Wednesday, October 8, 2014

Terapi buat wanita

Teks: Masayu Ahmad

Baca naskah wajib ini dahulu,

Selepas cuti banyak hari sambutan Aidil Adha, Aiman agak liat untuk ke tadika. Sedangkan tinggal lagi beberapa minggu sudah habis dan Aiman akan naik darjah 1.  Saya agak mahu marah dan mula marahkan Aiman, kerana sudah hilang sabar memujuk.

Hari pertama, dia keletihan, jadi ibu beri cuti. Hari ke dua Hakim simpan seluar sekolah bersama baju, jadi Aiman cari tidak jumpa. Hari ini hari ke tiga, Aiman sudah tidak mahu. Saya habis daya memujuk gaya lunak, ibu sudah bertukar menjadi 'hulk' berwarna hijau.

Semasa menghantar Ammar, cikgu jumpa saya.

"Kenapa Aiman tak datang, kalau Aiman tak ada kawan-kawan hilang semangat."

"Aiman walau di main-main, saya mengajar dia cepat tangkap."

Aduhai, aduhai saya sudah terkesan. Sedih pula kerana marahkan Aiman. Itulah kan apabila kita sudah emosi kita sudah tidak dapat membuat keputusan dengan rasional.

Usai sampai rumah, saya datang duduk sebelah Aiman.

"Tadi cikgu kirim salam pada Aiman, dia tanya kenapa tak datang ke sekolah. Semua kawan Aiman tunggu Aiman. Semua orang tidak ada 'mood' mahu buat latihan hafazan sebab Aiman tak ada. Ibu minta maaf, nanti kita pergi sekolah ya."

Air mata Aiman sudah meniti.

"Ya, ya ibu salah, Aiman maafkan ibu deh."

Aiman menangis.

"Ibu marah, ibu marah."

Yelah, ibu tak buat lagi. Nanti kita pergi sekolah.



Misi saya hari ini salah satunya perlu mengekalkan raga kosong. Saya mengispirasikan arwah mak, selepas angkat kain terus lipat. Tidak ada kain berlonggok. 

Yalah kan, kita bekerja, berniaga mana ada masa. Hanya orang sibuk sahaja ada masa. Jadi urus masa sebaiknya. Tiga tempat terapi yang paling saya suka, iaitu raga kosong dan pakaian kemas tersusun, ruang kerja yang kemas dan rak buku tersusun, juga dapur yang bersih untuk kita memasak dengan tenang.

Tiga topik ini sahaa tidak habis untuk kita bincang, ini salah satu cabaran baru untuk fasa akhir 2014. Kerana kadangkala mahu sempurna mana pun kita tetap ada cacat cela.

Saya terpesona melihat contoh sala satu gambar yang dikongsi rakan facebook, beliau mengosok pakaian ahli keluarga. Pakaian yang kemas dan bersih ia memberi impak imej yang luar biasa. Begitu juga di laman ampaian. Melihat deretan pakaian disidai cantik pada waktu pagi ia juga terapi untuk saya.

Saya mahu membebel lagi, nanti kita sambung. Sekarang jam 1.06, saya mahu masak dahulu kemudian rempit sekejap urusan luar.

2 comments:

Monalita Mansor said...

hoho...sangat simbolik. raga kosong - lepas angkat terus lipat

Kuazue Mohamad said...

raga boleh kosong.. tapi kerusi laks jadi mangsa longgokan.. aduhai.. harus rombak balik sistem kerja ...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin