Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah wajib ini dahulu sebagai persediaan asas bekerja dari rumah www.janawangdirumah.com
Assalamualakum w.b.t
Salam Sabtu luar biasa hebat. Salam perkenalan buat pembaca baru saya yang ke 510, alhamdulillah, boleh hai di kotak komen saya sangat hargai kalian.
Saya suka kerana kalian rajin datang menjengah, walau sangat jarang menulis pada ruang komen. Kalian tulis saya memang baca, cuma tangan saya tak rajin nak jawab balik walaupun sebenarnya saya memang mahu sapa dan dekat dengan kalian.
Terima kasih
Terima kasih kerana masih berada di sini, suka datang dan datang lagi. Kalian adalah inspirasi saya. Sejak mula berblog pada hari pertama, saya sentiasa berkobar kobar mahu bercerita akan nikmat dan keseronakan bekerja di rumah.
Ketika itu masih berada di rumah kami di Hulu Langat. Bangu pagi saya suka menyelak langsing dan melihat bugar keliling. Kediaman kami di pinggir bukit langat, jadi waktu pagi sangat segar, embun dan juga udara pagi menerobos sungguh mendamaikan.
Ketika menulis ini sudah memasuki tahun ke 4 kami berada di Kelantan.
Mahu hijrah dan Allah tunaikan
Ketika awal tahun kami suami isteri selalu berbincang bagaimana mahu balik ke kampung dan kami sangat sangat mahu balik. Tetapi perlu merancang dan tidak boleh seberono. Topik ini kami selalu bincang suami isteri, kalau boleh anak darjah 1 kami sudah pun berada di kampung halaman.
Matlamat
Matlamat awal saya pada ketika itu adalah kerana saya sangat kempunan tidak berkesempatan untuk balik menjaga arwah emak. Sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir. Namun saya masih sempat memandaikan, mengafankan dan mengiringi ke kubur sebagai khidmat teraakhir. Hingga saaat ini doa sentiasa tidak putus agar roh arwah ditempatkan di kalangan orang orang beriman, amin, amin, amin.
Pada 40 hari pertama ketiadaan arwah, saya tinggal dahulu di kampung, agar ayahanda tidak merasa sunyi. Selepas itu saya kembali ke Kuala Lumpur. Pada masa tersebut saya baru beberapa bulan berhenti kerja. Saya tidak sampai hati dan belum sempat memaklumkan arwah mek tentang saya sudah berhenti kerja. Kerana tidak ada kejayaan pun lagi, saya baru menapak ke alam duni baru. Sebelum itu saya memang sudah buat persediaan awal namun hanya kami suami isteri sahaja yang tahu.
Bersambung tentang ayahanda. Selepas saya berada di kampung dan saya tinggalkan ayahanda kembali rutin sebagai isteri di sini. Namun sebagai anak saya tetap merasa sedih kerana tidak dapat bersama menjaga ayah.
Jadi ada satu ketika ayah datang ke sini, cuba merasai boleh atau serasi tinggal bersama saya. Rupanya tidak boleh.
Orang tua, mereka mahu rumah mereka, suasana mereka dan mahu kekal di rumah sendiri, bukan di rumah anak-anak. Kita akur akan keputusan ini.
Saya masih berusaha agar dapat dekat dan mampu mengambil peluang untuk merai dan menjaga kebajikan.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment