Monday, October 20, 2014

Kehidupan bebas yang kita mahukan

Teks: Masayu Ahmad

www.janawangdirumah.com

Kita mahu kesudahan yang baik, mati dalam keadaan baik dan mati dalam keadan bersedia. Dengan masa yang terlalu pantas duni akhir zaman, kita perlu tegar dalam melawan arus.

Melawan arus kesibukan sehingga kita tidak sibuk sama dan hanyut. Melawan arus nafsu, ketika kita sudah menjumpai segunung emas, kita akan mencari dan sibuk menggali gunung emas yang lain. Begitulah manusia sehingga pada sakaratul maut datang, kita sudah tidak upaya lagi melawa. Ia datang pada masa tepat tidak lewat dan tidak cepat.

Kematian sebaik-baik persediaan dalam kehidupan.

Menggali emas
Pagi tadi ketika menyusu Ammar dan melayan anak-anak. Saya terpandang siaran ulangan pagi ceramah di tv1. Ia siaran ulangan, namun pada saya ia ulangkaji dan latih tubi untuk diri sendiri.

Ketika kita diberi pilihan untuk hebat, orang yang paling hebat ialah orang yang berjaya menahan sabar ketika menjaga orang tua.

Kita kerja besar, gaji besar, kita mampu memberi wang kepada orang tua. Itu belum cukup hebat. Orang yang hebat ialah orang yang bersabar dan boleh menjaga orang tua dengan baik. Boleh menjaga orang tua yang sudah nyanyuk, yang tidak mendengar dengan jelas, yang tidak mampu mengurus diri sendiri.

Kita diberi pilihan ke medan perang untuk berjihad, tetapi jihad paling utama yang disukai Allah adalah menjaga orang tua yang sudah tidak berdaya.

Ia satu peringatan dan sentapa di pagi Khamis, bahawa kita masih punya masa ruang dan peluang untuk menjaga dua orang tua kita. Insya-ALlah

Semoga kita sentiasa ada usaha dan diredhai Allah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin