehidupan kanak-kanak dan dunia persekolahan.

Masuk universiti, saya masih meneruskan minat berjualan. Saya ada stok kad telefon yang bernilai RM10 hingga RM20. Mana-mana telefon awam yang melekat di dinding desasiwa, pasti di situ ada iklan, jika mahu kad telefon sila ke bili H20, heheh bilik saya lah tu.

Juga pada akhir semester, saya membeli kerongsang yang banyak. Lebih kurang 15 hingga 20 pasang. Kemudian 'pling' muncul idea di otak saya. Saya ambil satu lembar kertas, saya buat satu borang pesanan kerongsang.

Setiap orang boleh tempah kerongsang dengan membayar dahulu RM10, baki RM5 boleh dibayar selepas kerongsang sampai. Jadi modal dapat, tempahan saya banyak. Lebih kurang RM500, saya bank in kepada mak cik penjual kerongsang, kedainya di pasar Siti Khadijah.

Kerongsang saya sangat laris. Saya berjualans sehingga saya bekerja di Karangkraf. Bawah meja saya sentiasa ada kerongsang dan tudung.

Kemudian Karangkraf berpindah ke Shah Alam. Dengan pejabat baru, kantin masih belum beroperasi, sukarnya mencari sarapan.

Pling! Datang lagi idea dalam kepala. Saya nyatakan pada Lina, teman serumah untuk menjual nasi lemak dan nasi berlauk. Lina setuju dan kami berpakat RM50 seorang. Esoknya saya mengambil tempahan dahulu dari pelanggan. Ada 20 pelanggan yang mahu beli nasi lemak kami.

Esoknya awal pagi, saya mula menyusun 'nasi lemak anak dara' atas meja, jam 7, sepuluh minit kemudian sudah habis. Betapa gembiranya kami atas sambutan.

Setiap pagi berpusu-pusu teman pejabat akan ke meja kami mendapatkan nasi lemak. Dari jauh kadang-kadang kedengara "Ayu, simpan nasi lemak satu'! Jarang benar tidak habis, kalau tak habis satu dua saya sedekahkan sahaja. Alhamdulillah juga nasi lemak saya kekal enak sampai ke malam.

Berakhir episod nasi lemak selepas Lina kahwin, saya buat seorang diri dan kemudiannya selepas sudah berhenti ia adalah kenangan terindah dalam catatan kehidupan saya.

Apa seterusnya selepas ini, sudah tentu saya menulis buku dan ebook seberapa banyak yang boleh. Takkan tulis sahaja, sudah tentu mahu kedai juga. Kedai buku maya saya sudah bermula dengan jualan ebook dan buku Jana RM Dari Rumah. Saya mahu lebih dari itu, sekarang sedang berusaha ke arah itu. Doakan saya. ;D

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Ikan bakar, kerabu mangga menu Ramadhan 15

Teks; http://www.masayuahmad.com/

Salam kasih sayang, sudah jam 3 petang, Arissa sudah lena di buai, Hakim baru sahaja saya jemput tadi. Apa menu kalia hari ini agaknya. Mak mertua sudah bagi isyarat dia mahu masak hari ini, jadi ada ruang sedikit untuk saya meneruskan 'kerja-kerja' saya, jika tidak jam 3 saya akan masak menu utama. Kemudian berselang seli selepas Asar. Katanya mahu masak ikan bakar dan kerabu mangga.

Kerabu ala kelantan

Alhamdulillah juga pilihan memasak untuk bulan puasa tidak berlemak, kebanyakan adalah bersup, berkuahkan air, tiada santan. Selang seli dengan pelbagai jenis kerabu, kerabu ala kelantan yang bahan asas perlu ada santan pekat, bawang merah (tumbuk), lada hitam (tumbuk), ikan rebus (tumbuk) kelapa goreng (tumbuk), dan asam limau dan daun kesum.

Untuk bahan utama kerabu, jika mahu kerabu timun batang, maka timun batang diracik halus dan campurlah dengan bahan asas yang saya senaraikan. Boleh tukar dengan tajuk kerabu lain, contohnya nangka muda, rebus dulu nangka muda dan hiris-hiris dan campur dengan bahan asas kerabu, maka jadilah kerabu nangka ala kelantan, boleh juga campuran timun batang dan kacang panjang. Jika mahu lagi usus lembu direbus dan dihiris halus, campurkan juga dengan bahan asas. Jadilah kerabu usus ala kelate.

Menu sihat

Menu sihat seperti sup tulang, sup sayur, tomyam, patin masak tempoyak, itulah antara lauk yang saya masak berselang seli.

Juga minuman panas teh o dan air suam, juga tamar. Itu sahaja. Untuk moreh selalu ada akok kedut, buah tanjung jala mas. Menu di Kelantan memang meriah dengan juadah lauk pauk pelbagai rupa. Alhamdulillah masak pun ala kadar dan tidak banyak, tiada lagi yang buang, semuanya cukup-cukup.

Saya terbau pulut yang ditanak mertua. Katanya tadi mahu masak nasi manis atau wajik. Alhamdulillah masih dapat merasa resipi kasih sayang mertua. Indahnya Ramadhan kali ini bukan sekadar menu makanan, saya dapat merasakan kali ini puasa saya lebih baik dari tahun sudah. Ada konsisten dalam penghayatan dan amal. Moganya saya lebih konsisten untuk 15 hari lagi.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Sunday, August 14, 2011

Orang sukses luar biasa cara kerjanya

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Kita sudah pun melepas hari puasa, 13, 14 dan hari ini sudah Ramadhan ke 15. Berdesup masa berlalu. Tinggal 15 hari berbaki.

Ok. Saya mahu sentuh topik motivasi pula. Apabila kita melihat kejayaan orang lain, kita selalu mengimpikan perkara yang sama. Mahu sukses sebagaimana mereka. Namun tidak ramai yang boleh bekerja luar biasa sebagaimana orang yang sudah 'sukses' walau dalam apa pun bidang.

Contohnya sudah tentu cara kerja orang yang bependapatan 1k, 10 k berbeza dengan pendapatan 1 juta.
Sudah tentu juga mereka yang bekerja untuk mendapatkan 1 juta mempunyai strategi, juga pengalaman berbeza.

Orang yang berusaha 14 jam, sudah tentu lebih menikmati hasil berbanding mereka yang hanya bekerja 8 jam sehari. Walaupun ada yang kata 'itu adalah rezeki', tetapi pada saya rezeki itu tidak akan datang bergolek tanpa berusaha.

Thursday, August 11, 2011

SOHO- contoh pengusaha sukses





Dapatkan panduan bekerja di rumah sekarang, http://www.janawangdirumah.com/

Ramadhan 9,10,11, 12

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Salam pagi Jumaat yang indah, tenang dan mendamaikan. Alhamdulillah kita sudah memasuki fasa ke dua Ramadhan untuk tahun ini. Hari ini Ramadhan ke 12, bersamaan 12 Ogos 2011. Nampaknya lebih kurang 4 catatan harian juga saya terlepas. Menu bersahur pagi ini udang goreng kunyit dan ikan tenggiri. Seperti biasa jam 4 sudah selesai panaskan lauk.

Jam 4 selesaikan dahulu urusan yang lain, kemudian jam 5 barulah kejutkan isi rumah yang lain untuk bersahur bersama. Lewatkan bersahur untuk mendapat berkat, ambil pemahaman dari sudut kesihatan, biasa penghadaman makanan berlaku lebih kurang 2 jam, jadi jika makan jam lima, makanya jam 7 baru dapat tenaga. Maksudnya kita tidak lapar dan ambil peluang ini untuk kekal cergas pada waktu pagi. Ya tak?

Fasa ke dua Ramadhan, sudah berapa juzuk al-quran sudah kita baca, berapa sasaran harian. Biar berdikit-dikit tetapi konsisten. Bukan segedebuk selepas itu terus malas. Ingatan ini khas buat diri saya sendiri.

Ketenangan Ramadhan kali ini, datang pula ujian kasih sayang Allah buat saya. Namun saya perlu yakin dengan ketetapan, dan perlu berusaha tanpa jemu agar satu masa kelak ujian ini dapat diselesaikan. Saya yakin akan kasih sayang Allah. Diberikan sedikit 'ketukan' agar saya sentiasa beringat. Ini tentunya pesan Allah kepada saya.

Aku yang memberi rezeki, maka mohonlah padaKu, Aku yang perlu engkau minta, maka mintalah padaKu. Mengadulah padaKu. Apa sahaja ujian, itu tandanya ada perkara lain yang akan mendatangi, bertabahlah dan berusaha tanpa jemu dan datanglah menyembahKu.
Sangat sombong saya ini jika saya tidak mahu mengadu. Sangat sombong saya ini, jika tidak mensyukuri setiap rezeki yang Allah berikan. Suami yang sihat, lagi baik hati. Mertua yang pemurah lagi penuh toleransi, anak-anak yang sihat lagi menambat hati. Apa lagi, apa lagi yang saya perlukan. Bersujud dan bersyukurlah. Usaha, usaha, usaha, doa dan tawakkal, doa dan pohon dengan penuh keredhaan, agar setiap perjalanan hidup ini diserap sempurna untuk bekalan akhirat kelak. Hidup tidak kekal, mati adalah pasti, akhirat juga yang abadi.

Salam kasih sayang

Dapatkan panduan bekerja di rumah http://www.janawangdirumah.com/


Wednesday, August 10, 2011

Asas persediaan bekerja dari rumah ;D



"Perancangan untuk bekerja di rumah memang telah saya lakukan sewaktu sebelum berumahtangga lagi. Alhamdulillah, pilihan itu sangat tepat, saya kini sangat gembira membesarkan anak-anak dan dalam waktu yang sama, mempunyai punca pendapatan yang lumayan dengan hanya berniaga dari rumah.”  Siti Noorhafezah Maarop, www.MyPermataHati.com



Sudahkah anda membuat persediaan bekerja dari rumah. Tidak kira sepenuh masa atau secara sambilan. Jika mahu sepenuh masa, ia perlu bermula dari sekarang. Dapatkan ebook http://www.janawangdirumah.com/ sebagai informasi awal persediaan bekerja dari rumah.

Apa yang terkandung di dalam ebook ini ialah :-



Bab 1: Pendahuluan & Konsep

Merupakan bahagian pendahuluan dan mengandungi pandangan dari wanita-wanita yang telah menjalankan perniagaan dan juga pekerjaan dari rumah. Juga turut menyentuh konsep=konsep bekerja di rumah serta jenis-jenis sumber kewangan apabila bekerja di rumah.

Bab 2: Masalah Mencentus Motivasi

Sedikit pencetus motivasi, iaitu, kisah benar dan pengalaman saya sendiri yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk bertukar status dari pekerja di pejabat kepada suri rumah yang bekerja di rumah.

Bab 3: Matlamat Bekerja Di Rumah

Antara matlamat-matlamat yang boleh anda gunakan untuk memacu semangat anda bekerja di rumah.

Bab 4: Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah

6 sebab kukuh mengapa anda perlu bertindak sekarang dan mula bekerja dari rumah.

Bab 5: Mengapa Gagal Untuk Sukses Bekerja Di Rumah

10 sebab mengapa ramai yang gagal untuk bekerja dari rumah. Kenalpasti faktor ini dan elakkan ia dari berlaku pada diri anda.

Bab 6: Panduan Persediaan Sebelum Bekerja Di Rumah

9 persedian yang perlu anda ketahui sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja di pejabat dan mula bekerja di rumah.

Bab 7: Pelan Perancangan dan Bertindak

Contoh pelan perancangan dan bertindak untuk anda bekerja dari rumah.

Bab 8: Rahsia Kejayaan & Motivasi

13 Rahsia kejayaan untuk bekerja dari rumah.

Bab 9: Mencari Idea Bekerja Di Rumah

7 faktor yang perlu dipertimbangkan apabila mencari idea bekerja di rumah


                                                           http://www.janawangdirumah.com/


Monday, August 8, 2011

Ramadhan 7 dan 8

Teks; http://www.masayuahmad.com/

Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke 9 kita berpuasa bersamaan 9 Ogos 2011. Alhamdulillah juga puasa kali ini rasanya lebih baik berbanding tahun lepas. Puasa tahun lepas saya dalam keadaan mabuk-mabuk, kerja rumah banyak terbengkalai, kali ini alhamdulillah walaupun menyusu badan masih kekal cergas, juga berat badan semakin turun.

Menu berbuka Ramadhan 7 saya masak sup tulang, kerabu sare, ikan siakap goreng, ada akok, air kelapa muda. Menu berbuka semalam iaitu Ramadhan 8, saya masak sekali lagi ikan patin tempoyak, daging goreng kunyit campur brokoli dan carrot, tembikai, ada juga buah tanjung, tapai pinang, teh o panas tidak lupa kurma. Pagi tadi sahur udang goreng kunyit, tembikai, patin masak tempoyak, saya hanya makan nasi dan udang sahaja, itu sudah mencukupi. Pagi ini goreng nasi udang untuk kanak-kanak riang.

Eh, nampak macam catatan saya di atas seperti banyak lauk pula kan. Nampak memang banyak, tetapi ia citarasa berbeza setiap orang, contoh orang A hanya makan lauk A, orang B makan lauk B, jadi jika kumpul jadilah banyak.

Tip memasak semasa bulan puasa

1. Bersihkan bahan mentah terlebih dahulu dan simpan siap-siap di dalam peti sejuk. Jadi ketika hendak masak semua sudah ada, tinggal lagi hanya kupas bawang iaitu bahan asas sahaja.

3. Kisar bahan-bahan seperti cili kering dalam stok untuk satu minggu. Jika ada masakan jenis goreng-goreng hanya guna sahaja.

4. Pastikan kedudukan makanan di dalam peti tersusun, makanan yang lama dibuang, bekas biar bersih, jadi ia menjadi satu terapi apabila memasak semua bahan sudah ada dan tidak ada stok lama yang bersumbat-sumbat di dalam peti ais.

5. Jika ada satu menu utama memasak, masak awal, contohnya antara jam 3.30 hingg saya sudah siapkan dahulu jenis menu utama contohnya sup tulang, patin tempoyak, tom yam. Menu tambahan saya mula jam 6, berselang seli dengan kerja rumah yang lain, masak nasi, goreng ikan.

6. Sambil memasak terus basuh peralatan seperti periuk, mangkuk, bekas dan segala perkakas yang berkaitan. Apabila semua sudah tersejat air, simpan terus dan susun, Jadi bekas tempat letak pinggang mangkuk yang sudah dibasuh kosong. Apabila selesai berbuka, tinggal lagi pinggan kotor sahaja, jika anak-anak sudah besar, jadi mereka boleh basuh sendiir dan susun.

7. Amalkan berbuka dengan kurma, buah dan air suam. Tunaikan solat dan kemudian barulah makan makanan berat. Ini sangat membantu suri kekal bertenaga untuk menguruskan kerja rumah dan badan juga lebih sihat. Selalunya kita terus menyumbat dan melantak pelbagai makanan sehingga penuh perut dan badan sudah letih untuk meneruskan aktiviti ibadah.

Selamat berpuasa

http://www.janawangdirumah.com/

Sunday, August 7, 2011

Dapur ialah ibu bagi seisi rumah

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/4575-dapur-ialah-ibu-bagi-seisi-rumah
Makanan memainkan peranan penting dalam kehidupan. Salah satu perkara yang menyenangkan hati suami apabila pulang ke rumah ialah menikmati hidangan yang dimasak sendiri oleh isterinya. Begitu juga dengan anak-anak. Tidak ada perkara yang lebih membahagiakan daripada menikmati hidangan hasil air tangan ibu mereka. Malah makan bersama merapatkan lagi hubungan antara seisi keluarga.


Tetapi kini keadaannya sudah jauh berubah. Memasak makanan di rumah dan kemudian makan bersama sudah tidak menjadi amalan keluarga zaman sekarang. Memandangkan semakin ramai wanita bekerja di luar rumah, memasak untuk keluarga sudah jarang dilakukan.
Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan yang murah dan mudah diperolehi. Terdapat makanan dijual di pasar malam, gerai penjaja dan restoran makanan segera, sementara tempat-tempat makan yang dibuka 24 jam yang menjual capati dan teh halia boleh dinikmati oleh sesiapa saja yang lapar selepas tengah malam.

Sebenarnya, hidangan yang dikomersialkan ini mendedahkan ancaman kesihatan yang serius kepada pengguna. Misalnya makanan seumpamanya mengandungi terlalu banyak lemak, gula dan garam, malah kadangkala disediakan dalam keadaan yang tidak bersih

Penduduk Malaysia sepatutnya berusaha mengurangkan lemak dan gula dalam makanan tempatan kerana Malaysia mempunyai jumlah penghidap diabetes, strok dan penyakit jantung antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Pada tahun 2000, 7.6% atau 1.82 juta penduduk Malaysia yang melebihi usia 20 tahun adalah penghidap diabetes dalam negara yang mempunyai sekitar 24 juta penduduk, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Pakar-pakar menyalahkan kemewahan, gaya hidup yang santai dan trend semasa di mana semakin ramai ibu bekerja menyumbang kepada masalah kesihatan yang semakin meningkat. Pada amnya penduduk Malaysia semakin banyak mengambil makanan yang tinggi kalorinya.

Menurut perangkaan kerajaan, lebih dua pertiga daripada penduduk yang berusia 18 tahun ke atas tidak bersenam. Kira-kira 54% penduduk dewasa pula sama ada obes atau mempunyai berat badan yang berlebihan, berbanding cuma 24.1% dalam tempoh 10 tahun lalu. Akibatnya, tujuh daripada 10 orang dewasa di Malaysia menghidap penyakit-penyakit yang kronik.

Diabetes dan kegagalan ginjal tahap akhir merupakan masalah kesihatan yang serius di Malaysia. Adalah dianggarkan terdapat 13,000 pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis dan setiap tahun terdapat 2,500 pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang tahap akhir.

Satu lagi hal yang membimbangkan ialah 4 dari 5 penghidap diabetes akan mati akibat penyakit jantung (pembunuh utama di negara ini). Enam kes baru strok pula berlaku setiap sejam di Malaysia.

Tinjauan mendapati bagi setiap penghidap diabetes yang dikenal pasti, terdapat sekurang-kurangnya seorang lagi yang tidak mengetahui dirinya menghidap penyakit ini (oleh itu tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya) sehinggalah berlaku komplikasi yang sukar diubati. Lebih buruk lagi, diabetes Jenis 2 bukan sekadar membabitkan golongan usia pertengahan atau tua, malah kanak-kanak semuda 10 tahun yang menderitai diabetes (Jenis 1 dan Jenis 2) sudah menjadi satu kelaziman di sini.

Doktor mendapati kanak-kanak penghidap diabetes biasanya obes, yang berpunca daripada memakan terlalu banyak makanan yang tidak sihat dan menjalani gaya hidup santai. Menurut tinjauan tersebut, diabetes Jenis 2 lebih ketara di kalangan mereka yang berusia di antara 18-29 tahun, namun terdapat juga kanak-kanak yang menghidapnya.

Menurut seorang perunding kanan kanak kanak, “Amalan makan kanak-kanak yang buruk seperti suka memakan burger, naget, ayam goreng, kentang goreng dan minuman berkarbonat merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada obesiti. Melakukan kerja sekolah di rumah berjam-jam lamanya, menonton TV dan bermain permainan komputer memburukkan lagi keadaan.”

Pengambilan gula yang tinggi (yang juga menyebabkan obesiti) di kalangan penduduk turut menjadi salah satu penyebab diabetes. Kita mengambil 26 sudu teh gula sehari dan merupakan pengguna gula kelapan tertinggi di dunia.

Di sebalik kempen-kempen yang dijalankan oleh kerajaan untuk mendidik orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat, taraf kesihatan penduduk negara ini semakin merosot sejak kebelakangan ini. Bilangan penghidap bukan penyakit-penyakit berjangkit seperti diabetes terus meningkat di kalangan penduduk.

Sudah tiba masanya kita mencari pendekatan yang bersifat kerohanian untuk menyelesaikan masalah tersebut dan jawapannya terletak kepada dapur dalam setiap rumah. Tidak ada makanan yang boleh menyaingi makanan yang dimasak sendiri di rumah, kerana seseorang itu berpeluang memilih ramuan yang menyihatkan.

Sehubungan dengan tahap kesihatan yang semakin merosot di Malaysia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pendidikan supaya memperkenalkan kelas memasak di sekolah-sekolah tanpa mengira jantina. Pelajar perlu diajar cara memasak agar mereka mempunyai kebolehan memasak hidangan yang menyihatkan untuk keluarga mereka.

Mereka yang jarang memasak mungkin akan merasakan ia satu tugas yang berat. Bagaimanapun terdapat beberapa panduan untuk memudahkan kerja memasak dan lebih enak untuk dijamah.

Rancang Hidangan – adalah penting untuk merancang menu terlebih dahulu. Ia mungkin cuma mengambil masa beberapa hari atau seminggu dua lebih awal. Ketahuilah apa yang akan dimasak pada keesokan hari. Pastikan masakan anda mudah disediakan serta menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi.

Sediakan Senarai Barang Belian – sesudah anda merancang hidangan mudah menggunakan bahan ramuan yang mudah diperolehi, anda boleh memenuhkan kabinet di dapur dengan bahan-bahan ini. Simpanlah senarai barangan ini dan periksalah berapa yang masih tinggal. Cuba beli barang keperluan ini ketika jualan murah tetapi perhatikan juga tarikh tamat tempoh penggunaannya.

Sediakan Senarai Belian Runcit – sungguhpun pada mulanya ia akan memakan masa namun ia menjimatkan masa pada masa depan. Buat senarai barangan yang biasa dibeli secara mingguan atau bulanan. Apabila tiba masa untuk berbelanja, catatkan senarai barangan yang hendak dibeli.

Simpan senarai harga – ketahui apa yang dibelanjakan ke atas barang makanan. Gunakan buku nota kecil untuk mencatatkan harga ketika membeli dan simpan senarai itu di dalam komputer. Ini penting untuk mengetahui bajet anda.

Gunakan petak penyejuk beku – Ketika memasak, cubalah agihkannya kepada dua bahagian. Simpanlah satu bahagian dalam petak penyejuk beku untuk dimakan apabila anda kesuntukan waktu untuk memasak. Ini boleh menghalang anda dari berkejar ke tempat makan atau restoran makanan segera.

Jaga Kebersihan Dapur – Memasak dalam dapur yang bersih dan tersusun rapi lebih menyeronokkan daripada memasak dalam keadaan dapur yang berselerak. Biasakan membersih dapur sambil anda memasak.



S. M. Mohamed Idris

Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Saturday, August 6, 2011

Catatan Ramadhan 4, 5, 6

Teks: www.masayuahmad.com


Saya tertinggal dua catatan iaitu Ramadhan ke 4 dan 5. Semalam sudah yang ke 6. Alhamdulillah semalam tiada apa-apa yang menarik. Cuma pada hari puasa ke 5, berbuka beramai-ramai. Anak-anak saudaran dari Besut pulang berbuka dengan mok dan atuk mereka. Jadi berbuka beramai-ramai.

Puasa ke 5 dan 6 semalam saya berjaya ubah suai semula cara berbuka, tidak terus makan berat tetapi seperti saranan Rasulullah, makan buah tamar, minum air dan menunaikan solar Magrib kemudian barulah menjamah makanan berat. Rasanya badan lebih ringan dan bertenaga. Puasa kali ini juga saya merasakan badan lebih sihat dan bersemangat.

Juga memastikan Arissa mendapat susu secukupnya. Saya memastikan malam hari makan 7 buah tamar dan lapan gelas air. Alhamdulillah atas rezeki bekalan susu buat Arissa masih cukup dan saya masih kekal bertenaga.

Sahur pagi tadi bersahur gaya ‘candle light dinner’ apakan tidak, sejak jam 2 pagi terputus bekalan elektrik. Jadinya jam 4 pagi saya sudah mula masak. Masak nasi menggunakan dapur lebih pantas. Panaskan kuah untuk nasi kerabu dan goreng pedas ikan siakap. Itu sahaja. Juga air teh o panas dan air suam, ini sudah minuman wajib. Jam 4.30 semua sudah siap semuanya. Kanak-kanak riang juga bangun kerana kepanasan dan nyamuk.

Jadi semua orang bersahur.

Alhamdulillah juga latihan untuk Hakim sahur semakin ok, dia marah jika tidak dikejutkan sahur. Hari ini puasa sehingga separuh hari.

Ok, saya mahu menyambung kerja menulis seperti biasa.

Dapatkan!

www.janawangdirumah.com

Wednesday, August 3, 2011

Catatan 3 Ramadhan

Teks: http://www.masayuhmad.com/

Alhamdulillah semalam saya agak lemau, hari ini sudah kembali bertenaga dan rasa semakin sihat.
Untuk hari ke 3 berpuasa Hakim belum berjaya lagi berpuasa.

"Ibu Hakim sorang je makan, Zain puasa ibu," Hakim memberitahu.

"Dah tu bila abang mahu puas," tanya saya.

Hakim tidak menjawab sebaliknya tukar topik pula. Saya meneruskan usaha saya.

"Kalau abang puasa Allah sayang abang, ibu pun sayang abang, semua orang sayang abang," pujuk saya lagi.

" Dahlah ibu, Hakim penat ni," cuba untuk mematikan topik tentang puasa.

Malam tadi, saya sekali lagi berusaha memujuk.

"Siapa nak sahur,"

"Nak, nak, nak," jawab Arif dan Aiman beriya-iya, memang semangat tapi masa kejutkan sahur, semua tak boleh buka mata.


Hakim sudah mamai, dalam keadaan minda separuh sedar. Matanya hampir lelap.

"Abang nak sahurkan esok,"

Angguk.

"Abang nak puasakan esok, kalau abang puasa ibu bagi duit raya banyak-banyak,"

Angguk lagi dua kali.

Dinihari lebih kurang jam lima pagi saya kejutkan Hakim.

"Bang-bang bangun, nak sahur dan puasakan hari ino,"

Angguk.

"Ya lah bu,"

Badan dengan mata masih tertutup, bergerak kiri dan kanan. Saya tarik perlahan. Hakim bangun.

"Mahu kencing dahulu ibu,"

Saya menamkan Hakim, kemudian berpimpin tangan ke dapur. Atuk, Mok dan ayah sudah ada di meja makan.

"Hakim nak nasi?"

Geleng

"Nak supu?"

"Nak milo je," jawapnya ringkas.

Saya membancuh milo kosong suam. Dia minu,. selesai terus ke bilik tidur sambung semula lena.

Pagi ini ketika bersiap ke sekolah,

"Abang puasa kan,"

" Ya lah bu, Hakim nak banyak-banyak duit raya macam Zain,"

Apa-apalah janji Hakim dapat mula berlatih puasa, setengah hari sudah cukup sebagai permulaan.

Lega hati saya sebagai ibu, apabila Hakim sudah makan pujukan. Jika tidak dia akan menangis, menarik muka dan membentak jika saya mula buka tajuk 'sahur' dan 'puasa'. Alhamdulillah.

Sahur hari ke -4 ringkas sahaja, tomyam campur dan ikan terubuk goreng.

Menu berbuka hari ke-3 agak banyak pula, ikan terubuk goreng, ikan bakar cicah air asam, ikan patin masak tempoyak. Ada manis taik itik dan buah tanjung. Ini lah kali pertama dalam hidup saya makan kuih taik itik, ia diperbuat daripada putih telur, gandum dan daun pandan.

Tuesday, August 2, 2011

Catatan ramadhan hari ke 2

Teks: www.masayuahmad.com


Hari ini agak lemau tetapi saya perlu selesaikan perkara berikut;

1. Bab 3 buku bulan Ogos

2. Editing manuskrip-hantar pada editor

3. Bungkus buku dan pos

Tiga di atas adalah tugas perlu selesai hari ini juga, walau apa cara sekalipun. Oh, ya saya mahu kongsi catatan Ramadhan semalam iaitu bersamaan 2 Ogos 2011. Menu sahur daging goreng, kerabu, manakala menu berbuka ikan patin masak tempoyak, kerabu timun ala kelate, ikan siakap goreng, teh o, nasi putih ada buah melaka dan akok. Sederhana sahaja. Nampak macam banyak kan, tetapi tak adalah banyak, ikan tempoyak untuk bapa mertua, kerabu untuk emak mertua, kami makan apa yang ada ikut selera orang tua.

Menu itu juga untuk sahur Ramadhan ke 3 pagi tadi lauk yang sama cuma mertua tambah daging goreng.

Catatan dan aktiviti untuk bulan puasa, alhamdulillah masuk trek, cumanya hari ini saya agak lemau jam 10 pagi hingga 11 pagi. Untuk memusnahkan rasa malas itu, saya teruskan menulis entri.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Monday, August 1, 2011

Cipta rutin menyeronokkan- Tip SOHO

Teks: http://www.masayuahmad.com/


Cipta rutin yang menyeronokkan, Jana RM Dari Rumah muka surat 121



Pada minggu pertama memulakan usaha bekerja dari rumah, anda begitu bersemangat dan gembira dengan perubahan baru. Namun selepas beberapa bulan anda kembali rindu dengan rutin bekerja di luar rumah (perkejaan sebelum ini).
Mari kita gerakkan kembali rutin bekerja. Ada yang menggangap bekerja dari rumah cepat bosan, tiada kawan dan nanti terperuk seperti katak di bawah tempurung. Jadi di sini kita perlu kreatif bagaimana untuk memaksimakan masa yang ada untuk menghasilkan ouput yang cemerlang. Tidaklah anda bekerja atau mengusahakan bisnes.

Bulan khusus

Bulan puasa adalah satu bulan yang memberi peluang kepada suri yang bekerja di rumah untuk lebih dapat bekerja lebih masa. Gunakan masa awal di waktu pagi iaitu bangun jam 4 pagi sebagai satu disiplin untuk konsisten pada bulan-bulan seterusnya. Inilah masanya untuk melatih diri untuk bekerja tanpa gangguan. Pada masa ini anak-anak masih nyenyak tidur. Beberapa pilihan berikut masih boleh digunakan.

- Hadkan masa memasak untuk sahur 30 minit, pilih menu mudah, panaskan lauk, masak nasi, goreng atau kukus ikan.
-Pilih senarai kerja utama yang mahu diselesaikan sebelum subu jam 4,5.6
- Masa ini adalah masa yang begitu produktif untuk bekerja, fokus dan tanpa gangguan
- Anda boleh gunakan masa ini untuk bekerja sebelum hari raya menjelang
-Biasakan menyiapkan kerja rumah seperti, mengemas, menguruskan pakaian kotor pada malam hari, kerana badan sudah bertenanga. Siang hari boleh fokus menyiapkan kerja yang mudah.

 http://www.janawangdirumah.com/

Cerita 1 Ramadhan

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Ini adalah catatan seorang WAHM, kadangkala bertukar sebagai SAHM. Apa itu WAHM, dan apa pula itu SAHM. Secara rinngkasnya WAHM, wanita bekerja dari rumah, SAHM, suri rumah sepenuh.

Ok, saya mahu kongsikan pengalaman 1 Ramadhan bersamaan 1 Ogos 2011, sebagai rujukan dan catatan pengalaman saya bekerja dari rumah. Sudah tentu pengalaman ini juga sangat bermakna, dan ia boleh mengambil manfaat jika dilihat dari perspektif positif.

Alhamdulllah tahun ini adalah tahun ke tiga saya bekerja dari rumah, tahun dan fasa penting. Jika tahun lepas saya hamilkan Arissa dan dua minggu pertama bula Ramadhan kami berada di Pulau Pinang, kali ini dan tahun ini dapat berpuasa dengan penuh bahagia di tempat kelahiran sendiri.

Libatkan anak-anak tentang puasa

Anak-anak saya masih di bawah umur, iaitu 6, 4, 3 dan lapan bulan. Masih hijau dan rebun. Maka sebab mereka masih rebunlah saya perlu mengasuh dan mendidik dari awal tentang puasa. Pun begitu saya bukanlag ibu yang sempurna, saya lebih suka dengan kaedah biarkan mereka bersedia, tahu dan faham. Tiada paksaan untuk berpuasa penuh.

Abang Hakim masih belum bersedia berpuasa penuh, jadi pada malam pertama saya ada memujuknya.

"Esok puasa bang, esok abang bangun sahur ya,"

Hakim diam dan menarik muka.

"Ibu ni, nanti Hakim lapar, tak boleh makan tak boleh minum,"

"Tak apalah, separuh hari sahaja,"

Hakim memasamkan muka.

"Ibu, ibu Arif nak bangun sahur," Arif lebih bersemangat berbanding abang.

"Ok, Arif tidur nanti ibu kejut bangun sahur,"

"Yalah, yalah, terus tarik selimut dan mahu tidur,"

"Iman pun nak sahur ibu, macam upin dan ipin," Aiman menyampuk.

"Yalah, yalah, nanti man bangun ya,"

Menjelang sahur, sampai ke sudah seorang pun tak bangun. ;D

Esoknya, Hakim bangun untuk ke sekolah.

"Abang nak puasa tak,"

Hakim diam.

"Minum milo je," pintanya.

Hakim minum milo sahaja, tak mahu sarapan.

Ketika saya menjemputnya pulang. Saya bertanyakan gurunya. Dia tak mahu makan, hanya makan ketika jam 12 tengahari. Walaupun masam mencuka sebelah malamnya, dia tetap ingat akan pesanan saya.

"Tak mahu puasa penuh tak apa, separuh hari pun cuku," nampaknya ia melekat.

Kalau Arif dan Aiman saya suka ulang dan ulang soalan ini.

"Puasa tu, kita tak boleh makan, tak boleh minum, dari pagi sampai petang," Aiman atau Arif akan menjawab sebijik macam gaya upin dan ipin.

Sahur pertama, air tangan mertua, udang goreng kunyit dan ikan terubuk goreng. Menu ringkas tapi memang sedap. Bersalahnya saya kerana terbangun jam 5 pagi. Itu pun dikejutkan suami.

Berbuka, saya yang masak, adillahkan berbahagi tugas. Menunya asam pedas ikan terubuk yang diletak kesum, tomato dan bendi, ikan siakap goreng, timun cina, juga 30 minit sebelum berbuka saya buat kerabu nangka. En.suami balik ada pula akok kedut dan pulut serikaya. Minum tentunya teh o panas.

Sahur ke dua tadi, saya lebih beringat, saya mahu bangun dan kali ini biar giliran saya pula. Oh, mertua lebih cekap, jam 3.30 sudah memasak, jam 4 sudah siap. Aduhai, saya bangun.

"Dah siap ma?" Saya tak mahu jadi menantu hantu.

"Tak apalah mudah jah ni, sudoh doh," Aduhai, saya sudah rasa serba salah. Tapi jawapan ma, menyedapkan hati. Nampaknya sahur dia masak, berbuka saya pula. Itu macam perjanjian melalui talian udara sahaja. Menyampaikan naluri melalui minda separuh sedah. Ma setuju, saya setuju. Arissa menangis, sambung menyusu, mandi  dan jam 5 saya pula yang menyiapkan apa yang patut.

Alhamdulillah, ramadhan kali ini saya rasa lebih tenang dan rasa lebih bermakna. Semoga puasa saya bukanlah puasa berlapar dan dahaga.

http://www.janawangdirumah.com/

Sunday, July 31, 2011

Salam 1 Ramadhan

Teks: http://www.masayuahmad.com/


Salam satu Ramadhan, akhirnya bulan penuh barakah sampai jua. Rasa tenang, rasa bertenga, rasa sangat mengebu-gebu. Insya-Allah saya perlu merangka dan mengubah sedikit jadual penulisan. Sudah masuk bulan ke lapan 2011, fasa seterusnya, perlu memecut menyiapkan mana yang tertinggal perlu dikejar semula.

Rasa agak lapang kerana kerja rumah sudah banyak disiapkan, jadi saya boleh fokus untuk menulis semula selepas banyak minggu ada sahaja urusan bersifat luar biasa datang. Insya-Allah semoga keberkatan Ramadhan ini sama-sama kita isi dengan banyak agenda yang lebih bermanfaat.

Salam ramadhan buat semua

http://www.janawangdirumah.com/

Saturday, July 30, 2011

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan

Teks; http://www.masayuahmad.com/

Ramadhan datang lagi, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak buat pembaca budiman. Mohon maaf zahir dan batin, semoga ramadhan kali ini mampu memberi perubahan yang besar dan momentum yang lebih baik rohani dan jasmani.

Hari ini sudah 31 Julai 2011, alhamdulillah tinggal sedikit sahaja lagi misi mengemas rumah. Tidak perlu tunggu sambut raya baru kemas, ye tak. Beberapa ruang lagi dan beberapa kotak perlu saya selesaikan, selain rutin biasa menjaga anak-anak.

Petang ini mahu menyusun semula jadual penulisan. Insya-Allah.

http://www.janawangdirumah.com/

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin