Dapatkan ebook terbaru saya di sini ya
http://khidmatpelangganonline.blogspot.com/
Minggu ini banyak aktiviti yang perlu masuk dalam senarai.
Hari konvo Aiman, temujanji Ammar pada 20.10.2014, juga temujanji Hakim juga bertindih tarikh yang sama untuk.
Untuk November
Jadual pengagihan buku teks pada 3.11.2014 untuk Aiman dan Arif. Untuk Hakim pada 4.11.2014.
Hujung tahun yang penuh aktiviti, namun masih ok kerana jadual kerja ibu adalah fleksibel.
Ok, masih lagi promosi ebook terbaru saya, rahsia khidmat pelanggan untuk usahawan online.
Ebook ini istimewa untuk kalian 50 pembeli terawal sahaja untuk harga RM30.
Tiga perkara penting saya sentuh.
-Mengenal pelanggan sebelum memilih produk jualan.
-Meningkatkan kesetiaan pelanggan sedia ada, dengan penjimatan kos iklan untuk mencari pelanggan baru setiap hari.
-Membina pelanggan setia dan bina mereka sebagai rakan niaga
Juga 2 ebook bonus
Bonus 1
-Perkongsian pengalaman usahawan online berkaitan khidmat pelanggan
Bonus 2
-Pandan Asas Bisnes Online
-Panduan asas ini sangat sesuai untuk ibu-ibu yang baru bermula menceburi bisnes online.
Petikan ebook, perkongsian pengalaman.
...
Saya juga senang hati jika pelanggan memudahkan urusan jual beli, contohnya memesan barang dengan lengkap dan jelas seterusnya membuat pembayaran dalam tempoh yang dibenarkan beserta transaksi. Dengan kata lain, memberi kerjasama terhadap permintaan saya sebagai penjual. Alhamdulillah.
Namun untuk berjaya dalam sesuatu bidang tidaklah semudah yang disangka. Ujian yang datang adalah pelajaran dan pengajaran untuk diri sendiri agar lebih berdaya maju. Saya juga tidak terkecuali diuji dengan bermacam karenah pelanggan, itulah resam berbisnes kan. Antara karenah yang biasa saya hadapi ialah:
- Pembayaran
Ini termasuklah pelanggan yang tidak tahu membuat pembayaran melalui kaedah transaksi yang saya sebutkan. Alhamdulillah dia berjaya membuat pembayaran dengan bantuan orang lain. Ada juga beberapa kes di mana pelanggan meminta saya menghantar barang dahulu dan akan membuat bayaran kemudian.
Sesetengah pelanggan ada juga yang menggenapkan bayaran atas alasan 'cash deposit' tidak menerima jumlah wang tertentu, secara tidak langsung dia telah mengurangkan bayaran tanpa kerelaan saya. Nampak seperti dia ingin mudah dalam urusan tetapi telah menganiaya peniaga seperti saya.
Wujud juga pelanggan yang tidak mahu dimasukkan kos penghantaran, dia enggan membayar lebih dengan bermacam alasan dan akhirnya ada juga yang membatalkan pembelian dengan alasan tidak mahu ada cas tambahan.
- Barang
Saya pernah menghadapi pelanggan yang ingin menukar barang kerana 'design' tudung yang dibeli tidak menepati citarasanya. Pelanggan tersebut membeli setelah melihat gambar yang saya hantar, dia membeli tanpa saya memaksanya dan berdalih ingin tudung begitu dan begini mengikut citarasanya. Sungguh memeningkan.
Setiap barang yang keluar haruslah selepas bayaran dijelaskan, tiada istilah hutang, namun sesetengah pelanggan ada yang bertanya bila barang akan sampai sedangkan bayaran belum dibuat. Jika sudah membayar pula, mereka mahu barang tersebut boleh sampai pada hari itu juga.
- Sikap
Apabila berurusan dengan pelanggan dapat menyingkap sedikit sebanyak sikap manusia sama ada positif atau sebaliknya. Jika pelanggan tersebut dari kalangan orang terdekat dengan saya, agak susah untuk saya tangani kerana wujudnya hubungan hati atau hubungan darah antara kami. Saya lebih mudah berurusan dengan orang yang tidak saya kenali.
Biasa juga berlaku pelanggan yang meminta harga diskaun yang amat rendah. Bagi pelanggan tetap saya akan berikan harga istimewa namun harga tersebut masih dikira munasabah. Untuk memberi harga lebih rendah adalah satu kesukaran bagi saya namun saya akan beri alternatif terbaik untuk pelanggan tersebut.
Produk di butik online saya sentiasa mengikut peredaran masa, saya juga akan menukar fesyen tudung dan pakaian lain sesuai dengan selera pelanggan. Adakalanya pelanggan teruja menempah barang yang baru keluar agar tidak terlepas peluang memilikinya namun kemudian senyap begitu sahaja tanpa dilanjutkan dengan pembayaran. Sesetengahnya akan menunggu waktu gaji untuk membuat bayaran.
Jika sebilangan orang hari ini gemar membeli barang secara online namun ada juga yang tidak biasa dengan cara itu. Sebagai usahawan online, saya dapat membaca jenis pelanggan tersebut sama ada biasa atau tidak dengan pembelian online. Ada juga yang tidak biasa ditambah pula dengan ragam cerewetnya, menguji kesabaran si penjual, he he. Itulah untungnya jual beli online, tidak nampak riak wajah saya si penjual, walaupun sukar untuk berurusan namun saya boleh menyorokkan suasana sebenar.
Antara tips yang saya dapat dan cuba praktikkan ketika menghadapi saat diuji ragam pelanggan, saya cuba tenangkan diri dahulu. Jika perlu, saya tinggalkan sebentar dan memeluk anak-anak atau membuat perkara yang saya sukai. Saya akan kembali memberi respon kepada pelanggan dengan sebaiknya dengan memohon maaf atau dengan memberi penjelasan dengan terperinci. Sentiasa ceria dan kepilkan gambar senyuman agar pelanggan senang hati berurusan dengan saya. Apa pun pekerjaan yang kita lakukan semuanya menuntut minat, ilmu
Tawaran untuk 3 di atas pada harga RM30, hanya untuk 50 pembeli terawal sahaja.
Boleh klik di sini untuk memiliki ebook ini.http://khidmatpelangganonline.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment