Thursday, September 30, 2010

Al-kisah di petang Khamis

Teks: Masayu Ahmad

Kalau dah jodoh ketemu jua. Teringat kembali saya beberapa bulan lepas, saya perlu ke wad kecemasan kerana Aiman tidak sihat. Di situ saya bertemu dengan seorang balu. Beliau membawa anak-anak kecil sebaya lebih kurang anak-anak saya. Tiga orang juga kesemuanya lelaki.

Pada masa memberikan nebulizer kepada Aiman, saya berborak dan bertanya khabar. Masa itu jika tidak silap umat Islam akan menyambut bulan puasa beberapa bulan sahaja lagi. Beliau baru sahaja kehilangan suami lebih kurang sebulan.

Terkedu saya sebentar, menurutnya dia suri rumah sepenuh masa. Melihat ketenangan pada wajahnya dengan kesabaran melayan anak-anak masih kecil, membuatkan hati dipagut perasaan berbelah bahagi. Kasihan, sedih dan pada masa yang sama jika saya berada di tempat beliau, alangkah mamainya kehidupan. Tambahan pula si suami tidak meninggalkan apa-apa, hanya zuriat tiga orang.

Saya bertanya bagaiman dia mahu menyara kehidupan. Dia masih tidak tahu dan kehilangan punca. Saya mencatat nombor telefon dan alamat rumahnya. Ketika kalut.

Bersambung...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin