Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah wajib ini www.janawangdirumah.com
Cuaca redup begini acara paling molek adalah menikmati secawan teh o panas dan roti canai bersama kari daging.
Banyak pertanyaan yang menerjah di inbox, kebanyakan adalah suri yang mahu mencari pendapatan tambahan secara online. Tidak ketinggalan juga ada yang banyak berkongsi cabaran sebagai suri di era serba pantas dan menghimpit ini.
Keluar dari belenggu lelah emosi dan fizikal
Saya suka akan dua ikon remaja iaitu adik Madihah dan Ahmad Ammar. Semasa menyusu anakanda Ammar, saya mencuci minda mengulang baca buku bertajuk cerita cinta Ahmad Ammar. Terdapat banyak persamaan dua individu ini. Salah satunya ketegaran dalam berusaha dan sifat menyembunyikan kesukaran dalam berjuang.
Adik Madihah dilahirkan dalam keluarga serba kekurangan dan juga dikira tidak mewah dari segi metarial. Namun tidak menjadikan satu persoalan besar untuk beliau meraih kejayaan. Tidak pernah sekali bercerita akan kekurangan dan juga serba kepayahan untuk meraih kejayaan. Sabar dan sikap tawaduk contoh terbaik dalam diri adik ini.
Begitu juga Ahmad Ammar, tidak suka akan mengadu kesusahan dan kesukaran. Mengambil pendakatan berdiam diri dan terus berjuang dalam usaha.
Bersambung
1 comment:
setuju amat.
Post a Comment