Thursday, October 21, 2010
Teringin lagi ;D
Tepung boko
Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google
Ok, cuba lihat kuih di atas, itu dikenali sebagai tepung boko atau kat di sini dikenali sebagai Kuih Talam. Kuih Talam lebih pejal dan berbentuk empat segi. Iaitu akan jadi begini.
Kuih talam versi KL
Saya mahu ceritakan satau lagi jenis tepung boko aka kuih talam, iaitu tepung boko ubi kayu. Dua minggu sudah saya bercerita saya ke Kampung Baru untuk mencari. Betapa gumbira hati saya tepung boko ubi kayu memang ada.
Malam ini selepas menjemput en.kekanda, mahu ke sana lagi mencari tepung boko ubi kayu. Kalau kak chik terjumpa tepung boko ubi kayu yang lebih real, bolehlah berkongsi ya Kak Chik (kalau jumpa). Maklum lah kalau di Kelantan di mana-mana pasar pagi ada tepung boko ubi atau tepung boko biasa. Berapa lama saya mencari sudah kandungan fasa ke 3 baru lah dapat merasa. Tak adalah mengidam sangat, hanya teringin. Kalau kata mengidam mahu atau tidak kena cari juga. Dah kebetulan rezeki saya, terjumpa juga tepung boko idaman hati. Terima kasih google, menemui saya gambar ini dalama carian forum cari.com.
Dalam saya mencari, jumpa juga gambar sebenar tepung boko ubi kayu. Meh saya kongsi dengan kalian.
http//http://www.mira-sweetirish.blogspot.com/ (kalau tuan empunya blog, singgah ke sini saya tumpang gambar ni ya, mohon izin) Saya dah cuba meninggalkan jejak, tapi tak dapat. Nanti saya cuba lagi ;D. Sangat suka melihat gambar ini, hilang semua 'kempunan saya', dapat tengok pun dah ok, apatah lagi merasa dan menikmati. Teruk betul saya.
Labels:
Catatan Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
mas..
tengok gambor jer dah terasa nikmat di tekak.. huhuu. camana ni?
kena cari resepi kot...
kak yong
memang sedap kak, tak tahulah ada resipi, kalau ada pun saya rasa resipi kuih talam tu, kena tambah air je lah banyak sikit bagi dia lembut mcm gambar
saya baru nk belajar buat, entah bila nak buat nya kena tanya kakak dulu
masa kecik2 dulu, arwah selalu buat
owh, Zaila pon terliur, mana nak cari tepung boko kat shah alam ni??
zaila
rasonya tak dok la kt shah alam
kena pegi kg baru jugok..;D
salam,
Masayu, sedapppnya tepung boko..maklumlah saya pun oghe kelate..:)
Post a Comment