Friday, June 18, 2010

Salam pagi Sabtu 18 Jun 2010

Teks: Masayu Ahmad


Salam pagi Sabtu, sudah memasuki pertengahan tahun. Saya masih berjuang menyelesaikan susunan tugas. Moganya kekal bertenaga, semangat dan motivasi.

Hari ini berkunjung ke gerai mak cik mencari nasi kerabu. Rezeki hari in mak cik tambah lauk daging goreng berganda-ganda. Dia sudah maklum saya sukakan daging goreng. Nasib baik mak cik memahami. Rutin hari ini hanyalah berada di rumah dan menyiapkan manuskrip.

Semalam ketika berkunjung ke Shah Alam, saya berkenalan dengan dua editor baru Oasis. Juga sedang memilih-memilih buku-buku untuk jualan. Beberapa penerbit pilihan masih dalam pertimbangan saya seperti Oasis, PTS, Galeri Ilmu dan Alaf.

Sudah tentu buku panduan untuk suri yang mahu memulakan bisnes dari rumah. Jika mahu bisnes online, saya akan sarankan buku pengurusan kewangan, bisnes online, panduan bekerja di rumah dan buku-buku yang berkaitan.

Katakanlah pilihan suri ialah membuka butik pakaian online, jadi buku-buku yang sesuai ialah, buku buat duit dengan pakaian (pts pro), urus dan upload (pts pro), bekerja dari rumah (oasis)- sekadar contoh.  Saya akan sarankan apa yang anda suka lakukan dan persediaan bekerja dari rumah.

Asasnya sudah ada dalam buku Jana RM Dari Rumah, jadi apabila kalia sudah selesai membuat analisis apa yang ingin dilakukan secara sambilan atau sepenuh, masa saya boleh cadangkan buku-buku yang sesuai untuk jadi rujukan.

Contohnya jika ada mahu menjadi penulis, banyak buku yang bagus boleh dijadikan rujukan seperti buku Jeniri Amir, blog-blog penulis dan laman web penerbit yang boleh dijadukan rujukan.

Jika kalian sudah ada blog dan konsisten menulis, pilih satu topik yang diminati dan kuasi topik tersebut sehingga banyak artikel yang menarik. Mana tahu kan ada penerbit mengintai-intai anda untuk dibukukan. Ini bukan omongan ya, banyak kali saya berbincang dengan beberapa editor daripada beberapa penerbit berlainan.

Kini editor berupaya menjejaki laman web atau blog yang mempunyai pengisian yang baik, yang boleh dialihkan artikel tersebut dalam bentuk buku. Jadi usahakanlah menulis dalam bentuk formal tetapi santai. Kurangkan penggunaan bahasa slanga dan gunakan bahasa Melayu Tinggi. Mana tahu kan kalian terpilih. Juga saya suka mengintai beberapa blog yang bagus dan dicadangkan kepada penerbita, jika rezeki kalian akan dihubungi.

Tetapi jika memang tujuan kalian mahu saja-saja menulis tidak mengapa. Jika ada keinginan mahu menjadi penulis sambilan, bolehlah bermula perlahan-lahan tetapi konsisten.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin